Iklan

Search This Blog

Monday, August 20, 2018

No Drama in College 4

Bunyi tayar kereta yang seperti terheret di atas jalan membingitkan suasana pagi. Afid kelihatan berdebar-debar. Dia baru sahaja menekan pedal brek keretanya apabila tersedar yang keretanya hampir melanggar seorang gadis sebentar tadi. Apakah itu petunjuk yang dia inginkan dari kelmarin lagi. Baru sekejap tadi, hati nakalnya meminta petunjuk sama ada dia patut menjauhkan diri dari love cafe atau pun tidak. Dan sekarang dia sendiri tidak pasti sama ada kejadian pagi ini adalah petunjuk untuk dia melarikan diri dari gadis yang membuat jantungnya berdebar dengan begitu hebat sekali ataupun dia patut cuba mendekati gadis itu. Afid dengan cepat membuka pintu keretanya untuk memeriksa keadaan gadis yang hampir dilanggarnya itu.
         “Awak okay tak ni?”
         Tanya Afid bila melihat gadis itu masih menundukkan pandangan kerana begitu asyik membersihkan seluarnya yang agak kotor itu akibat tergolek di atas jalan. Salahnya juga kerana tidak berhati-hati sewaktu mahu melintas jalan tadi.
         “Takpe... saya okay.”
         Jawab Feralina yang masih menunduk. Afid mengerut dahi. Dia seperti mengenali pemilik suara itu. Namun susah Feralina masih menundukkan pandangannya dan menyebabkan Afid sukar untuk mengecam pemilik suara itu.
         “Kalau tak okay, saya boleh bawa pergi klinik.”
         Kata Afid lagi. Risau juga. Baru pertama kali dia hampir terlanggar orang. Termenung lagi waktu bawa kereta. Inilah jadinya! Marah Afid di dalam hati.
         “Takpe.. terjatuh je tadi.”
         Jawab Feralina lagi kemudian menghadiahkan senyuman buat pemilik kereta. Dia tidak mahu orang itu risau. Namun bila melihat wajah lelaki itu, Feralina terkaku seketika bila melihat wajah lelaki yang mula mencerobohi mimpi malamnya sejak kejadian di cafe hari itu. Atau dia masih bermimpi?.. Dia kebingungan seketika.
         “Umm... okaylah encik, saya dah lambat ni. Saya pergi dulu ya.”
         Kata Feralina kepada Afid yang masih lagi tersentak dengan senyuman manis yang diberikan oleh Feralina tadi. Dia hanya mampu melihat pemergian Feralina tanpa sempat mengejar gadis itu.
         “Dia belajar di sini juga?”
         Tanya Afid kepada dirinya sendiri kemudian dia tersenyum. Sila setia wahai hati.. bisik Afid sendirian.
~~~~~~~~~~~~~~~
         “Sayang... saayangggg...”
         Eryn melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka Afid. Penat je mulutnya membebel sedari tadi. Rupanya Afid langsung tidak menumpukan perhatian kepadanya. Afid tersentak bila Eryn mula menolak bahunya. Dia mengaru kepala apabila melihat wajah Eryn yang sudah serupa dengan asam kecut. Masam!
         “So sorry dear.. Afid penat sangat ni. sorry okay?”
         Pujuk Afid dengan cepat. Kalau dibiar lama-lama, kepala dia pula yang meletup nanti. Eryn bukan boleh dibiarkan merajuk. Boleh perang dingin 3 hari 3 malam!.
         “you... sejak akhir-akhir ni, you selalu tak ambil perhatian masa I bercakap tau!.. Macam you dah tak sayang I lagi.”
         Eryn berpeluk tubuh. Bukan dia tidak sedar yang Afid sudah sedikit berubah. Selalu sahaja dia perasan yang lelaki itu termenung setiap kali bersamanya.
         “You dah ada yang lain ke?”
         Tanya Eryn sambil tangannya mengelap air mata yang mula membasahi matanya. Afid mengeluh perlahan.
         “ Takde sayang.. you jangan fikir benda-benda yang negatif. Afid penat.. sekarang ni dah nak dekat exam.. tournament lagi.. you kena fahamlah.”
         Kata Afid perlahan walaupun hatinya mula mengakui kata-kata Eryn tadi.
         “you tak tipu I kan fid? Sebab I sayang you  sangat-sangat.. I tak nak kehilangan you..”
         Kata Eryn sambil memeluk tangan Afid. Afid mengangguk perlahan.
         “Hah.. jom kita pergi love cafe? Dah lama tak makan sana..”
         Cadang Eryn yang jelas sudah bertukar menjadi ceria semula. Afid menggeleng kepala dengan tingkah Eryn yang sering berubah mengikut anginnya.
         “Tak mahulah.. kita try kat tempat lain.. lagipun haritu you bergaduh dengan pelayan kat sana.. Afid malaslah nak pergi sana lagi.”
         Cepat Afid mengelak. Dia tidak mahu berjumpa dengan gadis itu lagi. Takut nanti hatinya terus berubah. Dia tak sanggup menyakit hati Eryn.
         “Yelah.. Pelayan cafe tu tak cekap! Menyakitkan hati je..”
         Iya... sungguh menyakitkan hati.. Bisik Afid di dalam hati.
~~~~~~~~~~~
         Feralina perlahan-lahan meletakkan pinggan yang berisi sepotong pai epal di meja lelaki yang sudah menjadi pelanggan tetap love cafe sejak beberapa hari lalu. Lelaki itu tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit yang manis terletak di sebelah pipi kanannya.
         “Pai epal dan... Earl Grey Tea.”
         Kata Feralina dengan ceria sambil meletakkan secawan teh di hadapan lelaki itu. Dia cuba menahan rasa geli hati bila melihat wajah mencuka di sebelah lelaki itu.
         “Makanan saya tak siap lagi ke?”
         Feralina tertawa kecil bila tidak dapat menahan ketawa melihat wajah sayu Sayd yang duduk di sebelah Lokman itu. Sayd sudah bersedia memegang sudu dan garfu apabila melihat Feralina mendekati mereka dengan membawa dulang.
         “Sabarlah... siapa suruh order banyak sangat. Kesian tau dekat Fera. Penat melayan customer tadi.”
         Kata Lokman, mahu membela Feralina. Feralina tersenyum lebar.
         “Sekejap ya.. saya ambil makanan Sayd pula.”
         Kata Feralina dengan sopan. Bukan dia tidak boleh menghidangkan makanan untuk kedua-dua jejaka itu sekali gus.. tapi oleh kerana sikapnya yang agak clumsy itu membuatkan dia berfikir dua tiga kali. Takut terbalik pula dulang makanan kerana dirinya.
         “Nak saya tolong ke?”
         Lokman bertanya dengan nada menggoda. Feralina tersenyum sambil menggeleng perlahan. Sejak beberapa hari ini, kehadiran Lokman membuatkan dia ternanti-nantikan hari esok dan bersemangat untuk pergi kerja. Kadang-kadang, Lokman sanggup mengorder makanan dan minuman berkali-kali hanya kerana mahu menunggunya sehingga habis kerja. Sayd tersenyum lebar bila Feralina kembali dengan membawa makanan untuknya.
         “Mee kari.. peanut butter pancake.. dan, Air sirap limau.”
         Jangan ditanya kenapa Sayd mempunyai selera untuk menghabiskan kombinasi makanan yang pelik itu. Lelaki itu akan mengorder makanan yang kelihatan menarik di dalam buku menu. Feralina dan Lokman sama-sama menggeleng kepala bila Sayd mula melahap makanan di hadapannya itu. Mujur muka handsome. Bisik hati Feralina yang kelucuan.
         “Okay.. Selamat menjamu selera.”
         Tangannya ditarik perlahan bila Feralina mahu berlalu mengambil pesanan di meja lain. Feralina tersenyum lebar bila melihat Lokman tersengih.
         “So..hari ni, saya tunggu awak lagi ya..”
         Feralina mengerut dahi dan dan terasa serba salah. Dia suka bila Lokman sanggup menantinya sehingga dia selesai bekerja. Tetapi hari ini dia terpaksa bekerja sehingga lewat malam. Tak mungkinlah dia sanggup membiarkan Lokman terpacak di cafe itu hanya kerananya. Lagipun, dia bukanlah sesiapa bagi Lokman.
         “Rasanya tak payah kot..”
         Jawapan Feralina membuatkan Lokman terasa hampa. Kehampaan itu terpamer di wajah Lokman sehingga membuatkan Feralina terasa serba salah.
         “Sebab saya kena kerja sehingga lewat malam.. Takkan awak sanggup tunggu..”
         Kata Feralina perlahan.. walaupun sebahagian dari hatinya menginginkan Lokman untuk menunggunya. Lokman tersenyum lebar.
         “Saya sanggup tunggu sampai bila-bila pun..”
         Lokman berkata dengan yakin. Bukan perkara yang susah untuk menunggu gadis itu. Malah dia lebih gembira bila berada berdekatan dengan gadis itu. Ah! Dia sudah teruk dipanah cinta milik Feralina itu.
         “Mat romeo..”
         Sindir Sayd perlahan dari sebelah Lokman.
         “Auch!”
         Sayd mengaduh kesakitan bila disiku oleh kawannya itu. Feralina tersenyum lebar. Ada saja kerenah dua jejaka ini yang menceriakan hari-harinya di love cafe. Dalam pada itu, dia juga kadang-kadang berharap agak lelaki yang hadir di dalam mimpinya dan sekaligus menghilang mimpi-mimpi buruknya datang semula ke cafe itu. 

No comments:

No Drama in College 4