Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Thursday, March 5, 2009

sekolah_cinta 2

"Daniel!!!Daniella!!" sampai keluar anak tekak Puan Maria memanggil anak kembarnya..
anak2 aku ni da bangun ke belum ni?? dari tadi tak siap2 aku suruh juga la dua-dua jalan kaki pergi sekolah ni.. baru padan...Puan Maria mengomel dalam hati..
"Daniel!!Daniella!!! cepat sikit...papa nak jalan dah tu..."sekali lagi mengeluarkan vokalnya yang mantap..

Engku Raziq hanya menggelengkan kepala melihat telatah isterinya.. kalut jelah isteri aku ni...macam dia yang bawak kereta..Engku Raziq tersenyum kecil...Kedengaran larian berdentum2 bunyi dari tingkat atas kerana anak kembar mereka.. Runtuh jugalah banglo aku ni...

"Daniel Allyas and Daniella Allyssa...mama kira sampai tiga kalau tak bersiap lagi mama piat telinga kamu berdua.. mama dah bangunkan awal lagi.. da pesan malam tadi lagi..kemas buku...iron baju tu... tapi kamu dua ni degil....po pet po pet...." Puan Maria memulakan ceramah motivasinya..Engku Raziq memandang isterinya sambil mengangkat kening... dia dah mula dah...

Kelihatan anak kembar mereka berlari-lari menuruni tangga.. dalam keadaan kelam kabut dan...

"Ya allah!!! Daniel, kamu nak pergi sekolah ke nak menyamun?? tengok baju blm masuk kat dalam seluar..neck tie belum pakai..baju macam orang tak mandi sebulan...berserabai.." Puan Maria membebel sambil mengemaskan ikatan tali leher anaknya..

"A aa lah abang ni..tengok macam adik..kemas je.. " Daniella meng'gincu'kan bibirnya dihadapan mamanya..kemudian Puan Maria mengalihkan perhatiannya kepada si adik pula..

"ya Allah adik... kamu nak pergi skolah ke nak pergi mengurat ni...siap bermekap-mekap... pergi cuci mekap tu pastu pergi sarapan dengan papa tu..." Daniella memuncungkan mulutnya yang bergincu pink itu... Kemudian di balas dengan raut wajah mamanya yang garang... huhu...tak berani aku... baik cuci muka dari cuci telinga,..hehehe..Daniel tersenyum melihat gelagat adiknya yang terburu-buru pergi ke dapur mencuci mukanya.. Dia terus melangkah ke tempat papa nya yang makan tanpa ambil peduli dengan keadan sekeliling..

"Wah! nasi lemak sambal sotong...patutlah papa tak kisah2 kami kena brain wash dengan mama..." Dia terus menarik kerusi di sebelah papanya..

"Mestilah... dari dengar ceramah free mama kamu tu baik papa isi perut kenyang-kenyang...." Engku Raziq mengisi nasi lemak berserta sambal sotong ke pinggan Daniel.. Daniel tersenyum senang dengan papanya..

"Thanks papa...ni yang buat Daniel sayang dengan papa ni.." Engku Raziq tersenyum..

"Ei... papa tak isikan nasi kat pinggan adik pun..." Daniella menarik muncung sedepa... Engku Raziq ketawa kecil...

"ok,,adik duduklah dulu..baru papa isikan..." Engku Raziq mengambil pinggan kosong dan di isikan dengan nasi lemak dan sambal sotong kemudian diserahhkan pinggan itu kepada anak bongsunya..Daniella tersenyum senang..

"ei...adik kuat jeles... "Daniel menyakat adiknya..

"mana ada...kitakan kembar..so papa mesti layan kita sama adil... macam layan isteri pertama and isteri kedua..."Daniella tidak mahu mengalah..

"Hah!! apa yang mama dengar isteri pertama ,isteri kedua ni?? papa kamu nak buka cawangan baru ke??" Puan Maria memandang anak-anaknya....

"bagus juga cadangan tu Yang... di KL ni dah ada cawangan so nak buka cawangan kat Johor satu lah..." Engku Raziq menyakat isterinya yang menarik muka cemberut... Daniel dan Daniella tersenyum melihat gelagat mama mereka..

"aha...ya lah tu.. cuba lah buka2 cawangan ni... 1 bulan abang tidur kat sofa tu...biar padan muka abang.."Masih lagi dengan muka cemberut+asam kecut=xcantik langsung..

"aik...apa susah kan Daniel.. kalau papa kena suruh tidur kat sofa papa pergilah cawangan yang kedua.. boleh gak produce adik baru...hahaha" ketiga-tiga beranak itu ketawa kelucuan kecuali Puan maria yang menyediakan jarinya untuk menyubit sayang suaminya itu... "auch!!" terjerit kecil Engku Raziq bila saja jari2 isterinya yang runcing menyubit manja lengannya... Puan Maria tersenyum tanpa rasa bersalah.. hah!padan muka...Daniel dan Daniella hanya mampu menahan senyum melihat tingkah papa dan mama mereka..

