Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, January 8, 2010

Biarkan ku Bersandar 6

Curahan Hati, Curahan sayang, di ‘Keluh Kesah Faye’..

Huhuhu… Malangnya nasib hari ni.. Dahl ah Mickey masuk hospital lagi.. Exam nak dekat lagi.. banyak masalahlah.. Hah! ni nak cerita pasal SB tu.. Dia sengaja tau nak cari pasal dengan Faye.. Ala.. setakat kereta dia yang jalan macam biawak tu.. sepuluh daddy kita boleh belikan tau.. hari2 ungkit pasal keganasan yang Faye telah lakukan kepada kereta dia tu.. siapa suruh.. Faye dah janji nak bayak ganti rugi.. tapi dia yang menolak.. nak tunjuk macho lah konon.. wats ur opinion MR.zarkashi? my loyal komentar??

Posted by Faye Ashri., 2010 pm..

Annisah menutup laptopnya.. dunia blogging di tinggalkan sementara kerana perutnya sudah bernyanyi2 kelaparan.. Berbanding dengan menulis curahan hati di buku.. Annisah lebih gemar menulis di blognya (keluh kesah Faye).. Faye singkatan untuk Faridah.. sebab pembaca blognya juga akan menberikan pandangan positif kepada setiap pertanyaannya.. Juga dia gemar membaca komen yang sering di berikan oleh seorang jejaka yang menggunakan ID MR.Zarkashi.. Bercakap mengenai jejaka, dia teringat kejadian tadi.. yang membuatkan mukanya merah menahan marah dan lucu!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Cik Kura2, Kereta awak tu dah memang tak boleh di perbetulkan lagi.. dah tak boleh selamat dah.. dari pada awak perbaiki kereta awak yang bila di start asyik mengeluarkankan bunyi macam keldai tercabut hidung.. baik awak hantar je kereta awak tu kat kedai besi buruk.. Dapat duit untuk reload handphone..” Edil Hakeem yang datang dari mana2 tah tiba2 memberi cadangan yang tidak masuk akal dan tidak menarik minat Annisah yang sedang memegang dan menggosok2 enjin dan wayar2 yang berselirat yang ada di dalam keretanya..

“Hoi En. pemilik kereta yang jalan macam biawak.. takde siapa di sini yang meminta pandangan dari pihak Encik.. Jadi silalah berlalu dari sini..” Annisah masih lagi tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada Edil Hakeem.

“Wei Cik Kura2.. macam mana aku nak berlalu dari sini kalau kereta kura2 kau tu dah menghalang jalan kereta mahal aku ni! Dan boleh kau bagitahu aku, miss who-know-everything.. macam mana aku nak mengeluarkan kereta aku dari petak parking tanpa mencederakan kereta kesayangan kau ni???” Tanya Edil Hakeem sambil bercekak pinggang.. sempat juga Annisah menjeling perlakuan jejaka itu.. ‘manalah aku tahu.. dah Mickey rosak depan kereta kau.. nasib lah.. kereta dan tuannya dah memang membawa nasib malang dalam hidup aku..’ Annisah buat muka tidak bersalah..

“Eh! nama je belajar tinggi2.. buat rugi mak bapak je bagi sekolah kau dari tadika.. Apahal? kereta mahal kau ni tak boleh gostan ke? Undur kan jelah kereta kau tu.. kereta aku menghalang jalan depan je.. belakang aku rasa takde halangan untuk kau melepaskan diri dari car park ni..Buat malu Law student je..” Sindir Annisah sinis.. Edil Hakeem merenung keretanya.. Kantoi! Kalau jumpa dengan Annisah mesti dia kehilangan buah fikiran untuk berfikir lebih panjang.. Edil Hakeem mengaru kepalanya..

“Emm.. Eh! suka hati akulah.. Aku nak guna jalan depan juga.. cepat alihkan kereta kau ni! hisy…buang masa aku je..” Edil Hakeem tidak mahu mengalah.. mengangkat egonya ke tahap tertinggi.. ‘Laaa… mamat ni.. macam mana nak alihkan kalau Mickey tersemput2 macam ni.. aku mana amik couse automotif masa belajar kat Smt dulu.. Ex Boyfriend cinta monyet aku je yang pandai handle kereta2 ni..’ Annisah menolak anak2 rambutnya yang mula jatuh ke wajah.. wajah si ego di renung..

