Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, June 7, 2011

Dana atau Adriana??, 26

Bab 26
“Aku tak kisah Reego.. macam mana pun kau buat asal aku dapat berita yang positif petang ni juga. Aku nak kau cari Rya sekarang juga. Aku tak kisah berapa juta yang terbuang!.”

Reego mengeluh. Aduh... macam orang gila talak dah kawan aku ni. Tulah, waktu ada tak dihargai. Waktu dah kehilangan macam ni, semua penyakit mentallah yang timbul. Macam mana ni ya.. Reego mengurut dagu. Memikirkan jalan yang terbaik. Setelah berapa saat dia berfikir, Dia tersenyum. Idea sudah mali...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ketukan dipintu tidak berhenti bergema. Marina dan Mikhail masing-masing tidak mengendahkan ketukan itu. Mengganggu orang je pagi-pagi buta ni. Bisik hati Marina. Dana bergegas ke arah pintu. Ek? Saudara siapa pulak ni? Mak nyah..

“Selamat pagi puan..”

Suara pun dah sedaya upaya dilembutkan. Geli mak aih! Bisik hati Dana. Marina dan Mikhail ternanti-nanti juga siapakah tetamu yang datang itu. Linda ke? Atau Clara? Bisik hati Mikhail. Pemborong surat khabar lama ke? Abang Mike banyak surat khabar. Bisik hati Marina pun. Tanpa rasa melayu wanita tak tulen it uterus masuk ke dalam rumah tanpa disuruh kemudian duduk di sofa. Marina yang sedang meminum air tersedak kemudian menyembur air ke muka abangnya.

“Yna!”

Marah Mikhail. Marina cepat-cepat mengelap muka abangnya. Mak Aih! Bila tukar jantina pula mamat ni. Rambut palsu perang mengalahkan Britney Spears. Siap ada tahi lalat kat hujung bibir sebelah kanan. Ya Allah.. kawan siapalah ni..

“Takkan terkejut tengok muka Mak yang cantik ni.. maybelline New York gitu make Up Mak..” 

Kata Reego yang sedang menyamar menjadi perempuan itu sambil membetulkan make upnya. Marina menahan ketawa. Mikhail kegelian. Ni minah mana pulak datang ni.. kawan Dana ke? 

“Mak datang ni bukan apa...”

Reego mula mengeluarkan kertas-kertas yang mempunyai tandatangan Adriana kemudian meletakkan di atas meja kopi. Dana yang mahu kembali ke dapur dihalang kemudian disuruh duduk sekali. Dana mengaru kepala yang tak gatal. Apa hal pulak ni?..

“Ini ada contest.. Siapa dapat tiru sebijik-bijik tandatangan bos kami, dia akan beri hadiah..”

Marina mengerut dahi. Bila masa pula dia ada bos. Bukan dialah bos ke? Bisik hatinya. Reego ni betul ke tak.

“Saya tak mahulah...”

Jawab Dana selepas membaca kertas yang kononya mengandungi syarat-syarat pertandingan. Kemudian dia memberi kepada Marina.

“Ehhhhh.... duduk dulu..”

Reego menarik tangan Dana untuk duduk semula. Dah macam dia yang jadi tuan rumah. 

“Awak tengok tandatangan ni.. Then tulis semula kat sini.”

Dana mengeluh. Malas sebenarnya. Manalah dia pandai dalam bidang tiru-meniru ni.

“Buat jelah.. cepat juga dia blah...”

Kata Mikhail perlahan. Dana mengambil contoh tandatangan yang mahu ditiru itu dan dengan sekelip mata dia boleh menyalin semula di atas kertas yang disediakan. Reego cepat-cepat mengambil kertas itu bila Mikhail mahu membaca isi kandungan kertas itu. Senyuman lebar dihadiahkan kepada Mikhail. Cepat-cepat Mikhail mengalih pandangan. Nak muntah aku tengok!.

“hah! Kan senang..”

Jawab Reego kemudian mengemas semula barang-barangnya. Marina yang dari tadi mencuit tidak diendahkannya. Mesti banyak soal tu. 

“Puan yang masak ke ni.. Emm..”

Reego mengambil pinggan Marina disebelahnya kemudian merasa mee goring yang dimasak oleh Dana. Mak Aih! Dan bankrap ke, garam harga lima posen je tak boleh beli.. tawar.

“Sedap kan?”

Kata Marina dalam senyuman yang penuh makna kepada Reego.

“Sedap sangat Nyah.. Suruh abang you beli garam banyak-banyak... Dahlah.. Mak dah nak pergi ni.. see you...Bye..”

“Huh! Nasib dah pergi.. Lain kali jangan suka-suka bagi orang masuk.”

Marah Mikhail selepas pintu ditutup oleh Dana. Marina mengeluh.. Abang dia ni membebel je kerjanya..

“Dah minah tu yang main serbu je.. jangan salahkan Dana pulak..”

Kata Marina pula.

“Huhu.. Minah... nak muntah abang tengok..”

Mikhail mengerut dahi bila Marina dengan selamba je menyambung semula menjamu selera yang terganggu sebentar tadi.

“Weh! Kau tak geli ke kongsi sudu dengan minah tu..”

Marina tersedar seketika. Baru teringat, yang tadi tu minah ek.. ingatkan boyfriend aku.. Marina cepat-cepat berlakon kononnya dia tersedak.

“Dana.. air.. air.. Gelinya...”

Mikhail mengeleng kepala. Apalah nasib dapat adik macam ni..

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37