"sedap bang??"dengan suara di leretkan sedikit..

"hehehe...sedap sayang...tapi kalau tak cubit lagggiii sedap..." Engku Raziq tersenyum manja..

"Lain kali cuba2lah bawa anak2 ni cerita pasal buka cawangan... karang satu rumah makan meggi je...mama boikot tak masuk dapur..."Puan Maria Mengugut.. "dah...cepat2 makan tu... karang lambat lagi pergi sekolah.."

"baik bos!!..." Engku Raziq,Daniel dan Daniella serentak..

-----------------------------------------------------------

"Bye mama...kami jalan dulu..."Daniella menyalami tangan mamanya.. kemudian Daniel...
selepas itu Puan Maria menyalami tangan suaminya..

"tadi tu main2 je...lawak pagi...abang dah ada keluarga yang sempurna.. abang dah ada sayang... and tak perlukan ornag lain lagi..."Engku Raziq berbisik di telinga isterinya..kemudian mencium dahi isterinya...Puan Maria tersenyum bahagia... buat seketika mereka berpandangan...

pon............

kedengaran hon kereta yang menyedarkan pasangan itu...
"kalau ia pun nak berasmaradana ingat2 lah anak2 kat dalam kereta ni..." Daniel dan Daiella serentak...membuatkan Engku Raziq dan isterinya tersengih...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Selamat pagi girls..." Daniella menegur rakan-rakannya yang sibuk bercerita..

"Pagi...." Nathalie,Amy dan Lulu menjawab serentak..

"eh Nieylla, kau datang dengan Syirah ke??" Nathalie mencari2 kelibat ahli kumpulan mereka yang ke-5 itu..

" tak...dia tak jadi tidur rumah aku semalam... mungkin dia batang dengan Anic kot.." Daniella duduk di kerusi cendawan yang comel itu..

" korang tahu tak siapa guru kelas kita tahun ni??" Amy mula mengeluarkan suara merdunya..

" aku dengar2 cikgu Rose..." Lulu menjawab..

"hah! cikgu Rose... habislah. kan Cikgu tu garang betul...masalah emosi lagi tu.." Nathalie mengomplen..

"masalah emosi??"Daniella binggung..

"yalah.. cikgu tu kan andartu...so emosi dia kurang stabil sikit.. lagi2 kalau dia dengar berita2 pasal couple2 ni.. mesti mengamuk punya..." Amy menambah info..

"Dan Cikgu Rose tu guru disiplin tahun ni...so, ponteng memonteng kelas is over.." Syirah tiba-tiba memunculkan diri dan menyampuk..

"ya Allah, minah ni...terkejut aku tau...lain kali bagi salam lah.." Lulu mengurut dada..Syirah hanya tersenyum manis seperti selalunya..

"Assalammualaikum kawan-kawan..." Syirah memberi salam..

"hah...macam tulah..walaikumsalam.." Nathalie menjawab salam itu dan diikuti dengan yang lain..

"napa kau tak datang rumah semalam...penat tau aku tunggu..." Daniella menarik muncung..

"abang Im minta tolong siapkan kerja rumah dia...tu yang aku tak jadi pergi rumah kau..sorry.." Syirah menggunakan ayat tolong walaupun dia sedar yang Imran Anic itu hanya membulinya..

"yelah tu 'tolong'..kau ni ikut jelah cakap anic tu... kau bukan orang gaji dia...tahu??" Daniella geram dengan sikap sepupunya yang selalu membuli Insyirah..

" A aa lah Syirah...kau ni diam je kalau dia buli kau...sampai bila kau dapat tahan kalau berterusan begitu.." Nathali menambah..

"aku kenalah buat begitu...ibu dengan ayah jaga aku dengan sempurna pun dah kira bersyukur sangat... cuba buat kerja rumah tu small matter je... tak terbalas budi keluarga dia tau.."Syirah masih lagi dengan wajah tengan...malahan setiap hari mukanya kelihatan cukup tenang..

"Ok lah tu...tapi kalau kau ada apa2 masalah kau mesti ingat...kami berempat sentiasa ada di sisi kau..." Amy memberi kata-kata perangsang kepada Syirah... Syirah tersenyum..

"emm aku sokong apa Amy cakap tu..."Lulu menyambung sambil membetulkan mekapnya.. tiba-tiba satu suara mengganggu perbualan mereka berlima..

"Hei!! berapa kali aku cakap cik Luisa Lyna Dato Rahman... sekolah bukan tempat bermekap.. baik kau cuci mekap kau tu cepat.." Farek berpakaian pengawas bercekak pinggang melihat Lulu dengan peralatan mekapnya.. Lulu menjelir lidah..

"Jangan harap.. kau bukan siapa2 aku nak ikut cakap kau..." Lulu membalas.. sementara rakan2 yang lain hanya menggeleng kepala.. tak habis2 budak 2 ekor ni...

