Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, September 19, 2009

RUMAH TeRBuKA SEKolaH CiNta 1

Rumah terbUka SekolaH CinTA!

“Assalammualaikum mama….”Jerit Nieylla di tengah2 KLIA itu.. Rindu dengan Mama dan papanya.. Dani yang membawa bagasi2 mereka berdua hanya mengikuti langkah lincah adiknya dari belakang.. Sayang sekali Riz tidak boleh pulang sekali dengan mereka kerana kehabisan tiket.. Jadi terpaksalah mereka berdua balik dahulu.


“Wah! Rindunya dengan anak2 papa ni.. “Kata Engku Raziq sambil menepuk bahu anak lelakinya.


“Aik? yeke rindu papa.. Ke tak ingat langsung dengan kami berdua ni.. yelah kan dik.. dah tinggal berdua je kat rumah..” Usik Dani.. Engku Raziq tertawa.


“Tulah.. puaslah honeymoon..” Nieylla menambah usikan abangnya.. Puan Maria menggeleng kepala.. tertawa mendengar usikan anak2nya yang nakal itu.


“Kamu ni.. bulan puasa tak leh nak nakal2lah..Auch” Engku Raziq membalas nakal usikan anak2nya..Dia terjerit kecil bila jemari runcing Puan Maria mencubit lengannya.


“Dah lah.. layan sangat cakap papa kamu ni.. jom kita balik.. mama nak masak special untuk berbuka puasa nanti..” Kata Puan Maria sambil menarik tangan anak2nya. Nieylla dan Dani hanya tersenyum melihat telingkah mama dan papa mereka.


“Emm.. Dani dah terhidu bau asam laksa.. “ Kata Dani sambil menepuk2 perutnya.


“Nieylla pulak dah tercium2 bau Ayam percik yang mama selalu buat tu..” Tambah si adik pula..


“Emm.. Orderlah banyak2.. kang tiga2 kita kena berkhidmat kat dapur..”Sampuk Engku Raziq.. Puan Maria tersengih.. ‘macam tau2 jelah papa ni..’ bisik hati Puan Maria.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Syirah buat apa tu?” Tanya Datin Maryam.. Syirah yang sedang mengisi beras ke dalam periuk nasi itu tersenyum.


“Syirah nak tolong ibu masak nasi lah..” Jawab Syirah.. Baru hari ini dia berpeluang berbuka puasa dengan keluarga Im.. yelah.. Dia dah pindah ke rumah saudaranya , sibuk lagi dengan aktiviti di universiti membuatkan dia tidak berkesempatan meluangkan masa berbuka puasa dengan keluarga angkatnya.. Im pun dah merajuk dengan kesibukannya.


“Laa.. Hari ni kita tak payah masak.., Aunty Maria ajak berbuka puasa kat rumah dia..Kan Dani dan Nieylla balik hari ni.. Syirah tak tahu ke? “ Tanya Datin Maryam. Syirah menepuk dahi.. Kerana kesibukannya membuatkan dia terlupa yang Nieylla dan Dani balik hari ni..


“Terlupa pulak.. “ Jawab Syirah pendek.. Datin Maryam tersenyum melihat reaksi anak perempuannya..


“Tulah.. sibuk mengalahkan Perdana Menteri!” Sindir Im dari pintu dapur dengan wajah kelatnya. Masih merajuklah tu..


“Mana ada.. Perdana menteri lagi sibuk dari Syirah..” Jawab Syirah.. Sengaja mengusik Im. Im membesarkan matanya..


“Menjawab2.. dah berani menjawab sekarang.. tulah yang di belajarnya kat U tu..” Bebel Im.. Datin Maryam menggeleng kepala.. tidak mahu masuk campur.. Syirah tersenyum.


“ Itulah yang Prof hensem tu ajar kalau tak silap Syirah,abang Im..” Usik Syirah lagi.. Suka melihat wajah berang Im..


“ Ooo.. patutlah asyik sibuk 24 jam tak berenti.. Sibuk dengan prof ‘kerang busuk’ tu ya?” Selamba je Im menggelarkan tenaga pengajar di Universiti mereka sebagai kerang busuk… Salah Prof tu juga.. asyik tersenyum je bila nampak muka Syirah.


“No Comment.” Kata Datin Maryam dan terus melarikan diri dari dapur itu.. Terasa bahang panas memenuhi ruang dapur.. itulah yang terjadi bila buku bertemu ruas..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Nathalie.., kamu jangan lupa ajak Is datang buka puasa kat rumah.. dengan mak dia sekali..” Kata Datin Mile mengingatkan Nathalie..


“Ye mama.., Nathalie belum tua lagilah nak lupa.. “ Balas Nathalie bila menyedari ini kali ketiga mamanya mengingatkannya..


“Kamu tu memang belum tua.. tapi nyanyok.. Handphone dalam tangan pun boleh lupa.. apatah lagi nak fikir benda lain.. “ Balas Datin Mila.. Nathalie tersengih bak kerang busuk.. bukan lupa sebenarnya, tapi dia terlalu stress dengan tugasan yang diberi oleh prof nya dan menbuatkan dia mamai2 sikit.


“Tu nasib tak lupa dia dah jadi tunangan orang..” Usik Dato’ Kamal.. Nathalie tersenyum manis.. senyum bersalah pun dia jugak.. ‘Tunang tu ingat.. tapi kalau dah nampak lelaki hensem kat depan aku boleh terlupa juga dengan fakta tu.. Not available! Hehehe’


“hehehe.. tunang tu ofcouselah ingat daddy… ingat sangat2..” Kata Nathalie dalam nada bergurau.. Dato’ Kamal tersenyum sambil menggeleng kepala.. telatah anak perempuannya.. makin menjadi2.. nakal!.

2 comments:

fazriena said...

nk tny ckit nie....
asl xleh nk bc full story sai dana@adriana???

fazriena said...

nk tny ckit nie....
asl xleh nk bc full story sai dana@adriana???

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37