Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, December 28, 2009

Biarkan ku bersandar..2

“Anisah, kau story2lah kat aku..” Isyrina yang baru keluar dari dapur dengan membawa secawan Nescafe duduk di sebelah ku. Aku memandangnya bingung.

“Kau ni mukadimah pun takde. tiba2 pulak minta aku cerita. Cerita apa?” Tanya ku sambil menukar siaran television. Bosan menonton rancangan reality yang berbagai2..

“Ala.. pasal kristal yang kat meja kau tulah.. kalau sentimental value kan mesti ada cerita menarik.. ceritalah..” Kata Isyrina sambil menghirup minumannya dengan hati2..panas.

“Oo.. itu.. Emm..” Aku berfikir seketika.. Mahu menceritakan hal sebenar atau tidak. Aku pandang muka Isyrina yang penuh dengan rasa ingin tahu..

“Emmm.. Emm apa?” Gesa Isyrina lagi. Aku berfikir lagi. Berdosa tahu kalau membuka pekung di dada sendiri.

“Sebenarnya kawan aku yang suruh jaga kristal tu baik2..” Kata ku.. Berbohong.

“Kenapa dia suruh jaga pula? Kristal kecil macam tu pun nak orang jaga kan ke?” Isyrina mengambil alat kawalan jauh tv dari tanganku. Menukar semula ke rancangan reality tv tadi.

“Dia kata, nak buang… sayang.. nak jaga.. menyakitkan.. jadi dia suruh aku yang jaga.. then bila dia dah bersedia baru dia ambil balik kristal tu semula.” Isyrina mengerut kening mendengar cerita ku..Langsung tidak mempercayai cerita ku.

“Kau ni ‘borak’lah.. cakap jelah ex-boyfriend kau yang bagi..” Aku tersenyum.

“Tak percaya sudah..” Putus ku sambil meneguk Nescafe Isyrina. Terpinga-pinga Isyrina melihat aku menghabiskan nescafenya.

“Wei! sampai habis.. nak minum buat sendirilah.. pemalas..” Marah-marah manja dari Isyrina.. Aku buat2 tidak dengar.

“Eh! kau dah tengok wayang ni tak? cerita dia bercinta dengan suami orang..” Tanya Isyrina padaku sambil menunjuk ke arah skrin television.

“Tukarlah.. aku tak nak tengok cerita ni..” aku ingin merampas kembali alat kawalan jauh dari tangan Isyrina tapi tidak berjaya.

“Alah.. tengok cerita ni jelah.. Aku bencilah tengok perempuan ni.. suami orang juga dia nak..” Kata Isyrina dengan penuh perasaan.

“Dah ketentuan dia macam tu.. bukan salah dia seratus peratus pun... wife lelaki tu pun bukan isteri mithali sangat.” Kata ku mula membela watak dalam television itu.

“Ek’eleh.. Alasanlah tu.. Isteri dia okaylah.. Cuma selalu busy je.. perempuan tu yang terlebih2 menggoda.. mana tak cair hati lelaki tu..” Isyrina sudah mula membuka gelanggang perdebatan dengan membela isteri lelaki yang digoda itu.

“Kan perempuan tu dah cuba nak tinggalkan lelaki tu.. tapi Lelaki tu yang mengatal.Dia innocentlah..Dan mungkin juga perempuan ni memerlukan kasih sayang.. kau apa tau?” Kini aku pula yang tidak senang duduk di atas sofa empuk itu. sedikit sebanyak aku terasa seperti si pesalah.

“Macam yang aku kata tadi.. Alasanlah Anisah.. Banyak lagi lelaki lain dalam dunia ni.. kenapa nak juga dengan suami orang.. lelaki yang dah berkeluarga. Sebelum jumpa perempuan tu, lelaki ni baik je dengan family dia.” Kami sudah tidak focus dengan rancangan yang di mainkan di television sebaliknya membuat rancangan perdebatan sendiri.

