Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, May 25, 2009

Dear_Diary 1

Worse!

‘Hari ini bermulanya sessi persekolahan untuk tahun ni.. emm.. tahun lalu aku duduk kelas 2 elit, mesti tahun ni 3 elit pula.. emm.. tapi sebaik2nya dapatlah satu kelas dengan Ilham Nazmie, kan best…hehe.. ataupun satu kelas dengan Ashraf… Eh! Beranganlah aku ni, mana boleh aku masuk kelas top 2 macam tu.. paling2 kela top 5… huhu… ‘ Erika mengomel sendirian, lalu berjalan menuju ke medan perhimpunan untuk mendapatkan rakan sekelasnya…

"Hai semua, rindunya… lama tak jumpa..” Erika bersalaman dengan rakan2nya.
“Lambatnya kau ni… ‘sayang’ kau dah lama sampai.” Shiella menyakat Erika. Dia tahu yang Erika sudah lama meminati Ilham..

“alah.. dia da sampai ke? Kan aku suruh dia tunggu aku kat depan gate tadi.” Dengan Wajah seriusnya Erika membalas usikan Shiella.

“Pandailah kau, daripada dia tercegat depat gate tu tunggu kedatangan kau, baik dia tunggu girlfriend dia ke.. kawan dia ke..” ‘aku ke…’ Shiella menambah di dalam hati.. ‘ kang kena hempuk aku dengan novel tebal yang Rika pegang tu.. naya beb..sia-sia pengsan kat medan ni..’

“EH! Ye tak ye lak.. aku suruh Donny yang tunggu aku kat gate tadi.. kan dia kekasih gelap aku..” Erika sengaja mengusik Nadya yang berdiam diri sedari tadi.. ‘memanglah dia berdiam diri… dah memang dia pendiam..’ Donny ialah budak yang di minati oleh Nadya dan tua setahun dari mereka semua. Nina Cuma tersenyum mendengar usikan Erika.

“Emm… adalah orang kena flying kick ni kang..” Nadya menunjukkan muka menyampahnya. ‘budak ni memang… kalau sehari tak mengusik tak sah!! Oh donny…hehe..

“Buat apa Donny tunggu kau, baik dia tunggu Dya.. kan Dya..” Shiella memang selalu membela Nadya bila Erika mula menyakat. Erika seperti biasa menghadiahkan jeliran lidah buat si pembela.. Erika memandang ke arah Nina yang menjadi penonton sejak tadi.

“Alah…dia mesti tunggu Erika punyalah.. “ Nina pula membela Erika.. Erika tersenyum lebar.

“Emm.. dua2 kamu aku tending nanti..” Nadya tidak mahu mengalah.

“Dahlah nanti sambung balik.. hehe.. buat malu aku je kamu bertekak kat sini.” Dyana menamatkan perbalahan kecil mereka di sebabkan ramai pelajar2 yang sudah mula berkumpul di Medan perhimpunan itu. Matanya meliar mencari kelibat seseoarang.. Di kiri medan terdapat beberapa kumpulan pelajar yang sibuk bercerita. Almaklumlah.. lama tak jumpa, di antaranya adalah rakan sekelasnya sewaktu di 2 elit dulu.. di kiri medan pula terdapat budak2 form 1 pada tahun lalu yang sekarang ini sudah berada di form 2. Setelah penat memerhati tapi masih belum terjumpa susuk tubuh yang dicarinya.

“Apa yang kau cari?? ‘Dia’ di surau belakang kita ni..” Sheilla tahu siapa yang di cari oleh Erika itu. ‘Ilham lah.. siapa lagi..’ Erika terus mengalihkan pandangan kea rah belakang Medan. Dia tersenyum senang apabila telah melihat orang yang di carinya. Erika memerhatikan gelagat Ilham yang sedang duduk di kerusi yang di sediakan di hadapan surau dan sedang rancak bercerita dengan rakan sekelasnya. Cuma 3 oarng yang di kenalinya di situ, Ilham, Iskandar, dan Ashraf.. ‘Ashraf?? Huhu.. kisah lama..

“Hoi! Tengok Ilham macam nak tersembul biji mata keluar.. dah lah.. jom kita berbaris.” Shiella menarik tangan Erika yang sedang terpegun itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
‘Hah!! Jauhnya kelas aku dengan kelas Ilham… tak kiralah kelas aku ni ada air cond ke.. aku tetap nak satu kelas dengan Ilham….kenapalah aku ditakdirkan masuk kelas 3 Elit ni.. kenapalah tak masuk kelas 3 Platinum ke..3 Platinum ke.. 3 Platinum.. Eh! Bukan sama ke tu? hehehe…’

“Ini kelas kita?? Almari buku je penuh…Meja dengan kerusinya mana?? Takkan kita belajar sambil bersimpuh atas lantai kot..” Erika membebel. ‘ ei.. aku nak sekelas dengan Ilham.. tu pun cikgu tak bagi ke? Tahun ni aku ambik P.M.R tau.. jadi aku kenalah mengadap ‘sumber inspirasi’ aku tu 24 jam.. barulah boleh dapat 8A.. heheh’

“Alah Rika, kira okaylah ni.. ada air cond..ada almari buku… kau kan suka buku.. hehe” Shiella tahu yang temannya itu kecewa kerana tak sekelas dengan pujaan hatinya.

