Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Sunday, March 29, 2009

sekolah_cinta 7

Hah!! Dia lagi 2..

"wei...kau nak pergi mana tu??" Ek menarik tangan Lulu yang ingin berlalu meninggalkannya.

"Pergi mana-mana je lah asal tak jumpa muka kau.." Kata Lulu sambil mencuba menarik tangannya yang kemas dipegangan Ek..Ek yang menyedari hal itu makin mengemaskan pegangannya..

"Eh Ek..kau boleh tak jangan kacau aku.. ini kan mall..bukan kat sekolah!" Lulu menekan sedikit suaranya.. tetapi masih lagi dalam nada perlahan,kerana bimbang di dengar orang di sekeliling mereka..

"boleh.., tapi best lak kacau kau ni... bermekap sakan kau ye.." Ek masih lagi belum mahu melepaskan tangan Lulu..

"Suka hati akulah! salah ke aku bermekap di tempat awam gini.." Lulu menghadiahkan jelingan maut buat Ek yang berada berapa sentimeter darinya.. actually aku tak sempat ukur jarak pun..hehehe..

"his.. siapa kata salah... kalau kau nak bermekap macam pelakon opera pun takde orang nak marah tau.." Ek berkata selamba..

"So.., lepaskanlah tangan aku ni.. kalau dah gatal sangat pun janganlah mengatal dengan aku.." muka Lulu sudah merah menahan geram.. apa lagi pak cik ni tak puas hati..

"takde masanya aku nak mengatal dengan kau tu... cuba kau tengok sekeliling.." Ek menyedarkan Lulu yang teman karibnya telah meninggalkannya. Alamak... mana dorang Nieylla ni.. tinggalkan aku satu hal.. tinggalkan aku dengan pak cik ni 2 hal... yang pak cik ni suka-suka je pegang tangan anak dara orang ni 3 hal..huhu.. "Aku jumpa kau asyik je tengok mekap2 segala tu, sendirian lak tu.. aku takut kau kena culik sorang2.. bukan apa.. nanti kalau kau kena culik aku juga yang rasa bersalah..walaupun sebenarnya aku gembira tiada lagi orang tak faham bahasa kat sekolah.." Ek berkata selamba.. Lulu mencebik..

"huh! aku bukan budak2lah... aku pandailah nak jaga diri sendiri..I dont need ur help.." Lulu berkata agak sedikit angkuh.. taklah angkuh sangat pun..action je lebih...

"Wei! aku pun tak nak bantu kau tau.. kalau bukan ada mamat2 tu 'usha' kau tak gak aku terhingin nak tegur kau tu..aku ni orang yang bertanggungjawab..bukan macam kau.. tanggungjawab seorang pelajar pun kau gagal nak laksanakan, apatah lagi tanggungjawab terhadap masyarakat.." berdesing telinga Lulu mendengar ayat selamba gila dari Ek.. ikutkan hatinya mahu saja dicekik pemuda didepannya itu..tetapi apakan daya..tangannya masih dalam pegangan jejaka itu..

"Sudahlah...aku nak cari dorang Nieylla.. lepaskan tangan aku!" Lulu terus merentap tangannya..kemudian melangkah meninggalkannya..Ek hanya tersenyum sambil menggeleng kepala.. hai gadis opera yang degil.. .


Jap..kita reverse balik kisah macam mana Lulu ditinggalkan teman2nya.

"Nieylla...leh kau tinggalkan Lulu dengan aku.. aku ada nak bincang pasal kerja rumah berkumpulan yang Cikgu Hasnah bagi tu.." Ken berkata perlahan..

" Hah? kau satu kumpulan dengan dia ke?? "Nieylla dengan muka blurnya bertanya..Nathalie hanya memasang telinga..manakala Amy sudah melekat di kedai buku.

"Yelah..kan kau yang aturkan kumpulan.,kau apasal ni..mamai ke?" Ken pelik.. memanglah dia satu kumpulan dengan Lulu tetapi hari ni bukanlah dia ingin membincangkan mengenai pelajaran..taulah kau mogok senyum hari ni..tapi janganlah sampai mogok menggunakan otak gak..

"Nak kata mamai tak juga..tapi aku banyak kali dah 'makan hati'..tu pasal 'kecil hati' dah aku ni.." Nieylla bersuara sedih ibarat orang yang tak makan sebulan.. cuba bayangkan orang yang tak makan sebulan...hehehe

"Nasib baik kecil hati je.. kalau si Riz tu Ambil hati kau..hah! takde hatilah kau gamaknye.." Nathalie mengikuti rentak Nieylla yang tidak tahu menggunakan perumpamaan.. aku expert pasal chemistry je.. yang lain aku nyawa-nyawa ikan..nanti balik kang aku rujuk kamus dewan bahasa ye..

"Jangan kau sebut lagi nama itu.. nama itulah yang telah mencarik-carik hatiku yang comel ini.." Nieylla berkata2 seperti Tun Teja..

"Eleh..,jangan sebut konon.. kang si Riz tu jadi Hang Tuah di depan kau..cair sampai meleleh kau dia depan dia.." Ken berkata selamba..

"Dahlah.., korang ni suka sangat mention nama dia depan aku ni.. ada jodohlah korang berdua..jangankan dia jadi Hang Tuah..Sultan Melaka pun aku tak kisah.. " kononnyer.. Nieylla mengerut kening melihat Nathalie mengangkat tangan membaca doa..

"Kau baca doa apa tu Nathalie?"Ken bertanya pelik.

"Doa tolak jodoh.." Nathalie berkata selamba..Ken dan Nieylla menahan gelak..

"Sampai hati kau Nathalie..on the spot kau baca doa tolak jodoh ye.. aku tahu lah siapa aku ni.. dahlah Handsome boy.. pandai pulak tu.." Ken memuji diri..

"Ken..aku rasa kau silap ayat tu..tu bukan ayat yang nak merendah diri.. tu ayat meninggi diri namanya.. a.k.a tak sedar diri.." Nieylla berkata selamba..Ken tersengih macam kerang busuk...

" Dahlah..cakap dengan korang ni satu kerja pun tak habis buat... korang tinggalkan si Lulu kat aku..di jamin selamat.. pergi lah korang jalan-jalan cari pasal kat mall ni.." Ken mengerahkan Nieylla dan Nathalie agar depat berlalu..

"Wei.. aku belum beli barang lagilah.. " Nathalie mengeraskan badannya yang ditolah perlahan oleh ken..

"Tak payahlah beli barang kat cni..banyak lagi kedai kat mall ni..cepat.." Ken berkata selamba.. 'nasib baik tauke kedai tu takde kat sana melihat Ken menghalau pelanggannya.' Kemudian dua sekawan itupun berlalu dengan muka cemberut tanpa sempat berpamitan dengan Lulu yang leka melihat Lip gloss..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hah! kerja aku dah selesai..sekarang ni kau pergilah tegur dia.." Ken menegur Ek yang tengah meng'skodeng' Lulu dari jauh..

"Nak cakap apa dengan dia??" Ek bertanya dengan muka innocent dan blur.. dalam maksud tersirat..Ek gagal dalam subjek percintaan ni..ala..ni lagi sorang dengan muka blur dia...

"kau cakaplah apa yang kau selalu cakap dengan dia.." Ken berkata selamba.. dengan gaya si playboy yang expert dalam percintaan..

"Kau gila ke??..kalau aku cakap gitukat tengah2 mall ni mesti dia cakap aku gila atau aku ni gila kuasa sampai terbawa2 karekter ketua pengawas kat sini.." Ek berkata dengan seriusnya..
apa yang sebenarnya mamat ni merapu ni...Ken kebingungan..

"Apa yang kau selalu kau cakap dengan dia?" Ken curious..

"Aku selalu cakap dengan dia.." Ek mengaru kepala yang tidak gatal.. "berapa kali aku cakap cik Luisa Lyna Dato Rahman... sekolah bukan tempat bermekap.. baik kau cuci mekap kau tu cepat..tu je.."Ek mengulang semula ayat hikmat yang selalu dia ucapkan kepada Lulu.. Ken menepuk dahi.. takde ciri romantik langsung mamat ni..

"Kau cakap jelah apa2 dengan dia..hantam saja lah.." Ken terus menolak Ek pergi ke tempat Lulu..

"His! kau ni suka betul menolak orang..aku pergi sendirilah.." Ek berjalan dengan machonya ke arah Lulu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sambung balik bahagian tadi..hehehe.,,

"Hei..kau nak pergi mana tu?.." Ek mengejar Lulu..

"Balik rumah!..muak aku tengok muka kau .." Lulu berkata selamba..

"Nak ikut.."Ek bersuara ala-ala gatal..Lulu terus berpusing mengadap Ek..

"His! gatal.." Lulu menjelir lidah..

"Tolongla garu kan.." Ek tertawa..Lulu menahan senyum..

"Blahla.. ada ke ketua pengawas macam ni.." Lulu berkata sinis2 manja..

"Ada...kat depan kau ni.." Ek berkata selamba..

Tengah sedang sibuk bertikam lidah.. di sudut lain..

"Wei Im..sudah2lah tu skodeng pun..sampai rumah pun kau boleh tengok.. aku penat ni.." Ken kebosanan mengikut kerenah Im..

"Di rumah tak dapat renung betul2.." Im berkata selamba..

"Hah..tu kau punya pasal..ego tu tinggi sangat.." Ken mahu memulakan bebelannya..

