Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Wednesday, February 2, 2011

143 senior empat mata!

Bosan.. jadi buatlah cerpen syok sendiri.. kalau rajin bacalah n comment ek.

“Hoi!!”
“Opocot mak kau jatuh!”

Huh! Jatuh bersepai jantung aku dengan jeritan yang sungguh kurang ajar itu. Menggelegak juga jantung,hati,hempedu aku sekarang ni. Farhan yang sedang bercekak pinggang di hadapannya dijeling tajam.

“Dah la kau tak buat apa yang aku suruh! Kau sumpah mak aku jatuh lagi!!”

E’eh.. aku tak main sumpah-sumpah ni.. Ingat ni cerita sumpah bunian ke apa..

“Saya terkejutlah! Mana ada terniat di hati saya yang murni lagi suci ni nak menyumpah.”

Farhan masih mempamerkan rupa garangnya..

“Kau cium tiang basket ball tu sekarang.. dalam masa 10 saat”

“Hah?!”

Bingung. Tangannya sudah mengaru kepala yang tidak gatal itu.

“Sekarang!!!!”

Oleh kerana perasaan gemuruh meluap-luap apabila mendengar jeritan itu, Helina berlari ke arah tiang basket ball dengan lajunya.

“Ekkkk....”

dum! Hah, kan dah terover limit.. tu bukan lagi cium.. tu tersembam namanya. Akibat rasa gemuruh yang dialaminya. Helina berlari laju ke arah tiang basket ball itu tanpa break.. terus je mencium, extra dengan pelukan lagi tiang basket ball tu dapat. Agak-agak benjol juga kepala aku ni.. Tak guna betul..
“HAHHAHHAHAHAHH...”

Tu ha! Gerenti semua pelajar junior yang setaraf dengannya bergabung tenaga dengan pihak senior mengetawakan dirinya.. hampeh betul senior empat mata ni!

“Aku suruh kau cium tiang tu.. yang kau buat drama kuch kuch hota hai kat tengah padang ni apasal? Macam tiang tu lari bila dengar aku suruh kau cium dia.. berlari macam hero kejar heroin je..”

Kata Farhan ditambah dengan ketawanya yang masih belum berhenti selepas insiden yang dikatakannya kuch kuch hota hai itu.

Dengan rasa sebal 100% + geram 150%- malu 50%, Helina dengan selamba meninggalkan sessi orentasi pada petang itu. Jeritan Senior mata empat langsung tidak diendahkannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cermin kecil di dalam pegangannya dibelek berkali-kali, macam tidak puas hati dengan hasil karya yang menyerupai karya picaso yang ada di mukanya. Orang disebelahnya yang sedang tersenyum-senyum kecil dijeling berkali-kali. Benci!

“Senyum..senyum... kenapa tak tergelak kuat! Puas hatikan tengok rupa orang macam ni.. bukan nak simpati.. ni semua senior mata empat tu punya pasal..”
Bebel Helina. Temannya, Harissa di sebelah masih menahan gelak.

“Jahat betul senior empat mata tu kan? Dahlah Lina baru masuk sekolah tu.. ini dia bagi sebagai hadiah selamat datang.. isy-isy-isy.. tak patut..”

Harissa dijeling lagi untuk kesekian kalinya, geram!bukan nak bersimpati.. Menggelakkan orang lagi adalah.. Helina jalan terkedek-kedek menuju ke ruang tamu rumahnya. Kakinya masih bengkak akibat insiden pembulian senior mata empat phasa kedua.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Wei! Budak mata besar! Tendang bola pun nak control ayu ke? Takde masa nak control ayu kat sini! Takde orang nak mengurat kau kat sinilah!”

Apalah salah aku sampai didenda menendang bola ke dinding ni.. kesian kat dinding yang tak bersalah ni.. balik-balik menerima hentaman bola dari aku.. sabar ek dinding.. Senior empat mata ni memang ada masalah jiwa sikit..

“Tendang kuat lagi!!!!!”

Dush!! Bola yang ditendang ber’thermal contact’ dengan dinding dan kemudiannya melantun dengan kuat ke arah kaki Helina semula.

“Aduh!!!”

“Opps.. kan aku dah cakap tending dinding.. yang kau hentam bola balik tempat kau apasal.. Kalau kau sendiri yang susah takpe.. ni menyusahkan orang nak hantar pergi hospital..”