"wei! kau tak nampak ada tulis pengawas kat sini...tugas aku ialah menegur budak2 tak faham bahasa macam kau ni...tak pernah nak ikut peraturan sekolah..baik kau cuci mekap tu atau aku yang tolong cucikan mekap kau yang macam badut tu." Farek memula mengugut..

"cubalah..." Lulu menyandang beg sekolahnya dan bersedia untuk melarikan diri seperti biasa.." bye geng jumpa kat kelas... pengawas sekolah kita ni jeles tengok aku pakai mekap..." sempat lagi dia menghadiahkan jelingan maut kepada Farek kemudian pecut...Farek mula mengejar Lulu..

"hai diorang ni...tak habis2..." Amy menepuk dahi..Syirah hanya tersenyum...

"alah...itulah cara diorang melepas rindu setelah lama tak jumpa waktu cuti.." Nathalie mula menyandang begnya.."jom pergi kelas..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'Wei...apa khabar?" Mukriz bersalaman dengan Daniel, Ken dan Im..

"khabar gitu-gitu je...aku belum lagi dapat awek untuk cukupkan empat...hehe" Ken macam biasa asyik melawak pasal awek2nya..Mukriz hanya tersenyum sambil menggeleng kepala.. eh,1,2,3...macam tak cukup korum je ni?..

"
Ek mana?? belum sampai ke??"tanya Mukriz hairan...

" ala..kau bukan tak tahu...Ek kan selalu jogging.," Im menjawab bagi pihak rakan2nya..

"hah?? jogging..dia tak takut ke bau peluh semerbak nanti..kot ye pen nak jogging tunggulah weekend ke....ni tengah sekolah nak jogging.." Mukriz hairan

" kau ni lembap betullah...Ek macam biasalah berkejar-kejaran dengan isteri opera dia tu..." Daniel cuba memaham kan Mukriz..

"owh...cakaplah berasmaradana.. " Mukriz tersenyum.. tapi senyumnya mati bila melihat sekumpulan gadis memasuki kelas yang sama dia duduki sekarang.. 5 platinum... atau 5 Mafia..

"Hai Lyssa.." Im tersenyum melihat sepupunya..tanpa mengalihkan pandangan kepada adik angkatnya..

"hai..Nic,,napa kau tak suruh Syirah pergi rumah aku semalam..bosan tau mengadap muka abang je.." Daniella bermanja dengan sepupunya itu..selain dengan abangnya.. Daniella juga cukup manja dengan Im yang dianggap sebagai abang nya yang ke-2..

"gedik!" Mukriz tanpa sedar mengeluarkan isi hatinya dengan lantang..

"hei! kau ni kalau tak cari masalah dengan aku boleh tak?!"Daniella bertukar watak menjadi sepupu incredible hulk..

"wei!! betullah apa aku cakap.."dengan wajah tak bersalah Mukriz menagkis serangan dari Daniella

" Hei!!aku tak pernah pun mengedik dengan kau.. apa kaitan dengan kau?" Daniella melakukan serangan..

"Wei perempuan!!! cara kau tu buat aku geli geleman tau... berkulat mata aku tengok kau mengedik!!" Mukriz membalas serangan sementara yang lain tercengang tanpa dapat membuat apa2..

"Hei lelaki! aku tak pernah pun mengedik dengan kau atau dengan lelaki lain...hei..Im is my cousinlah... aku tak mengedik macam girlfriend kau tu... macam agar-agar.." Daniella tidak puas hati kemudian melakukan serangan kali kedua..

"er korang..." Syirah tak sempat menyambung ayatnya...

" wei!! Girlfriend aku jangan bagi masuk dalam topik kita ya...sekurang-kurangnya dia tu menyenangkan hati aku ni...tak macam kau tu..menyakitkan hati" sekali lagi Mukriz menangkis serangan Daniella

"er guys..." kali ni Nathalie lagi cuba menyampuk..

"Hei..apa masalah kau kalau aku menyakitkan hati.. kau tu tak pernah tengok cermin ke? hah!! kau tu lah yang menyakitkan hati tahu tak!! tengok muka kau tu pun buat aku nak muntah!! yak.." Daniella dan Mukriz langsung tak memikirkan keadaan sekeliling...

"oh my god..." Amy berbisik perlahan..

"kau fikir kau je nak muntah... kau tu yang patut tengok cermin.. buruk...lagi buruk macam princess Fiona bila dia jadi mahluk hijau tu...and lagi cantik Cikgu Rose yang bertahi lalat besar kat tepi bibir tu dari muka kau ni..." Mukriz mula membuat perbandingan yang bukan2.. Akhirnya tanpa disedari mereka berdua..

" Daniella Alyssa Engku Raziq dan Syed Mukriz Al Hadi!!!!!masuk bilik saya!!!" Vokal cikgu Rose yang cukup menyayat hati..Daniella dan Mukriz telan air liur...cukup perit......

2 comments:

cucuratap said...

haha..
cool laaa... B)

sweetrose maria said...

so sweet...
bestla citernye...hehehe