Iklan

Search This Blog

Wednesday, April 11, 2018

Siapa Diriku bab 5-6

Bab 5
Bunyi notifikasi dari telefon bimbit Adam tidak berhenti sejak tadi. Adam menjeling ke arah Alia sebelum mengambil telefon bimbitnya. Alia pula masih ralit menonton television. Alia menjeling di hujung mata. Tertanya-tanya bila Adam tersenyum nipis sambil membaca mesej di telefon.
“Siapa mesej?”
Mata Alia masih lagi memandang television. Adam mengangkat pandangannya. Dia tersenyum.
“Kawan lama abang.”
Adam kembali merenung telefon bimbitnya.
“Oh.. Sampaikan assalammualaikum dengan kawan abang.”
Kata Alia sambil mengapai telefon di atas meja kopi di hadapannya.
“Hum.. Okay.”
Alia masih lagi memandang tingkah laku Adam sebelum memberi perhatian dengan telefon bimbitnya sendiri yang dibanjiri mesej dari Jasmine. Hidup lagi perempuan ni. Bisik hati Alia. Dia tersenyum.
21.32 - Dah buat? - Jasmine 
21.35 - Kau dah kenapa? Buat jelah - Jasmine
21.40 - Coward - Jasmine.
Alia menjulingkan mata bila membaca pesanan mesej dari Jasmine. Dia cakap senanglah. Bisik hati Alia.
21.45 - Oh my godddd! Just pee on the stick!
Alia tertawa bila membaca mesej terbaru Jasmine. Nampak sangat kawannya itu yang terlebih-lebih excited.
Adam berhenti menaip.
“Siapa mesej?”
Tanyanya bila melihat Alia tertawa memandang telefon.
“Kawan.”
Jawab Alia pendek. Dia mengambil cawan di atas meja dan di bawa ke dapur. Adam memandang setiap langkah Alia.
“Al nak masuk bilik dulu. Mengantuk. Abang nak tengok tv lagi ke?”
Adam masih merenung Alia sebelum menjawab soalan isterinya.
“Kawan mana?”
Alia menahan gelak bila melihat muka Adam yang tidak puas hati dengan jawapannya tadi.
“Jasmine.”
Jawabnya.
“Oh.”
Alia menjungkit kening bila Adam mula sibuk dengan telefon bimbit di tangannya. Nampaknya macam lama lagi Adam akan tidur. Alia masuk ke bilik tidur mereka. Beg tangan yang dipakainya, petang tadi dikosongkan. Satu plastik yang berisi beberapa kit ujian mengandung diletakkan di atas meja. Alia mengeluh lemah. Dia masukkan semula plastik dan barang-barangnya ke dalam beg tangan dan dimasukkan ke dalam almari baju.
22.00 - Bukan semudah itu okay.. - Alia
22.03 - Sejak bila Alia Azalea jadi pessimistic - Jasmine
Alia mengeluh panjang. Telefon diletakkan di sebelah bantal dan merebahkan badan di atas katil. Tidak lama selepas itu, Ada sepasang tangan gagah yang memeluknya dari belakang.
“Sejak bila mulakan tradisi tidur sendiri ni.”
Suara Adam berbisik di sebelah telinganya.
“Ingatkan abang tak nak tidur lagi.”
Adam menguatkan pelukannya.
“Abang selalu temankan Al walaupun abang belum nak tidurkan..”
Ciuman dari Adam di pipinya adalah benda terakhir yang dia ingat sebelum bergerak ke alam mimpi.
I always need you.”
Alia memusingkan badannya dan mengadap Adam. Mereka berpandangan seperti mahu melafazkan berjuta-juta ayat yang tersimpan di dada.
Apa masalah kita?
Apa yang abang rasa sekarang ni? 
Sampai bila nak jadi macam ni?
Abang tak nak kita macam ni.
Siapa dia? 
Abang tak mahu kita macam ni.
Al nak abang cakap dengan Al
Abang nak Al cakap dengan abang. 
Al rindu abang.
Kita perlu berbincang.
Mereka mengeluh perlahan. Tiada sebarang kata yang terkeluar seperti kebiasaannya. Seperti biasa, mereka lari selagi mereka mampu. Lari dari kenyataan. 
I need you too..”
Alia meletakkan kepalanya di dada Adam. 

Bab 6
Alia membuka kesemua kotak alat ujian kehamilan yang diseludupnya ke dalam tandas secara senyap-senyap.
Okay..”
Dia menarik nafas panjang.
“Cuma kencing di atas benda alah ni. Senang.”
Dia seakan cuba meyakinkan dirinya.
“Ini semua sebab Jasmine dan bukan sebab kau berharap sangat.”
Dia memalingkan wajah dari cermin. Siapa dia nak tipu. Sudah bertahun-tahun dia mengalami situasi yang sama dan keputusannya selalu negatif. Kali ini.. Cuma kali ini dia mahu nampak keputusan yang boleh membuatkan dia tersenyum. Cuma kali ini. Dia sudah terlalu lama menunggu.
Please...
Setelah selesai urusan, Alia meletakkan tiga kit ujian kehamilan di atas kaunter bilik air. Dia mengetuk-ngetuk jarinya di atas singki kemudian berpusing-pusing di sekeliling bilik air sementara menunggu keputusan ujian kehamilan itu.
Pintu diketuk dari luar. Alia menggigit bibir.
“Ya..?”
Dia berdiri di sebelah pintu tapi tidak membuka pintu bilik air itu.
“Al okay ke tak?”
Adam bertanya dari luar bilik air. Alia menjeling kit ujian yang akan siap dalam beberapa saat lagi.
Okay je.. Kenapa?”
Senyap sebentar.
“Boleh cepat sikit tak?. Abang nak buang air..”
Alia menggigit ibu jari. Dia masih belum bersedia untuk memberitahu Adam. Kalau keputusan ujian sama seperti setiap kali dia melakukan ujian itu. Lebih baik kali ini Adam tidak tahu. Cukuplah dia saja yang kecewa.
“Abang gunalah bilik air kat luar.. Al pun nak buang air.”
Dia tersenyum sendiri.
“Em.. Okay..”
Ting! Penggera di telefon bimbitnya berbunyi selepas sahaja dia mendengar jawapan dari Adam.
“Al bawa telefon di dalam tandas ke?”
Dia tahu Adam mulai curiga tapi dia lebih teruja melihat keputusan kit ujian kehamilan di hadapannya. Dia mengambil ketiga-tiga kehamilan sambil menutup sedikit matanya.
“Al....”
Panggil Adam dari luar bila Alia tidak mengendahkan pertanyaannya.
Please be positive”
Doanya sebelum membuka mata dan melihat kit ujian di tangannya. Dia perlahan-lahan membuka matanya.
“Positif....”
Katanya dengan perlahan dan kelihatan terkejut. Pintu dibuka dari luar. Adam yang membuka pintu tidak sempat berkata apa-apa bila melihat apa yang ada di tangan Alia.
“Positif..”
Ulang Alia semula. Air matanya berjuraian di pipi.
“Positif!”
Alia ketawa dan terus memeluk Adam yang masih terkejut. Adam memandang ke arah kit ujian yang Alia letakkan di dalam singki sebelum Alia berlari ke arahnya. Dia seperti sedang memproses sesuatu sebelum mengeratkan pelukannya.
“Alhamdulillah..”
Bisiknya perlahan. Alia tertawa gembira. Akhirnya.. Akhirnya.. Alia tersenyum lebar dan merebahkan kepalanya di dada Adam. 

No comments:

No Drama in College 4