Iklan

Search This Blog

Thursday, April 26, 2018

...yang Hilang 12

yang Hilang 12
How’s life?” Lelaki itu bertanya sambil memotong steak yang agak mentah itu. Lelaki itu makan dengan agak laju sehingga membuat hatinya terdetik untuk melihat lelaki itu tercekik.
Dia menjongket bahu.
“Macam biasa.” Jawabnya sambil meneguk air putih.
“Takziah,” lelaki tua itu memandang ke arahnya, “Farhan.” Kunyah.. kunyah.. kunyah dan kemudian telan. Seperti ucapan takziah itu diberi tanpa sebarang rasa.
Dia melarikan pandangan ke arah lain.
Oh.. thanks Dato” Jawabnya sambil memotong steak dipinggannya dengan tertib.
“Ressa.. panggil uncle. Berapa kali uncle nak ingatkan.. uncle anggap Ressa macam anak uncle sendiri.” Dia tersenyum nipis.
Really.. nama saya mesti ada dalam wasiat kan..” Dia mengerling ke arah lelaki bernama Dato Dahlan itu.
Lelaki itu terbatuk.  
By the way.., uncle sempat melawat satu sekolah musik di San Francisco.. perfect for pianist. Ressa mesti kenal beberapa nama macam Sharon Mann, Sarah Cahill.. excellent faculty. You’re should go there.”
Dia berhenti memotong steak dan beralih ke air putih.
“Saya dah tua.” Katanya selepas meletakkan gelas ke atas meja.
Nonsense. Age is just a number. Fikirlah dulu. Duit bukan masalah.” Kata lelaki itu sambil menggerakkan tangan ke udara dengan senang seperti senangnya lelaki itu berkata soal duit.
I’ll.. later. Thank you.” Dia menggenggam pisau sambil memotong daging di pinggan.
Dato Dahlan mengangguk senang.
Ressa dengar cerita pasal anak Dato Hamid?” Tanya lelaki itu setelah beberapa minit mereka menjamu selera tanpa sebarang perbualan.
“Kenapa? Dato takut saya ada kaitan dengan kejadian tu?” Dia meletakkan garpu dan pisau di tepi pinggan.
Lelaki itu membulatkan mata.
“Dato nak jumpa saya hari ni sebab tu ke? To keep me in check.” Dia mengangkat kening sebelah sambil memeluk tubuh.
Lelaki itu meneguk air dan kemudian mengangkat pisau dan garpu semula.
“Jangan mengarut. Budak tu overdose. Hamid tak pandai jaga anak. Menyusahkan keluarga,” rungut lelaki itu sambil menyuapkan potongan daging ke dalam mulut, “Tapi, it will over soon.. in blink of an eye. Deris tak mahu tumpuan media lari dari kempen dia.”
Dia tersenyum tepi.
Sound so narcissistic” Dia mengangkat semua garpu dan pisau dan kembali memotong daging menjadi kepingan kecil.
Campaign is pretty big deals. We doesn’t stop living just because somebody dies..” Lelaki itu cepat-cepat meneguk air sekali lagi apabila tersedak.
“Betul juga.” Katanya dengan nada perlahan sambil menguis-nguis daging yang telah dipotong olehnya.
How about Julliard?” Lelaki itu sekali mengelap mulut menggunakan napkin putih.
“Maksud Dato?” Katanya sambil memandang ke arah lelaki itu sambil tangannya bermain-main dengan pisau steak
“It’s a good school.. for musician, pianist” lelaki itu menyuap potong daging yang terakhir, “kamu bazirkan bakat yang ada dengan terperuk di bandar ni. Move on, berhenti hidup dalam masa lalu” sambung lelaki dengan lagak selamba.
Dia mengangkat napkin dan mengelap bibir, “tapi saya dah tak suka dengan musik” katanya perlahan sambil memandang bayangan wajahnya terpantul di pisau steak, “berhenti berlakon Dato, Dato pun tahu kenapa saya takkan keluar dari bandar ni” dia memandang tajam ke arah lelaki itu.  
Lelaki itu memandang ke arahnya dan kemudian mengeluh perlahan sebelum memanggil pelayan untuk meminta bil.
That’s too bad. Kamu sangat berbakatkata lelaki itu sambil meletakkan duit di atas meja, “apa yang kamu mahu tu sangat mustahil, kamu masih muda dan kamu sedang membazirkan hidup kamu. You only live once” Dato Dahlan berlalu meninggalkannya dan sempat berpesan agak dia tidak melakukan sesuatu yang bodoh.
Dia tergelak kecil sehingga pelayan restaurant ragu-ragu untuk mengemas meja.
“Saya tak boleh tengok seorang gadis makan bersendirian tapi saya nampak awak sangat gembira”
Dia berhenti ketawa. Tongkat di tepi meja menjadi tumpuannya terlebih dahulu sebelum dia memandang wajah pemilik suara yang menegurnya. Dia tersenyum nipis dan tangannya menggenggam pemegang gelas dengan kuat dan menghabiskan air dengan sekali teguk.
“Tak jemput saya duduk?” tanya pemilik suara itu.
Hello Doc,” sapanya selepas menghabiskan airnya. Dia tidak terasa mahu memandang ke arah lelaki itu.
“Awak seorang?” tanya doktor muda itu.
Dia memandang ke kiri dan ke kanan.
“Ya. Nampaknya macam tu” dia memanggil pelayan untuk menampak air di gelas yang kosong.
Mereka berdua membiarkan pelayan berlalu sebelum doktor muda itu menarik kerusi dan duduk di hadapannya.
So, Sophia..
Sesuatu terasa dihatinya bila mendengar doktor muda itu memanggilnya dengan nama itu.
“Ressa.. panggil saya, Ressa” bantahnya dengan cepat.
“Ressa,” Doktor muda itu tersenyum, “Teressa Sophia. Nama awak mengingatkan saya pada Beethoven. Fur…”
Sepasang kaki yang bertumit tinggi berdiri di tepi mereka. Pemilik stiletto berjenama armani hitam sempat menjeling kepadanya.
Can we go, now?” tanya wanita itu kepada doktor muda yang masih memandang ke arahnya.  
“Erina, family’s friend.” Doktor muda itu memperkenalkan Erina.
Erina memeluk tubuh tanpa memandang ke arahnya.
“Ya. Saya kenal Erina” dia berdiri dari duduknya dan memandang ke arah Erina, “patah tumbuh, hilang berganti. Bagusnya hidup kau” bisiknya kepada Erina sebelum meninggalkan pasangan itu.
Always..” Doktor muda itu hanya tersenyum bila dia memandang ke arah lelaki itu dengan dahi yang berkerut. Kakinya melangkah dengan rasa tertanya-tanya..

No comments:

No Drama in College 4