Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Sunday, May 17, 2009

aku di hatinya?? part 2

 

“Mak Syilla call aku semalam.. dia kata Syilla balik hari ni.. Flight dia pukul 10.” Maria menghindangkan kopi untuk tetamunya. Nazrul menunjuk muka selamba...
“Oo..” Maria merenung Nazrul.
“Oo je? Macam tak excited langsung..?” Azrul menyampuk perbualan Nazrul dengan isterinya.
“nak tunjuk ke happy-an yang macam mana lagi…” Nazrul menjawab selamba..
“kau dah tak sayang dia lagi?..” Maria bertanya
“dulu aku sayang dia sebab aku ingat dia Ana aku..” Maria mengeluh mendengar jawapan Nazrul.
“Macam mana cerita tentang cinta hati kau tu?” Azrul menukar topic.. dia tahu Nazrul tidak mengemari topic yang mereka bicara kan semalam.
“Hujung bulan ni kami cadang nak ikat tali pertunangan..” Maria Cuma berdiam diri. Kesiankan Marsyilla yang selalu merisik khabar Nazrul dalam diam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
‘Huh.. sejak aku jejak kembali tanah Malaysia ni.. sampai habis kenduri doa selamat.. tak nampak pun batang hidung dia.. apa khabar abang sekarang ya.. abang tak rindu dengan Syilla ya.. sampai tak jenguk Syilla langsung.. ke abang marah Syilla sebab hal dulu…’ Marsyilla bermonolong sendirian.. Sambil melihat bintang2 yang mewarnai langit malam itu. Sudah berapa tahun dia merantau untuk menyambung pelajaran. Kini dia kembali untuk menabur bakti di tanah air sendiri. Marsyilla mengeluh panjang…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Ops! Sorry cik..” Marsyilla cemas apabila terlanggar dengan seorang gadis. Gadis itu nampak marah..
“Takde mata ke? Lain kali jalan tu tengok2 lah orang!” Kasar sekali percakapan gadis itu. Belum sempat Marsyilla membalas., seorang lelaki berjalan ke arah mereka.
“Honey.. kenapa ni?” Dengan ala-ala gatal lelaki itu bertanya.
“Ni,., perempuan ni.. jalan tak tengok orang.. tengok baju honey dah kotor..” Gadis itu mengadu.Marsyilla menunduk..
“Cik.. lain kali tengoklah jalan betul2!” Marsyilla seperti mengenali suara it uterus mengangkat muka.
“Abang?”
“Abang?! Sayang kenal ke siapa dia ni?!” Tanya gadis itu dengan nada marah.
“Em.. taklah.. tak betul kot budak ni.. jomlah..” Lelaki itu menarik tangan kekasihnya meninggalkan Marsyilla yang agak kebingungan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Indah.. dia dah tak sayang aku ke?” Marsyilla menahan tangis. Indah simpati melihat temannya itu.
“Kau masih sayang dia?” Indah memulangkan semula soalan kepada Marsyilla.
“Mestilah sayang.. kalau tak sayang dah lama aku bawak balik mat salleh yang handsome2 kat sana.. Daniel Radcliffe ke, brad pitt ke, Donald Trump ke.. bla3..” Marsyilla melalut sambil mengusap air matanya yang jatuh membasahi pipinya. Indah tersenyum.
“Kalau sayang… call la dia.. Tanya sendiri, dia sayang kau ke lagi tidak…” Indah memberi cadangan.
“His! Malu la aku kalau dia kata tidak.. “ Marsyilla membuang kotak tisu yang telah kosong di hadapannya kemudian membuka yang baru.. Indah menggeleng.. ‘hai.., untuk tauke tisu..’
“Tulah kau.. dulu dia sayangkan kau.. kau tinggalkan dia..”
“Dulu sebab dia masih kemaruk dengan cinta Arwah Ana.. aku manusia tau.. tau jugak rasa cemburu. Setiap bulan dia letak bunga kat rakit tu.. tapi aku tak pernah pun dia bagi bunga.. tak adil!” Gaya seperti budak kecil berebut permainan.
“Mana lebih senang.. ambil cinta Nazrul tu dari orang yang dah lama bersemadi atau rebut cinta Nazrul dari model terkenal Malaysia ni?” Indah bertanya dengan sedikit sinis. Marsyilla mencebik.
“Tak nak kawan kau.. bukan bagi sokongan.. huhu..” Indah tersenyum melihat perangai kebudak2an Marsyilla..
“Tak nak kawan sudah.. aku kawan dengan Nazrul.. leh gak minta tolong dia ambilkan autograph girlfriend baru dia tu untuk aku..” Indah tertawa apabila Marsyilla membaling bantal ke arahnya.. ‘tak puas hati lah tu’..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
‘Dah takde jambangan bunga yang menghiasi rakit ni.. Abang dah betul2 sayang dengan model tak cukup kain tu!.. penipu.. cakap sayang sangat kat Ana.. tapi bila dapat model seksi terus lupa kat Ana.. dan kalau dia lupa kat Ana.. yang selama ni dia sayang.. apa lagi aku.. mungkin memang betul yang aku ni Cuma alat untuk melepaskan kerinduannya pada Ana Irsyna..’
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Syilla.. mak nak cakap sikit..” Dengan nada tegas tu,..
Ada apa Mak?” Marsyilla mengambil tempat duduk berhadapan dengan ibunya.
