Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, March 29, 2011

Dana atau Adriana??, 19

Bab 19

Dana mengeluh sekali lagi.. Angin yang datang menyapa dirinya seakan tidak dapat membendung perasaannya dari berasa takut dan gentar pada malam itu. Ya.. Malam ini.. Dana mengeluh untuk kesekian kalinya. Terasa mahu saja dia terjun dari beranda bilik Mikhail itu. Astagfirullah al azim.. mujur dia masih waras. Dana menarik nafas panjang. Majlis pernikahannya petang tadi berlalu dengan cepat. Dia mengharapkan sesuatu akan berlaku petang tadi.. Kekasih Mikhail membuat onar ke, untuk memberhentikan majlis yang tidak logic itu atau Mikhail melarikan diri ke macam cerita runaway bride. Tapi semua itu tidak berlaku.. Dengan sekali lafaz saja Mikhail sudah menjadi suaminya yang sah! Dan sekarang jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.. Harap-harap seorang lelaki yang memegang pangkat suaminya kini sudah lupa jalan masuk ke bilik!.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Oh My god! Dah malam!”

Jerit Marina bila saja dia keluar dari lapangan terbang Antarabanga Kuala Lumpur. Illina di sebelahnya membuat muka bingung.

“Memanglah dah malam.. Dah pukul 10 ni kan..”

Jawab Illina. Entah kenapa hatinya terasa berkecamuk sekarang. Padahal dia tidak mengalami apa-apa kesukaran pada ketika ini kecuali kehilangan kakaknya. Tapi hal itu tidak begitu membimbangkan sangat sebab dia tahu kakaknya itu selamat tak kira di mana dia berada sekarang ini. Dia boleh rasakan itu. Kakaknya ada masalah ke?? Rasa macam tak tenang je hati ni..

“Ertinya abang aku dah selamat kawin... aduh! Malangnya gadis yang menjadi isteri abang aku tu.. sungguh malam.. Aku belum jumpa lagi dengan kakak ipar aku tu.. Tapi aku dah menyimpan seribu perasaan simpati buat dia..”

Illina mengerut dahi. Teruk sangat ke abang Marina ni? Bisik hatinya apabila melihat aksi yang melebih-lebih tu.

“Kesian kakak aku...”

Marina pula kebingungan.

“Kenapa kakak kau pulak tiba-tiba ni?”

Tanya Marina. Illina menjungkit bahu.

“Entah.. tiba-tiba aku terasa macam kesian je dengan dia..”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan dia betul! Suaminya itu tidak ingat jalan balik ke bilik. Buktinya, wajah dan suara Mikhail yang selalu membuatkan jantungnya bagai berlari laju tidak ada di dalam bilik yang serba lengkap itu. Dana kelegaan. Dia selamat!

Selesai saja membersihkan diri dan menyiapkan diri di dalam bilik air kerana khuatir dengan kehadiran Mikhail secara mengejut, Dana menjengukkan kepalanya di sebalik pintu bilik air.. memerhati sekeliling bilik itu sebelum dirinya tersentak hebat.

“Apa yang kau terjenguk-jenguk tu! Ingat kau je nak pakai bilik air tu berjam-jam!”

Dana menggigit bibir. Tak sanggup mengalihkan pandangannya ke arah Mikhail yang sedang duduk di atas katil sambil merenungnya tajam. Itu sudah pasti!. Renung tajam itulah yang membuatkan jantung Dana berdegup kencang. Bukan disebabkan dirinya jatuh hati dengan wajah sememeh Mikhail yang baru bangun tidur itu, tapi disebabkan seribu satu perasaan takut yang menghuni hatinya kini.

“Woi! Yang kau berangan lagi disebalik pintu tu apa hal! Aku nak mandi lah!”

Dana cepat-cepat mengeluarkan dirinya dari bilik mandi itu apabila Mikhail sudah berjalan mendekatinya. Jelingan tajam buatnya sebelum Mikhail masuk ke dalam bilik air sudah cukup membuatkan hatinya menghantar maklumat ke otak untuk melarikan diri secepat mungkin.

“Hah Mike... mana Dana? Kamu tak bawak turun bawah ke?”

Tegur Datin Rafeah apabila melihat hanya Mikhail saja yang menghadirkan diri di meja makan. Marina yang baru saja sampai semalam tidak mengendahkan perbualan ibu dan abangnya. Tumpuannya seratus peratus diberikan kepada Nasi Lemak di atas meja makan itu. Sudah berminggu-minggu tidak menjamah makanan Malaysia. Mikhail pula mengerut dahi. Setahunya Dana sudah awal-awal melarikan diri dari biliknya ketika dia masuk ke bilik mandi.

“Dah lari kot..”

