Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Dana @ Adriana 9

Bab 9
Adrian menghentikan langkahnya di depan pintu pejabat yang pernah di duduki oleh Adriana.. Di mengeluh apabila melihat susuk tubuh seorang lelaki yang termenung jauh di tepi tingkap. Tempat Adriana selalu termenung apabila memikirkan idea. Kehadirannya di sana masih tidak diendahkan oleh lelaki itu.
”Aku harap kau tak berfikir mau terjun dari Tingkap tu.. sebab nanti bila kau jatuh, badan kau terburai kat bawah tu.. menyusahkan orang je nak pungut badan kau kat sana..”
Sarkastis dan sinis. Lelaki itu tersenyum keruh.
”Masih belum ada berita tentang Rya?”
Adrian menggeleng perlahan..Melihat gelengan lemah itu lelaki itu mengeluh lagi..
”Aku tak tahu mana lagi nak cari dia.. Macam dia dah padam semua jejak dia.. Mungkin dia dah tak nak jumpa aku lagi..”
Adrian menepuk perlahan bahu Ikhwan. Dia tahu yang Ikhwan sudah menyesal dengan tindakannya. Semua orang yang berbuat salah pasti menyangka yang kesalahan mereka tidak akan dapat diketahui oleh orang lain.. Bila sudah bocor semua ra…

My EX-BF List BooK... 7

Bab 7
“Aku tak tahu pulak kau minat bunga…”
Sindiran pertama yang dia terima hari ini selepas menerima ‘sekebun’ bunga ros merah,putih,pink dan segala jenis warna ros.. kalau ada ros hijau, ros hijau tu pun akan memenuhi bilik pejabatnya.
“Minah bunga juga rupanya kau ni ek?”
Sekali lagi sindiran dari orang yang sama. Meh, kita cek siapakah gerangan yang mahu meninggal sebelum ajal ini.. Dan pemenangnya ialah…….. Darius.. Pang! Amik kau satu dari gubahan bunga ros yang menyemak di mejanya berterbangan ke arah Darius.
“ah… lega.. terima kasih kerana masuk ke dalam office saya untuk menjadi pelepas geram saya. You may go now if there no anything else..”
Kata Lily selamba walaupun dia nampak muka berkerut Darius menahan marah akibat balingan bunga ros darinya sebentar tadi. Siapa suruh…,dahlah dia tengah bengang dengan Adie Sufian.
Hisy! Minah ni datang bulan ke apa nak mengamuk tak tentu pasal. Selalunya kata aku sindir dia, kalau rajin dia balas.. kalau tak rajin dia jeling je..Hari n…

Dana @ Adriana 8

Bab 8

“Emm.. Tak mungkinlah.. Abang setia ke? Selalunya perempuan lebih setia dari lelaki..”
“Itu orang lain.. abang lain.. Abang Cuma setia dengan ayang sorang je..”
“Ye ke ni?... Tak kisahlah apa-apa pun.. Yang penting I love you more than you love me..”
“Takdelah.. Abang sayang ayang lebih dari ayang sayang abanglah..”
“Mana ada...Ayang yang lebih banyak sayang abang..”
Tak puas hati..
“Okay.. But I love you first..”
“I love you last..”
Mikhail tertawa mendengaran balasan dari tunangnya.. Hidung gadis yang mancung itu di cuit perlahan..
“will you promise with me?”
Dia merenung gadis itu.. Mintalah apa-apa untuk dia janjikan.. Pasti dia akan tunaikan.
“Apa dia wahai permaisuri hatiku?”
“Janji dengan Ayang yang abang akan setia sampai bila pun.. Walaupun Ayang dah kerepot..”
Mikhail tertawa lagi... Cuba membayangkan wajah si kekasih hati bila mereka sudah tua nanti.. dia pasti yang kekasihnya itu tetap tampil anggun walau diselubungi usia tua.
“Tak payah ayang minta.. Abang memang se…