Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Tuesday, August 3, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms 28

Setelah hampir dua jam perjalanan mereka dari Bandar Kota Kinabalu, akhirnya mereka sampai ke perhentian pertama mereka iaitu Taman Kinabalu. Mujur Dk juga menyertai mereka, sepanjang perjalanan tidak juga membosankan bagi Dahlia. Kelihatan ramai pelancong asing juga turut melawat tempat itu.. setelah menghabiskan selama sejam di taman negara, mereka singgah sebentar di pekan minggu kundasang.

“Bunyi apa tu? dorang main gong ke?” Tanya Dannial apabila terdengar muzik yang menggunakan alatan tradisional yang mengandungi satu set kira-kira lapan untuk sembilan gong-gong cerek loyang kecil. Setiap kedengaran satu pukulan berbeza apabila melanda. Gong-gong adalah disusun secara mendatar dalam satu barisan pada satu bingkai katil kayu rendah. Pemain duduk atas lantai di depan gong-gong dan memalunya dengan dua tukul kayu kecil.

“Tu dorang berkulintangan..” Jawab Dk.. Dannial berkerut dahi.. Bukan kerana tidak memahami bagaimana memainkan alatan tradisional.. tetapi pertama kali mendengar ayat yang sebut Dk sebentar tadi.. “Jangan tanya apa erti kulintangan.. aku pun belum habis khatam..” Cepat Dk menjawab sebelum Dannial bertanyakan soalan lagi.

“Okay.. lepas ni nak pergi mana?” Tanya Rafiq yang baru membeli selesai membeli kuih muih untuk mengalas perut.

“Poring.... dah lama tak berendam di kolam air panas..” Jawab Dahlia teruja.. Sekali lagi Dannial berkerut dahi..

“And again? Nial tahu tu tempat perlancongan.. tapi maksud dia apa?” Tanya Dannial sambil mereka semula berjalan semula ke kereta mereka yang di letakkan tidak jauh dari pintu masuk pekan tersebut.

“Oo.. ni aku tahu.. Aku dah tanya mak aku berkali-kali.. Poring tu nama satu spesis pokok buluh dalam bahasa Kadazan Dusun..” Rafiq Menjawab soalan sahabatnya itu.. Dia duduk di tempat pemandu memandangkan Dannial tidak arif dengan jalan di sekitar tempat itu.. Dannial melihat kuih muih yang di beli oleh Rafiq tadi.. Berkerut lagi dahinya.. “Aku sengaja beli kuih-muih tradisional kat sini..Ini kan percutian pertama kau kat Sabah.. mestilah cuba makanan orang sini..Tu kira baik aku belikan kuih.. kalau aku bagi makan.Segala Bambangan, ambuyat.. baru kau tau..” Kata Rafiq kemudian di sambut dengan ketawa dari Dahlia dan Dk.

“Satu lagi.. Sambal Tuhau.. Emmm.. rasa macam mangidam nak makan sekarang je..” Sambung Dahlia lagi.. Muka Dannial bertambah masam.

“Yelah.. mentang-mentang pertama kali aku datang sini.. korang buli aku.. Ni kuaih apa ni?.. bentuk dah macam bunga matahari, tapi warna hitam dan hijau..” Tanya Dannial lagi sambil mengeluarkan kuih yang di maksudkannya.

“Tu kuih Penjaram lah suami ku sayang.. Yang hijau tu pandan, yang hitam tu guna gula melaka..” Jelas Dahlia sambil mengambil kuih itu dari tangan Dannial. Walaupun mereka sudah bersarapan sebelum memulakan perjalanan tadi namun oleh kerana terlalu lama berjalan membuatkan perutnya lapar semula.

“Rasa dia macam kuih bederam tu.. tapi lebih lembut lah..”Terang Rafiq pula..

“Yang ini pula? Macam seri Muka tapi takde lapisan pulut..” Semualah di tanyakan Dannial.. Sambil bertanya mulutnya tetap juga mengunyah.

“Kuih hati buntal..Di buat dari tepung pulut, santan, gula.. and.. whatever..” Jawab Dk sambil mengambil plastic kuih itu dari tangan Dahlia..

“Sampai sekarang aku masih tak tahu kenapa dinamakan hati buntal..” Jawab Dahlia sambil merenung persekitaran di luar tingkah.. Di sebabkan hari cuti, ramai penduduk keluar ke pekan. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan cuaca yang sejuk membuatkan pemduduk di tanah tinggi itu selesa berjalan walau hanya memakai sehelai baju tanpa baju sejuk.