“Okay.., yang perempuan cari penyapu sekarang and sapu lantai ni sampai bersih…yang lelaki pula duduk diam2.. tak payah susah2 tolong dorang.. kita semua boleh relax..” Nizar menjerit dari sudut kanan kelas. Kononnya bertindak seperti ketua kelas yang memberi arahan. ‘Hah?! Bagus arahan kau Nizar.. kami pula yang jadi kuli kau.. kaum sejenis dia boleh relax.. piirah!! Mentang2lah dia yang jadi ketua kelas tahun lalu.. tahun ni jgn harap aku undi kau jadi ketua kelas! Sapu kelas sampai bersih konon..nanti muka kau yang bersih oleh aku…’ Erika mengomel dalam hati.

“Wei Rika! Janganlah termenung.. tolong sapu kelas ni. Kalau boleh dengan ketua kelas sekali kau sapu…rimas aku nampak sampah2 ni.. terutama sekali sampah masyarakat tu..” Nina meninggikan suaranya agar dapat di dengari dengan jelas oleh Erika sekaligus menyindir Nizar dan pengikut2nya. Nizar tersenyum.

“Kalau nak sapu ketua kelas kau tak payah suruh, denga senang hati aku hantar dia dengan pengikut2nya ke tong sampah..” Erika join Nina skali menyindir Nizar.

“Wei…tak baik begtu.. aku ni jejaka terhangat di pasaran, tampan,, cute lagi tu.. kamu boleh panggil aku sampah masyarakat?” Nizar membela diri. ‘Ceh! Perasan je lebih mamat ni..’ Erika mencebik.

“Itulah.. aku yang bakal menganti Salman Khan kamu boleh nak buang aku kat tong sampah? Patut ke Zar?” Fred pula menyampuk.. ‘Ini lagi sorang… tak pernah tengok cermin kot 2 orang ni..heh..kesian..kesian..

“Apa? Penganti Salman Khan? Fred aku ada satu soalan cepu emas untuk kau..” Shiella pula masuk gelanggang bicara.

“Hah? Apa dia? Soallah, jgn malu2.. jejaka hansome lagi tampan macam aku ni takkan menghampakan gadis2 yang ingin menyoal..” Dengan yakinnya.. “ceh! Riak betullah mamat ni..

“Kau ada tengok cermin ke sebelum pergi sekolah? Sebab aku rasalahkan… muka macam kau ni.. Salman Khan nampak pun boleh pecah perut ketawa tau!..” Shiella bercakap dengan selamba. Seisi kelas tergelak melihat reaksi Fred ketika itu.

“Attention.. aku ada maklumat penting ni..” Nabilah tiba2 mencelah perdebatan mereka..” Kelas ni buat sementara je.. Kelas kita sebenar di tmpt stor buku teks.. Nanti semua2 teks akan di pindahkan ke sini and lepas tu kita akan berpindah ke stor tu…” Nabila berkata dengan wajah bengang.

“Hah!” Semua pelajar 3 Elit terkejut kecuali Erika yang tersenyum lebar samapi ke telinga..(hyperbola betullah pernulis dia ni..heheh)

“Yang kau ni kenapa? Orang lain tak suka yang kau ni lebar senyuman samapi nak koyak pipit u apasal?” Nina bingung dengan tingkah temannya itu. ‘kalau dah psiko, psiko jugalah.. tak boleh di selamatkan lagi..’ Nina menggeleng kepala.

“Cuba kau fikir.. stor buku teks kat mana?” Erika menanyakan soalan yang agak sedikit bodoh.

“Soalan Dari mana kau dapat ni? Mestilah stor tu di bangunan A..” Nina semakin bingung.

“Oo.. di bangunan A ya.. jadi kelas 3 Platinum di bangunan apa dan bersebelahan dengan bilik apa? Cuba teka..” Erika berkelakuan seperti kanak2 riang.

“Mestilah kelas 3 Platinum di bangunan A and of couselah kelas tu bersebelahan dengan stor buku…” Nina terberhenti seketika untuk meneruskan ayatnya,, Dia seperti teringat sesuatu. Lalu di pandangnya muka Erika yang sedang tersenyum menanti jawapannya. “Teks” sambung Nina.

“Yes betul!! 10 mark untuk Nina..hehe.. Bestnya.. bila kita pindah ya? Tak sabar lak aku ni..” Erika menunjukkan reaksi tidak sabarnya. ‘angau’ itulah yang berlegar2 di kepala teman2nya.


Dear Diary…

3 Jan 2007..
Di bucu katil kesygan aku..(kat umahla..)

Hari ni aku kembali ke sekolah selepas 2 bulan bercuti.. tau apa yang berlaku hari ni?? Pada mulanya aku ni frust menonggenglah n anggap ni Worse dayla sebab berjauhan dari kelas Ilham, pastu Nizar lak buli kami semua suruh menyapu kelas.. dah lah aku tak suka sangat bab2 memyapu ni.Tapi Nabila membawa khabar yang mengembirakan.nak tau apa? Next week kami akan pindah ke stor buku teks.. yes.. and lagi satu bersebelahan dengan kelas dorang Ilham. Walaupun hutan belantara sekali pun.. asal berada berhampiran dengan ilham, aku tak kisah.. aku lagi suka.. hehe okeylah aku nak masuk tidur dlu.. hari ni seronok sangat, harap esok pun begitu juga...

11.00pm
Erika menutup Diarynya kemudian beredar menuju ke katilnya.. ‘emm..harap2 mimpi yang indah..’ kemudian Erika terus menuju ke fantasi mimpi yang begitu indah sehingga melenakan tidur malamnya.

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37