Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, January 8, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms! 1

“Aku terima nikahnya Dahlia Zahirah dengan mas kahwinnya RM300 tunai..” Dengan sekali lafaz Dahlia sudah menjadi isteri kepada Danish Mirzan. Lelaki di depannya itu.Mungkin kerana Dannial Mirzan tidak merasai sebarang keresahan atau gementar seperti pengantin2 yang lain.. Dan mungkin juga kerana tiada rasa cinta di antara mereka membuatkan Dannial senang melafazkan akad nikah seperti main kahwin2 di waktu kecil dulu. Dahlia? Dia juga merasakan yang sama.. Cuma rasa sedikit tertekan dengan majlis ini di mana dia sepatutnya berada di katil asrama di kala ini dan membuat kerja2 rumah yang di berikan cikgu sebelum cuti sekolah ini bermula..Mungkin rakan2 tertanya2 di masa sekarang ini kerana dia masih lagi belum memunculkan diri di hadapan mereka.. Sekali lagi dia menghela nafas panjang kemudian mengangkat pandangannya.. Dannial yang memerhati Dahlia sedari tadi mengalihkan pandangannya apabila pandangan mereka bertembung.

“Alhamdullilah, semuanya dah selesai..” Kata ayah Dannial, Encik Harris. Ayah Dahlia, Encik Raziq pula mengangguk dengan senyuman. Dahlia dan Dannial bersalam dengan semua tetamu. cuba tersenyum apabila di tanya soalan yang sama berkali2.. kenapa berkahwin dalam usia yang terlalu muda? Jawapannya hanya pada kedua2 ibu bapa pengantin.. Bukan salah mereka bertanya, Cuma dalam usia 16 tahun mereka masih belum sedia untuk memikul 2 tanggungjawab sekali gus.. sebagai pelajar dan suami atau isteri orang.

“Lepas ni sambung belajar tak?” tanya Mak ngah Saidah kepada Dahlia. keluarga dari sebelah mama Dannial.

“Aa..masih belajar.. kat SMT Likas.. lusa ni balik kena balik Sabah lah..” Jawab Dahlia sopan. Dannial hanya memasang telinga.

“Ooo…kena tinggallah hero Mak ngah sorang ni..” Kata Mak Ngah Saidah merujuk kepada Dannial. Dannial hanya tersenyum. “Tak ikut pindah sana ke Dannial?” Tanya Mak Ngah Saidah lagi.

“Tak, sebab dah dekat pertengahan tahun. jadi susah nak pindah sekarang.. banyak benda lagi nak urus..” Jawab Dannial. Dia kelihatan tampan dengan baju selangor warna putih ditambah lagi dengan samping yang dipakainya yang menyerlahkan peribadinya sebagai lelaki melayu.

“Dannial sekolah kat SMT Shah Alam kan? ambil bidang apa?” Sampuk Auntie Kira yang tua hanya tiga empat tahun dari Dannial dan Dahlia. Adik bongsu kepada Ayah Dahlia.

“Ya, ambil bidang yang sama dengan Lia.. Civil Engineering..” Dannial menolak cermin matanya yang sudah lurut di batang hidung dengan jari telunjungnya. Dahlia hanya melihat. Terkejut dengan panggilan nama Lia yang Dannial sebut tadi.. Selama ni keluarganya hanya memanggil dengan nama Ira.. mungkin Dannial mahu kelainan.. ‘I love glasses man’ bisik hati Dahlia.

“Oo.. bolehlah calling2 Ira kalau ada nak di bincang pasal pelajaran ni..” kata Mak Ngah pula..

“Ala.. sekarang ni senang nak buat perhubungan jarak jauh.. kalau rindu2 bolehlah pasang webcam..tapi boleh tengok rupa jelah.. pegang2 tak bolehlah..” Usik Auntie Kira pula.. Dahlia tunduk!.. malu.. Dannial dengan gaya machonya membetulkan cermin matanya.

