Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Friday, May 15, 2009

Aku Di Hatinya....

Entah kenapa air matanya tiba2 mengalir setelah melihat sungai itu. Seperti ada kenangan yang mengusik di jiwanya. Marsylla mengusap air matanya yang mengalir laju.


“Kenapa kau menangis Sylla?..” Indah bertanya Marsylla.. Mereka sekelas mengadakan jamuan dan merehatkan minda selepas daripada peperiksaan yang sudah berlalu. Dan destinasi pilihan mereka ialah sungai yang cantik dan tenang itu.


“Entahlah.., tiba2 aku rasa sedih bila tengok rakit tu.. nampak usang dah..” Marsylla menunjuk ke arah rakit itu.


“Tapi aku rasa takut lak.. macam seram lak aku tengok rakit tu..” Mereka masih tidak menghampiri rakit itu.


“Taklah seram sangat. Cuba tengok betul2 rakit tu.. ada jambangan bunga yang cantik di atas dia..” Prof Maria yang sedari tadi mendengar perbualan pelajarnya menyampuk. Rakit itulah yang dinaiki oleh temannya kali terakhir pada beberapa tahun lalu.


“Yalah.. siapa yang letak bunga kat situ?” Marsylla berjalan mendekati rakit yang tersadai itu di ikuti oleh Prof Maria dan Indah.


Ada cerita tau mengenai rakit ini..” Prof Maria membelek2 jambangan bunga itu. Kemudian dia mengeluh. Temannya masih belum melupai kesedihan lalu.


“Apa dia Prof?” Indah tidak sabar mendengar cerita yang akan disampaikan oleh Prof Maria.


“ Dulu.. masa saya masih belajar di kolej macam kamu.. ada sepasang kekasih tau.. dorang selalu berakit pada setiap hujung minggu. Rakit ni pun dorang berdua yang bua. Tengoklah.. walau dah berapa tahun berlalu. Rakit ni masih kukuh. Tapi kerana rakit ni juga perempuan tu terjatuh dari rakit ni kemudian lemas di sungai ni. Sebab itu setiap tahun.., kekasih dia akan letakkan bunga kegemaran perempuan tu di atas rakit ini. Sebab mereka selalu menghabiskan masa bersama di atas rakit ni. Dan setiap bulan, kekasih dia akan tukarkan bunga ini dengan jambangan lili putih.. bermaksud cinta pertama.” Prof Maria menahan sebak.


“Jambangan ni masih baru lagi.. mesti kekasih dia tu baru letak bunga ini.” Indah melihat2 bunga itu.


“Kasihankan.. mesti dia masih tidak boleh terima kenyataan..” Marsylla berkata dengan perlahan. ‘siapa agaknya pencinta yang setia ni..’


“Prof.. marilah rasmi makanan ni..” Kedengaran suara Suhaimi dari tempat mereka semua berkumpul tadi.


“Jomlah.. perut dah lapar dah ni..”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Abang Naz.. “ Marsylla memanggil jejaka yang sedang berkhayal itu perlahan. Nazrul memandang Marsylla sambil tersenyum.

“Sylla.. penat abang tunggu kat luar ni tau.. Lambatnya habis kelas” Nazrul memuncung kononnya merajuk. Padahal dia tidak kisah menunggu gadis itu.

“Sorry bang.., Prof Maria bersyarah panjang sangat.” Marsylla mengadu..

“Alah.. ciannya dia.., da makan ke belum ni?” Nazrul membuka pintu kereta untuk Marsylla. Marsylla tersenyum. Senang dengan perlakuan jejaka itu. Pada mulanya Marsylla menganggap Nazrul seorang yang pelik kerana menunjukkan ekspresi yang cukup pelik apabila mereka bertembung secara tidak sengaja di kolej itu. Tetapi pertemuan kedua, jejaka itu bertukar kepada seorang yang romantis.

“Belum.. Lapar ni.. “ Kini perhubungan mereka lebih dari seorang rakan. Malah hubungan itu hamper mencecah setahun. Ibu bapanya juga tidak mengomplen apa2.

“Okay.. kita makan kat restaurant Bayu.. kat sana sedap2 makanan dia.” Nazrul menghidupkan enjin kereta.