Amboi bahasa!! Cantik sangatlah tu.. aku pula yang disalahkan semula. Tak guna.. macam aku Nampak kecik-besar-kecik-besar je senior empat mata ni.. nasib baik kaki aku tengah sakit.

“Dah.. jom pergi bilik rawatan sekarang.. menyusahkan betul!..”

Farhan sudah berjalan jauh meninggalkannya. Eh? Dia tinggalkan aku macam begitu je? Dia dah buta ke? Kaki aku masih sakit bodoh!
“Haris!”


Farhan mengetap bibir geram bila mendengar Helina memanggilnya dengan nama Haris. Dia berpaling semula ke arah Helina yang masih terduduk menahan rasa sakit di kakinya.

“Apa kau panggil aku tadi? Haris? Kita sekarang ni dekat sekolah Cik Helina.. saya senior awak.. bukan kawan awak and obviously bukan jiran awak.. jangan buat macam kita ni kenal rapat ya.. saya tak suka.. and saya tak suka awak bergedik dalam sekolah ni.. kalau nak belajar.. buat cara belajar!..”

Helina terkedu bila dibicarakan seperti itu. Memang sejak dulu lagi dia sudah jatuh hati dengan anak jiran mereka itu. Haris Farhan.. Abang kepada Harissa.. tapi cintanya ditolak begitu saja. Bila dapat tahu dia masuk ke sekolah ini, Farhan tambah membencinya kerana beranggapan dia mahu menggoda dan mengganggu ketenteraman Farhan. Sebab itulah minggu orentasi dia sudah dibuli dengan macam-macam cara. Helina mengeluh panjang bila Farhan meninggalkannya terkontang-kanting seorang diri ditepi padang sekolah. Helina menahan rasa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Abang sengaja kot nak buat kau benci dengan dia...”

Harissa perlahan-lahan mengurut kaki Helina yang masih bengkak itu. Kesian pula dengan kawannya. Abangnya pula langsung tidak mahu memohon maaf.

“well.. dia berjaya! Sekarang aku benci!benci!benci dia! Kebencian aku melebihi kebencian aku terhadap mee sup tauge di kedai Mak Limah tu! Aku dah tak suka dia lagi dah.. dia boleh berbahagia dengan girlfriend dia si minah lenggang kangkung tu”

“auch!”

Jeritnya apabila terasa sakit dikakinya kerana terlalu banyak bergerak.

“Kalau ye pun benci.. cubalah duduk diam sikit.. aku tengah sapu ubat kat kaki kau ni..”

Helina menarik muncung. Geram dan sakit hati makin menguasai hatinya bila teringat lagi kejadian yang begitu memalukan baginya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Apa ni? 1443 Farhan? Kau nak goda boyfriend aku ya? Tak padan dengan junior! Ada hati nak kacau boyfriend orang..”

Ni apa pulak bala yang menimpa aku ni.. Ek? Nota yang aku tulis dalam keadaan geram tu ke? Apasal boleh ada di tangan minah lenggang kangkung ni..

“Tak Kak.. kakak salah faham ni.. nota tu maksudnya...”

“Sejak bila aku jadi kakak kau?!”

Laa... habis tu nak panggil apa? Takkan nenek kot.. kang aku panggil nama, kata aku tak hormat dengan senior..

“Kenapa riuh-riuh ni?!”

Tu dia.. dah datang dah ketua pembuli. Minah lenggang kangkung mula mengadu yang tidak-tidak dengan kekasih hatinya itu, Farhan. Helina hanya mampu mengeluh bila Farhan menjerit ke arahnya dan mengatakan perkara yang sama seperti dia katakan hari tu.. cuba jangan mengedik, jangan perasan, bla..bla.. bla... lepas dah puas menengkingnya tanpa mendengar penjelasan dari Helina, mereka terus berlalu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Harissa.. sebelum kau balik.. kau tolong jelaskan dengan abang kau satu hal..”

“Apahal”
Helina membisikkan sesuatu ditelinga temannya.. sambil-sambil tu sempat lagi dia mengutuk puas-puas abang kepasa Harissa tu.

“Okay.. beres!”

2 comments:

pexx said...

bersambung ke?
huhu..best!

pinkpurle amie said...

sambung2.... hahaha mesti best nie:)

love amie ..

ps: lau blh sambung cepat skit yek :p