Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

sekolah_cinta 17

Setibanya di tapak perkhemahan mereka diarahkan memasang khemah masing-masing dan Cikgu Trisya memecahkan mereka kepada beberapa kumpulan dan di beri tugas masing2.

“Hah! Aku kena memasak?” Nieylla menunding jari ke padanya sendiri. Rasa tak percaya yang dirinya yang ditugaskan memasak. ‘jangan salahkan aku kalau semua kena food poisoning.’

“aku kena ambil air dengan Amy..” Nathalie berkata. Kemudian mereka berlalu melakukan tugas masing2.

Setelah berlatih satu jam dengan Syirah macam mana cara membuat sambal belacan. (di tengah2 hutan buat sambal belacan?) ‘Dah cikgu suruh.. aku buat jelah’ sekarang giliran ikan sardine pula untuk dimasak kari. Nieylla mengacau perlahan masakannya yang hampir masak itu sambil bernyanyi2 kecil.

“Kacau, kacau, kacau ikan sardine..Kacau, kacau , kacau perlahan2..” Nyanyiannya terhenti apabila menyedari Riz yang baru selesai mencari kayu api merenung tajam ke arahnya. ‘Ei…, Riz ni, janganlah tenung2 macam tu.. malu I..’ Nieylla bermonolog dalam hati.

Riz mend…

sekolah_cinta 16

“Hai Nieylla..” Lulu yang baru sampai ke perkarangan sekolah menegur Nieylla.

“Hai…, banyaknya baju kau…” Nieylla terpegun melihat beg Lulu. ‘ni nak camping ke apa ni? Sampai 2 beg besar dia bawa.. padahal camping 3 hari je..’

“yelah… satu beg untuk baju..dan satu lagi untuk seluar dan mekap..” Selamba Lulu berkata…

“Ish2… dalam hutan kau bawa mekap apasal? Takkan nak ngurat orang utan kot?” Ek menyampuk.

“Diam lah kau Ek.. sibuk je..” Lulu menjeling.

“hah! Jeling2la.. aku simbah muka kau dengan air satu baldi kang.. biar bersih dan suci muka kau dari mekap tu” Ek mengugut.

“Kau buatlah kalau berani.. aku piat telinga kau, kalau kau buat begitu!” Lulu menjawab.

“Menjawab2… aku cakap sikit kau menjawab. Kang aku ikat mulut kau kang.. baru padan muka kau tak dapat bergincu..” Ek lagi membalas.. ‘dorang dah mula dah..’ Nieylla menggeleng kepala.

“Kau diamlah Ek.. sekali aku terajang kau.. sampai gunung Santubung kau terus tau..”Lulu berlagak berani.

“Ewah!Gunung Santubong kononnya..,Silap2 Bukit …

sekolah_cinta 15

“Nieylla.., kau dah kemas baju2 semua ke?” Nathalie memandang Nieylla yang blur sejak pengakuan Riz hari itu..(walaupun Riz tidak tahu yang Nieylla mendengar pengakuannya)

“Hah?” masih dengan muka blur. “Baju buat apa? Nak pindah rumah ke?” Nieylla membalas pandangan Nathalie dengan muka berkerut.

“His! Mamai betullah minah ni...” Lulu menyampuk..

“Untuk Campingla bakal adik ipar ku…” Amy mengingatkan Nieylla. (Dah brani mengaku jd kakak ipar ni..)

“Oo..camping.. belum.” Kata Nieylla dengan selambanya.

“Hah?! Belum? Kan besok nak pergi camping dah.. “ Nathalie terkejut dengan keselambaan Nieylla.

“Aku kemas malam ni la.. kan besok nak pergi..” masih lagi selamba.

“sempat ke? “ Lulu was2 dengan sikap kawannya sejak dua menjak ni.. ‘ minah ni okay lagi ke atau dah kena virus anggau ni? Ke kena heart attack sebab hari tu..

“Sempatla.. sebab aku akan kerahkan Abang Dani tolong aku…hehehe” Nieylla menunjuk ke arah abangnya. Dani yang mendengar kata2 adiknya mengangkat kening.

“Pembuli..” kata Dani…

sekolah_cinta...14

“Riz tak Boleh buat Rita macam ni!!” Rita menjerit seperti kerasukkan.

“Kenapa pulak Riz tak boleh buat Rita macam ni? Hah!” Riz mengetap bibir menahan geram.. awalnya dia ingin berpisah dengan Rita secara damai..tapi sikap Rita membuatkan dia kehilangan tahap kesabaran..

“ Rita sayang Riz..Riz tak boleh buat Rita macam ni! Riz kejam..Takde perasaan!” Masih lagi menjerit.. macam orang yang baru kena cerai la..

“Apa Rita cakap? Riz kejam? Takde perasaan? Jadi selama ni Rita sajikan Riz dengan cerita2 palsu?! Rita fitnah kawan Rita sendiri.., Rita tak rasa ke diri Rita tu kejam! Takde perasaan?! Hah?” Riz menengking Rita..kesabarannya hampir menipis.. ‘susah betul nak fahamkan Rita ni’..

“Rita buat semua tu sebab Rita sayang kan Riz! Riz tak faham ke?!” Kata Rita sambil menangis..’Dah aku pulak yang dia kata tak faham…’

“Sayang? Bina kasih-sayang atas kebencian? Siapa ajar kau ni hah!?” Tiada lagi berRita2…Riz terasa penat sangat melayan kerenah mantan pacarnya itu..

“Ya! Sebab kalau Rita tak…

sekolah_cinta 13

“Abang…..” Nieylla memanggil abangnya ala-ala gedik..

“aik? Kalau memanggil macam kucing nak mengawan tu ada la sebab tu..” Dani menaruh syak awal-awal lagi..

“His! Mana lak.. Nieylla ikhlas panggil abang tau… with all my heart..” Dengan ekspresi muka yang kononnya serius. Dani merenung tajam muka adiknya..

“Muka ni macam tak leh percaya je…” Dani berkata selamba.

“Ah! Never mindlah.., abang pergi ‘tuisyen ke hari ni, atau urusan lain2..” dengan muka confidentnya..’atau kelas dating bersama ulat buku ke..’ Nieylla menyambung di dalam hati.

“Takde lak., kenapa?” Dani mengambil tempat duduk di taman yang terletak di belakang sekolah. Nieylla duduk bersebelahan abangnya, manakala Lulu mengambil tempat duduk di hadapan Dani.

“Takde.., Tanya je..” sambil menggeleng kepala.

“eh! Dani kau ambil kelas tuisyen di mana ya? Aku rasa nak ambil tuisyen gak lah…..” Lulu memainkan peranan. Dani kelihatan panic.. ‘mampus aku.., aku mana pernah pergi tuisyen.., pergi dating dengan bakal kakak ipar Nieylla je…

sekolah_cinta 12

‘Betul ke abang Im senyum kat aku tadi?? Betul ke? Betul ke? Abang Im senyum kat aku?..’ayat itu terngiang-ngiang di kepala Syirah. Nathalie yang duduk berhadapan Syirah pula membuat muka asam kecut dan seperti tak bermaya. Kelihatan seperti balu untuk yang suami ke 3.hehehe

‘apasal minah 2 orang ni? Yang sorang termenung sampai boleh tembus bangunan sekolah ni..sorang pulak macam perempuan hilang suami pun ya jugak.. hai.. nilah remaja zaman sekarang..hehehe’ Nieylla mengomel sendiri. Kemudian dia melihat ke arah Amy yang sedang meramas2 kasar novelnya seperti melepaskan perasaan marah.. Nieylla mengalihkan pandangan ke arah Lulu, kemudian mengangkat kening..Lulu menjongket bahu tanda tidak tahu kenapa 3 orang teman mereka berkelakuan seperti itu.Nieylla mendengus kuat.

“Okay! Cuba bagi tau kami apa masalah korang bertiga ni… sorang macam kucing hilang anak, sorang macam baru kena hysteria, sorang lak macam…” Belum sempat Nieylla menghabis kan ayatnya Lulu sudah tolong melengkapkan aya…

sekolah_cinta 11

" Hai, awal betul cik kak ni bersiap... nak pergi mana tu?" Puan Maria bertanya kepada anak daranya yang sudah bersiap. " Nak pergi jalan jap... leh kan mama?" Nieylla membuat muka ala-ala anak manja.. "Macam mana mama nak kata tak boleh...adik dah bersiap bagai.. kang merajuk, muncung tu panjang 2,3 depa.." Dani mengusik adiknya. Engku Raziq hanya tersenyum melihat gelagat anak kembar dan isterinya. "abang ni menyibuk je.. pergi main jauh-jauh.." Nieylla berkata selamba.. "Ewah.. tarik hidung tu baru tahu.." Dani mengancam adiknya.. "His! abang tarik hidung Nieylla, Nieylla tarik hidung abang.." Si adik pula tidak mahu mengalah.. "Dah, dah.. kang papa yang suka rela tarik hidung kamu berdua..tak baik bertelingkah di depan rezeki.." Engku Raziq menegur anak2nya.. "Nieylla nak jalan dengan siapa ni?" Puan Maria bertanya kepada anak bongsunya.. "Nieylla nak jalan dengan kawan jap.. dia n…

sekolah_cinta 10

Picnic 2...

“Tengah berdating dengan makanan di tepi pantai ke cousin ku..” Dani menegur sinis Im yang membuat muka seperti asam kecut itu..Dani duduk di sebelah Im.

“Banyaklah kau punya dating..” Im sebal..

“Whats wrong? Kecewa sebab ego kau yang tinggi tu ke?” Masih lagi Dani bernada sinis..Im merenung wajah Dani dengan muka blur..

“Meaning??”

“tak payahlah nak sembunyilah Im.. aku tahu kau tu ada hati dengan Syirah.. aku dah lama jadi cousin kau.. membesar pun sama2.. aku cukup kenal dengan perangai kau tu..”Dani meneguk coca-cola yang baru dibukanya..

“aku tak faham apa kau cakap..” Kata Im selamba.. Dani terus meluku kepala Im tanpa rasa bersalah.

“tak faham, tak faham.. ego kau ni lebih tinggi dari KLCC tau.. cuba kau terus terang dengan Syirah.. Jangan samapai ada orang lain kebas baru kau nak sedar.. time tu kau telan liur je lah…” Dani mula berceramah..

“His! Dani.. kau ni dah mula jadi macam auntie Maria dan ibu akulah..” Im bengang..

“Kalau tak nak abang Dani membebel.. baik kau te…

sekolah_cinta 9

Picnic....

Deringan telefon rumah itu mengejutkan penghuni villa itu..
Syirah berlari-lari anak ke meja telefon itu..

" Waalaikumsalam.." Syirah tersenyum manis mendengar suara si pemanggil.."besok?..rasanya takde buat apa-apa.. kerja pun takde besok.." masih lagi dengan senyuman manisnya... Im yang duduk berhadapan dengan meja telefon itu geram melihat senyum manis Syirah.. " nak ajak jalan besok? nanti Syirah tanya ibu dulu..kalau ibu benarkan Syirah ikutlah..." lembut je suara Syirah.. tetapi kelembutan itu yang membuat Im kegeraman.. siapa lah pandai2 nak bawak anak dara orang jalan ni... setelah habis perbualan di telefon tadi Syirah mendekati ayah dan ibu angkatnya di ruang tamu.. Im yang duduk di sebelah ayahnya tengah membaca majalah dengan concentratenya (kononnyalah)..

" Ayah... besok Syirah nak jalan boleh tak?" Syirah bertanya perlahan..

"Apa pulak tak bolehnya.. tapi mesti balik awal tau..handphone jangan lupa bawa.. kalau ada apa-a…

sekolah_cinta 8

Pemuda2x semakin berani...

"Rita, kau dengar tak cerita yang si Nieylla tu kena tampar oleh Riz.." Lina memandang Delorita yang tersenyum sinis.

"Padan muka dia... baru puas hati aku.."Lina hanya menggeleng kepala..

"Kau ni kan...apasal kau anti sangat dengan Nieylla tu.. aku tengok tak pernah pun dia kacau kau..jangankan kacau.. cuit pun tak pernah..kan korang kawan baik dulu.." Nina menyampuk..

"Aku benci tengok dia.." Delorita berkata selamba..

"yelah..aku tahu kau benci dia..tapi sebab apa?" Lina bingung dengan sikap kawannya itu..

"Sebab dia ada segala-galanya.." Delorita berkata perlahan..

"Tapi dia tak pernah sombong dengan apa yang dia ada kan.. kau yang lebih2 ambil hati...emosi terlebih.." Nina cuba membela Nieylla..Sebenarnya dia bukannya suka cari gaduh dengan Nieylla dan kawan2nya tapi sebab terpaksa mengikut cakap Deloritayang sengaja cari masalah tu..

"Aku benci tengok kesempurnaan dia..dulu masa aku ba…