"Diamlah kau.." Im masih lagi mencuri pandang gadis beruniform yang dikhaskan pelayan cafe tersebut.......







Saturday, March 28, 2009

sekolah_cinta 6

HAH! DIA LAGI!!

Deringan telefon mengganggu lamunannya.., hampir gugur jantungnya melihat adiknya ditampar oleh kawan baiknya sendiri pagi tadi..., dia melihat nama pemanggil di skrin telefonnya..Riz...

"Hello.., Dani..,sorry bout' this morning..aku tak dapat kawal marah aku.." Riz bersuara kesal..

"kenapa nak minta maaf dengan aku.., bukan aku yang kau tampar..." Dani bersuara lirih... sedikit kesal dengan temannya..

"but Nieylla is too much.., di tampar Delorita lepas tu buat fitnah Rita tampar dia lak..." Riz masih lagi membela buah hatinya..

"Riz.., listen here.., aku bukan nak mengutuk Rita atau apa pun.., memang masa dia datang ke sekolah kita 2 tahun lalu dia seorang perempuan yang baik sangat.., even dulu dia akrab sangat dengan Nieylla, tapi itu dulu...dah lama berlalu. Dia kena culture shock.. Dia bukan Rita yang bersopan santun dulu.., and takkan adik aku nak tampar Rita tanpa sebab.., adik aku tu mulut je lebih.., tapi dia tak pernah menggunakan kekerasan..,kau fikirlah baik-baik.., terserah dengan kau sama ada kau tetap dengan pendirian kau tu atau kau cari kebenaran... okaylah.., good night.." Dani terus menutup telefonnya tanpa mendengar bantahan dari Riz lagi...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hai Nieylla.., kau janganlah buat muka seposen kau kat sini.., cuba senyum cket.." Nathalie yang baru saja sampai sekolah menegur Nieylla yang masam seperti isteri yang tengah berkabung..

"Aku mogok senyum hari ni... jangan tegur aku.." Nieylla mencebik ala-ala anak manja.. Nathalie hanya tersenyum geli hati...

"alalala bakal adik ipar kau ni Amy... mogok senyum.." Nathalie tak sedar yang dia bercakap tentang satu rahsia..Amy yang sedang minum air terus tersedak kemudian merenung Nathalie dengan tajam..Nieylla yang membelakang Amy terus memusingkan kerusinya mengadap Amy..,
Syirah yang tengah membuat kerja rumah terhenti.Lulu yang tengah membetulkan mekapnya memasang telinga...Nathalie kebingungan.."Apasal korang ni.. aku memain je la.. " kemudian berlalu ketempatnya...

"Aku ingat betul-betul yang Amy tu GF my bro.." Nathalie memandang Amy.. tapi okay gak abang date dengan Amy...mesti lucu.., ulat buku dengan orang yang antibuku.. bagai langit dan bumi..hehehe.,

"Kau ni Nathalie.., cakap tu control lah sikit...kalau Dani dengar tak ke malu seabad aku.." merah muka Amy menahan malu..Nieylla ketawa..

"relaxla.., abang aku tu open minded.., tapi okay gak kalau kau date dengan abang aku.., boleh lah kau ajar dia minat sikit dengan buku.." Amy mencebik melihat semua temannya tersengih..

"Okay gak tu Nieylla.., and kalau dorang kawin.. kau dengan Riz jadi pengapit..baru padan..." Lulu sengaja mengusik Nieylla..Nieylla menarik muka masam..

"Okay...aku mulakan mogok semula.." Dia memusingkan kerusinya dengan muka asam kecut seperti budak-budak yang kehilangan gula-gula..semua kawannya tertawa melihat reaksi Nieylla sebaik saja mendengar nama Riz.. mereka tahu yang Nieylla bukannya marah dengan Riz tetapi sedikit terasa hati dengan pemuda itu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'Dia kena culture shock.. Dia bukan Rita yang bersopan santun dulu..,' ayat itu berlegar-legar dia kepalanya.., sehingga mengganggu konsentrasinya.. dan melihat wajah Nieylla yang muram membuat dia terasa bersalah..perempuan itu masih perempuan yang sama yang di kenal pada hari pertama dia menjejakkan kaki ke sekolah itu 4 tahun lalu..., tetap ceria, penghibur, sentiasa tersenyum.., dia juga pernah akrad dengan perempuan itu.. tapi entah kenapa selepas menjalin kasih dengan Delorita banyak kisah bukur mengenai perempuan itu didengarnya dan sekaligus membuatkan dia membenci perempuan itu sedikit demi sedikit... huh!.. dengusan kuat itu mengejukkan seisi kelas yang tengah tekun mendengar bicara Cikgu Trisya..

"Ye Riz?? ada apa2 yang tak puas hati dengan cadangan cikgu??" Cikgu Trisya mengalihkan pandangannya kearah Riz.,

"Hah?! cadangan apa cikgu?" Riz menunjukkan muka blur..

"Kamu ni kenapa?? tak mengambil perhatian langsung.., Nieylla pun sama.., barkhayal je,.. tolonglah murid2..,hal percintaan kamu jangan bawa ke kelas.." Cikgu Trisya mengalihkan pandangan kearah Nieylla yang masih dengan mogok senyumnya..kemudian Cikgu Trisya mengeleng kepala.. hai.., budak-budak remaja.., "Riz.., kamu gaduh dengan Nieylla ke? kamu ni pun.., sebagai lelaki kenalah mengalah.. tak kasihan ke tengok muka girlfriend kamu macam asam kecut tu.." Cikgu Trisya yang tidak tahu apa2 terus memandai buat conclusion sendiri..
semua murid2 di kelas 5 Platinum menahan ketawa.. takut melihat muka Riz dan Nieylla yang masam itu..

"cikgu ni... memandai je.. tak hingin saya nak jadi boyfriend dia.., simpang malaikat 44.. jangan kan 44, kalau boleh 1001 lagi.." Riz membantah... seisi kelas terdiam agak lama.., menunggu bantahan dari NIeylla.., tapi dia dengan muka selambanya merenung ke luar tingkap.. Cikgu Trisya kehairanan.. Aik?! ni dah parah ni... tak pernah2 Nieylla ni berdiam diri.. Cikgu Trisya merenung Dani..Dani hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu..

"Okaylah.,kamu pandai2lah selesaikan masalah kamu.., cadangan cikgu tadi tu mengenai camping awal2 tahun ni harap ada sambutanlah.." Cikgu Trisya mengemaskan alatan mengajarnya..

"Tapi Cikgu.., kan baru bulan Januari..kenapa nak buat awal2?" Nathalie menyoal..

"Sebab cikgu taknak pelajaran kamu terganggu kalau kita buat semester ke2 nanti...siapa yang nak ikut tulis nama kat kertas and Hairi tolong hantar nama2 tu kat bilik guru ya.." Hairi mengangkut.. "okay kelas.., selamat pulang.." Cikgu Trisya berdiri sambil mengangkat buku2nya..

"Semua berdiri...terima kasih cikgu.." seperti biasa Hairi mengetuai murid2 yang lain..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Nieylla, kita jalan2 kejap kat mall.. boringlah dekat rumah...my mum and dad outstation.." Lulu mengangkat begnya kemudian berjalan kearah Nieylla yang tengah sibuk mengemas buku2nya..

"Ok.,lagipun kerja rumah taklah banyak sangat.." Nieylla mengalihkan pandangan kearah teman2nya yang lain.."korang tak ikut ke??"

"Ikut.. mana boleh aku tak ikut.." Nathalie menjawab..

"aku ada kerja kat cafe.., takleh la...tapi kita jalan sama2lah pergi mall sebab tempat aku kerja pun kat mall tu.." Syirah berkata perlahan sambil memasukkan buku2nya ke dalam beg..

"Aku ikut.. Amy pun mesti ikut kan.." Lulu menjawab pula..Amy hanya mengangguk kepala..

"Hari ni kau takde urusan seri paduka baginda ke Amy?.." Nieylla mengalihkan pandangnya kearah Amy yang menyambung semula pembacaan novelnya yang terganggu apabila Cikgu Trisya masuk mengajar tadi..

"Hari ni Istana cuti...besok baru dia buka.." Amy menjawab selamba..

"Raja tu banyak kerja rumah kot...sebab itu dia tutup istana.." Dani menyampuk dengan selambanya..

" His! takde lah banyak sangat kerja rumah...tapi kalau raja tu buat satu soalan simultaneos tu pun satu jam memang patut pun dia tutup istana.." Ken berkata selamba..

"mana kau tahu ni?.." Nieylla bertanya..

" aik?! aku kan penyimpan mohor raja-raja-raja besar.." dalam bercakap tangannya menunjuk kearah raja2 yang dimaksudkan itu.. Dani,Riz, Im..

" hahaha.., raja yang buat satu soalan satu jam mestilah Dani.." Nathalie tertawa..

"Yelah2.. siapalah aku ni..tak pandai.." Dani menbuat muka merajuk ala-ala minta simpati..

"Jangan pandang rendah dengan Abang aku... ada satu benda yang dia expert betul.." Nieylla mahu mengusik abangnya..

" Surat cinta..." Jawab Ken selamba kemudian semua disana tertawa.. Dani hanya tersengih kemudian berbalas pandangan dengan Amy tanpa di sedari sesiapa..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"ei.. cantiknya warna lip gloss ni...Nathalie..warna pink ni padan ke dengan aku?cantik tak kalau aku pakai?" Lulu masih leka membelek lip gloss tanpa menyedari Nathalie,Amy dan Nieylla tidak ada di sisi..

