Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, February 2, 2011

143 senior empat mata! part 2

“Hah! Dah balik.. apa lagi minah sebelah tu kirim? Kirim salam? Kirim surat? Atau kirim kuih? Kalau kuih bagus juga... tengah lapar sekarang ni”

Memang sudah menjadi kebiasaan buat Farhan bila saja adiknya pulang dari rumah sebelah. Pasti Helina mengirim sesuatu. Jemu jugak mendengarnya. Tapi kalau Helina mengirimkan makanan, memang habis dimakannya. Pandai pula anak jiran mereka itu memasak, ingatkan tahu nak mengatal je.

“Tak... mulai hari ni abang dah takkan dapat lagi segala jenis kiriman yang membuatkan abang jemu selama ni.. sebab Lina kata, dia dah benci abang.. jadi kiranya, abang dah menang.. abang dah berjaya buat dia benci kat abang.. tahniah.”

Kata Harissa dengan suara cerianya. Haris Farhan tersenyum.

“Akhirnya.. itu yang abang suka dengar.. tapi Tupperware yang Rissa pegang tu, dari dia untuk abang kan.. jadi ertinya tak serik lagi la budak tu nak menggatal..”

“Eh.. tak.. kek keju kegemaran abang ni untuk mak dengan ayah.. untuk abang takde..”

Saja ditekan perkataan kegemaran itu untuk menyakitkan hati abangnya. Bukan dia tidak tahu, abangnya hanya berminat makan kek keju yang dibuat oleh Helina je.. Kek keju dari kedai memang tidak dipandang oleh abangnya.

“Jangan nak berguraulah Rissa.. mari sini kek tu..”

“Ini bukan untuk abang....maaf..”

Harissa membawa Tupperware yang mengandungi kek keju itu ke dapur, Farhan mengekori dari belakang.

“ Ala.. nanti abang tinggalkanlah sikit untuk mak dengan ayah..”

“Tak boleh.. sebab Helina bagi kek ni cukup-cukup untuk mak dengan ayah.. dia tak mahu bagi abang..”

“Jangan mengarut!.. selalu dia buat kek, mesti dia bagi banyak kat sini..”

Farhan masih tidak puas hati. Sudahlah dia lama tidak merasa kek keju buatan Helina kerana Helina tinggal di asrama. Nak beli kat kedai, tapi kek keju yang di jual di kedai tak sama dengan kek keju buatan Helina.

“Rissa tak kesian ke kalau abang kempunan..”

Farhan sudah membuat muka sepuluh sen. Hisy.. ni yang kalah ni..

“Yelah-yelah.. abang ambil bahagian Rissa.. Rissa dah makan kat rumah Lina tadi..”

Farhan tersenyum.. Dapat juga dia merasa kek keju yang menjadi kegemarannya sejak
dulu lagi.

“Orang dia tak nak.. kek yang dibuat mau pulak..”

Sindir Harissa.

“Hah! Lagi satu.. Yang pasal nota tu.. 143 tu bukan maknanya I love you.. tapi I hate you...I hate you senior mata empat”

Farhan yang sedang menikmati kek keju dihadapannya terkedu mendengar kata-kata adiknya itu. I hate you? Kenapa hatinya terasa lain...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini memang betul-betul lawak! Apa kena dengan mak aku ni.. anak dia baru balik dari US.. belum lagi puas berehat sudah dikerahkan masak macam-macam.. Siap dengan desert lagi. Sudah lima tahun selepas selesai sekolah menengah, Helina menetap di US untuk menyambung pelajarannya. Mulanya dia berfikir mahu menetap lagi setahun dia sana, tapi bila menerima pujukan demi pujukan dari ibunya terpaksalah dia mengalah pulang ke Malaysia semula. Ingatkan bila sampai je kat rumah, ibunya sudah memasak bermacam-macam lauk kegemarannya.. rupanya dia yang patut mencemar duli memasak di dapur sorang-sorang. Sementara ibu ayah dan adik-beradiknya bersenang lenang di ruang tamu.. terasa jadi macam Cinderella kejap.

“Mak.. semua dah siap.. tinggal serve lagi..
Katanya bila sampai ke ruang tamu.. Dilihat ada beberapa orang yang dia cukup kenali sedang berbual dengan keluarganya.

“Rissa!”
Mereka berdua berpelukan setelah lama tak jumpa.

“Balik juga kau akhirnya.. ingatkan dah terpikat dengan mat salleh kat sana..”

Gurau Harissa. Seorang lelaki tiba-tiba berdehem apabila mendengar ayat Harissa itu. Harissa tertawa. Tahu cemburu juga abang dia ni. Helina pula menjungkit kening.
Makin hensem Farhan sekarang. Tapi dia masih geram dengan jejaka itu. Benci!.

“Helina, jemputlah tetamu tu makan.. Hah! Farhan.. Helina yang masak ni tau.. macam yang Farhan minta tu..”

Macam telinga aku ada masalah transmit wave pulak.. Dia yang MINTA???

“What ibu? Ulang sekali lagi...”

“Yelah.. Farhan ni nak juga merasa air tangan bakal isteri dia..”

“Farhan yang minta Lina masakkan??”

Ini memang melampau! Dia memang tak puas-puas lagi nak membuli aku masa sekolah dulu.. apa jenis dendamlah yang ada di hati lelaki sorang ni...wait! Bakal isteri???

“Bakal isteri??”

“Ya.. bakal isteri..”
Jawab Farhan dengan senyuman nakalnya.

“ei...Siapa yang nak kahwin dengan kau..”

“Kaulah.,”

“Ei.. tak kuasa aku.. kang patah riuk badan aku jadinya.. tak mahu lah mak.. suruh je dia kahwin dengan anak makcik temah jongang tu..”

“Tapi aku mahu..”

Balas Farhan pula.

“Aku tak mahu..”

“Ada aku kisah?”

Balas Farhan pula.

“Tengok! Belum jadi suami aku dah berperangai begini.. tak mahu aku nak ambil risiko.. kang muka aku jadi karya picaso yang seterusnya sebab pembulian kau..”

“Tapi kau dah setuju untuk pakai cincin yang aku beli.. jadi sekarang kau tunang aku.”

“Aku tak tau yang pinang aku tu kau.. kalau aku tahu memang aku tak mahu..”

“Tapi kau masih pakai..”

“aku nak buka kejap lagi..”

“No you don’t..”

“Yes I do..”

“Thank you..”

“what thank you?”

“You said I do!”

Nak aku lempang-lempang juga muka senior mata empat ni.. nasib baik mak bapak dia ada.. hormat sikit aku.. mestilah hormat.. Bakal mak and bapak mertua tu. Nak tak nak terpaksalah terima juga mamat ni jadi suami aku.. dah terlanjur tertempah mak andam kampung sebelah, takkan nak batal pulak.. (alasan tu).

“yes.. I said I do..”

Haris Farhan tersenyum gembira mendengar ayat yang keluar dari mulut tunangnya.

3 comments:

nanieZACK. said...

HAHAHA, Lawak gilaaaa. Comel jehhh. Hihi, ade sambungan takk? sambunglah cepat-2. Tak sabaaar. Hihi :D

tiekqa fhea said...

sambung story nih, jgn tak smbung... syok semacam je. ;)

MaY_LiN said...

alahai..
kemain farhan tu..

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37