Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Tuesday, May 26, 2009

DeAr Diary 2

What are nice shock??

“Selamat tengah hari Nadya, mana Shiella dan Nina?” Erika terus berjalan ke arah Nadya apabila ternampak saja gadis itu duduk termenung di depan astaka bertempat di Medan perhimpunan.

“Shiella don’t know.. Nina don’t care.. so kalau don’t know, don’t care la..” ucap Nadya dengan selambanya. ‘apa kena dengan budak sorang ni.. kelmarin aku rasa ok je.. Erika kebingungan. “Tapi kalau kau mahu maklumat pasal Donny aku tahula..” Nadya menyambung ayatnya sambil tersenyum lebar.

“Emm.. kaulah anak yang paling pintar.. Eh! Donny kelas apa ya tahun ni? Tahun lalu dia masuk kelas 3 Mercury kan?” Erika mengambil tempat duduk berdekatan dengan Nadya. ‘budak ni kalau pasal Donny semua dia tahu..’

“Ya.. last year 3 Mercury tapi this year dia di kelas 4 Elit..” Nadya menjawab dengan bibir yang mekar dengan senyuman.

“Macam mana kau tahu semua pasal Donny ya? Macam peminat fanatic lak kau ni.. jangan begtu Dya… Nanti kau yang kecewa..” Erika menasihati Nadya.

“Emm… makan nasihat sendiri ya.. org yang memberi nasihat tu pun sama jugak..”Nadya kegelian mendengar bicara Erika. “Don’t worry lah.. actually kakak aku satu kelas dengan Donny so, aku taula dia kelas apa tahun ni..” Nadya menyambung bicaranya.

“Emm.. aku pun taklah kisah sangat pasal Ilham tu.. cari maklumat tentang dia Cuma mengisi masa lapang je..” Erika menyangkal sindiran temannya itu.

“Ha’ah… yalah tu.. percaya betul aku dengan orang yang tengah bercakap tu..” Nadya mempamerkan muka yang langsung tak percayanya.

“Betullah.. Eh! Itu pun dorang Shiella n Nina ..” Erika menunjuk kea rah kiri medan perhimpunan itu. Kelihatan 2 org gadis berjalan menuju kea rah mereka.

“Lah..di sini rupanya korang berdua ni.. penat kami tunggu di dalam kelas.” Ucap Shiella selepas saja sampai ke tmpt Nadya n Erika.

“Eh?! Takde sessi pagi ke yang duduk kelas kita??” Erika hairan. Selalunya setiap kelas akan berkongsi dengan pelajar2 sessi pagi n petang.

Kan kelas kita special.. mana ada sessi pagi .. jomlah kita letak beg..” Nina menarik tangan Nadya.

“Tak payahlah.. lagipun kejap lagi perhimpunan nak mula.. jom masuk barisan kita..” Nadya pula menarik tangan Nina.. Erika n Shiella megekori dari belakang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Okey, form1,2 boleh masuk kelas sekarang.. tapi form 3 Stay sini kejap.. kita ada pembahagian kelas.” Kata Cikgu Hidaya dari atas astaka.

“Hah! Pembahagian kelas??” Kedengaran suara2 yang risau tentang pembahagian kelas itu. ‘ah.. pembahagian kelas.. satu kelas dengan Ilham..satu kelas dengan Ilham.. ‘ Itu saja yang bermain di kepala Erika.

“3 Iman dikecualikan ya.. boleh balik ke kelas sekarang.” Cikgu Hidaya menyambung bicara.

“Kenapa 3 Iman dikecualikan? Mana adil…” Shiella memprotes sambil berbisik ke telinga Erika.

kan 3 Iman tu aliran arab.. kenapa?? Kau nak join skali aliran arab ke? Erika mengikut rentak Shiella dengan berbisik.

“Oo.. ye ke?” Shiella buat muka bodoh.

“Okay.. ini untuk senarai nama 3 Platinum, siapa yang nama dia kena sebut sila buat satu barisan di sebelah kiri Medan ni ye..ikut barisan kelas. Faham?” Cikgu Hidaya memerhati gelagat pelajar2nya.

“Faham cikgu..” semua pelajar menjawab.

“Okay..untuk 3 Platinum, Daniel, Irfan, Nathasya, Ilham Nazmie…” selepas nama Ilham Nazmie tidak kedengaran lagi nama lain di telinga Erika. ‘Oh Ilham Nazmie..hehehe’

“Sekarang 3 Mercury pulak,. Yang pertama, Amy Aliza, Asri, Azreen Ahmad Kamaruddin, Ashraf Iswan..” ‘Oo.. rupanya Ashraf still d 3 Mercury..Diana bercakap dalam hati. “Nur Dahlia, NurShiella..” ‘Hah! Shiella pun masuk 3 Mercury.. mampus! Mesti aku pun masuk skali ni.. “Nur Erika Alinda..” ‘Nama aku ke tu? bukan kan?’

