Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Saturday, July 31, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 27

Setelah keluar dari pintu pagar utama Kolej Angsana, Dannial memberhentikan kereta di bahu jalan untuk seketika.. Dahlia memandang suaminya.. Tidak faham mengapa mereka berhenti di situ.. Mujur ada lampu jalan yang menerangi persekitar yang mula berarak malam.. Dannial menggapai jambangan bunga mawar yang di gubah cantik menjadi bentu hati di kerusi belakang dan menyebabkan bahu kiri Dannial bersentuhan dengan bahu kiri Dahlia.. Dannial memberikan jambangan itu kepada isterinya.. Mujur bunga itu tidak layu kerana dia membeli jambangan itu sejurus mereka sampai ke Sabah. Dahlia merenung Dannial.. Tidak tahu apa ertinya bunga itu..

“Happy anniversary..”Jawab Dannial sambil merenung terus ke mata Dahlia.. Dahlia tersentak.. Kenapa dia boleh terlupa hari yang bermakna itu.. Dan dia langsung tidak menyediakan apa-apa untuk Dannial.

“Lia lupa,.. tak sediakan apa-apa untuk Nial..” Jawab Lia perlahan sambil tunduk merenung kaki. Banyaknya perkara yang dia buat yang mengecewakan Dannial.. Dannial tersenyum..

“Takpe.. Nial faham..” Walaupun suara Dannial kedengaran cerita tapi dia tahu itu bukanlah perasaan Dannial yang sebenarnya.. Entahlah, mungkin dia sudah menjiwai watak seorang isteri dan sudah mendapat naluri seorang isteri..Dia boleh rasakan suaminya berduka.. Tanpa kata Dahlia memberi ciuman hangat di pipi suaminya..

“Maaf sebab buat Dannial berlakon depan Paied tadi.. Lia sepatutnya jaga perasaan Dannial.. bukan lelaki lain.. Maaf..” Dannial tersenyum.. Jari-jemarinya membelai lembut pipi Dahlia.. Dia tidak perlukan hadiah atau apa-apa dari Dahlia.. cukuplah Dahlia berada di sisinya.. itu yang dia rasakan sekarang..

“Takpe..Nial faham..” Jawab Dannial perlahan.. Tanpa kata bibirnya mendekati bibir milik isterinya.. lama sebelum Dahlia menolaknya perlahan..

“Kita kat dalam keretalah..” Tegur Dahlia malu-malu.. “Nanti kereta dorang Dk lalu kat sini and nampak kita macam tadi.. malulah..” Bertambah perlahan pertuturannya.. Mukanya langsung tidak di angkat.. Menunduk merenung jambangan bunga yang di hadiahkan Dannial.. Kononnya meneliti setiap butiran.. Dannial akhirnya tertawa melihat reaksi malu-malu Dahlia..

“Cutelah Lia begitu.. macam Nial nak gigit-gigit…” Kata Dannial nakal.. bertambah merah muka Dahlia di dalam cahaya samara-samar itu.. sempat tangannya mengetam kuat lengan Dannial..

“Kenapa satu tangkai bunga ni plastic.. bukan bunga segar?” Tiba-tiba dia terjumpa bunga mawar plastic di tengah-tengah gubahan itu.. Dan sebenarnya cuba mengalihkan topik perbualan kepada yang lebih ‘sopan’.

“I’ll be your husband until the last rose wilt..” kata Dannial bernada romantic.. Dahlia merenung suaminya.. Kemudian perlahan-lahan dia mengambil tangan Dannial dan mengucupnya..Ketika Dannial mendekati untuk mengucup isterinya buat kali kedua kedengaran bunyi hon kereta Dk yang di bunyikan untuk mengganggu mereka.. “Kacau daun..” Dahlia ketawa apabila mendengar suaminya berkata sebegitu.. Dannial menginjak pedal klac dan menolak tuil gear ke gear satu dan sebelum menurunkan handbrake dia sempat mencium curi pipi isterinya.. Bila Dahlia memandangnya dia sempat mengenyit mata.. Dahlia tertawa dengan gaya suaminya itu..

