Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 13

“Assalammualaikum Mak Uteh..” Kata Dahlia riang apabila sampai ke kampungnya..

“Waalaikumsalam, Hah.. baru sampai.. Masuk le.. Lambat sampai? Kata bertolak awal dari Kuala Lumpur tu.” Dahlia bersalam dengan Mak Utehnya. Kemudian di ikuti oleh Dannial. “Hah! Dannial.. masuk2.. baru pertama kali datang kampung ni.. dulu mak bapa kamu selalu datang sini..” Kata Mak Uteh.

“Sibuk Uteh.. Bila Nia kata nak balik kampung saya pun ikutla.. rindu sangat suasana kampung ni..” Jawab Puan Safiah kemudian bersalam dengan Mak Uteh. Dannial menolong ayahnya mengangkat beg ke dalam rumah.

“Kereta siapa tu Uteh, Achik balik ke?” Tanya Puan Dahnia yang sudah meneliti meja makan yang sudah terhidang banyak makanan.

“Achik kamu.. Tapi dorang pergi teluk Intan kejap bawa budak2 tu.. Dah ramai sangat mengikut, abang uteh kamu suruhlah depa bawak van Abang Uteh kamu tu..” Jawab Mak Uteh sambil tangannya cekap mengatur pinggan-pinggan di meja makan. “Marilah makan., Dengar je kamu nak balik.. terus je Uteh ma…

Actually..It Mrs now..not Ms, 12

“Kita singgah makan kejap..” Kata Encik Harris.. Puan Safiah sudah membuka pintu kereta.. penat duduk lama2..

“Nial, bagi bangun Irah tu..” Kata Puan Dahnia kemudian mengikut Encik Harris dan Puan Safiah masuk ke restaurant.. Dannial merenung wajah Dahlia yang sedang Lena.

“Lia.. bangunlah.. kita singgah makan dulu..” Kejutnya perlahan.. Dahlia yang sedang lena di bahunya masih lagi dalam keadaan mamai.. Dia mengosok mukanya di dada Dannial.. “Lia.. dah sedar ke tak ni?” Sekali lagi Dannial mengejutkan Dahlia.

“Lia tak mahu makanlah.. Dah kenyang..” Menjawab dalam tidur.

“Bila pulak Lia ada makan.. time sarapan je tadi Lia ada makan..bangunlah..” Pujuk Dannial lagi.. Dahlia menggosok2 matanya..

“Dah sampai mana ni?” Tanya Dahlia sambil memandang sekeliling.

“Dah kat Sungai besar.. Papa ajak makan dulu tu..jom..” Dahlia membetulkan tudungnya yang sudah senget ke kiri..

“Tak jauh lagi rumah Mak Uteh ni..” Katanya sambil meniup2 hujung tudungnya.. dia pandang cermin berberapa kali.. Tak…

Actually..It Mrs now..not Ms, 11

“ Hai Ibu, Mama mana?” Tanya Dahlia kepada ibunya yang sedang sibuk menolong pembantu rumah Puan Safiah iaitu Laila memasak.

“Dia pergi solat kejap.. Dah solat?” Tanya Puan Dahnia kepada anaknya.. Dahlia mengangguk. Kedengaran suara Aidil dan Dannial tertawa di ruang tamu. Aidil memang selalu bertandang ke rumah sepupunya itu. Mungkin kerana bosan duduk di rumah tiada teman bercerita.. Abang dan kakaknya sudah ada keluarga sendiri dan jarang berjumpa. Dannial lah tempat dia bertelaga selalu.

“Nak Irah tolong apa-apa ke?” Dahlia mengambil tempat duduk di sebelah ibunya di meja dapur. Puan Dahnia memberi seikat sayur kepada anaknya..

“Irah tolong potong sayur ni.. Nak buat tumis je..Dengan bawang beberapa ulas ya..” Dahlia mengangguk.

“Ya Allah Nia.. orang suruh duduk diam kat ruang tamu.. dia pulak mencemar duli masak kat dapur ni..” Puan Safiah yang baru selesai sembahyang muncul di depan pintu dapur. “Tapi takpe, aku memang suka kalau kau masak ni..” Gurau Puan Safiah.

“Aku tahu itu yang…