Jawab Marina perlahan kemudian menunduk kembali merenung makanan apabila ibunya melontarkan pandangan tajam buat dirinya. Kalau dia di tempat isteri abangnya, memang dia dah lari beribu batu dah.. Semalam selepas saja sampai ke rumah, dia dan abangnya bercerita sampai ke pagi.. Baru dia tahu yang Mama mereka yang memaksa abangnya kahwin. Itu pun disebabkan perangai buruk abang dia nil ah!..

“Hah... tu pun Dana...”

Marina yang sedang keenakan meneguk air tehnya tersedak kemudian terbatuk-batuk apabila merenung kakap iparnya itu. OMG!!!!!

Wednesday, March 23, 2011

Dana atau Adriana??, 18

Bab 18

“Ma... tunggulah Yna sampai.. apa kelam kabut sangat ni.. Flight Yna petang ni.. Bukan boleh sampai 2, 3 jam...”

Marina mengurut kepala. Pening dengan keletah mamanya. Ingat ada pintu doremon ke apa yang boleh buat aku sampai dalam masa dua,tiga jam.

“Mama tak kisah. Petang ni juga mama nak nikahkan abang kamu tu.. Kalau kamu tak sempat balik takpe! Masa bersanding je kamu tengok abang kamu tu kahwin. Bukan kamu yang jadi tuk kadi nak nikahkan abang kamu.. Buat apa pulak mak tunggu kamu.”

“Tapi ma... ma...”

Marina menepuk dahi. Kenapalah orang dirumahnya sekarang ini. Suka letak telefon tanpa membiarkannya menghabiskan ayat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Auntie.... Dana nak cakap sikit..”

Datin Rafeah yang sedang sibuk menguruskan majlis pernikahan anaknya merenung Dana. Dana mengambil tempat duduk di hadapan bakal mak mertuanya itu. Rasa serba salah mahu meneruskan niatnya untuk membatalkan majlis pernikahan mereka yang hanya tinggal beberapa jam lagi, tapi bila terkenangkan ugutan Mikhail semalam membuatkan dirinya gerun. Tiada orang yang sanggup menempah derita.

“Dana.. Dana tak mahu teruskan pernikahan ni..”

Perlahan saja nada suaranya. Senyap sebentar. Dana menunggu kata-kata amarah dari mulut Datin Rafeah. Dia tidak berani bertentang mata dengan datin Rafeah. Takut!. Kenapalah bukan Mikhail saja yang membatalkan pernikahan ini. Dia kan lelaki. Pengecut! Marah hati Dana yang ketakutan.

“Oo...”

Jawab Datin Rafeah selamba. Dana mengerut dahi bila mendengar balasan dari Datin Rafeah. Hah?? Bingung sebentar.

“Auntie tak marah?”

Tanya Dana perlahan. Mikhail yang bersembunyi disebalik tangga juga kebingungan. Dia sebenarnya mencuri dengar perbualan ibunya dan Dana sedari tadi.

“Kenapa panggil Auntie lagi ni.. kan tak lama lagi Dana nak jadi menantu mama.. panggillah mama..”

Jawab Datin Rafeah sambil tersenyum. Dana makin kehairanan. Mama Mikhail ni dengar ke tidak aku cakap yang aku taknak kahwin.. Perlahan sangat ke aku cakap tadi?. Dana mengaru kepala.

“Auntie.. Dana kata yang Dana tak nak kahwin dengan Mikhail.”

Kuat dan lantang Dana meluahkan keinginannya. Datin Rafeah masih lagi tersenyum. Mikhail makin pening. Apa kena dengan ibunya ni..

“Mike! Kamu boleh keluar sekarang.. tak payah bersembunyi disebalik tangga tu.. Macam mama tak boleh Nampak kamu dari sini!.”

Tersentak Mikhail seketika sebelum berjalan mendekati ibunya.

“Majlis pernikahan kamu tetap berlangsung!. Tak payah kamu susahkan diri nak gunakan ketiadaan Marina sebagai alas an.. Dan jangan susahkan diri mengugut bakal menantu mama ni.. Sebab mama tetap dengan keputusan mama. Titik!”

Mikhail dan Dana kedua-duanya kecewa dengan keputusan Datin Rafeah itu. Bagi Mikhail, tidak mungkinlah dia akan menerima Dana sebagai isterinya. Tidak pernah terbayang di mindanya untuk bernikah dengan gadis kampung seperti Dana itu. Bagi Dana pula.. itulah pengakhiran hidupnya!.

Saturday, March 19, 2011

Dana atau Adriana??, 17(ii)

Jerit Marina dihujung talian. Dana terkejut mendengar jeritan bakal adik iparnya itu. Tak sangka nasib Datin Rafeah sungguh malang. Anak lelaki perangai seperti mencabar perangai Nates!. Anak perempuan pulak dirasakan seperti putus fius sedikit.