“Tadi waktu Syilla jalan ada orang datang nak merisik..dan memandangkan umur Syilla sekarang ni dah masuk 26 tahun.. mak rasa baiklah Syilla terima.. senang hati mak nanti ada orang jagakan Syilla..”
“Mak.. Syilla baru je habis belajar.. kerja pun belum lagi dapat.. janganlah rushing sangat mak.. Syilla baru 26 tahun mak.. nak juga Syilla berkerja dulu.. dah stabil kerjaya barulah fakir pasal kawin..” Perlahan Marsyilla menjawap.
“Kalau di kampung Syilla,.., umur 26 tu dah beranak dua tau.. Syilla jangan nak membantah! Mak dah bincang dengan bakal mentua Syilla.. hujung bulan ni korang bertunang.. lepas tu nikah..” dengan tegas Mak Syilla membuat keputusan.
“Tapi mak.. Syilla tak kenal pun lagi dengan siapa Syilla bertunang..” Marsyilla cuba membantah.
Ala.. dah kawin nanti kenal juga.. keputusan mak muktamat.. tak boleh ubah2 lagi..” Marsyilla hanya menahan rasa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Marsyilla nekad mendail no.hp Nazrul yang di minta dari Prof Maria.. berharap jejaka itu akan menolongnya.
“Hello…” Rindu sungguh Marsyilla mendengar suara itu.
“Abang.. Syilla ni..” SAyu suaranya berkata.
“Maaf.. Syilla yang mana?” suara Nazrul seperti betul2 tidak mengingati siapa oyang menelefonnya itu.
“Marsyilla….” Kecewa mendengar jawapan Nazrul..
“Oo.. ada apa?” selamba.
“Mak nak kawinkan Syilla dengan orang yang Syilla tak kenal.. Syilla taknak..” Marsyilla mengadu dengan jejaka itu..
“Habis tu?” Sekali lagi Nazrul berkata tanpa perasaan.
“Abang..kenapa abang ni?! Abang tak sayang Syilla lagi ke?”
“Sayang saya dah lama hilang untuk awak.. sejak awak tinggalkan saya lagi..”
“Besar sangat ke salah Syilla bang.. Syilla Cuma nak beri ruang untuk kita berdua… Syilla tak bermaksud nak tinggalkan abang untuk selamanya..”
“Sorry…saya takde masa untuk ini.. banyak kerja lagi yang saya kena buat.. bye..” Nazrul terus menamatkan panggilan telefon itu.. sekali lagi Marsyilla kehilangan punca.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Wei.. senyumlah sikit.. kang bakal mentua kau nampak bakal menantu dia muka macam asam kecut.. terus cancel pertunangan ni..” Indah cuba menceriakan hati temannya itu..
“Biarlah.. lagi bagus.. lepas tu aku lari balik pergi Amerika.. boleh mengurat Bush.. “ Marsyilla mula merapu.
“Ok gak idea kau tu.. alang2 boleh cari second lady..” Marsyilla mencubit tangan temannya itu.
“aku tengah berkabung ni.. baik kau diam..” Tetapi Indah masih tertawa mendengar arahan Marsyilla.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lip lap2 lampu camera merakam detik Marsyilla di ‘booking’..”Mak cik ni wakil je.. Maksu kepada tunang kamu..panggil je maksu Pia. Bakal mentua kamu demam.. excited sangat uruskan majlis pertunangan kamu berdua sampai demam2..” Dengan ramah wanita itu menjelaskan kepada Marsyilla. Dan Marsyilla mempamerkan senyuman manis yang agak sedikit palsu..
“Hah.. ni ada tunang kamu bagi surat..” Maksu Pia menyerahkan sepucuk surat berwarna pink. Marsyilla mengambilnya.
“Terima Kasih..” Dengan lembut Marsyilla menjawab.. ‘selamat tinggal bang..’
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dear sayang..,
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka
telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
’ PUISI PEDANG DIER.
Sayang pernah bagi puisi ni dengan abangkan..
Abang nak ucapkan terima ksaih kerana sudi menyarungkan cincin di jari manis sayang. Dan terima kasih kerana menyedarkan abang dari mimpi yang panjang.. I LoVe You
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Wei Nazrul.. jangan lupa hutang kau tu.. penat aku berlakon tau.. " Kedengaran suara nyaring Erina di hujung talian.

"Yalah2.. dengan cousin sendiri pun nak berkira lah kau ni.. lakonan bukan mantap sangat pun.." Nazrul mencebik..

"Mantap tak mantap.. tapi janji tetap janji.."Erina tertawa.

"Yelah2.." Nazrul tersenyum.. kedengaran lagu seputih hati nyanyian agnes monica di radio..

seputih hati ini
semurni cinta ini
mekar mewangi kasih

kuharapkan balasmu
ulur tangan peluk diriku
oh kekasih dekaplah aku

perasaan cintaku ini
tak bisa kubendung lagi
dimanakah waktu kan berkata menyetujui cinta ini

merpati putih saksi kita
dalam malam kita berjanji
apa
yang kan menghalangi
tetap cinta ini kan terjalin
seputih hati ini....
semurni cinta ini...
-the end-

1 comment:

Si Kure-kuree said...

best gak citer ni..well 4 bintg...
tapi, mana sekolah cinta???lame da tade...

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37