Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, May 20, 2011

Biarkanku bersandar.., 11

Bab 11

Kamera Digital SLR dihalakan kepada sasaran. Klik, klik, klik sehinggalah muka yang digambar menjadi muka asam kecut. Edil Hakeem menghadiahkan senyum manis. Tidak rasa bersalah lansung kerana mengambil gambar tanpa kebenaran si pemilik wajah.

“Mak Mickey..” Annisah merenung Edil Hakeem. Siapa lagi yang Edil Hakeem maksudkan kalau bukan dia.. Takkan penjaga kaunter pertanyaan kot.. “ Senyum..” Klik!

“Encik Driver.. Sudah-sudahlah tu.. saya tahulah wajah saya ni terlalu memikat.. sampai awak nak abadikan di dalam memori kamera awak tu..tapi janganlah asyik amik gambar saya je.. Ikan Yu ni pun naik jeles tau. Hai..susah kalau ada muka cantik mengalahkan Julia Robert ni.”

Annisah berlagak seperti wanita ‘plastik’. Edil Hakeem mencebik mendengar Annisah meninggi-ninggi dirinya. Sah! 4 hari jumat lagi perempuan ni.. Lepas tu Goal! Merepek tak ingat-ingat..

“Em.. Cantik.. cantik tahap muka berminyak!”

Sindir Edil Hakeem. Annisah terbingung seketika. Cepat-cepat dia mengeluarkan compact powdernya. Berminyak sangat ke? Dalam hati Annisah. Edil Hakeem menahan tawa. Annisah mencebik.

“Takde pun...”

Balas Annisah dengan sedikit manja.

“Uik.. pandai pula cakap nada begitu.. ingatkan tak tau..”

Usik Edil Hakeem lagi.

“Dahlah.. dah berjam kita kat sini.. Last ferri pergi Kota Kinabalu jam 3.”

“Hah? Dah nak pulang kk ke? Sekejapnya.. tak sampai 3 jam kita kat sini..”

“Laa.. memanglah... Aku ada hal lagi nak dibuat malam nanti kat KK.. meeting.”

“Kita baru pergi Taman Burung and Sea Sport Complex. Banyak lagi tempat nak pergi ni.. Chimney? Tanjung Kubong Tunnels?..”

Dia tidak mahu kembali ke Kota Kinabalu sekarang. Kalau boleh dia mahu tenangkan diri. Dia belum bersedia.Dia mahu berjalan-jalan dengan niat mahu melekakan dirinya daripada terfikirkan mesej yang diterimanya setelah sampai ke Labuan.

“ Kita pergi lain kalilah.. Ada program..”

Annisah menarik tangan Edil Hakeem yang baru mahu menahan teksi itu. Dia membuat muka sedih.

“Saya taknak balik sana lagi... Saya belum sedia.. please..”

Edil Hakeem mengerut dahi. Apa dah jadi dengan Annisah?Dari tadi dia perhatikan Annisah. Selepas menerima mesej beberapa jam yang lalu, Annisah terus saja seperti jasad kosong. Dia perasaan perangai mengada-ngada dan senyuman palsu yang diukirkan Annisah sedari tadi. Edil Hakeem juga terperasan yang Annisah sekejap-sekejap termenung.

“Awak ada problem ke??”

Tanya Edil Hakeem perlahan. Annisah mengelap airmatanya. Edil Hakeem perlahan-lahan menarik Annisah ke dalam pelukannya. Seretak dengan itu, Annisah mula teresak-esak di dada bidang milik Edil Hakeem.

“What’s wrong?”

Tanya Edil Hakeem lagi.

“Okay.. Kita stay semalam kat sini..”

Barulah Annisah memberi reaksi. Wajahnya diangkat, Sempat mereka berbalas pandang.

“Saya kena buta satu panggilan then kita teruskan perjalanan kita ya?”

Kata Edil Hakeem perlahan. Annisah mengangguk.

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37