"Cantik sangat..tapi kalau kau tak pakai di kawasan sekolah lagi cantik.." Satu suara menjawab sinis..Lulu mengalihkan pandangan kearah suara itu... hah! dia lagi!!! dengan geramnya dia terus meninggalkan pemuda yang tersenyum sinis itu..

Sunday, March 22, 2009

sekolah_cinta 5

TerLaJak Perahu Boleh Di unduR...Terlajak Kata??

"Anic.., pergi sekolah hari ni bawa Syirah sekali ya..Ayah dah jalan awal tadi, ada mesyuarat." Puan Maryam duduk di hadapan Im yang tengah sedap menjamu selera.. hampir tersedak Im mendegar permintaan mamanya itu..

"mana boleh ibu.. Anic kan bawa motosikal...macam mana nak bawa dia...lagipun Anic tak naklah bawa dia..." Im menarik muncung sedepa.. ada aku pula kena bawa dia...naiklah teksi ke... bas ke...

"Takkan nak suru syirah naik bas pergi sekolah...kan dah lambat ni... nanti kasihan dia kena marah sebab lambat..bolehlah ye..." Puan Maryam cuba memujuk anaknya yang keras hati itu..bukan tak tahu yang anaknya itu tidak begitu baik dengan anak angkatnya Syirah.. dia pun tidak tahu mengapa anaknya itu begitu keras hati. Tapi dulu masa kecik2 anic rapat dengan Syirah..sampai tak mahu adik dia tinggal kat rumah Nieylla walaupun sehari... tapi bila dah besar lain pulak jadinya..

"Dah tau lambat kenapa dia tak jalan awal2 tadi... tulah,terlampau dimanjakan.. nak tumpang bas pun tak tau..." Im membebel..

"ibu yang suruh dia tunggu Anic.. takkan tak boleh kot.. lagipun korang sekolah sama2.. apa ssahnya... bonceng je dia...bukan berat sangat Syirah tu...ringan.. sampai kamu tak sedar dia kat belakang tau..." Puan Maryam tak puas hati dengan sikap anaknya itu.. Syirah yang tadinya di dapur menyampuk kerana tidak mahu ibu dan abang angkatnya bertelagah di pagi2 yang indah itu..

"Takpe lah ibu...masih awal lagi ni...biar Syirah naik bas jelah..kang menyusahkan Abang Im lagi.." Syirah berkata perlahan...takut dengan renungan tajam abang angkatnya itu..

" Hah...tak payah... ibu tak benarkan kamu tumpang bas sorang2...Syirah ikut je abang Im... kalau dia tak bagi juga kamu bergayut je kat belakang dia..biar padan muka dia... dia tak sayang kamu tu... dia tak takut kamu kena culik kalau tumpang bas sorang2.." Puan Maryam berkecil hati dengan anak lelakinya itu..

" ibu ni...apasal cakap macam tu pulak..." nada suara Im sudah merendah...Sayu mendengar kata-kata ibunya.. sepa kata aku tak sayang dia... " Okla...Syirah ikut Im hari ni..." Im akhirnya mengalah.. Puan Maryam terus tersenyum..

"Eh...tak menyusahkan abang Im ke?" Syirah terasa serba salah..

"Dah! jangan lah buat muka innocent kau kat sini... cepat siap..." Im terus berlalu... Puan Maryam masih tersenyum..

" Ikut je abang kamu tu... takdenya nak menyusahkan abang kamu...ibu juga yang bayar duit minyak.. cepatlah siap..kang angin lagi Pak cik tu kang.. biar ibu basuh pinggan ni..." Puan Maryam mengutip pinggan kotor kemudian berlalu ke dapur..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Ibu kami pergi dulu ye..." Syirah menyalami tangan Puan Maryam.. kemudian diikuti oleh Im..

" Im baik2 bawa motosikal tu...jangan kamu merempit pulak...dahlah Syirah tu ringan.. kang tak sedar kamu Syirah jadi superman terpelanting dari motor.." Syirah tersenyum lucu.. Ibu ni, ringan sangat ke aku ni sampai terpelanting macam superman...superman pernah terpelanting ke...?? hantam saja lah ibu....

" Ibu..salah tu...bukan superman... tapi superwomen...hehehe.." Syirah berbisik perlahan di telinga ibunya..takut didengari oleh Im..

"Dah lah tu...jom..." Im terus menarik tangan Syirah dengan kasar...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Wei... peluk aku... kau tak takut jatuh ke?! " kata Im sedikit kuat kerana melawan deruan angin di sebabkan kelajuan motosikalnya.. Syirah yang memeggang kuat baju Im tersentak dan Blur.. peluk??belum pun sempat otaknya intepreting data..,tangannya yang tadinya kuat memegang baju Im kini erat memeluk badan Im...

" taklah jatuh...kalau kau pegang baju aku macam tadi tu... kalau kau jatuh habis koyak baju aku...sia-sia je kena beli baju lain..kalau kau jatuh tak membabitkan aku takpe lah..." Im berkata selamba..Ceh...ingatkan takut aku jatuh...rupa2nya takut baju dia terkoyak... Syirah mencebik...sedikit terasa hati dengan Im..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Hai Syirah..., Anic..." Nieylla yang kebetulan baru sampai ke pekarangan sekolah menegur Syirah dan Anic yang juga baru sampai ke sekolah...

"Hai Nieylla, Dani..." Syirah menghadiahkan senyuman manis buat si kembar..Dani dan Nieylla tersenyum..

" jom kita pergi tempat dorang Lulu tu... Bye abang...anic sombong.." Nieylla sempat menjelir lidah kepada sepupunya itu...kemudian berlalu bersama Syirah..Anic cuma tersenyum dengan kenakalan sepupunya itu..

" Apa citer Nieylla semalam kena denda dengan Riz.."Selesai meletakkan motornya di tempat yang di sediakan sekolah, Im terus saja menanyakan mengenai denda itu...

"Bagus... sekurang-kurangnya sunyi sikit kelas kita lepas ni.." Dani berkata dengan yakin..Im berkerut kening..

"Maksut kau??"

" kau tengoklah sendiri nanti..." Dani tersenyum..

"Nak rahsia2 lagi... dahlah..jom masuk kelas.." mereka berdua berjalan beriringan ke kelas 5 platinum..

Di Pondok cendawan pulak...

" Hai guys...tengah ngomong pasal apa sih?" Nieylla bertanya dengan slanga indonesia yang tidak berapa jadi...

" eh! hai... Nieylla dengan Syirah rupanya...aku ingat minah indon dari mana tadi..." Lulu tersenyum..

" aku jumpa dia kat tepi jalan tadi...tu yang aku bawa jumpa korang ni... mana tau Amy berminat belajar bahasa Indon..." Syirah turut bergurau sama... selain membaca novel., Amy juga peminta setia filem dari seberang itu..

" His! tak nak aku... bahasa melayu aku pun nyawa2 ikan nak belajar bahasa indonesia lagi dengan minah indon ciplak ni..no,no,no..hehehe" Amy mengikut rentak rakan2nya bergurau...

"eh.., cakap2 gni... kerja rumah yang cikgu trisya bagi semalam dah siap tak?" Nathalie ala skema dah menjelma..

"Kau dah siap tak?" Nieylla memulang kembali soalan kepada Nathalie...

"aku tanya korang, kau tanya aku balik... mesti lah aku dah siap... subject kegemaran aku tu..." Nathalie membetulkan kedudukkan cermin matanya.. bukan selalu Nathalie memakai cermin matanya di luar kelas.. kecuali saat2 cermin mata itu amat diperlukan..

" Kalau kau dah siap ertinya aku pun dah siap... hehe...Nathalie... boleh pinjam buku kau.." Nieylla bernada seperti kucing mahu menggatal dengan tuannya..

" His! Nieylla ni...tahun ni spm tahu... mana boleh tiru-meniru... mestilah buat sendiri..kang time spm takkan nak tiru Nathalie gak.." Lulu berkata dengan seriusnya..."Tapi kalau Nathalie benarkan.., aku pun nak copy and paste...hehehe" Lulu tersenyum manja dengan Nathalie..

"Ceh! ingatkan nak menasihatkan...rupa2nya nak join sekaki..." Syirah menyampuk.. Amy pula sudah tenggelam dengan dunia novelnya..

"Nah la...tapi ni untuk kali terakhir... lain kali korang buat lah sendiri.." Nathalie menghulurkan buku latihan Chemistrynya..

"dah beratus kali2 da kau cakap begitu Nathalie..dari tahun lalu lagi... " Syirah berkata sinis dalam senyuman... kemudian semua kawan2nya tersengih seperti kerang busuk.. Dah berkali2 Syirah membebel mengenai itu... tapi apakan daya... masuk dari telinga kanan....telinga kiri macam tak nak beri kerjasama...

" hehe...jomlah masuk kelas... sedarkan Amy tu...kang tak pasal2 kena hantar pergi hospital bahagia sebab tersenyum2 sendiri..." Nieylla, Nathalie, Lulu dan Syirah ketawa apabila Amy tak sedar dirinya dikutuk manja oleh temannya... " hai ....susahlah boyfriend dia nanti ni dapal girl yang novel maniac.. " Nieylla berkata perlahan kemudian mengejutkan Amy..