“Mr. Ego kalau nak cepat sangat gunalah jalan belakang tu.. kalau dah mengidam sangat nak guna jalan depan, tolonglah tolak kereta ni ke tepi…” Annisah sudah give up untuk mencari kerosakkan Mickeynya itu.. masuk bengkel lagilah jawabnya,,

“Hisy! taknak aku nak mengeluarkan peluh dan bersusah payah nak tolak kereta kura2 tu.. “ Edil Hakeem selamba menyadarkan tubuh di keretanya sambil berpeluk tubuh.. Annisah menahan geram..

“Then tunggu sampai trak tunda sampai!!” Kalaulah dia ada kuasa ajaib seperti superman… sudah dibuang jejaka Baran bin ego itu di tong sampah.. 5 minit… 10 minit..1 jam berlalu.. Annisah masih tenang bermain handphone dalam keretanya,, Edil Hakeem sudah mengetap giginya.. menahan marah.. mahu keluar dari jalan belakang sudah tidak boleh. kerana sudah ada kereta lain yang masuk paking di belakang keretanya..

“Wei! bila trak tunda kau sampai ni?!!” Jerit Edil Hakeem di depan cermin kereta Annisah.. dengan mata terkebil2 melihat wajah Edil Annisah menjawab selamba..

“Kejap lagilah kot..” Edil Hakeem naik berang.. sedari tadi.. itulah saja yang didengari dari mulut comel itu..

“Kejap lagi? Apa trak tunda mana yang kau panggil ni.. sampai satu jam tak datang lagi!” Annisah mengangkat mukanya merenung Edil Hakeem.. kemudian merenung ke hadapan.. seperti berfikir sesuatu..

“Selalunya mereka memberi servis yang cepat.. dalam masa 20 minit dah sampai..” Jawab Annisah..

“Tapi sekarang dah satu jam tau! servis apa yang cepatnya..Baik bawak lori daripada trak tunda..” Edil Hakeem mengkritik..

“Sebab saya belum call dorang.. sebab itu dorang tak datang lagi..” Dengan wajah super duper innocent di sebalik cermin kereta kancil Annisah berkata.. kelam kabut tangannya mengapai punat untuk menutup cermin keretanya..sebelum Edil Hakeem menerkamnya.. Dapat di lihat dari gerak mulut Edil Hakeem untuk menyuruhnya keluar dari kereta.. Gerun dengan kemarahan Edil Hakeem, Annisah cuba menghidupkan keretanya sekali lagi.. dua kali dan.. start.. cepat2 Annisah pecutkan kereta meninggalkan jejaka itu.. sempat lagi dia meng’hon Edil Hakeem..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekali lagi Annisah tersenyum mengingati peristiwa petang tadi.. Dan apabila di ceritakan kepada Iskandar yang sedang outstation di Perak. Iskandar mengatakan yang dirinya nakal.. sempat lagi mengenakan orang.. Tak sabar menunggu kepulangan Iskandar.. Selesai mengisi perut, Annisah melihat komen yang ada untuk post entrinya sebentar tadi.. 2 komen dan satu darinya ialah daripada MR.Zarkashi..

Dear Faye.. Mickey tu siapa? selalu saya baca en3 awak pasal Mickey and awak selalu cakap yang dia masuk hospital.. dia sakit apa ek? SB tu lelaki ke ppuan.. I assume dia lelaki lah..
mesti dia buat begitu sebab nak ngorat awak kot.. macam saya buat kat bakal Mrs.Zarkashi.. Alah.. lelaki zaman sekarang dah tak main jiwang2 karat ni.. Saya rasa dia buat begitu supaya awak ingat dia hari2.. tu pandangan saya lah.. K,la.. gud n8..
May Allah bless you..


Posted comment by Mr.Zarkashi..

“Hisy! apalah MR.Zarkashi ni.. takde maknanya SB tu nak ngorat aku.. Tapi kalau betul? eiii…simpang malaikat 44.. minta tolak bala…..” Annisah mengomel di depan skrin bisu laptopnya.. Kemudian dia tersenyum bila Screen savernya menayangkan gambar Iskandar…

1 comment:

Anonymous said...

si tukang komen itu mesti mamat kete sport...

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37