“Amboi kamu ni.. kamu tu bila lagi.. anak Mak ngah pun masih ada yang available..” Mak Ngah mengusik Auntie Kira pula.. Auntie Kira memang liat sikit nak ajak berbincang pasal Nikah-Kahwin ni..

“Hehe… Lain tahun lah Mak Ngah.. lepas saya menjawat jawatan pengarah hospital..” Alasannya… sama seperti alasan yang di beri kepada Atuk Dahlia untuk beberapa pinangan.. Cuma jawatannya saja berbeza dari tahun ke tahun..mungkin tahun depan Auntie Kira akan cakap yang dia akan berkahwin lepas menjawat jawatan kementerian kesihatan.

“ Jawabnya sepuluh tahun lagilah tu Kak Ngah..” Mak Dahlia, Puan Dahnia menyampuk. Auntie Kira tersenyum lebar..

“Hei… kamu ni Kira.. tak lari mana jawatan tu di kejar.. kahwin dulu.. kalau sakit ada orang jaga.. Asyik jaga orang sakit je.. diri sendiri pun tak terurus..” Sampuk mama Dannial pula, Puan Safiah. Auntie Kira mengaru kepala.. mungkin kerana serangan bertalu2 dari Puan Safiah dan Puan Dahnia. Mak Ngah juga mengutarakan topic yang tidak mungkin menarik minat Auntie Kira.. KAHWIN..

“Belum puas bujanglah Kak Fia..” Jawab Auntie Kira.. Dahlia dan Dannial lebih lega sekarang kerana perbualan tidak mengenai mereka berdua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suasana di bilik tidur suram sekali.. Dahlia yang duduk di tepi katil memainkan jemarinya.. gugup dengan suasana itu.. Baru sekejap tadi ibunya menyuruh dia mandi dan menyiapkan diri.. dan mungkin sekejap lagi Dannial akan memunculkan dirinya di dalam bilik itu.. dan.. Banyak lagi ‘dan’ yang terfikir olehnya sekarang.. Bilik yang di hias cantik tidak menenteramkan dirinya.. Kelihatan lagi cebisan daun2 bunga ros yang memenuhi katil saiz king itu.. bertambah lagi gerund hatinya.. Dan baju tidur yang di khaskan untuk malam ini.. Semakin kerap dia mengeluh.. mungkin dia patut berbincang dengan Dannial supaya menangguhkan apa yang sepatutnya terjadi malam ini.. Alasannya? kerana dia masih bawah umur.. ya! dia masih bawah umur tapi mereka sudah sah menjadi suami isteri.. bawah umur is a lame excuses!..

Dannial sudah tercongok di depan pintu biliknya yang bukan lagi milknya seorang.. tapi di kongsi bersama isterinya.. Mahu saja dia tidur di sofa sebentar tadi.. tapi serangan bertubi2 dari sepupu sepapatnya yang tidak berhenti mengusik sedari tadi membuatkan dia mengalah.. lebih baik menyembunyikan diri di dalam bilik.. teragak2 tangannya mahu memusingkan tombol pintu di hadapannya itu..

“Aik? gabra sangat ke sampai berdiri static je kat depan pintu tu?” Usik Aidil sepupunya.. Sepupunya yang lain berdiri di belakang Aidil sambil tahan senyum. mungkin mereka juga mahu masuk tidur dan bilik mereka bersebelahan dengan bilik Dannial..
“Wei, dahlah.. pergilah masuk tidur.. kami tak mengendap punya..” Sampuk Khadim lagi, sepupunya yang tua setahun darinya.. Rizal mengetuk perlahan dinding bilik.. Mereka semua hairan dengan perlakuan Rizal.. abang sepupu mereka.. Dia yang paling tertua antara semua dan yang masih bujang.sedangkan abang2 sepupu mereka seusia Rizal sudah pun mendirikan rumah tangga..

“Bilik ni sound proof ke? bukan apa.. takut terdengar bunyi2 yang… ehm2.. kang aku yang tak tidur malam..” Kata2 Rizal membuatkan mereka tertawa tanpa dapat tertahan.. Dannial bercekak pinggang.. Selalunya dia juga seangkatan dengan mereka mengusik pengatin baru.. tapi sekarang dia yang terkena… sabar jelah..

“Wei! sudah2 lah nak mengusik pun.. dahlah.. aku nak tidur.. dah lewat malam…” Dannial mengangkat tangan.. malas mahu bertekak dengan sepupunya yang bengong2 itu..

“Aik? awalnya tidur.. malam kan masih muda..” Mengusik lagi.. Dannial hanya mengeluh.. inilah balasannya kerana selalu mengusik orang.. terkena di batang hidung sendiri.. langsung tak terkata..

“yelah.. tadi aku duduk kat bawah korang halau aku suruh naik atas.. sekarang ni aku nak tidur korang kata malam masih muda lagi.. apa2 hallah korang ni..” Bebel Dannial..Dia memusing tombol pintu biliknya.. anpa mengedahkan sepupu2nya yang mengusik itu.. pagi besok pasti lebih teruk.. Di dalam bilik pula Dahlia semakin tertekan mendengar perbualan Dannial dan sepupu2nya di luar bilik.. mendengar saja tombol pintu dipusing membuatkannya tidak senang duduk..

“Good night!” Dannial sempat lagi wish good night untuk sepupu2nya yang nakal itu dan masuk ke biliknya.. Dia hanya terdiam melihat Dahlia dengan baju tidur yang….. fuh! peluh jantan meleleh di pipinya.. Dannial mengambil tempat duduk di sofa yang ada di biliknya.. pandangan masih tertumpu kepada Dahlia yang sedang tunduk meneroka jubin di kakinya.. 1 minit.. 2…3… dan seterusnya 30 puluh minit mereka diam tanpa kata.. hanya sesekali bertentangan mata..akhirnya..

“Lia tidurlah kat katil tu.. Nial tidur kat sofa ni je..” Putus Dannial.. Dahlia mengangkat muka..

“ Eh! takpelah.. Li..lia tidur kat sofa.. Nial kat katillah..” Dahlia tergagap mahu membahasakan diri dengan nama Lia.. jangal rasanya..

“ That would not make me being a gentleman right?” Dannial mengambil bantal yang berada di atas katil kemudian membaringkan diri di sofa panjang itu.. Dahlia mengambil tempat di katil..

Dannial tidak dapat melelapkan mata.. memang penat menguruskan hal pernikahan mereka walaupun 90% di uruskan oleh kedua mama papanya dan ibu ayah mentuanya,, penat berfikir dan menyiapkan fizikal dan mental menghadapi pernikahan ini.. dan tidur di sofa panjang tidak mungkin melelapkannya kerana tidak biasa tidur di atas sofa empuk itu.. Dia merenung Dahlia yang sudah terlelap di atas katil itu.. perlahan2 dia memulakan langkah dan mendaki katil itu perlahan2.. tidak mahu mengejutkan Dahlia.. terasa sesak nafasnya melihat tubuh isterinya yang terdedah.. pantas tangannya menarik selimut di kaki dan menutup tubuh Dahlia yang kelihatan kesejukan. perlahan2 dia merangkul tubuh itu dengan senyuman.. ‘peluk je.. tak luak mana pun..’ bisik hati Dannial dengan nakal,.. akhirnya dia tertidur sehingga fajar menampakkan wajah.

2 comments:

Unknown said...

salam, sis, nama watak lelaki tu kena editlah. yg pertama tu Danish Mirzan lepas tu bertukar pulak jadi Dannial Mirzan. mungkin lupa di tukar kot...apa2 pun, gud luck..

in_wired88 said...

last2 tido kat katil gak..hehe

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37