“Kita pergi ni, nanti sewa private room ek.. malas nak berendam kat kolam umum ni.. sewa dua bilik lah..” Kata Dahlia sambil membetulkan baju sejuknya..Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi.. Tapi cuaca di sana masih lagi sejuk.

“ Kita pergi Poring lepas tu masa nak balik singgah ke kebun Strawberi dan gerai-gerai kat tepi jalan yang tadi kita lalu tu.. Nak beli bunga mawar..” Rafiq menggeleng, perempuan,perempuan.. memang tidak boleh lari dari bunga-bungaan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Lia pegang handphone Nial kejap, dah terlambat nak Check in..” Dannial menyerahkan telefon bimbitnya kepada Dahlia..Tarlalu kelam kabut sehinggah tidak terfikir untuk memasukkan kembali telefon bimbitnya di poket.. Mereka semua tertidur kepenatan di bilik masing-masing apabila balik saja dari Kundasang.. Di sebabkan itu, Rafiq dan Dannial kelam kabut mahu mengejar Flight.. Mujur masih ada masa setengah jam lagi sebelum penerbangan mereka.. Dk dan Dahlia duduk di kerusi yang di sediakan sambil menunggu Rafiq dan Dannial check-in. Tiba-tiba satu pesanan multimedia di hantar ke telefon Dannial. Tanpa mengesyaki apa-apa Dahlia terus membuka mesej itu. dan..

“Lia,.. jomlah kita makan dulu.. ada masa lagi ni..” Kata Dannial yang bersama-sama Rafiq berjalan kea rah gadis-gadis itu.. Dahlia memandang Dannial sendang pandangan sedih.. Tangannya menggeletar sedikit.. Bibirnya seakan mahu mengucapkan sesuatu.. Dannial yang kehairanan memandang Dk meminta penjelasan.. Dk menjungkit bahu tanda tidak tahu.. “Lia.. kenapa?” Tanya Dannial sambil merendahkan kedudukannya agar dapat melihat wajah Dahlia yang sedang menunduk.. Perlahan-lahan Dahlia menyerahkan telefon bimbit Dannial dan menyuruh Dannial melihat apa yang di hantar ke telefon bimbitnya.. Senyuman Dannial terus tawar.. tanpa kata dia berjalan ke balai berlepas tanpa berkata sepatah pun.. Rafiq yang keliru terus mengejar Dannial.. Dahlia terpaku melihat langkah Dannial tanpa menjelaskan gambar yang di lihatnya.. Chill dan Dannial di atas katil bersama!!..

“Kenapa mesti Chill….” Rintih Dahlia kemudian dipujuk oleh Dk yang tidak tau menahu apa yang sudah terjadi..

Dannial memberhentikan langkahnya apabila sudah jauh meninggalkan Dahlia.. Tong sampah yang tidak bersalah di tentangnya kuat.. Rafiq memegang bahu sahabatnya itu.. cuba menenangkan.. “tak guna punya perempuan..” Cuma itu yang keluar dari mulut Dannial sebelum Air matanya mengalir perlahan-lahan di pipi..

15 comments:

epy elina said...

hoohoh...
adeh...
jhtnya chill....

Anonymous said...

adehhhhhh....
harap harap lia n danial takde pa pa...
mereka baru nak bahagia bersama..
chill nie stupid never finish lah.....

miszhana said...

huhuu.. kcian bru je nk appy.. mgkuk punya chill..

Anonymous said...

stupid chill....
bodoh!!!

hope notink b happen

>>niCk<<

fzm2 said...

arrggghhh!
chill!!!!
jaat r k0!
huhuhuu

MaY_LiN said...

o-o..
makin teruk jadi nya..
baru nak berbaik da jadi cenggini..

fard_kay said...

bangang ko chill
orang baru nk epy2

Anonymous said...

eii bodoh punya chill . backoff laa prempuan phsycho !
-farrah-

nursya said...

alahai...
br si dannial tuh nk feeling2 ngn si dahlia...
ade lak yg kacao daun nieh...
huhuhu...

Anonymous said...

chill jahat...

Anonymous said...

sambungan plisssss..:(

Anonymous said...

bile nk kuar smbungan dy..
huhuhu
lmbtnyer...

Anonymous said...

bla nk kuar smbgnnyerrr...x sabar nk tau ending ni..aishhhh

Anonymous said...

bila nak sambung nie...lama sangat lah...

Anonymous said...

ble nak post n3 bru?????
rndu gler ngn citer niey....