“Sekali lagi aku cakap, perempuan tu dah cuba tinggalkan lelaki tu.. dah penat mencuba. bukan sekali dua dia mencuba untuk melupakan.. Dan dia kenal lelaki tu sebelum lelaki tu berkahwin lagi.. dia yang selalu mendampingi lelaki tu.. Tapi kenapa ada wanita lain yang cuba merampas tempatnya di sisi lelaki tu..” Aku terberhenti berkata2.. Isyrina memandangku dengan pandangan yang pelik.. Aku tahu yang aku sudah tidak memfokuskan perdebatanku dengan wayang yang bertajuk ‘hujan malam’ yang di tayangkan di astro prima tersebut tapi sebenarnya cuba membela diri sendiri.. Tanpa kata aku terus meninggalkan Isyrina yang termangu-mangu untuk masuk ke bilik tidurku..

Wednesday, December 9, 2009

BiarKan ku BersanDar...1

Aku tertarik melihat sepasang kekasih yang sedang berlari2 anak menyusuri pantai tempat aku selalu bertandang untuk melampiaskan rasa sedih..dulu..bukan sekarang.. Pasangan itu tertawa gembira seperti tiada langsung masalah yang membelenggu mereka..Ah! alangkah bagusnya jika aku juga seperti mereka, Bila agaknya aku akan tertawa sebegitu…

“Anisah, kau pergi mana tadi? penat aku cari kau tau. Boyfriend kau tu dah macam orang berak kapur mancari kau dari tadi..” Isyrina kawan yang setia sudah memulakan bebelannya.

“Kan lunch hour belum habis lagi, apasal pula dia nak cari aku pulak?” Aku duduk di tempat ku sementara Isyrina mengekoriku dari belakang.. tentu saja dia tidak berpuas hati jika soalannya tidak dijawab.

“Yelah, tapi masalahnya kau keluar sebelum lunch hour lagi tau.. dekat 3 jam tu..” Isyrina dengan muka selambanya mendaratkan punggunya di atas meja ku..

“Aku kan jumpa client tadi. Lepas tu aku terus lunch la..Apasal mamat tu cari aku?” Aku perlahankan suaraku. Takut bos aku terdengar pulak kata ganti diri yang aku ciptakan untuk dia. Sia-sia aku kena cari kerja baru.
.
“Dia tanya pasal proposal yang hari tu, dah siap ke belum?” Kata Isyrina sambil membelek2 kristal berbentuk separuh hati yang selama ini menghiasi meja kerja ku.

“Alamak.. punya main mamai sekali mamat tu.. aku dah bagi kat dia pagi tadi lah..” Aku menggeleng kepala. Pening kepala dengan tingkah laku bosku yang terlalu pelupa itu.

“Lah.. dah memang sejak azali dia begitu. Nak buat macam mana lagi kan..” Jawab Isyrina. Dia masih lagi asyik memerhati atau juga menganalisis kristal yang ada di tangannya itu.

“Hemm.. Dia ada kat pejabat dia ke?” Tanya ku.. Isyrina menggelengkan kepala.

“Dia ada temujanji dengan Dato’ Rasyid. Baru je dia jalan tadi. Tak terserempak ke?” Patutlah dia duduk bersenang lenang di atas meja aku tanpa menghiraukan kerja2 yang terbengkalai. Rupa2nya kucing sudah keluar. jadi tikus pun berlari2 lah gamaknya..

“Mujur tak terserempak tadi.” Jawab ku pendek.
“Anisah..sejak aku kenal kau kan, aku perasanlah..”

“Perasan apa pulak?” Tanyaku bingung.

“Ini, kristal ni. Ini je satu benda klasik yang tidak kau bungkus masuk dalam kotak. Kenapa ek?” Aku mengalihkan pandangan ke arah kristal yang dimaksud Isyrina. Aku tersenyum.. Tawar..

“Kristal ada sentimental value yang tersendiri kot.. tu yang aku sayang nak bungkus kristal ni masuk dalam kotak.” Jawab ku ringkas. Isyrina meletakkan semula Kristal itu.

“Ooo.. entah2 ex-boyfriend kau yang bagi kot…” Ada nada usikan dalam kata2 Isyrina itu. Aku tersenyum.

“Dahlah.. kau pergi siapkan kerja2 kau tu.. kang tak siap kau juga yang kena bebel dengan Encik Afiq.” Isyrina menjelir lidah bila dirinya di halau oleh ku.

“Nak mengelatlah tu.. Takpe, sampai rumah kang aku cungkil rahsia kau tu..” Aku memekakkan telinga.

“Tak daya aku nak mengelat2 ni lah.. makan coklat je yang aku reti pon..” Jawab ku untuk membalas kata2nya. Isyrina mencebik manja dan kembali ke tempat duduknya. Tapi yang pasti dia bukan menyambung kembali kerjanya yang tertangguh itu. Tiba2 satu perasaan lucu hingga di hatiku dan membuat aku terkekeh perlahan. Isyrina melihat ku dengan pendangan bingung.

“Kau kenapa? Kena sawan ke atau tak makan ubat kawalan mental pagi tadi?” Tanya Isyrina selamba. Aku masih terkekeh2..

“Takdelah.. aku teringat kawan aku masa kat kolej dulu. Sama macam kau tu.. asyik berchatting tak berhenti. Tapi dia chatting kat handphone lah..” Tanpa sedar aku mula membuka kisah lamaku.

“Apa yang lucu sangat? normal apa, tak pelik langsung.” Kata Isyrina mungkin kebingungan.

“Taklah.. tapi kalau kau kat tempat aku mesti aku terasa lucu sketlah.. sebab semua pensyarah2 kat kolej kami puji dia.. “ Isyrina mula tertarik dengan ceritaku. walaupun sudah bertahun kami berkawan tapi aku tidak pernah menceritakan kisah silamku kepadanya. Mungkin kerana kisah itu tidak seindah kisah hidup remaja lain.
“Apa yang dia kena puji?” Tanya Isyrina sambil membetulkan duduknya.

“Kata setengah pensyarah yang mengajar kami kan.. Dorang kata, Amboi.. baik betul kawan aku tu bila pensyarah mengajar.. menunduk je.DAh macam perempuan melayu terakhir.. sambil mencatat nota lagi tu .. kononnya kawan aku ni beri tumpuan yang sepenuhnyalah kononnya..”

“Habis tu?”

“Em..Hampeh sesangatlah tanggapan diorang semua tu.. yang sebenarnya kawan aku tu menunduk sebeb nak membalas mesej boyfriend dia.. and bukan mencatat apa pun.. Dok melukis love2 segala jenis love lah dia lukis..” Isyrina tertawa mendengar cerita ku.

“Hampeh betullah kawan kau tu? habis tu graduate jugak ke?” Tanya Isyrina..

“Graduate tu graduate.. tapi nyawa2 ikan.. Kalau duduk kat sebelah dia tu, kau dah boleh rasa yang diri kau macam patung liberty.. tak kena layan langsung kalau dia mula bersms..” Isyrina tertawa lagi..

“Ketawa2 juga.. Dia tu spesis macam kau tulah.. Encik Afiq ingat baik je kau mengadap computer tak pandang kiri kanan.. rupanya berchatting.” Sambungku lagi.. Isyrina tersengih.

“Ceh! mukadhimah je panjang berjela-jela.. rupanya nak sindir aku..” Luah Isyrina tak puas hati.. aku tersenyum.... to Be continue..........

Wednesday, December 2, 2009

ComiNg SooN.......

Dia tidak perlu melangkah kemana2..
Sebaliknya akulah yang sepatutnya berundur dan terus berunduR agaR
diri Ini..Cinta ini.. dan hati ini Berada jauh darinya..
suatu ketika dulu..
aku cuma mencuba bermain dengan api..
Tapi lama kelamaan susah untuk aku padamkan api yang Membara itu..
Apa aku sudah salah membuat percaturan?
kalau salah, di mana salahnya?
Dan kalau betul pula...
Kenapa rasa bersalah sering mengiringi Kebahagianku?
Tapi bila di fikirkan semula...
Kenapa LELAKI TERLARANG itu masih ingin bersama ku??
Mungkin semua orang Akan membenci ku bila aku katakan siapa aku?
Mungkin semua orang akan memandang rendah pada ku..
Dan mungkin juga Aku musuh kepada semua yang bergelar isteri?
tapi siapa Aku????


NanTikAN.....

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37