“Rya! Kau Rya?!”

“Hah? Em tak.. saya Dana.”

“Hilang ingatan?? Kan!”

Ganggang telefon di tangan yang ditekapkan di telinga sebentar tadi melurut ke pipi. Wajah berang di hadapan pintu membuatkannya menggeletar seluruh badan. Dia seperti ingin saja menghilang dari situ bila pemilik wajah itu semakin mendekatinya.

­­"Siapa yang telefon kau tu?? Kawan subahat kau?? Dah bagitahu dia yang kau dah Berjaya perangkap aku?! Hah!”

Dana yang masih menggenggam ganggang telefon perlahan-lahan meletakkan ganggang itu ke tempat asal dengan rasa gerun yang melampau-lampu bila dijerkah sebegitu rupa..

“Kenapa letak?? Aku mengganggu kau bertelefon?”

Sindir Mikhail lagi. Dana menarik nafas panjang. Dia betul-betul tidak boleh bernafas bila bersua muka dengan Mikhail. Sangat-sangat menggeletar bila melihat wajah itu walaupun wajah pemuda itu boleh dikatakan tampan.

“Ta..tadi aa.dik encik telefon.”

Mikhail tergelak perlahan bila mendengar jawapan dari mulut Dana itu. Bukan kerana kelucuan melihat Dana tergagap-gagap kerananya, tapi dia kelucun mendengar jawapan yang diberi oleh Dana.

“ Adik aku??! Tengah malam macam ni?? Em.. masuk akal betul jawapan kau ya..”

Mikhail berjalan mengelilingi Dana. Dana semakin gementar. Bimbang Mikhail akan bertindak seperti hari tu.

“Kau jangan ingat yang kau dah menang! Aku akan buat hidup kau macam neraka kalau kau cakap dengan mama yang kau setuju kahwin dengan aku!”

Dana menelan air liur kesat. Dahinya dirasakan seperti dibasahi peluh kerana ketakutan mendengar ancaman Mikhail.

“Kau dengar tak?!”

Dana tersentak mendengar soalan Mikhail itu. Laju kepalanya mengangguk.. Mikhail tersenyum sinis kemudian berlalu ke biliknya. Dana menarik nafas panjang.

Diari isteriku,cerita cintanya 3


Bab 3

“Kau macam mana?”

Dya yang sedang membancuh kopi tersenyum tawar walaupun wajahnya tidak dipaling ke ke arah Farina. Farina yang sedang mencuci pinggan mangkuk di singki mengerling ke arah temannya.

“Macam mana apa pulak?”

Pertanyaan Farina sebentar tadi dibalas kembali dengan pertanyaan dari Dya. Farina mengeluh. Setelah semua pinggan mangkuk habis dicucinya, Farina duduk di kerusi meja makan dapur sambil memerhati Dya yang masih membancuh kopi.

“Benda ni tak perlu diterangkan dengan lebih mendalam lagilah Dya.. Kau pun faham soalan aku. Kau okay ke? Dia layan kau masih dingin atau dah okay? Ada perkembangan atau tidak?”

Bukanlah dia mahu masuk campur atas urusan rumah tangga temannya itu. Tapi dia tidak mahu Dya terluka dengan lebih teruk lagi. Cukuplah luka yang dulu.. Luka yang masih belum sembuh atau tidak pernah sembuh sedikit pun.

“ Okay je...”

Jawab Dya pendek. Farina mengeluh lagi.

“Dalam beberapa bulan lagi, korang dah jadi mummy and daddy tau! Takkan nak terus macam ni.. Susah-susah kau terus terang jelah dengan dia..”

“Nak terus terang apa benda.. useless..”

“Terus terang semuanya! Pasal kemalangan tu... pasal cerita dulu.. semuanya..”

Fahmi yang sedang mengangkat pinggan kotor ke dapur menghentikan langkahnya. Dia cuba mendengar di sebalik ruang masuk dapur apabila terdengar suara isterinya berbual dengan Farina.

“Supaya dapat simpati dari dia? Atau supaya dia layan aku dengan baik? Macam Iz layan aku?...”

Farina menggigit bibir bila terdengar nama itu keluar dari mulut Dya. Sudah lama sangat nama tu tidak disebut Dya.

“Rasanya baru semalam dia ketawa dengan kita.. Baru semalam kita konvoi ramai-ramai dengan kita... Aku dah rindu sangat suasana macam tu.. Tapi... benda dah berlalukan.. Sekarang kehidupan aku dengan Fahmi.. Aku tak kisah macam mana dia layan aku... Yang penting aku menjalankan tugas aku sebagai isteri dia..”

Belum sempat Farina membalas, perbualan mereka terganggu dengan kehadiran Fahmi di depan dapur. Fahmi cuba membuat muka selamba. Seperti tidak mendengar apa-apa.

“Ni ada lagi pinggan kotor.”

Farina dan Dya berpandangan. Takut pula Fahmi mendengar perbualan mereka sebentar tadi.

10.00 am

Hari ni berlaku perkara yang tidak pernah diduga...

~~~~~~~~~

“Geng... bolehkan aku ajak roomate aku yang handsome sikit ni ikut kita?”

Sebaik saja Sofian menghabiskan ayatnya, mata Dya terus tertumpu kepada jejaka yang di sebelah Sofian itu. Jejaka itulah yang selalu mengganggu tidur malamnya. Dan sekarang jejaka itu ada di depannya. Mamat Pathway! Bisik hatinya. Jejaka itu tersenyum manis dihadapannya. Memang malam ni tak tidur lenalah... bisik hati Dya.

“Dya... Dya..ooo Dya...”

Sofian melambai-lambaikan tangan dihadapan mata Dya. Okay ke tak budak ni. Dya yang baru tersedar dari lamunannya tersenyum malu. Merah padam mukanya bila diusik. Rupanya sudah lama jejaka yang diminatinya itu menghulurkan salam persahabatan. Dia saja yang mengelamun tak ingat!

“Nama saya Izhar..”

Izhar memperkenalkan diri sambil tersenyum manis. Cair mak oi! Bisik hati Dya.

“Izhar je ke?”

Adush! Kenapalah kau mesti berlagak macam perempuan gediks kuasa 2 ni Dya.... Laju pulak tu mulut ni bertanya. Dya memukul perlahan mulutnya. Izhar tertawa kecil.

“Tak adilkan kalau saya bagitahu nama saya panjang-panjang kalau awak langsung tak bagitau nama awak.”

Jawab Izhar pula. Dya menunduk menahan malu.

“Nama saya kan Dya..”

“Pendeknya... Nama panjang?”

“Nama panjang Mak Cik Dya yang cantik lagi vogue dan beautiful!......”

Dya kelam kabut masuk ke dalam van tanpa mengendahkan Izhar yang sedang menahan gelak mendengar jawapannya.Izhar menggelengkan kepala melihat telatah gadis yang kini menjadi virus dan cuba mendominasi hatinya.

Sepanjang perjalanan itu, hati saya tidak berhenti berdegup kencang.. dan seperti tidak mahu mengakhiri perjalanan itu..Biar kami terus berada di dalam van yang sempit itu.. Biarlah van tu berjalan sejauh mana yang dia mahu.. asal perjalanan ini tidak berakhir.

9.00 pm

Nadia Alisya.

“Oit!... Mana hubby kau...”

Fahmi kelam kabut menyembunyikan diari isterinya itu dibawah bantal apabila mendengar suara Farina dan Dya diluar pintu biliknya.

“Dah tidur kot.. apahal?”

Terdengar suara Dya membalas. Fahmi menarik selimut apabila mendengar pintu dibuka dari luar. Sebelum masuk ke dalam bilik mereka, Fahmi terdengar lagi perbualan Dya dan Farina walaupun kedua-dua wanita itu separuh berbisik. Mungkin Dya membuka pintu bilik mereka tadi untuk memastikan yang dirinya sudah tidur. Bisik hati Fahmi.

“Apa benda yang kau nak cakap hari tu..”

Tanya Farina perlahan.

“Diari aku.. aku nak suruh kau simpan.. Tapi hilang la.. semua pulak tu.. tak tau kat mana aku simpan..”

Kata Dya perlahan.

“Diari? Diari yang kau simpan semua cerita yang lalu-lalu tu??”

Tanya Farina lagi.

“A’aa lah... tak tahulah macam mana kalau Abang Fahmi jumpa benda tu...”

Kata Dya risau.

“Laa... kau ingatlah betul-betul kat mana kau letak benda tu.. manalah tau tertinggal kat rumah sewa kau dulu ke.. ala biarlah.. Fahmi bukan minat nak baca buku-buku Diari ni... “

“Em... nantilah aku cari.”

Fahmi menutup mata apabila pintu bilik mereka dibuka sekali lagi. Dia terasa rambutnya seperti dibelai perlahan.

“ Dya sayang awak...”

Dya mengelap airmata yang semakin membasahi pipi. Rindu itu semakin mencengkam.. Tapi dia sendiri tidak tahu macam mana mahu hilangkan perasaan itu.. Mahu mencari Izharnya dimana lagi?... Adakah lagi peluang untuk dia meleraikan rasa rindu itu.....


Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37