Skip to main content

Cerita Baru d Wattpad :) Jom baca..



Cinta, Aku Terlambat.

Adam adalah duda hot. Alia pula jadi janda vague. mereka cuba mencari jalan untuk kembali bersama. Namun old flame pula buat lencongan. kekasih adam jadi batu penghalang, Bekas kekasih alia pula jadi tanda amaran. Adam berkeras mengatakan yang dia tidak cintakan Alia. Alia pula berkeras nak bersama dengan Adam. Tapi bila Alia mula berlari dari Adam, Adam mula mengejar. Laju ke Adam nak kejar Alia atau dia akan terlambat? Jom baca kisah mereka yang keras kepala ni.

Comments

Popular posts from this blog

143 senior empat mata!

Bosan.. jadi buatlah cerpen syok sendiri.. kalau rajin bacalah n comment ek.

“Hoi!!”
“Opocot mak kau jatuh!”

Huh! Jatuh bersepai jantung aku dengan jeritan yang sungguh kurang ajar itu. Menggelegak juga jantung,hati,hempedu aku sekarang ni. Farhan yang sedang bercekak pinggang di hadapannya dijeling tajam.

“Dah la kau tak buat apa yang aku suruh! Kau sumpah mak aku jatuh lagi!!”

E’eh.. aku tak main sumpah-sumpah ni.. Ingat ni cerita sumpah bunian ke apa..

“Saya terkejutlah! Mana ada terniat di hati saya yang murni lagi suci ni nak menyumpah.”

Farhan masih mempamerkan rupa garangnya..

“Kau cium tiang basket ball tu sekarang.. dalam masa 10 saat”

“Hah?!”

Bingung. Tangannya sudah mengaru kepala yang tidak gatal itu.

“Sekarang!!!!”

Oleh kerana perasaan gemuruh meluap-luap apabila mendengar jeritan itu, Helina berlari ke arah tiang basket ball dengan lajunya.

“Ekkkk....”

dum! Hah, kan dah terover limit.. tu bukan lagi cium.. tu tersembam namanya. Akibat rasa gemuruh yang dialaminya. Helin…

143 senior empat mata! part 2

“Hah! Dah balik.. apa lagi minah sebelah tu kirim? Kirim salam? Kirim surat? Atau kirim kuih? Kalau kuih bagus juga... tengah lapar sekarang ni”

Memang sudah menjadi kebiasaan buat Farhan bila saja adiknya pulang dari rumah sebelah. Pasti Helina mengirim sesuatu. Jemu jugak mendengarnya. Tapi kalau Helina mengirimkan makanan, memang habis dimakannya. Pandai pula anak jiran mereka itu memasak, ingatkan tahu nak mengatal je.

“Tak... mulai hari ni abang dah takkan dapat lagi segala jenis kiriman yang membuatkan abang jemu selama ni.. sebab Lina kata, dia dah benci abang.. jadi kiranya, abang dah menang.. abang dah berjaya buat dia benci kat abang.. tahniah.”

Kata Harissa dengan suara cerianya. Haris Farhan tersenyum.

“Akhirnya.. itu yang abang suka dengar.. tapi Tupperware yang Rissa pegang tu, dari dia untuk abang kan.. jadi ertinya tak serik lagi la budak tu nak menggatal..”

“Eh.. tak.. kek keju kegemaran abang ni untuk mak dengan ayah.. untuk abang takde..”

Saja ditekan perkataan kegemaran …