“Whateverlah bang.. tak dapat berfikir dah ni.. lapar sangat…hehehe” Sambil mengosok2 perutnya. Nazrul tersenyum..

“Makan je.. tengok pipi tu tembam da..” Nazrul sengaja mengusik kekasihnya itu.

“Takpe.. makin tembam harga hantaran pun mahal cket.. “ Nazrul masih tersenyum mendengar jawapan dari Marsylla. Seorang wanita yang kebetulan melalui garage kereta di kolej itu mengeluh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kau tak boleh buat Marsylla begitu Naz.. Kau tipu dia.. sedangkan kau masih setia dengan Ana..” Maria menghidapkan kopi untuk tetamunya itu. Azrul hanya membiarkan isterinya menasihati temannya itu. Sudah berpuluh kali dia cuba menasihati temannya itu. Tetapi usahanya ibarat mencurahkan air di daun keladi saja.

“Apa beza Marsylla dengan Ana..” Nazrul menjawab perlahan. Maria

Terduduk mendengar pertanyaan Nazrul itu.

“Jangan pentingkan diri Naz,, Kasihan Marsylla…” Sambil menggeleng kepala.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kenapa abang masih tak tukar dompet abang ni?” Marsylla membelek2 dompet yang sudah uzur itu. Nazrul cepat2 mengambil dompet itu dari tangan Marsylla.

“Sylla boleh check kereta abang.., handphone abang.. tapi jangan sentuh dompet abang..” Dengan tegas Nazrul berkata.

“Sylla bukan nak ambil duit abang pun..” Sedikit tersentuh dengan ketegasan Nazrul.

“Whatever it is.. jangan sentuh dompet abang!” entah berapa besar silapnya. Nazrul terus kehilangan mood untuk berjalan dengannya. Berkali2 dia cuba meminta maaf tetapi Nazrul hanya membuat muka selamba. Dan yang lebih menyedihkan Nazrul terus menghantarnya pulang ke rumah tanpa sempat bersiar2.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Saya tak nak Nazrul terus begitu… Dah bertahun dah bang.. arwah tu pun mungkin tak tenang tengok Nazrul macam begitu.. “ Kedengaran sayup2 suara Prof Maria dari biliknya. Marsylla tidak mahu mendengar lebih dari itu.. dia takut untuk mengetahui sebarang kebenaran.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Sylla, mak bawa makan di rumah tengah hari ni.. nanti abang ambil ya lepas habis kelas..” Kedengaran suara ceria Nazrul dari hujung talian.

“okay.. Syilla tunggu abang..” mendengar suara ceria Nazrul, Marsylla tidak mahu memanjangkan hal yang lalu. Dia begitu takut kehilangan Nazrul.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Syilla..masuklah.. untie dah siap masak dah..” Puan Masrina menyambut kedatangan mereka berdua dengan senang hati. Marsylla senang dengan layanan Puan Masrina sepanjang dia berada di rumah itu. Selesai sahaja makan tengah hari.. Marsylla dan Nazrul berborak2 selepas di tinggalkan Puan Masrina yang sibuk mengemas di dapur. Pada asalnya memang Marsylla ingin menolong wanita itu. Tapi di tegah oleh Puan Masrina.

“Abang nak solat kat atas kejap.. Sylla tak solat?”

“Tak boleh minggu ni..” Marsylla menjawab perlahan. Nazrul hanya tersenyum.Faham maksud kekasihnya itu. Nazrul meninggalkan Marsylla tanpa menyedari dompetnya masih di atas meja di ruang tamu itu. Marsylla terasa gatal tangan ingin mengetahui kandungan di dalam dompet itu.

Dia terkejut melihat gambarnya tersenyum mesra di dalam dompet itu. Tetapi gambar itu kelihatan sudah lama. Dan baju yang dipakainya di dalam gambar itu tidak pernah ada di dalam koleksinya. Marsyilla mengambil gambar itu kemudian tanpa pamitan dia terus pergi ke suatu tempat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Prof… ceritakan lah perkara yang sebenar.. siapa perempuan dalam gambar ni? Kenapa dia serupa dengan saya..” Sambil menangis..