“Erika.. nama kau lah tu.. pergilah.. bye.. jumpa nanti rehat..” Nina menyedarkan Erika yang sedang berkhayal.. Erika berjalan mendapatkan Shiella yang telah berada di barisan 3 Mercury.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

‘Oh God! Selamatkanlah aku dari apa2 perkara sepanjang tahun ni.. adoi.. terlebih lak pulak ni.. aku nak satu kelas dengan Ilham.. ni apasal satu kelas dengan Ashraf lak ni..nak masuk ke tidak ni??’ Erika bermonolog dalam hati apabila dirinya menjejakkan kaki ke 3 Mercury.

“Wei! Kau mahu masuk ke tidak ni?” Shiella menolak Erika dari belakang agar Erika mempercepatkan sikit langkahnya untuk masuk ke dalam kelas. ‘kenapalah budak sorang ni.. suka sangat termenung di tengah jalan.’

“Kejaplah.. his.. tak reti sabar skit minah ni..” Erika melangkah mencari tempat kosong. ‘tempat Ashraf kat mana ya?? Boleh gak duduk dekat dia.. amboi.. gatai aku ni..’

“Rika, kau duduk sebelah aku la.. Shiella duduk sebelahIra..” Atika menarik tangan Erika agar duduk di sebelahnya. Nor Atika kawan mereka sejak tingkatan 2 Elit lagi..

“Aku okay je..” Erika meletakkan begnya.. ‘okey?? Cuba kau rasa tangan aku ni Tka, macam suhu badan mayat da ni..’

“Jom kita keluar jap.. tgk dorang Nadya dapat kelas apa..” Shiella mengajak mereka berdua keluar ke koridor. Kebetulan kelas mereka terletak di bangunan A, bersebelahan kelas 3 Platinum.. dan berhadapan dengan Medan Perhimpunan.

“Eh! Cikgu tu masuk kelas kita ke?” baik kita masuk kelas sebelum kena marah.” Erika menarik tangan ke2 orang rakannya. Pelajar2 kelas 3 Mercury membuat hal sendiri. Erika sedikit tidak selesa dengan persekitaran itu. Selain tidak begitu mengenali orang kelas barunya, Erika juga perlukan masa untuk bergaul dengan orang yang baru di kenalinya. Erika melihat ke arah sekumpulan pelajar lelaki 3 Mercury yang terkenal dengan kebisingannya. Matanya tertumpun pada satu susuk tubuh yang lebih tinggi sedikit dari ketinggiannya.. Ashraf.. Erika tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Imbas..

“Kau tidak suka dengan Ashraf ke?” Ann bertanya pada Erika.

“Ei..Ann, Aku anggap dia kawan baik aku jelah..” Erika serba salah.

“Aku taulah kau lebih tinggi dari Ashraf.. alah, dia rendah sedikit je pun..” Ann seperti mempromosi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Woi! Khayal je yang kau tahu.. macam takde kerja lain..” Shiella mengejutkan Erika dari lamunannya.

“Kau ni Shiella, kalau tak mengacau aku untuk satu hari boleh ke?” Erika fed up.. ‘mengacau je yang dia tahu.. aku nak mengelamun pun tergendala.!’ Erika mencebik.

“Hehe…Eh! Kau kenal ke budak yang duduk kat baris sebelah kiri d depan tu.. alah yang kat tengah tu..” Shiella memaksudkan Ashraf.

“Kenapa? Berminat?” Erika bertanya nakal.. ‘langkah mayat aku dulu kalau kau nak mengurat dia..eh! over lak aku ni… macam cemburu je..’

“Takdelah.. tapi dia macam rupa cousin aku, kau tahu siapa nama dia ke?” Shiella seperti mendesak Erika.

“Kenapa kau tanya aku lak? Aku satu kelas denga dia ketahun lalu? Mana lah aku tahu siapa budak tu.. bukan dia femes pun, sampai aku patut kenal dia.” Erika menafikan. ‘Ceh! Tak kenal konon.. padahal dah 8 tahun aku kenal budak tu.. well.. pandai2la simpan rahsia..hehe’

“Manalah tahu tiba2 kau tahu nama dia..” Kata Shiella dengansuara melirih.

‘ewah Shiella ni.. macam tak caya dengan aku lak.. tapi muka aku memang tak boleh percaya pun..hehe..’ Erika mengomel di dalam hati.

Dear Diary..

4 jan

Di atas meja belajar kat umah akula..

Hah! What a nice shock?? You know what? Aku satu kelas dengan Ashraf!! Wah! Bestnya..mulanya aku harap dapat satu kelas dengan Ilham.. heheh.. tapi dunt worry,kelas aku bersebelahan dengan kelas dia.., heheh.. so bolehlah skodeng2.. aku nak tidur dulu… hari ni best sangat, harap Besok lebih baik dari hari ni..

1.35am..

Erika menutup diarynya kerana matanya tak dapat menahan mengantuk lagi.. ‘emm..tak sabar nak tunggu hari esok..’ akhirnya Erika terlelap dengan mimpi2 indah..

No comments: