Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, February 19, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 10

Bab 10


“waalaikumsalam.. a’aa., dah sampai tapi belum sampai kampungla.. singgah kat rumah..mak..cik..” Kelu lidahnya mahu membohong jejaka di hujung talian itu.. Dia berdiri di balkoni biliknya dan Dannial.. Dannial masih berada di dalam bilik air.. Angin yang seperti membelai lembut tubuhnya seakan tahu yang dia juga terluka.. Terpaksa menipu dan terus menipu jejaka itu.. Kita memang tidak pernah merancang jalan hidup yang penuh kedustaan dan kita juga tidak pernah berharap peroleh kebahagian dengan mempergunakan penipuan sebagai batu loncatan.. Tapi bagi Dahlia yang sudah tiada jalan penyelesaian, jika itu yang dia patut buat.. jadi itulah yang dia lakukan…. Dahlia menghela nafas panjang… cuba mencari ketenangan..


“Hai,, buat apa kat luar tu malam2.. berangan ke??” Kedengaran suara garau Dannial dari dalam bilik. Dia baru saja keluar dari bilik air dan terlihat sekujur tubuh di balkoni biliknya. Entah apa yang di fikirkan oleh gadis itu..


“Saja.. nak merasa angin malam dekat sini..” Selamba saja jawapannya,,


“Taknak masuk ke??” Dannial masih lagi memakai jubah mandi..


“Selagi Nial tak pakai-pakaian yang sopan.. selagi itu Lia tak masuk…” Dannial tersenyum..


“Masuklah.. bukan Nial nak mengoda Lia pun.. kenapa? tergoda ke?” Usik Dannial.. Dahlia mengukir senyum. Kang anak jiran sebelah mengendap Lia pulak.. nak ke?” Mengusik lagi..


“Yelah..” Dahlia duduk di katil sambil menunduk wajah.. Dannial turut duduk di sebelahnya..merenung Dahlia.. Semuanya menjadi kaku,, suhu bilik seperti menurun ke paras 0 degree.. sejuk.. Muka Dahlia mula memerah apabila Dannial mula mendekatkan.. Bibir lelaki itu seperti mencari bibir mungil milik Dahlia.. Dan…


“Dannial! Kau ada bawa balik pen-drive aku ke?” Tanya Aidil dengan nada panic dari luar bilik.. Dannial menggigit bibirnya.. geram!.. Dahlia kelegaan..


“Nasib ada Aidil..” Dahlia berkata perlahan..


“Apa dia??” Tanya Dannial sambil tersenyum kenakalan.. Cepat2 Dahlia menggeleng..


“Gatal!” Dahlia berlalu masuk ke bilik air meninggalkan Dannial yang tersenyum panjang tanpa mengendahkan Aidil di luar bilik..


“Wei! dah tidur ke?” sekali lagi Aidil mengetuk pintu bilik sepupunya itu. Dannial mengeluh.. Geram dengan gangguan dari Aidil.. Tangannya memulas tombol pintu biliknya..


“Time ni jugalah kau nak mengacau.. Kenapa tak besok.. lusa.. tulat.. tahun depan.. 2 tahun depan..ni sekarang dah malam tau!” Bebel Dannial.. Aidil mengerut dahi..


“Apa yang kau merapu ni..baru pukul 8 malam la.. makan pun belum lagi ni.. pen-drive aku kau ada bawa tak?” Tanya Aidil lagi..


“ek? baru jam 8 ke? aku ingat dah nak tidur da..Ada.. tulah kau ni careless betul.. main tinggal2 je kat laci meja.. nasib aku ni causin yang prihatin..” Dannial berjalan menuju ke laci mejanya dan mengambil pendrive Aidil tanpa menyuruh sepupunya itu masuk ke biliknya.. Aidil tanpa segan dan silunya melangkah masuk ke bilik Dannial..


“Nak tidur, nak tidur.. dah macam pengantin baru nak tidur awal je.. Eh! siapa dalam bilik air tu? kau biarkan air mengalir lagi ek? membazir sungguh..” Dannial terkejut dengan kehadiran Aidil di belakangnya dan kini berjalan kea rah bilik air.. Dannial menarik lengan Aidil..


“Wei! siapa suruh kau masuk? dan kau nak menuju ke mana tu?” Tanya Dannial bengang..


“Sejak bila bilik kau ni jadi kawasan larangan ni? sengal betullah mamat ni.. aku nak tutup paip air tu la.. kau ni pembazir.. biar je air tu mengalir macam air sungai..” Dannial menepuk dahi..


“Isteri aku ada baliklah.. kau memandai je masuk bilik aku.. kalau isteri aku keluar dari bilik air lepas tu nampak muka penjahat 6 jahanam macam kau ni.. tak ke riuh satu taman ni dengar dia menjerit..” Aidil tersenyum nakal..


“Okaylah tu.. boleh cuci mata..” Dannial dengan selamba meluku kepala Aidil..


“Kepala otak kau okay,. dah! tunggu aku kat bawah.. kejap lagi aku turun..” Dannial menyerahkan pendrive kepada Aidil. Aidil masih lagi tersengih2..


“Patutlah dah tak sedar sekarang ni pukul berapa.. korang mandi apa ni??” tanya Aidil sambil menunjukkan reaksi ‘smugging’ smile nya..


“Kepala otak kau ni dah dijangkiti berbagai2 cacing kuning.. baik gerak sekarang sebelum aku smack down kau kat sini.. Kami baru sampai rumah lah.. tu yang baru mandi ni..” Jelas Dannial sambil mengambil t-shirtnya di dalam almari..


“Sudah2lah nak smack-down orang tu. kau smack-down wife kau jelah.. Nak smack-down2 aku apa hal..” Sekali lagi kepal Aidil menjadi mangsa.. Dannial mengherat sepupunya keluar sebelum ada nyawa yang terkorban.. Kedengaran suara Aidil tertawa dari luar bilik..


“Aidil masih ada tak??” Tanya Dahlia yang baru selesai mandi.. Cuma mukanya saja yang kelihatan di balik pintu bilik air..


“Dah keluar.. Buat kecoh je dia kat sini..” Dahlia lega mendengar jawapan Dannial.. Segan juga jika kelihatan oleh orang yang bukan muhrimnya yang dia hanya memakai jubah mandi..


“Oo.. nasib..” Dahlia keluar dari bilik air dan membuka beg pakaiannya.. Bantal busuk yang di importnya dari sabah di keluarkan dan di letakkan di katil.. Dannial hanya mengangkat kening..


“Aik? bawak bantal busuk juga ke? patutlah beg tu penuh semacam..” Tegur Dannial.. Dahlia tersengih..


“Mestilah bawa bantal ni.. ada yang di peluk2…..” Ayatnya di potong oleh Dannial..


Kan boleh peluk Nial??...” Dahlia menjelir lidah..


“Gatal.. pergilah turun bawah.. orang nak tukar baju..” Dannial buat tidak dengar..


“tukarlah.. siapa larang..” Buat muka selamba sambil berbaring di katil… matanya masih merenung wajah Dahlia yang bengang.. Dannial mencapai bantal busuk Dahlia di hujung katil dan memeluknya..


“ei.. janganlah pegang bantal Lia.. nanti bau busuk..” Dahlia cuba mengambil kembali bantalnya.. Dannial memeluk kuat bantal itu..


“Memang dah busuk pun..” Kata Dannial sambil mempertahankan bantal yang sudah kehilangan 90 peratus kapuk di dalamnya.. Dan bantal itu lebih kepada kain busuk bukannya bantal..


“Yelah.. tapi itu bau Lia.. nanti bercampur dengan bau badan Nial pulak.. bak sini…” Dahlia berusaha menarik bantal itu dengan sedaya upayanya.. Nial tersenyum.. Dia menarik kuat bantal itu sehinggakan Dahlia turut sama tertarik dan terjatuh di sebelahnya.. Dannial tersenyum nakal.. Pipi Dahlia menjadi sasaran bibirnya.. Dahlia terkaku.. Dannial bangkit dari katil..


“Pergilah tukar baju.. Nial turun dulu..” Katanya dalam senyuman.. Dahlia mengesat pipinya yang mendari sasaran Dannial tadi sambil mulutnya terkumat-kamit memarahi Dannial.. DAnnial tertawa melihat reaksi Dahlia….

6 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

alahaaiii..
sgt comel..
nk lgikk..

bia la time lia blk nieh bunga2 cinta berguguran di kamar hati mereka..ceewaahh..

Anonymous said...

comeinye...
smbung2....

Anonymous said...

mak bapak derank nih btol ke idak???awl2 lgi dh suro kawen...dok sbilik plak tuh...pastuh nial nih dh la plyboy..sian plak kat lia...t bg lia ngan paeid yek...paeid ke nme mamat sorunk tuh???hurmmm...x tau npe...tp rs cam nk sepak2 jek nial tuh...wakakakak

sinichies_girl88 said...

best..best..nak lagi...
lawk la nial tu heheh...
hope diaorg happy smpai akhir heheh
sambung lagi...:)

anna said...

U MADE MY DAY !:))
lengkapkan hari jadikuh:))
sambung :))

Mona said...

best..sambung..

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37