“Ingat tak cerita yang saya ceritakan kepada kamu semasa di sungai tu?” Marsylla mengangguk.. “Kekasih perempuan tu ialah Nazrul.. dan perempuan yang lemas ialah Ana Irsyna.. perempuan dalam gambar ni.. sama rupa dengan awak Sylla..”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Ana! Pegang tangan Naz…” suara Nazrul sayup-sayup kedengaran kerana di tenggelami oleh bunyi arus yang deras. Ana Irsyna cuba hamper mengalah dengan arus deras yang mengenggelaminya itu. Tetapi melihat kesungguhan Nazrul membuat dia cuba bertahan.

“Naz.. Ana tak tahan lagi…” Sayu suara Ana Irsyna.. ombak yang bergelora itu ternyata terlalu kuat.. sukar untuk dia bertahan. Dia melepaskan pegangan tangan Nazrul..

“Ana.. jangan lepas!” Nazrul cuba menarik tangan itu. Walaupun dia tahu rakit yang dia naiki sekarang sudah tidak dapat bertahan lama melawan arus sungai yang tadinya tenang itu. Pegangan tangan mereka terlepas juga. Ana Irsyna terus dihanyutkan arus sungai itu. Nazrul cuba menyelamatkan Ana Irsyna dengan berenang di permukaan air sungai yang cukup deras itu. Tetapi tidak dapat menjumpai Ana Irsyna. Akhirnya dia naik ke tebing untuk menunggu bantuan. Semangatnya sudah hanyut bersama Ana Irsyna. Salahnya menuruti permintaan Ana Irsyna agar mereka menghabiskan masa dengan berakit di hujung minggu ini.Tidak berapa lama selepas itu orang kampung yang duduk berhampiran sungai itu datang membantu Nazrul.

“Naz.. macam mana? Dorang dah jumpa Ana..?” Maria yang baru sampai terus meluru ke arah Nazrul yang seperti kehilangan punca itu.

“Belum.. dorang dah bertukar orang mencari dia.. tapi masih tak jumpa..” Nazrul menahan tangis. Maria sudah mengalirkan air mata. Takut kehilangan kawan karibnya itu,. Kedengaran orang kampung menjerit yang mereka telah menjumpai Ana Irsyna. Mereka menjumpainya tidak jauh dari rakit itu. Maria menberi bantuan CPR kapada Ana Irsyna. Kali pertama bantuan diberi Ana Irsyna memberi reaksi. Tetapi kali kedua Ana Irsyna menghembuskan nafas panjang..

“Ana.. bangun ana.. jangan takutkan Naz..” Nazrul tidak dapat menahan sebaknya. Ana Irsyna sudah pergi meninggalkannya. Rakan2 mereka yang baru sampai ke sungai itu menahan sebak.

“Dahlah Nazrul.. memang dah ajal dia.. “ Azrul menenangkan rakannya itu.

“Dia dah pergi…” Maria mengusap-usap rambut temannya itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Sylla tak boleh tinggalkan abg.. abg sayangkan Sylla.” Nazrul menarik tangan Marsylla agar gadis itu tidak pergi dari sisinya.

“Tolonglah bang,.. Abg Cuma sayangkan wanita yang sama rupa dengan Sylla ni.. Abg tak pernah sayangkan Sylla..”

“Abg cuba Syilla.. abang akan cuba lupakan dia.. tapi Syilla tolong bagi abg peluang..”

“No.. Syilla tak nak menjadi Ana.. Syilla bukan Ana. Selama ni abg Cuma bayangkan yang Syilla ni Ana.. Syilla tak nak jadi orang lain!”

“Syilla bagi abg peluang.. “ Sayu suara Nazrul meminta. Tetapi pegangan tangannya terlepas apabila Marsyilla merentap tangannya.

“Syilla tak sanggup bang.. Syilla tak sanggup berkongsi kasih.. maafkan Syilla..” Marsyilla berlalu meninggalkan Nazrul dengan berat hati. Selagi dia ada di sisi Nazrul.. Nazrul takkan dapat menerima pemergian ana irsyna,,…..

to Be Continue….. p/s try, test cuba je ni..hehehe

No comments: