Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Sunday, March 29, 2009

sekolah_cinta 7

Hah!! Dia lagi 2..

"wei...kau nak pergi mana tu??" Ek menarik tangan Lulu yang ingin berlalu meninggalkannya.

"Pergi mana-mana je lah asal tak jumpa muka kau.." Kata Lulu sambil mencuba menarik tangannya yang kemas dipegangan Ek..Ek yang menyedari hal itu makin mengemaskan pegangannya..

"Eh Ek..kau boleh tak jangan kacau aku.. ini kan mall..bukan kat sekolah!" Lulu menekan sedikit suaranya.. tetapi masih lagi dalam nada perlahan,kerana bimbang di dengar orang di sekeliling mereka..

"boleh.., tapi best lak kacau kau ni... bermekap sakan kau ye.." Ek masih lagi belum mahu melepaskan tangan Lulu..

"Suka hati akulah! salah ke aku bermekap di tempat awam gini.." Lulu menghadiahkan jelingan maut buat Ek yang berada berapa sentimeter darinya.. actually aku tak sempat ukur jarak pun..hehehe..

"his.. siapa kata salah... kalau kau nak bermekap macam pelakon opera pun takde orang nak marah tau.." Ek berkata selamba..

"So.., lepaskanlah tangan aku ni.. kalau dah gatal sangat pun janganlah mengatal dengan aku.." muka Lulu sudah merah menahan geram.. apa lagi pak cik ni tak puas hati..

"takde masanya aku nak mengatal dengan kau tu... cuba kau tengok sekeliling.." Ek menyedarkan Lulu yang teman karibnya telah meninggalkannya. Alamak... mana dorang Nieylla ni.. tinggalkan aku satu hal.. tinggalkan aku dengan pak cik ni 2 hal... yang pak cik ni suka-suka je pegang tangan anak dara orang ni 3 hal..huhu.. "Aku jumpa kau asyik je tengok mekap2 segala tu, sendirian lak tu.. aku takut kau kena culik sorang2.. bukan apa.. nanti kalau kau kena culik aku juga yang rasa bersalah..walaupun sebenarnya aku gembira tiada lagi orang tak faham bahasa kat sekolah.." Ek berkata selamba.. Lulu mencebik..

"huh! aku bukan budak2lah... aku pandailah nak jaga diri sendiri..I dont need ur help.." Lulu berkata agak sedikit angkuh.. taklah angkuh sangat pun..action je lebih...

"Wei! aku pun tak nak bantu kau tau.. kalau bukan ada mamat2 tu 'usha' kau tak gak aku terhingin nak tegur kau tu..aku ni orang yang bertanggungjawab..bukan macam kau.. tanggungjawab seorang pelajar pun kau gagal nak laksanakan, apatah lagi tanggungjawab terhadap masyarakat.." berdesing telinga Lulu mendengar ayat selamba gila dari Ek.. ikutkan hatinya mahu saja dicekik pemuda didepannya itu..tetapi apakan daya..tangannya masih dalam pegangan jejaka itu..

"Sudahlah...aku nak cari dorang Nieylla.. lepaskan tangan aku!" Lulu terus merentap tangannya..kemudian melangkah meninggalkannya..Ek hanya tersenyum sambil menggeleng kepala.. hai gadis opera yang degil.. .


Jap..kita reverse balik kisah macam mana Lulu ditinggalkan teman2nya.

"Nieylla...leh kau tinggalkan Lulu dengan aku.. aku ada nak bincang pasal kerja rumah berkumpulan yang Cikgu Hasnah bagi tu.." Ken berkata perlahan..

" Hah? kau satu kumpulan dengan dia ke?? "Nieylla dengan muka blurnya bertanya..Nathalie hanya memasang telinga..manakala Amy sudah melekat di kedai buku.

"Yelah..kan kau yang aturkan kumpulan.,kau apasal ni..mamai ke?" Ken pelik.. memanglah dia satu kumpulan dengan Lulu tetapi hari ni bukanlah dia ingin membincangkan mengenai pelajaran..taulah kau mogok senyum hari ni..tapi janganlah sampai mogok menggunakan otak gak..

"Nak kata mamai tak juga..tapi aku banyak kali dah 'makan hati'..tu pasal 'kecil hati' dah aku ni.." Nieylla bersuara sedih ibarat orang yang tak makan sebulan.. cuba bayangkan orang yang tak makan sebulan...hehehe

"Nasib baik kecil hati je.. kalau si Riz tu Ambil hati kau..hah! takde hatilah kau gamaknye.." Nathalie mengikuti rentak Nieylla yang tidak tahu menggunakan perumpamaan.. aku expert pasal chemistry je.. yang lain aku nyawa-nyawa ikan..nanti balik kang aku rujuk kamus dewan bahasa ye..

"Jangan kau sebut lagi nama itu.. nama itulah yang telah mencarik-carik hatiku yang comel ini.." Nieylla berkata2 seperti Tun Teja..

"Eleh..,jangan sebut konon.. kang si Riz tu jadi Hang Tuah di depan kau..cair sampai meleleh kau dia depan dia.." Ken berkata selamba..

"Dahlah.., korang ni suka sangat mention nama dia depan aku ni.. ada jodohlah korang berdua..jangankan dia jadi Hang Tuah..Sultan Melaka pun aku tak kisah.. " kononnyer.. Nieylla mengerut kening melihat Nathalie mengangkat tangan membaca doa..

"Kau baca doa apa tu Nathalie?"Ken bertanya pelik.

"Doa tolak jodoh.." Nathalie berkata selamba..Ken dan Nieylla menahan gelak..

"Sampai hati kau Nathalie..on the spot kau baca doa tolak jodoh ye.. aku tahu lah siapa aku ni.. dahlah Handsome boy.. pandai pulak tu.." Ken memuji diri..

"Ken..aku rasa kau silap ayat tu..tu bukan ayat yang nak merendah diri.. tu ayat meninggi diri namanya.. a.k.a tak sedar diri.." Nieylla berkata selamba..Ken tersengih macam kerang busuk...

" Dahlah..cakap dengan korang ni satu kerja pun tak habis buat... korang tinggalkan si Lulu kat aku..di jamin selamat.. pergi lah korang jalan-jalan cari pasal kat mall ni.." Ken mengerahkan Nieylla dan Nathalie agar depat berlalu..

"Wei.. aku belum beli barang lagilah.. " Nathalie mengeraskan badannya yang ditolah perlahan oleh ken..

"Tak payahlah beli barang kat cni..banyak lagi kedai kat mall ni..cepat.." Ken berkata selamba.. 'nasib baik tauke kedai tu takde kat sana melihat Ken menghalau pelanggannya.' Kemudian dua sekawan itupun berlalu dengan muka cemberut tanpa sempat berpamitan dengan Lulu yang leka melihat Lip gloss..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hah! kerja aku dah selesai..sekarang ni kau pergilah tegur dia.." Ken menegur Ek yang tengah meng'skodeng' Lulu dari jauh..

"Nak cakap apa dengan dia??" Ek bertanya dengan muka innocent dan blur.. dalam maksud tersirat..Ek gagal dalam subjek percintaan ni..ala..ni lagi sorang dengan muka blur dia...

"kau cakaplah apa yang kau selalu cakap dengan dia.." Ken berkata selamba.. dengan gaya si playboy yang expert dalam percintaan..

"Kau gila ke??..kalau aku cakap gitukat tengah2 mall ni mesti dia cakap aku gila atau aku ni gila kuasa sampai terbawa2 karekter ketua pengawas kat sini.." Ek berkata dengan seriusnya..
apa yang sebenarnya mamat ni merapu ni...Ken kebingungan..

"Apa yang kau selalu kau cakap dengan dia?" Ken curious..

"Aku selalu cakap dengan dia.." Ek mengaru kepala yang tidak gatal.. "berapa kali aku cakap cik Luisa Lyna Dato Rahman... sekolah bukan tempat bermekap.. baik kau cuci mekap kau tu cepat..tu je.."Ek mengulang semula ayat hikmat yang selalu dia ucapkan kepada Lulu.. Ken menepuk dahi.. takde ciri romantik langsung mamat ni..

"Kau cakap jelah apa2 dengan dia..hantam saja lah.." Ken terus menolak Ek pergi ke tempat Lulu..

"His! kau ni suka betul menolak orang..aku pergi sendirilah.." Ek berjalan dengan machonya ke arah Lulu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sambung balik bahagian tadi..hehehe.,,

"Hei..kau nak pergi mana tu?.." Ek mengejar Lulu..

"Balik rumah!..muak aku tengok muka kau .." Lulu berkata selamba..

"Nak ikut.."Ek bersuara ala-ala gatal..Lulu terus berpusing mengadap Ek..

"His! gatal.." Lulu menjelir lidah..

"Tolongla garu kan.." Ek tertawa..Lulu menahan senyum..

"Blahla.. ada ke ketua pengawas macam ni.." Lulu berkata sinis2 manja..

"Ada...kat depan kau ni.." Ek berkata selamba..

Tengah sedang sibuk bertikam lidah.. di sudut lain..

"Wei Im..sudah2lah tu skodeng pun..sampai rumah pun kau boleh tengok.. aku penat ni.." Ken kebosanan mengikut kerenah Im..

"Di rumah tak dapat renung betul2.." Im berkata selamba..

"Hah..tu kau punya pasal..ego tu tinggi sangat.." Ken mahu memulakan bebelannya..

"Diamlah kau.." Im masih lagi mencuri pandang gadis beruniform yang dikhaskan pelayan cafe tersebut.......







3 comments:

MaY_LiN said...

hihi..im nengok syirah yea..
nak kat syirah tp ego..
malu2 plak..

eiDnuT said...

nak lagiiiiiiiiiiiiiii...mmg cinta sakan cita neh..suka ngeeeeeee

Anonymous said...

best2!!!!!

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37