Dalam suasana tenang dan dipenuhi dengan gelak ketawa 5 sekawan yang sedang melalui 5 elit...kemudian mereka diganggu oleh suara2 sumbang... dan semestinya suara itu datangnya dari peti suara cinta hati Riz...Delorita..

"Hai makcik tandas...best tak cuci tandas kelmarin.." Delorita bertanya dengan sinisnya..

" Korang dengan tak ada suara sumbang kat cni... telinga aku macam terdengar2lah.." Nieylla tidak mengendahkan Delorita yang berada di tepinya..

"A aa la... macam bunyi penyegat pun ya juga... kau dengar tak Lulu?" Nathalie mengikut rentak Nieylla..

" Dengar jugalah...mungkin suara hantu kat sekolah ni tak... hantu sotong.." Lulu berkata selamba..

"hey! korang jangan nak cari pasal dengan aku ye... aku bagitau Riz nanti..." Delorita menunding jadi kearah mereka ber5...

"Whoa... takut." Lulu berkata sinis..

" Sebenarnya siapa yang cari masalah dulu ni...kami cuma lalu je kat cni..kau yang tegur kami.. kami tak kacau pun privasi kau..and lagi satu... kalau aku ni makcik tandas sebab kena denda kelmarin so, ur boyfriend tu pun layak kena panggil pakcik tandas..." Nieylla berkata perlahan.. malas mahu bertengkar dengan Delorita yang suka menegakkan benang yang basah.. Dalam seminit saja tangan Delorita sudah mendarat kuat di pipi Nieylla..

"wei makcik! kau jangan nak babitkan nama Boy aku kat cni... perempuan jalang...dahlah tak tau malu nak rampas boy orang.." Delorita berkata tanpa perasaan bersalah.. mereka 5 sekawan berkerut kening.. perempuan ni mabuk ke apa? bila masa pulak aku nak rampas boy dia...dah lah tak hensem.. selamba badak je panggil aku perempuan jalang!.. Nieylla menahan sakit...Lulu yang tidak tahan melihat kawannya di tampar cuba menampar Delorita tetapi di halang oleh Nieylla...

"Dah lah Lulu.., kang tak pasal2 jadi kes pulak... jom lah blah... payah nak bercakap dengan perempuan yang mempunyai imaginasi yang tinggi ni..." Nieylla menarik Lulu yang sedang membara itu..Syirah, Nathalie, dan Amy hanya mengikut di belakang.. sempat lagi Nathalie menghadiahkan jelingan maut untuk Delorita..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Kau ni Nieylla terlampau berlembutla.. " Lulu meluahkan ketidakpuasan hatinya

"Bila masa aku berlembut.. aku tak nak jadi kes nanti...delorita tu murid kesayangan cikgu Rose.. tau lah cikgu Rose tu...berat sebelah.." Nieylla meletakkan tempat beg sandangnya di atas meja..

"But she too much! ada ke sesedap rasa je tampar orang.." Nathalie menyebelahi Lulu..

" Yelah...tapi bukan korang tak tahu yang Delorita tu tali barut Cikgu Rose.. tak mungkin Cikgu Rose judge perkara ni dengan adil... mesti kita juga yang kena.." Syirah berkata perlahan..

"Tapi...." ayat Lulu terpotong apabila terkejut melihat Riz datang dengan muka seperti harimau kelaparan kemudian menghentakkan tangannya dengan kuat di atas meja Nieylla.. Nieylla dan Riz berbalas pandangan..mata mereka menikam satu sama lain..

"Aku masih bermusuh dengan kau tau..." tiba2 kata2 itu terbit di bibir Nieylla di luar kesedaran..tanpa kata tangan Riz terus menampar kasar pipi Nieylla..

"Itu balasan kau sebab tampar Delorita!" Riz berkata dengan kasar..

"Tampar?" Nieylla kebinggungan...bukan aku ke kena tampar oleh cinta hati dia tadi??.. "Tapi dia yang tampar aku..aku tak sentuh dia pun.." Nieylla cuba menafikan kata-kata Riz..

"ah! sudahlah... kau ni perempuan lidah bercabang tahu! kenapa lah semalam aku fikir yang aku boleh berkawan dengan kau...betapa bodohnya aku.." Riz berkata tanpa memikirkan perasaan Nieylla,,.. Nieylla terasa sakit hati mendengar kata2 Riz...tanpa sedar dia sudah menitiskan air mata...

"Lain kali dengarlah kedua2 pihak dulu...baru buat conclusion.." Nieylla berkata perlahan sambih menyapu air matanya yang mengalir laju.. kemudian dia terus berlalu pergi dari kelas itu..Dani yang terkejut melihat adiknya di tampar terdiam...

"ya...aku terasa kesunyian yang luar biasa..." Im berkata sinis..

"Diamlah kau.." Dani terus mengejar adiknya itu..

" Puas hati kau...? kenapa tak tampar kuat2 lagi...tadi Nieylla tampar Delorita kuat sangat... sampai berbekas di pipi dia.. pergi la kejar Nieylla tu.. tampar dia kuat2.." Amy berkata sinis.. kemudian mengikuti Dani mengejar Nieylla..

"Kata orang kan...terlajat perahu boleh di undur...terlajak kata buruk padahnya..." Lulu menggeleng kepala kemudian tersenyum sinis...

"Dah la Lulu...dia percaya sangat dengan cinta hati dia tu.. sampai dah tak nampak kebenaran..jomlah.." Nathalie menarik tangan Syirah dan Lulu... kemudian berlalu meninggalkan
Riz yang kebingungan..

Wednesday, March 18, 2009

sekolah_cinta 4



Ringgggg........lonceng yang berbunyi nyaring itu berkumandang di seluruh sekolah itu...walaupun berbunyi nyaring tetapi lonceng itulah yang sentiasa ditunggu2 oleh semua pelajar...

"Okay semua.. hari rabu nanti kita sambung semula pembelajaran kita.." semua murid2 di kelas itu tidak mengendahkan kata2 cikgu Yana tetapi sibuk mengemas beg buku2 sekolah mereka kemudian memasukkan di dalam beg. Cikgu Yana hanya menggeleng kepala. "Langsung takde ucapan terima kasih untuk cikgu?" Cikgu Yana bertanya dengan nada sinis tetapi tetap tersenyum.pertanyaannya membuatkan seluruh warga kelas tersengi bak kerang busuk..

"Semua berdiri..." Hairi sebagai ketua kelas memainkan peranan..setelah agak sure semua rakan2nya berdiri sebagai tanda hormat.."terima kasih cikgu" dan di ikuti oleh semua pelajar di kelas 5 platinum.

"Sama-sama...okey semua selamat pulang dan hati2 di melintas jalan..jangan pula kereta yang takut dengan kamu.." semua pelajarnya tersengih..Cikgu Yana terus menuju ke bilik guru..

"wei..,kita shopping kejap...baju aku dah tak muat lagilah..." Nathalie menanggalkan cermin matanya kemudian meletakkan di dalam kotak cermin mata dengan cermat..

"apasal tak muat.. tulah, aku cakap kau makin gemuk kau tak caya...kan dah tak muat.." Lulu mengomplen..

"takde maknanya gemuk...baju aku tu mengecik...badan aku okey je...tak gemuk..." Nathalie menafikan fakta..

" janganlah menyalahkan baju yang tidak bernyawa..salahkan tuannya yang tak suka exercise...hehehe"Amy menyampuk..Nathalie sudah menarik muncung sedepa.

" Tak kisahlah apa pun.. korang nak ikut ke tak??" Nathalie memandang muka teman2nya..

"aku tak boleh.., aku kan kena denda oleh cikgu trademark tahi lalat tu.." Nieylla membuat muka seposen..

"Tak payahlah kau nak buat muka seposen kat sini.. memang tak laku punya..even si Riz pun tak nak beli tau.." Nathalie makin membuatkan muka Nieylla menjadi seperti asam kecut..

"oh please.. tak payah mention nama tu depan aku.. sebab dialah hidup aku di timpa malang...and terpaksa cuci tandas....huhuhu.. nasib tandas sekolah ni bersih..." Nathalie hanya tersenyum mendengar kata-kata Nieylla.. bukan tidak kasihan dengan nasib rakannya tetapi berasa lucu kerana walaupun di denda sebegitu tetap juga Nieylla dan Riz meneruskan permusuhan mereka..Baik kawinkan jelah mereka berdua ni...

"Korang macam? nak ikut tak?" Nathalie bertanya kepada Lulu, Amy dan Syirah..

"aku pun tak leh ikutlah.. ada hal seri paduka baginda ni.. tapi aku nak kirim barang leh tak?" Amy memandang Nathalie memohon simpati..

"banyaklah urusan seri paduka baginda kau... aku ikutlah... lip gloss aku dah nak abis lah..," Lulu menunjukkan botol lip glossnya yang hampir kosong sambil melihat kearah Ek..kemudian mendapat jelingan maut daripada Ek.. eleh..macam handsome sangat jelingan maut kau tu..Lulu menghadiahkan kembali jelingan maut kepada si pengawas..

" kau nak kirim apa Amy? kalau nak kirim salam dengan mat bangla kat mall tu okey je... hehehe...Syirah? ikut tak?" Nathalie memandang ke arah Syirah pula yang tengah berfikir..

"aku tanya abang Im jap..kalau dia suruh aku ikutlah.." Syirah tersenyum manis..

"Aku nak kirim novel baru... apa2 jelah asal best ya..." Amy menyerahkan duit dengan Nathalie..

"okey... kalau tak best jangan komplen ya.. aku expert beli buku kimia je...novel2 ni tak main lah...Syirah pergilah tanya abang kesayangan kau tu cepat.." Nathalie mengambil duit dari tangan Amy kemudian memasukkan dalam dompetnya.. kemudian menyuruh Syirah mengadap abang Im nya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Abang Im.., emm.." Syirah terus gagap melihat renungan tajam Im.

"Apa?! sibuk je kat depan aku ni..." Im terus saja bercakap dalam nada kasar apabila bercakap dengan Syirah..

" Nathalie ajak pergi shopping jap.. Syirah ikut ye?.." Syirah memandang lantai...takut melihat rupa Im yang seperti singa kelaparan itu..

" Apasal kau tanya aku?!! hei! kalau kau nak pergi mampus pun aku tak kisah tau!.." Im menyandang begnya kemudian berlalu meninggalkan Syirah yang sedikit tersentak dengan kata-kata Im..Ken menepuk bahu Syirah..

"Sabarlah dengan Im tu.. mulut dia je yang takde insurans cakap gitu...tapi dia sebenarnya baik..." Syirah hanya tersenyum tawar mendengar kata2 Ken..

"betul cakap Ken tu.., janganlah amik kisah sangat.. " Dani tersenyum..

"Thanks... " Syirah turut tersenyum kemudian berlalu ketempat rakan2nya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"His! geram aku dengan Im tu...mulut tak pernah control cket.." Nathalie mula membebel apabila Syirah sampai ke tempat mereka..

"Memanglah...tu keturunan namanya...tengok lah makcik kat sebelah kau tu Nathalie.. mulut dia pun memang tak pernah ada insurans.. " Riz menyampuk tetiba..

"yang suka menyampuk tu keturunan gak tu...genetik orang yang suka menyampuk!!!" Nieylla mula berdiri di hadapan Riz kemudian menghadiahkan jelingan maut..

" wei.., ingat aku leh tergoda ke dengan jelingan kau tu...sory cket.." Riz menatap tajam muka Nieylla.. aku cium2 kang muka kau tu...tak habis2 menjeling.. macam cantik sangat...tapi macam yang aku mention before... memang cantik pun..

" huh! malas aku nak bertekak dengan murai ni... " Nieylla menyandag begnya.. kemudian datang seorang lagi makhluk yang menyakitkan hati..

"Hai cayang.... I tunggu kat kelas tau...napa lambat sangat kuar kelas ni..." Delorita yang entah dari mana datangnya tiba2 muncul di depan pintu kelas dengan lagak agar-angarnya..

"Hah! memang padanlah tu... si SOTONG denga si MURAI.. semoga bahagialah..." Nieylla bercekak pinggang... entah kat mana padannya sotong dengan murai..hantam saja lah... dengan bangga nya Delorita menjeling.. sampai nak juling aku rasa.."Hah.,, jelinglah.. ingat aku leh tergoda ke dengan jelingan kau tu...sory ckey.." Nieylla tanpa sengaja mengulang ayat yang diguna oleh Riz..kesemua yang ada di sana cuma tahan ketawa..

"Wei! kau ni kalau sehari tak cari gaduh dengan girlfriend aku boleh tak... selamba badak je kau cedok ayat aku...dah lah...jom bee.. malas nak bertekak dengan budak kecik ni.." Riz dengan kekasih hatinya terus berlalu..

"adik ni gaduh je... tak pandai nak berbaik dengan si Riz tu.." Dani menegur adiknya..

"Alah..,Riz tu yang kacau adik dulu...abang bagitahu mama and papa yang yang adik stay kat sekolah.." Nieylla memandang abangnya...

"Okay... kalau ada apa2 masalah call abang ya..." Nieylla hanya mengangguk..

" Ingat! besok jangan pakai gincu ke...lip gloss ke atau yang seangkatan dengannya pergi sekolah..!" Ek memberi amaran keras kepada Lulu sebelum berlalu mengikut Dani..Lulu hanya menjelir lidah kepada Ek..

"okayla Nieylla.., kami pun nak gerak dulu.. selamat mencuci..hehehe"Nieylla hanya tersenyum tawar mendengar kata Nathalie...

Mencuci??huhuhu....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3.00 ptg....

"Wah! akhirnya siap gak cuci tandas ni..." Nieylla menjerit kesukaan setelah berhempas pulas mencuci tandas sambil bertekak dengan Riz..

"Wei Mak cik... yang kau happy sangat ni apahal?? stor buku teks kat tinggat paling atas tu kau dah lupa ke??" Riz mengingatkan Nieylla yang sudah menjerit kesukaan seperti sudah mendapat keputusan S.P.M..

" his.. tolong la wei, bila masa aku kawin dengan pak cik kau... panggil2 orang mak cik.. selamba badak dia je... Jom lah bersihkan stor tu... aku nak balik ni... dah naik sakit mata aku tengok muka kau dari tadi... " Nieylla sudah mengemaskan peralatan memcuci tandas yang dia gunakan tadi..

" Banyaklah kau punya sakit mata.. ingat mata aku ni tak sakit.. dah lah...jom kita suru pak guard tu buka stor buku teks tu.." Riz berlalu meninggalkan Nieylla di belakang..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4.30 ptg..

Tengah asyik mengemas buku2 yang berselerak di stor itu mereka berdua di kejutkan dengan bunyi sliding door tertutup dengan sendirinya.. kedua-duanya cemas..

"Alamak!!!" Riz dan Nieylla menjerit serentak.. sliding door itu hanya boleh di buka menggunakan kod khas yang hanya di ketahui oleh pak cik hamid iaitu guard di sekolah mereka dan Cikgu Rose selaku guru Disiplin sekali gus bertanggungjawab menyelia stor buku teks tersebut..

"Semua salah kau...kenapa kau tak letak apa2 untuk menyangga pintu bodoh ni dari tertutup?!!" Nieylla sudah membuka medan perperangan..

"eh! salah aku..kau pun salah...kenapa kau yang tak buat kalau kau tu pandai sangat...dahlah kita di tingkat paling atas.. menjerit sampai keluar anak tekak pun belum tentu pak guard tu dengar tau!!"Riz tidak mahu mengalah kemudian menyalahkan Nieylla kembali..

"Dah lah!! kita bertekak kat sini pun bukan boleh buka pintu ni.." Nieylla mula mengalah kerana keletihan..Riz kehairanan.. tak pernah2 minah ni mengalah..

"kita cuba apa2 kod...mana tau boleh buka pintu ni.. " Riz mula berlembut..Nieylla yang sudah terduduk di lantai memandang muka Riz... handsome gak mamat ni... tapi cket jelah... " aku tak pandai nak pecah memecah kod orang ni... " suara Nieylla melirih..membuat Riz terasa sedikit perasaan menjengah di hatinya,..tetapi untuk sekejap saja..

" aku pun tak pandai...terpaksalah kita tunggu pak guard tu buat rondaan.." Riz terduduk di sebelah Nieylla tetapi agak jauh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

7.30 ptg

Uda dan Dara itu masih lagi mengekalkan posisi seperti tadi.. tanpa sedikit pun bicara..hanya kesunyian menyelubungi stor itu..kemudian kesunyian itu terganggu dengan dengusan keras Nieylla..

"Kau pernah dengar tak peribahasa ibarat menunggu bulan jatuh ke riba??" Nieylla memandang muka Riz...

"Pernah... kau pernah dengar tak ibarat menunggu kucing bertanduk??" Riz bertanya dengan nada kecewa..

"Pernah...aku rasa pak guard tu makan gaji buta lah... kan setiap 2 jam mesti buat rondaan...ini dah lebih 2 jam..batang hidung dia pun tak nampak.." Nieylla lagi lah kecewa..

"em... dahlah panas kat dalam ni..." Riz menambah..

"kau rasa kat sini ada hantu tak?" Nieylla bertanya perlahan.."aku dengar senior kita tahun lalu ada dengar bunyi2 yang menyeramkan dari stor ni waktu program *touch-up.." Nieylla masih lagi berbisik padahal hanya mereka berdua di dalam bilik itu..Riz tersenyum panjang... "betullah apa aku cakap...yang kau senyum apa hal??" Nieylla tidak puas hati dengan Riz.. tetapi nada suaranya bukanlah nada yang selalu di gunakan apabila bergaduh dengan Riz tetapi lebih kepada nada merajuk...

"kata orang merajuk biarlah pada orang yang sayang..."Riz masih tersenyum..sementara Nieylla sudah menarik muncung sedepa.. "Kau ingat tak Dani keluar malam masa program Touch-up tu berlangsung?..." Riz menarik minat Nieylla bercerita.. Nieylla hanya mengangguk..
" Waktu tu kami berempat ada rancang nak takut2 kan senior2 perempuan kita tu... tapi kami tak bawa Ek la...gerenti dia ceramah kami 24 hours non-stop punya.. dan bunyi2 tu kami lah yang buat..hehe" Riz menjelaskan perkara sebenar..Nieylla tersenyum..

"Jadi yang senior2 kita sampai histeria tu korang lah yang buat??" Nieylla tak percaya..
nama je pelajar harapan guru-guru..rupa2nya dorang yang membuat onar... memang patut pun Cikgu Rose panggil 5 Mafia..

"Semua ni idea Ken la...bukan tak tau Ken tu..otak dia bergeliga..hehehe... tapi jangan gitau orang lah ye..sebab abang kesayangan kau pun terbabit sama.." Riz tersenyum bak kerang busuk..

"Okaylah...,tapi lucu lah...sampai histeria kakak tu korang buat...hehehe,, tapi okay gak...taklah aku takut dengan stor ni lagi..." Nieylla ketawa kerana kebodohannya percaya akan cerita hantu itu.. Riz join sekaki ketawa... Kemudian mereka di kejutkan dengan bunyi serigala yang sungguh menyeramkan bagi Nieylla..perlahan2 Nieylla mengesot mendekati Riz.. sehingga tiada ruang di antara mereka.. Riz hanya memerhati saja tingkah laku Nieylla kerana binggung dari mana datangnya bunii itu..macam kenal je bunyi tu..tapi di mana ya?.. "and that?? what is that??" Nieylla ketakutan... mereka cuba mengesan bunyi itu dan ternyata bunyi itu datang dari poket seluar Riz.. kemudian Riz tersengih dengan muka tak bersalah..

"Kenapa kita tak berfikir untuk menggunakan handphone dari tadi?? " Riz bertanya selamba..

"Handphone aku habis batteri tadi..asal tak cakap kau ada bawa handphone and lagi satu.. please lah tukar ringtone kau tu..." Nieylla masih lagi duduk bersebelahan dengan Riz.. Riz menekan butang 'OK' selepas melihat nama pemanggil itu..

"Wei!! adik aku mana?? kau pedajalkan adik aku ke??" tanpa ucapan salam suaradi hujung talian sudah menyerbu dengan soalan..

"kalau ye pun soal lah satu2...bagi salam dulu ke..." Riz menjawab dengan tenang..Nieylla tertanya2 siapa pemanggil itu...si sotong tu ke??...

"Assalammualaikum..., mana adik aku.." Dani kemudiannya memberi salam...kerana terlalu bimbangkan keselamatan adiknya membuatkan dia terlupa tugas seorang mu'min..

"Hah...macam tulah..Waalaikumsalam.., kami berdua terperangkap kat stor buku teks ni...kau tolong mention kat pak guard..,dah lama dah kami terkurung ni.." Riz dengan nada mendesak..

"O my gosh... is my adik ok?" Dani cemas..

" ok.. takde lah aku nak pedajalkan adik kau tu...cepatlah datang cni.." Riz melihat kepala Nieylla yang sudah menumpang bahunya kerana keletihan...

"Ok..I on my way..." Dani bergegas ke sekolah itu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"WAh...akhirnya...terlepas gak dari stor ni..." Nieylla menjerit kesukaan..

"Macam baru terlepas dari zoo adik aku ni..." Dani menggeleng kepala... Riz hanya tersenyum..
"so Riz...jom singgah umah jap.." Riz menggeleng..

"I should go home right now... my mother will be worry.... but thanks..maybe next time.." Riz berpaling melihat Nieylla yang hanya menjadi pendengar... baru hari ni aku nampak dia diam ...

"wokey...next time ya...jom adik...kita pulang...." Dani memandang adiknya.. bagus juga kurung dorang ni...first time aku tengok tak bertekak...Dani tersenyum...

"bye Riz..." Nieylla menghadiahkan senyuman yang paling manis buat Riz...



Wednesday, March 11, 2009

sekolah_cinta 3


"wei...lambat sangat Nieylla and soulmate dia si Riz tu kat bilik cikgu Rose tu... mesti kena cuci bersih-bersih juga telinga dorang tu kan??" Lulu memulakan bicara selepas beberapa jam rakan mereka Daniella di arahkan masuk mengadap guru kelas kesayangan mereka itu di bilik disiplin..

"a'aa lah.. mesti kena kutip sampahkan??" Syirah menambah...

"Taklah."Amy tetap tenang sambil membaca novel..

"Aik?taklah? baik sangat cikgu Rose tu lepaskan dorang berdua tu begitu je." Nathalie kehairanan...

" aku belum habis cakap kau dah potong... dengar dulu aku cakap." Amy menghentikan seketika novel bacaannya..

"Ala...dah kau berhenti bercakap lama sangat... kami ingat kau nak cakap tu je." Lulu membela Nathalie..

"A'aa..lain kali cepat-cepatlah sambung ayat tu... tak lah sempat aku nak potong ayat kau." Nathalie pula membela diri..

"Emm..aku pun ingat kau nak cakap tu je..aku pun hairan." Syirah menambah lagi..

"Dah habis? dah boleh aku sambung ayat aku sekarang??" Amy kebengangan kerana ayatnya dipotong habis oleh teman2 baiknya itu...sementara Nathalie,Lulu termasuk Syirah tersenyum bak kerang separuh wangi..kemudian menganggukkan kepala.. " aku nak kata..hukuman kutip sampah tu untuk tahun lalu je..tahun ni cikgu Rose bagi upgrade cket ...." dan belum sempat Amy menghabiskan ayatnya..

"Upgrade??" Nathalie kehairanan.. Aik?hukuman sekolah pun ada upgrade jugak??

"
Mesti kena suruh sapu kelas selama setahun kan?? mesti best..tak lah aku payah2 menyapu lagi tahun ni." Lulu sudah tersenyum2...kerana dia takut bila dia menyapu kelas mekap di wajahnya akan luntur..

"ataupun lap tingkap kan.. aku malaslah lap tingkap ni..." Nathalie menambah..

"Ataupun Cikgu Rose suruh tolong mak cik Timah cafe tu menjual kot??" kata Syirah dengan selambanya.. sekaligus 3 pasang mata melihat kearahnya dengan penuh kehairanan...

"apasal pulak??" Lulu mendahului teman-teman lain memberi pertanyaan..

"ya lah...kan cafe tu kurang pekerja.. nak beli makannan pun lambat..sempat juga aku masak sendiri then makan sampai kenyang2...hehehe...kalau yang dua orang tu rela memberi sumbangan tenaga pun okay gak... laju cket nak beli makanan.." Syirah tersenyum..

"emm, ok gak tu.." Nathalie menyokong tanpa memikirkan nasib rakan mereka Daniella.

"wei2...ada aku kata cikgu Rose tu suruh Nieylla dgn Riz menyapu??" Amy bertanya..
kemudian Nathalie dan lain2 hanya menggeleng kepala.. " Lap tingkap??" mereka masih lagi menggeleng.. "Dan yang lagi satu.. pelik cket,, tolong mak cik Timah cafe tu menjual?? ada?" mereka tersengih..sedar mereka silap kerana memotong ayat Amy..

"Habis tu??" dengan serentak mereka bertanya..

"Tahun ni siapa yang langgar peraturan sekolah kena suruh buat khidmat masyarakat cuci tandas sekolah..." kata Amy dengan lajunya agar tidak dipotong2 lagi oleh teman2nya..

"Hah?!!" Ketiga2 mereka terkejut..Amy membuat wajah yang cukup serius.. dia pun terkejut pada awalnya apabila membaca notis dengan tulisan cacing kerawit cikgu Rose tu.

" habislah Nieylla..." Lulu kebimbangan..

" apa kau cakap tadi Amy?? Is that me or you just say that my beloved sister will be punish by become a cleaner???" Dani terkejut mendengar perbualan gadis2 yang berkumpul dihadapnya..belum sempat Amy menjawab sudah kelihatan wajah masam asam kecut Nieylla dan wajah tidak puas hati Riz di depan pintu kelas..

"Adik ok?? " tanya Dani, lagak abang penyayang..

"apa yang ok..lepas sekolah ni cikgu suruh cuci tandas and sebab si bodoh tu mention nama cikgu Rose tadi..kami berdua kena bersihkan stor buku teks yang ada hantu tu...adik tak nak.." Sambil menghentak2 kaki seperti budak kecil..

" his! meluat aku tengok budak ni...terlebih manja..penakut.." herdik Riz..belum sempat Nieylla membalas kata2 Riz, Dani cepat-cepat memotong..

" Dahlah tu.. korang ni macam anjing dengan kucing.. kang aku kawin korang berdua baru korang tau.." Dani mengugut..

"his abang ni... rela Nieylla jadi andartu.." Nieylla mencebik.. tanda tidak puas hati dengan abangnya..

"wei.., aku pun tak ingin nak amik kau jadi wife aku..jangan kan wife..jd girlfriend pun aku tak sanggup tau.."Riz membalas..

"Okay2..apa kata korang stop sekarang atau kami kurung korang macam di Alamak Kena Kawin tu..." Amy berkata selamba.. kemudian semua di sana menunjukkan muka blur.. "ala...novel online yang aku selalu baca tu...hehehe" Dia sedar semua temannya seperti tiada masa untuk membaca apa2 jenis novel termasuklah novel yang di pinjamkan oleh sekolah..

" okay gak cadangan tu...kurung je dorang kat satu bilik..biar puas dorang bergaduh kat sana..tak gak mengganggu kita kat cni.." Ken mula dengan lawak tidak jadinya.. muka Nieylla yang seperti asam kecut bertambah masam..

"Wei.,, tu nak pedajalkan adik aku namanya..." Dani membantah.. "Nieylla nak abang tunggu nieylla sampai siap kemas stor tu ke??"Dani cuba mengembalikan senyuman di wajah yang masam tu... walaupun selepas sekolah dia mempunyai temu janji dengan seseorang..

" tak payahlah..nanti orang tu kata lagi yang Adik ni manja.." masih ladi mencebik..sambil menghadiahkan jelingan kepada Riz.. kemudian Riz membalas kembali dengan jeliran lidah...

" are you sure??" Dani hairan..selalunya Nieylla merayunya untuk menunggu sehingga hukuman itu selesai.

"Yes., Im not too childish... "

"Biarlah Dani.. tak juga si Riz ni nak pedajalkan Lyssa ni...kalau dia berani aku tumbuk muka dia yang tak cukup handsome tu..." Im berkata selamba.. kemudia Nieylla tersenyum..

"Hehehe.., I agree with you Nic.. bukan tak cukup handsome...memang tak handsome pun..." Nieylla menambah..

" Wei.., muka kau tu cantik sangat ke sampai nak perli2 orang ni Cik Nieylla oi.." Riz tidak puas hati.. Muka Handsome macam aku ni dia boleh kata tak handsome... memang buta lah budak kecik ni..

"
Aku rasa kau ni perlukan cermin mata ni... muka aku cantik la...tak nampak ke??" Nieylla berkata dengan selambanya tanpa disedari wujud unsur2 puji diri...

"Ah! malasla nak gaduh dengan kau ni.." Riz terus ke tempat duduknya..memang cantik pun..
Nieylla tersenyum kemenangan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, March 5, 2009

sekolah_cinta 2

"Daniel!!!Daniella!!" sampai keluar anak tekak Puan Maria memanggil anak kembarnya..
anak2 aku ni da bangun ke belum ni?? dari tadi tak siap2 aku suruh juga la dua-dua jalan kaki pergi sekolah ni.. baru padan...Puan Maria mengomel dalam hati..
"Daniel!!Daniella!!! cepat sikit...papa nak jalan dah tu..."sekali lagi mengeluarkan vokalnya yang mantap..

Engku Raziq hanya menggelengkan kepala melihat telatah isterinya.. kalut jelah isteri aku ni...macam dia yang bawak kereta..Engku Raziq tersenyum kecil...Kedengaran larian berdentum2 bunyi dari tingkat atas kerana anak kembar mereka.. Runtuh jugalah banglo aku ni...

"Daniel Allyas and Daniella Allyssa...mama kira sampai tiga kalau tak bersiap lagi mama piat telinga kamu berdua.. mama dah bangunkan awal lagi.. da pesan malam tadi lagi..kemas buku...iron baju tu... tapi kamu dua ni degil....po pet po pet...." Puan Maria memulakan ceramah motivasinya..Engku Raziq memandang isterinya sambil mengangkat kening... dia dah mula dah...

Kelihatan anak kembar mereka berlari-lari menuruni tangga.. dalam keadaan kelam kabut dan...

"Ya allah!!! Daniel, kamu nak pergi sekolah ke nak menyamun?? tengok baju blm masuk kat dalam seluar..neck tie belum pakai..baju macam orang tak mandi sebulan...berserabai.." Puan Maria membebel sambil mengemaskan ikatan tali leher anaknya..

"A aa lah abang ni..tengok macam adik..kemas je.. " Daniella meng'gincu'kan bibirnya dihadapan mamanya..kemudian Puan Maria mengalihkan perhatiannya kepada si adik pula..

"ya Allah adik... kamu nak pergi skolah ke nak pergi mengurat ni...siap bermekap-mekap... pergi cuci mekap tu pastu pergi sarapan dengan papa tu..." Daniella memuncungkan mulutnya yang bergincu pink itu... Kemudian di balas dengan raut wajah mamanya yang garang... huhu...tak berani aku... baik cuci muka dari cuci telinga,..hehehe..Daniel tersenyum melihat gelagat adiknya yang terburu-buru pergi ke dapur mencuci mukanya.. Dia terus melangkah ke tempat papa nya yang makan tanpa ambil peduli dengan keadan sekeliling..

"Wah! nasi lemak sambal sotong...patutlah papa tak kisah2 kami kena brain wash dengan mama..." Dia terus menarik kerusi di sebelah papanya..

"Mestilah... dari dengar ceramah free mama kamu tu baik papa isi perut kenyang-kenyang...." Engku Raziq mengisi nasi lemak berserta sambal sotong ke pinggan Daniel.. Daniel tersenyum senang dengan papanya..

"Thanks papa...ni yang buat Daniel sayang dengan papa ni.." Engku Raziq tersenyum..

"Ei... papa tak isikan nasi kat pinggan adik pun..." Daniella menarik muncung sedepa... Engku Raziq ketawa kecil...

"ok,,adik duduklah dulu..baru papa isikan..." Engku Raziq mengambil pinggan kosong dan di isikan dengan nasi lemak dan sambal sotong kemudian diserahhkan pinggan itu kepada anak bongsunya..Daniella tersenyum senang..

"ei...adik kuat jeles... "Daniel menyakat adiknya..

"mana ada...kitakan kembar..so papa mesti layan kita sama adil... macam layan isteri pertama and isteri kedua..."Daniella tidak mahu mengalah..

"Hah!! apa yang mama dengar isteri pertama ,isteri kedua ni?? papa kamu nak buka cawangan baru ke??" Puan Maria memandang anak-anaknya....

"bagus juga cadangan tu Yang... di KL ni dah ada cawangan so nak buka cawangan kat Johor satu lah..." Engku Raziq menyakat isterinya yang menarik muka cemberut... Daniel dan Daniella tersenyum melihat gelagat mama mereka..

"aha...ya lah tu.. cuba lah buka2 cawangan ni... 1 bulan abang tidur kat sofa tu...biar padan muka abang.."Masih lagi dengan muka cemberut+asam kecut=xcantik langsung..

"aik...apa susah kan Daniel.. kalau papa kena suruh tidur kat sofa papa pergilah cawangan yang kedua.. boleh gak produce adik baru...hahaha" ketiga-tiga beranak itu ketawa kelucuan kecuali Puan maria yang menyediakan jarinya untuk menyubit sayang suaminya itu... "auch!!" terjerit kecil Engku Raziq bila saja jari2 isterinya yang runcing menyubit manja lengannya... Puan Maria tersenyum tanpa rasa bersalah.. hah!padan muka...Daniel dan Daniella hanya mampu menahan senyum melihat tingkah papa dan mama mereka..

"sedap bang??"dengan suara di leretkan sedikit..

"hehehe...sedap sayang...tapi kalau tak cubit lagggiii sedap..." Engku Raziq tersenyum manja..

"Lain kali cuba2lah bawa anak2 ni cerita pasal buka cawangan... karang satu rumah makan meggi je...mama boikot tak masuk dapur..."Puan Maria Mengugut.. "dah...cepat2 makan tu... karang lambat lagi pergi sekolah.."

"baik bos!!..." Engku Raziq,Daniel dan Daniella serentak..

-----------------------------------------------------------

"Bye mama...kami jalan dulu..."Daniella menyalami tangan mamanya.. kemudian Daniel...
selepas itu Puan Maria menyalami tangan suaminya..

"tadi tu main2 je...lawak pagi...abang dah ada keluarga yang sempurna.. abang dah ada sayang... and tak perlukan ornag lain lagi..."Engku Raziq berbisik di telinga isterinya..kemudian mencium dahi isterinya...Puan Maria tersenyum bahagia... buat seketika mereka berpandangan...

pon............

kedengaran hon kereta yang menyedarkan pasangan itu...
"kalau ia pun nak berasmaradana ingat2 lah anak2 kat dalam kereta ni..." Daniel dan Daiella serentak...membuatkan Engku Raziq dan isterinya tersengih...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Selamat pagi girls..." Daniella menegur rakan-rakannya yang sibuk bercerita..

"Pagi...." Nathalie,Amy dan Lulu menjawab serentak..

"eh Nieylla, kau datang dengan Syirah ke??" Nathalie mencari2 kelibat ahli kumpulan mereka yang ke-5 itu..

" tak...dia tak jadi tidur rumah aku semalam... mungkin dia batang dengan Anic kot.." Daniella duduk di kerusi cendawan yang comel itu..

" korang tahu tak siapa guru kelas kita tahun ni??" Amy mula mengeluarkan suara merdunya..

" aku dengar2 cikgu Rose..." Lulu menjawab..

"hah! cikgu Rose... habislah. kan Cikgu tu garang betul...masalah emosi lagi tu.." Nathalie mengomplen..

"masalah emosi??"Daniella binggung..

"yalah.. cikgu tu kan andartu...so emosi dia kurang stabil sikit.. lagi2 kalau dia dengar berita2 pasal couple2 ni.. mesti mengamuk punya..." Amy menambah info..

"Dan Cikgu Rose tu guru disiplin tahun ni...so, ponteng memonteng kelas is over.." Syirah tiba-tiba memunculkan diri dan menyampuk..

"ya Allah, minah ni...terkejut aku tau...lain kali bagi salam lah.." Lulu mengurut dada..Syirah hanya tersenyum manis seperti selalunya..

"Assalammualaikum kawan-kawan..." Syirah memberi salam..

"hah...macam tulah..walaikumsalam.." Nathalie menjawab salam itu dan diikuti dengan yang lain..

"napa kau tak datang rumah semalam...penat tau aku tunggu..." Daniella menarik muncung..

"abang Im minta tolong siapkan kerja rumah dia...tu yang aku tak jadi pergi rumah kau..sorry.." Syirah menggunakan ayat tolong walaupun dia sedar yang Imran Anic itu hanya membulinya..

"yelah tu 'tolong'..kau ni ikut jelah cakap anic tu... kau bukan orang gaji dia...tahu??" Daniella geram dengan sikap sepupunya yang selalu membuli Insyirah..

" A aa lah Syirah...kau ni diam je kalau dia buli kau...sampai bila kau dapat tahan kalau berterusan begitu.." Nathali menambah..

"aku kenalah buat begitu...ibu dengan ayah jaga aku dengan sempurna pun dah kira bersyukur sangat... cuba buat kerja rumah tu small matter je... tak terbalas budi keluarga dia tau.."Syirah masih lagi dengan wajah tengan...malahan setiap hari mukanya kelihatan cukup tenang..

"Ok lah tu...tapi kalau kau ada apa2 masalah kau mesti ingat...kami berempat sentiasa ada di sisi kau..." Amy memberi kata-kata perangsang kepada Syirah... Syirah tersenyum..

"emm aku sokong apa Amy cakap tu..."Lulu menyambung sambil membetulkan mekapnya.. tiba-tiba satu suara mengganggu perbualan mereka berlima..

"Hei!! berapa kali aku cakap cik Luisa Lyna Dato Rahman... sekolah bukan tempat bermekap.. baik kau cuci mekap kau tu cepat.." Farek berpakaian pengawas bercekak pinggang melihat Lulu dengan peralatan mekapnya.. Lulu menjelir lidah..

"Jangan harap.. kau bukan siapa2 aku nak ikut cakap kau..." Lulu membalas.. sementara rakan2 yang lain hanya menggeleng kepala.. tak habis2 budak 2 ekor ni...

"wei! kau tak nampak ada tulis pengawas kat sini...tugas aku ialah menegur budak2 tak faham bahasa macam kau ni...tak pernah nak ikut peraturan sekolah..baik kau cuci mekap tu atau aku yang tolong cucikan mekap kau yang macam badut tu." Farek memula mengugut..

"cubalah..." Lulu menyandang beg sekolahnya dan bersedia untuk melarikan diri seperti biasa.." bye geng jumpa kat kelas... pengawas sekolah kita ni jeles tengok aku pakai mekap..." sempat lagi dia menghadiahkan jelingan maut kepada Farek kemudian pecut...Farek mula mengejar Lulu..

"hai diorang ni...tak habis2..." Amy menepuk dahi..Syirah hanya tersenyum...

"alah...itulah cara diorang melepas rindu setelah lama tak jumpa waktu cuti.." Nathalie mula menyandang begnya.."jom pergi kelas..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'Wei...apa khabar?" Mukriz bersalaman dengan Daniel, Ken dan Im..

"khabar gitu-gitu je...aku belum lagi dapat awek untuk cukupkan empat...hehe" Ken macam biasa asyik melawak pasal awek2nya..Mukriz hanya tersenyum sambil menggeleng kepala.. eh,1,2,3...macam tak cukup korum je ni?..

"
Ek mana?? belum sampai ke??"tanya Mukriz hairan...

" ala..kau bukan tak tahu...Ek kan selalu jogging.," Im menjawab bagi pihak rakan2nya..

"hah?? jogging..dia tak takut ke bau peluh semerbak nanti..kot ye pen nak jogging tunggulah weekend ke....ni tengah sekolah nak jogging.." Mukriz hairan

" kau ni lembap betullah...Ek macam biasalah berkejar-kejaran dengan isteri opera dia tu..." Daniel cuba memaham kan Mukriz..

"owh...cakaplah berasmaradana.. " Mukriz tersenyum.. tapi senyumnya mati bila melihat sekumpulan gadis memasuki kelas yang sama dia duduki sekarang.. 5 platinum... atau 5 Mafia..

"Hai Lyssa.." Im tersenyum melihat sepupunya..tanpa mengalihkan pandangan kepada adik angkatnya..

"hai..Nic,,napa kau tak suruh Syirah pergi rumah aku semalam..bosan tau mengadap muka abang je.." Daniella bermanja dengan sepupunya itu..selain dengan abangnya.. Daniella juga cukup manja dengan Im yang dianggap sebagai abang nya yang ke-2..

"gedik!" Mukriz tanpa sedar mengeluarkan isi hatinya dengan lantang..

"hei! kau ni kalau tak cari masalah dengan aku boleh tak?!"Daniella bertukar watak menjadi sepupu incredible hulk..

"wei!! betullah apa aku cakap.."dengan wajah tak bersalah Mukriz menagkis serangan dari Daniella

" Hei!!aku tak pernah pun mengedik dengan kau.. apa kaitan dengan kau?" Daniella melakukan serangan..

"Wei perempuan!!! cara kau tu buat aku geli geleman tau... berkulat mata aku tengok kau mengedik!!" Mukriz membalas serangan sementara yang lain tercengang tanpa dapat membuat apa2..

"Hei lelaki! aku tak pernah pun mengedik dengan kau atau dengan lelaki lain...hei..Im is my cousinlah... aku tak mengedik macam girlfriend kau tu... macam agar-agar.." Daniella tidak puas hati kemudian melakukan serangan kali kedua..

"er korang..." Syirah tak sempat menyambung ayatnya...

" wei!! Girlfriend aku jangan bagi masuk dalam topik kita ya...sekurang-kurangnya dia tu menyenangkan hati aku ni...tak macam kau tu..menyakitkan hati" sekali lagi Mukriz menangkis serangan Daniella

"er guys..." kali ni Nathalie lagi cuba menyampuk..

"Hei..apa masalah kau kalau aku menyakitkan hati.. kau tu tak pernah tengok cermin ke? hah!! kau tu lah yang menyakitkan hati tahu tak!! tengok muka kau tu pun buat aku nak muntah!! yak.." Daniella dan Mukriz langsung tak memikirkan keadaan sekeliling...

"oh my god..." Amy berbisik perlahan..

"kau fikir kau je nak muntah... kau tu yang patut tengok cermin.. buruk...lagi buruk macam princess Fiona bila dia jadi mahluk hijau tu...and lagi cantik Cikgu Rose yang bertahi lalat besar kat tepi bibir tu dari muka kau ni..." Mukriz mula membuat perbandingan yang bukan2.. Akhirnya tanpa disedari mereka berdua..

" Daniella Alyssa Engku Raziq dan Syed Mukriz Al Hadi!!!!!masuk bilik saya!!!" Vokal cikgu Rose yang cukup menyayat hati..Daniella dan Mukriz telan air liur...cukup perit......

Wednesday, March 4, 2009

sekolah_cinta 1


Syed Mukriz Al Hadi
-Riz
-17 thn

-175 cm
-80 kg -Putih
-Ego,gemar bermaib bola keranjang and musuh Ketat Daniella..


Khairil Azmi Dato Mahmood
-Ken
-17 thn

-175 cm
-78 kg
-kuning langsat
-periang,ramah,kadang kala berlawak agak kasar n menpunyai lesung pipit yang menawan.


Danial Allyas Engku Raziq
-Dani

-17 thn

-176 cm
-80 kg
-Putih
-abang yang penyayang, anak yang baik, cuma down cket dlm pelajaran.. tapi berjaya dgn bantuan adik kembarnya.


Farek Iqmal Anuar
-Ek
-17 thn
-171 cm
-78 kg
-sawo matang
-paling rendah antara semua and paling pandai diantara semua dalam semua aspek kecuali CINTA dan juga seorang pengawas!

Imran Anic lewis Dato Idham Lewis
-Im,nic
-17 thn
-175 cm
-Sawo Matang
-cousin kepada Dani dan nieylla, bapanya berketurunan french tp mukanya lebih melayu dari org melayu.
Daniella Allyssa Engku Raziq
-nieylla,lyssa
-17 thn
-165 cm
-Putih
-Bersama teman dia kelihatan matang tetapi bila bersama keluarganya specially dgn abg nya dia kelihat begitu manja..dan kelihat begitu garang bila bertengkar dgn Riz

Nathalie Anayli Dato Kamal
-Nathalie,Si manis chemist
-17 thn
-165 cm
-Kuning Langsat
-Di dalam kelas kelihat seperti extra superb nerd...tapi bila menjejakkan kaki keluar kelas ia menjadi seorang gadis yang lincah dan agak sedikit degil...

Amy Aryana Mikail
-Amy
-17 thn
-168 cm
-Putih Kuning
- Periang dan suka memendam perasaan tetapi dia tetap memainkan peranan sebagai rakan yang baik.

Luisa Lyna Dato Rahman
-Lulu
-17 thn
-166 cm
-Putih
-Cantik, suka bermekap walaupun dilarang berkali2 oleh Ek, kerana tidak mempunyai keyakinan diri tanpa mekap di wajahnya.

Laili Insyirah
-Syirah
-17 thn
-165 cm
-kuning langsat
-anak angkat Datin Rosnah ibu kepada Im.. tapi cukup dibenci oleh Im.. berkerja sebagai pelayan di sebuah restaurant berdekatan sekolah untuk menambah pendapatnya kerana tidak mahu menyusahkan ibu angkatnya.. selalu di buli oleh IM tetapi mempunyai kawan yang setia seperti Nieylla,Lulu,Nathalie dan Amy.

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37