Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Monday, November 8, 2010

My EX-BF List BooK... 2

Bab 2

Ice-cream cornetto yang comel molek di keluarkan dari peti sejuk. Aida masih mengadap flat skrin tv yang slim itu.. dah namanya flat.. mestilah slim.. tu pun nak mention ke?.. Rasanya tak sampai beberapa saat ice-cream itu sudah bersemadi di dalam perutnya.. Tidak terasa puas pulak.. rancangan tv yang menyiarkan siri detective conan tidak begitu menarik minatnya.
“Aida., tukarlah channel lain.. DC ni dah ulang banyak kali dah.. Sampai aku dah hafal dialog si Shinichi Kudou tu…”
“Cik Lili.., kalau ada rancangan yang lebih 1% tidak membosankan dari DC ni dah lama aku tukar.. ni takde.. yang ada pun wayang melayu tajuk nenek perkasa tu.. Aku mana layan bola-bola sepak ni..”
Panjang jawapan yang Aida bagi..Lili mencebik.. Aida tu bukan bola sepak je.. bola jarring, bola keranjang, bola baling.. even fish ball pun dia tak suka tu.. Apa nak buat malam ni ek? DVD pun takde yang baru.., dah berapa kali khatam dah..
“Awal lagi ni… Kita keluar jom..main bowling ke., tengok wayang baru ke, cari boyfriend baru ke..”
“Cari boyfriend baru..Zarul aku tu nak letak kat mana?” Sarkastik.
“Siapa kata untuk kau..aku cari untuk aku..Zarul tu letaklah kat rumah mak dia., Takkan letak kat bilik kau pulak..” Balas.. tak mau kalah ni..
“Ooo..aku ingat kau nak bawa aku sama mencari..” Malu kejap.
“Orang yang dah bernazar dalam hati memang itulah yang di fikirnya..”
Lili menyindir sinis. Aida membaling kusyen kecil ke muka temannya itu.. Cakap tidak pernah nak sembunyi-sembunyi.. Berterus terang semendang..
“Apa maksud kau?! Aku setia okay.. Se..Ti.. A..S.e.t.i.a.. sungguh setia..”
“A’aa… setia sangat.. Rajin sungguh Zarul bermesej dengan kau guna YM dan handphone sekali..rindu sangat ke?”
Aida yang sedang menaip sesuatu di window YM nya menyengih.. Opps.. Kan dah ketahuan.. Zarul mesej kat Handphone aku je.. Pandai betul kawan aku ni menganalisis keadaan.
“Dah-dah.. tak payahlah sindir-sindir aku.. kau ni lepas balik kerja angin tak tentu arah ni kenapa?”
Muka macam orang nak kena hukuman gantung je.. tension sangat..Balik-balik je dari kerja dengan bawa sekuntum bunga.. Ingatkan dapat bunga happylah.. ini tidak.. Sampai je kat pintu bilik dia.. Selamba je dia buang bunga tu kat lantai.. Tak cukup dengan itu.. Di pijak-pijak lagi bunga malang tu.. Tak puas lagi ni.. Dia lompat-lompat pulak kat atas bunga tu macam tengah bermain skipping.. gamaknya geram sangat dengan bunga tu.. macam bunga tu buat masalah kat dia..
“Datang bulan!..”
“Aik? Umur dah hampir 30 tahun pun hormone masih tak menentu lagi ke?”
“Umur hampir 30 tahun tulah yang sepatutnya mempunyai hormone yang tak tentu-tentu..Mama aku datang office semata-mata nak bersyarah bila aku nak kahwin..Papa aku pun support sama… Siap nak kenen-kenenkan aku dengan Adie Sufian bodoh tu! Adie Sufian tu pulak beria-ia hantar bunga ros warna-warni lagi kat atas meja aku.. menyemak.. sama macam dia menyemak dalam hidup aku beberapa tahun yang lalu..Dah menduda baru nak cari aku! Pigi daaa.. macam aku tak laku..”
Lili melepas geram sementara Aida tercengang-cengang mendengar temannya melalut. Aik? Bila masa pulak muncul nama Adie Sufian di dalam kitab cinta minah ni.. setahu aku Hadi yang first.. pastu Farha.. pastu Farhin.. pastu Farhan..pastu bukit fraser..
“Adie Sufian tu siapa?”
“Lelaki..” Menjawab sepatah..
“Dah nama dia Adie Sufian.. takkan perempuan pulak… Siapa dia dalam hidup kau?”
“Serangga yang perlu di sembur menggunakan shieldtox.. Biar mampus.. pastu pijak-pijak biar jadi sambal..” Penuh marah ni..
“Adui.. kenapalah dengan kawan aku sorang ni.. Susah sangat nak dibawa berbual..mac am aku ni bercakap dalam bahasa jerman.. lain di tanya., lain di jawab..misconversation betul.. Dahlah.. aku nak cas notebook kat dalam bilik dulu..”
“Aku tak tahu pun kau pandai cakap jerman..”
Lili membalas dengan wajah sikit punya innocent..lurus bentul pun dia juga.. Aida yang sedang mengangkat netbooknya mengetuk perlahan kepala temannya dengan netbook kesayangannya itu..
“Hisy! Naik tension aku layan kawan aku sorang nilah.. Baik aku masuk bilik cepat sebelum terjangkit penyakit kau nilah..” Lili tertawa.. Memang sengaja mengalih perhatian Aida dari terus bertanya mengenai Rashdan..Dia malas membuka kisah-kisah love story yang dah expire ni..

No comments: