Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, July 20, 2011

Dana atau Adriana??, 31

“Hisy! Mana Marina pergi ni.. Awal pagi dah berjalan. Macam mana aku nak tahu kedudukan kak Rya ni. Takkan nak tunggu sini.. Mati kering aku kat dalam kereta ni.”

Illina mengomel sendiri di dalam kereta. Tangan kanan sudah mahu menghidupkan enjin kereta. Kemudian dia menarik semula tangannya dan meletakkan di atas stereng kereta. Bibir digigit perlahan sambil matanya meliar melihat perkarangan rumah temannya itu. Selama berteman dengan Marina, ini baru pertama kali dia datang ke rumah sahabatnya itu.

“Takkan nak tunggu.. Tapi kalau tak tunggu, tak dapatlah jumpa Kak Rya. Kalau tunggu pulak, tak nak nak tunggu. Entah pukul berapa minah tu nak balik!. Hisy! Pening-pening. Baik aku cari coffee shop kat area sini. Pekena kopi kejap sementara menunggu Marina.”

Setelah berkali-kali menukar fikiran, akhirnya Illina memutuskan untuk berlalu dari situ. Bosan mahu berlama-lama di dalam kereta menunggu Marina. Mahu menelefon, takut ketahuan pulak kalau dia mengintip Marina dari kelmarin. Padahal Marina sudah maklum akan hal itu.

Kereta telah selamat di letakkan di dalam kotak tempat letak kereta. Samsung Galaxy Tablet dibelek semula. Takut kalau-kalau ada pesanan baru dari abangnya. Mesti abangnya bimbang tentang kehilangannya dari kelmarin. Oh, tentunya tidak. dia selalu menghilangkan diri dan akan kembali dengan muka tak bersalah beberapa minggu selepas itu. Itulah perangainya. Dan mungkin abangnya sudah terbiasa dengan sikapnya yang selalu hilang dari radar itu. Dan sekali lagi, itu sikapnya bukan Adriana. Tapi dia boleh faham kenapa kakaknya nekad membuat keputusan untuk menghilangkan diri ketika ini. Rya dan Ikhwan. Mean to be together!. Dan bila perkara ini berlaku, mungkin kakaknya terpaksa berfikir tentang itu sekali lagi.

“Dana..”

Caramel macchiato betul-betul telah memikat hatinya diserikan lagi dengan chocolate chunk cookies.. emm.. sarapan pagi yang sempurna baginya. Illina sudah tidak mengendahkan keadaan yang sedikit riuh di sekelilingnya. Tapi bila seorang lelaki berambut perang dan mempunyai ketinggian 185 cm dan semestinya kacak bagi padangan mata Illina berada di hadapannya dan menyapanya dengan nama yang sudah tentu bukan miliknya. Dia terkaku ketika masih memegang biskut yang beberapa saat yang lalu dia berhajat untuk melenyapkan biskut itu ke dalam mulutnya.

“Sorry?”

Keliru. Dan secubit rasa malu. Mana tahu kalau lelaki di depannya itu kebetulan berdiri di depannya dan bukan bermaksud menyapanya dengan nama Dana. Mungkin perempuan yang duduk di belakang meja itu dan yang sedang memandang ke arah mereka adalah pemilik nama Dana. Illina memasukkan biskut yang sedari tadi dipegangnya itu kedalam mulutnya. Sedikit demi sedikit biskut itu dikunyahnya. Sedaya upaya mengawal riak wajah dan rasa malu sementara jejaka di depannya itu terus kelihatan keliru.

“Dana.. are you okay?”

“Hah?”

Semestinya okay. Kalau jejaka itu memaksudkan dia sebagai Dana dan bertanya bahawa adakah dia okay atau tidak. Ya, dia okay. Dan masih berfikir. Sejak bila ibunya mempunyai masa untuk menukar namanya. Atau sekarang dia masih di alam mimpi. Kalau dia bermimpi, tak mustahillah kenapa biskut dan kopi yang berapa di depannya itu terasa sedap sekali. Sebab mimpi, semuanya tak mustahil.

Tak seperti orang lain yang akan mencubit pipi atau menampar pipi perlahan untuk membuktikan yang diri mereka tidak bermimpi. Illina mengelipkan mata berkali-kali. Dan menarik nafas panjang. Ya, dia tak bermimpi. Sebab di dalam dunia mimpi, semua kelihatan kabur seperti television zaman jepun dan akan bertukar cerita setiap beberapa saat. Sekarang sudah 10 saat berlalu dan lelaki itu masih berada di depannya.

“Em.. Saya bukan Dana.”

Helmi mengerut dahi. Betullah gadis di depannya itu Dana Insyirah. Cuma gadis ini kelihatan bergaya dari kebiasaannya. Dan gadis itu mempunyai satu tahi lalat di pipi kanan. Sedangkan Dana mempunyai satu tahi lalat di pipi kiri, tepat terletak di atas lesung pipitnya. Tiba-tiba dia teringat akan seseorang gadis yang selalu diingatannya

“Ana?”

“Huh?”

“Awak Ana kan?”

Illina tersenyum janggal. Macam mana lelaki yang betul-betul menarik minat di hatinya itu tahu tentang nama itu. Nama yang hanya diberi oleh seorang jejaka sesuatu ketika dulu. Dalam erti kata lain, Cuma seorang saja yang akan memanggil namanya Ana. Tiba-tiba tumpuannya terhadap lelaki itu terganggu apabila melihat kereta milik Marina melintasi restaurant itu.

“Sorry.. Gotta go..”

Helmi tidak sempat menahan langkah gadis itu. Mengeluh dan mengeluh lagi. Bagusnya! Dia jumpa gadis yang selama ini dipuja dan dia membiarkan gadis itu pergi lagi... dengan sekelip mata. Helmi meraup wajahnya.

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37