“Lia nak ikut jalan-jalan pergi kundasang besok tak? Rafiq ajak.” Tanya Dannial sambil memfokuskan matanya ke arah jalan raya.. Dia membiarkan kereta Dk yang di pandu oleh Rafiq di hadapan kereta dia tidak tahu jalan di sekitar bandaraya Kota Kinabalu itu..

“ Nak juga.. lagipun besok tak buat apa-apa pun kat hostel..” Memang betul.. Daripada menghabiskan masa dengan termenung dan membaca buku-buku rujukan gemuk di atas meja belajarnya.. sekali-sekala mahu juga bersiar-siar..

“Kalau nak ikut, Lia join tidur kat.. hotellah.. bukan apa, senang nanti nak berjalan.. tak pusing-pusing nak ambil Lia kat kolej nanti..lagipun ayah dan ibu takde kat sini.. kalau tidak boleh tidur rumah Lia je..” Laju Dannial memberi penjelasan.. Takut Dahlia tersalah fikir. Walaupun dia sendiri berfikir ke arah ‘itu’.. Dahlia tersenyum.. Malang sekali ketika ini ayahnya berkursus dan ibunya ikut bersama. Jadi rumah di tinggalkan kosong.. terpaksalah Dannial menginap di Hotel..

“Lia okay je..” Jawab Lia perlahan sambil mengalihkan pandangan ke tingkapnya.. Malu memandang wajah Dannial yang tersenyum lebar..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dannial merenung wajah isterinya yang sedang tidur nyenyak. Dia tersenyum melihat wajah itu. Tangannya membelai-belai pipi Dahlia dengan lembut. Dahlia yang sedang tidur seakan terganggu mimpi-mimpinya kerana gangguan dari Dannial itu. Perlahan-lahan dia membuka matanya dan merenung Dannial. Kemudian di perhatikan pula sekelilingnya.. Ingin mengingati di mana dia berada sekarang..Setelah beberapa minit barulah dia teringat kejadian semalam.. Tiba-tiba pipinya terasa panas kerana malu.. Wajah Dannial seperti tidak sanggup di tenungnya..

“Morning..” Kata Dannial perlahan.. Dahlia masih lagi menunduk wajah dan bermain dengan jemarinya. Dannial menarik nafas panjang kemudian tersenyum.. Dia tahu isterinya malu.. “Sampai bila nak bermain dengan jari tu? cantik ke jari tu berbanding muka husband Lia ni?” Tanya Dannial mengusik isterinya.

“Dah pukul berapa ni?” Tanya Dahlia ingin mengubah topic perbualan. Dannial tersenyum..

“Dah jam enam.. Rafiq kata kita kena bertolak awal, jom lah mandi..” Ajak Dannial dengan penuh kenakalan sambil mengenyit mata kepada Dahlia. Tangan Dahlia di tarik perlahan.

“Nial lah mandi dulu.. Apa pulak nak bawa Lia..” Bantah Dahlia malu-malu.. Tanpa kata Dannial mengendong isterinya sambil tersenyum nakal…

12 comments:

happy-happy said...

yeh!i am the first.......
sweet nye diorang ni
harap -harap x de sape nak kacau daun.....

MaY_LiN said...

wawawawa..
da makin bagus hubungan diorang ni..
moga berkekalan

Anonymous said...

best ehh...bahagia die org...
penulis...buangkan watak chill bodohh tueee...
nak mereka macam nei sampei habis...

Anonymous said...

awwwhhh sweet nye :) haha keep all the gudwork yee :) i likeee :)
-farrah-

Anonymous said...

huhu...sukenye n3 nie...
bagus la perkembangan this couple-wife husband...
erm...daniel pun makin nakal...;)

Anonymous said...

nakal eh daniel...
ingt sket...
korang masih berskolah...
hakhakhakkk

>>niCk<<

Anonymous said...

eh lupa nk tnya....
ap yg berlaku mlm tu???

>>niCk<<

epy elina said...

hohoho...
sweet la part ni...

Nur Ainaa Zulkifli said...

hehehe
sweet+nakal lar dorang nih..

ermm act smpai skrg wonder,dorang nie student U ker student skolah?

Azli Razali said...

jom follow

miszhana said...

hehehe.. dh brbahagia nmpk.. hehehe sweet la bla mlu.. smbung g ek..

unni ni said...

kak cpt2 la updates nye ,dh tggu lme nie...bestt