Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, January 6, 2010

Biarkan ku Bersandar 3

Dear Diary.

Ada seorang pangeran datang dan mengetuk pintu hati ku.. semuanya bermula dari satu sms cupid dari dunia maya. memperkenalkan ku dengan seorang pangeran yang sungguh baik.. Aku akan bertemunya besok.. Ya, memang aku baru mengenali dia hari ini.. dan perkenalan pun hanya melalui sms.. Tapi aku boleh merasakan yang dia boleh dipercayai….

AnisahF.Ashri
12.00 pm. (3 Jan 2000)

Coretan pertamaku mengenai dia ku baca semula.. Kalau masa boleh diulang semula.. Semestinya aku tidak akan melayani sms yang hadir di telefon bimbitku. Tidak akan!. Panggilan Isyrina tidak ku endahkan..Sekarang aku cuma ingin melelapkan mata dan melupakan semua cerita2 itu.. ……..

3 Januari 2000………

Aku termenung di pondok cendawan di depan universiti ku. Bosan sebenarnya. Kalau bukan kerana Shazlin si Ratu sms kawan baik ku, sudah lama aku balik ke rumah.. boleh juga melelapan mata. Ini aku pula terpaksa menunggu dia di pondok ini bersendirian sementara dia sedang ber’dating’ dengan prof.Maliki kerana tidak menyiapkan laporan yang sepatutnya di hantar hari ini..

“Annn…… Sorry late..” Kata si Ratusm sambil tersengih.. Ratu sms sebenarnya tetapi di singkat dan di ‘unique’kan..

“Emm… Late? eh! takdelah.. awal lagi ni.Kalau kau nak suruh aku tunggu sampai petang pun aku sanggup.. sangggggup sangat!” Aku tidak pasti apa reaksi muka ku pada masa sekarang. Yang pasti si Ratusm ni dah membuat senyuman bersalah sambil mengaru kepalanya yang setiap hari di ‘shampoo’

“Ala.. traffic jam tadi..” Aku mengerut kening.. Si Ratusm ini sudah hilang akal ke? atau matanya ter’peleot’ yang mengakibatkan dirinya melihat aku seperti kanak2.

“Mana pulak ada traffic jam kat dalam kolej ni.. Amboi, ingat aku percaya la tu..”

“Laa.. aku tak suruh pun kau percaya..” Dengan selambanya dia berkata2.. sungguh2 dan sungguh menaikkan suhu badan ku yang asalnya dari 37©C kepada 90©C!

“Ketuk kepala kau guna buku gemuk ni baru padan muka kau yang kurang cantik dari muka aku tu.. ah! takde, hari ni kau mesti belanja aku makan Kenny Rogers.. Dah lama kau janji dengan aku..” Shazlin si Ratusm mengherot bibirnya.. Dia membuka dompetnya.. Dan aku boleh terbayang rama2 berterbangan keluar dari dompetnya itu. Dasar remaja yang gagal menguruskan kewangan sendiri!

“No M.E.R.C.Y.. denda tetap denda..” Kata ku sebelum sempat dia berkata apa-apa.

“Yelah2..kejam! kuku besi! ini ke namanya kawan..” bebelnya sambil mengekori langkah ku pergi ke perhentian bas.

“Eh! kau tak tahu.. inilah namanya kawan.. nanti bila kau dah tua dan k au jumpa aku.. kau akan cakap : Ann.. terima kasih sebab paksa aku belanja kau Kenny rogers aritu.. kalau tak sampai bila2 pun aku tak pernah fikir pasal berjimat!” Kata ku dengan sindiran.

“Belanja kau Kenny Rogers boleh belajar berjimat ke? apa kaitan dia??” Tanya Shazlin dengan bingungnya.. Aku menjungkit bahu. Biarkan dia kebingungan.

~~~~~~~~~~~~~~~
Kami berdua berjalan menyusuri lorong ilmu untuk sampai ke perhentian bas. Tanganku sedari tadi tidak berhenti menekan punat2 telefon bimbit 3200 yang boleh masuk muzium itu. Ni semua sebab Shazlin lah.. Menjangkitkan aku dengan virus sms serupa ini.. Sungguh membazir.. Tapi aku teruskan juga melayan teman2 maya.. Hati je cakap membazir.. tangan dan mata tetap juga beroperasi melayan sms2 yang datang.Cakap tak serupa bikinlah Annisah Faridah ini.

“Aik? selalu sindir aku kalau aku sms time berjalan.. takut aku masuk longkanglah.. atau direct melanggar pokok kelapa yang berdiri tegaklah.. dan yang paling teruk kau sumpah aku. Terlanggar kang kereta prof.Maliki baru dari kilang dan sedang dipandu dengan megahnya di jalan kolej ni..” Dia dengar tak aku sindir dia ni?muka Annisah yang sedang ralat merenung skrin telefon bercalar balar itu di renung Shazlin..

“Annisah Faridah! Kau dengar tak aku sindir kau ini?” Eleh.. Dia sindir orang pun nak besar2 kan.. macam bangga sangat dapat sindir diriku yang cantik, menarik, tertarik, memang da’bombla.. hahahah, motivasi diri.. sesekali puji diri okaylah.. tapi kalau berkali2 tak baik pulak..Allah tak suka orang yang menipu.. tapi aku tak tipu.. korang je yang tipu tu..bisik ku dalam hati..

“Dengar.. “ Aku menjawab perlahan.. Sound interference betullah minah ni..

“Ya Allah! inikah balasan terhadap apa yang aku lakukan selama ini..” Guman Shazlin sendiri.. Tapi boleh didengari oleh aku.. Sesungguhnya Allah memberikan ku pendengaran yang cukup tajam. Alhamdullilah…Aku menghadiahkan jelingan tajam buat Shazlin.. Dia pun buat muka kerek dia.

“Aik? naik bas ke? Mickey kau pergi mana?” Baru sekarang mahu tanya ka mak cik Shazlin..

“Memanglah naik bas.. kalau tak naik bas buat apa kita memenatkan kaki dan membuangkan 0.00001% lemak kita dengan berjalan ke perhentian bas.” Ek’eleh.. panjang pulak jawapan dia.. aku tanya lapan patah je.. dia jawab 8² tolak dengan 42 patah perkataan…
komplen Shalin tapi tak terluah..
“Kami langgar tembok penghadang jalan semalam..terpaksa hantar kereta tu pergi rumah sakit dialah.. Penghadang jalan tu pun satu.. sibuk je kat sana.” Amboi aku ni.. penghadang jalan pulak yang bersalah.. lantaklah.. vandalisma betullah aku ni.. ye adik2 di luar sana, jauhi vandalisma.. nanti sia2 menginap sehari semalam kat dalam lokap first class pak cik polis punya, Sempat pulak aku buat iklan.

“Kau marah penghadang jalan ke atau menteri kerja raya yang mencadangkan penghadang jalan tu di letakkan di jalan?” Aku tersenyum sambil ingin mengangkat jari telunjuk aku.. Kononnya konfiden betul nak jawab soalan Shazlin dengan senyuman….kambing..

“Hah! mestilah penghadang jalan..” Tak berani aku nak marah2 menteri2 ni.. kang sia2 kena saman.. Nak cekau duit kat mana? Kalau gadai telefon yang patut masuk ICU ni pun belum tentu apek tu terima.. entah2 dia pandang sebelah mata je.. atau mata yang terbuka sebelah pun macam nak tak nak buka je..

“Tahu takut.. Adoi.. lamanya bas ni.. perut aku dah bernyanyi ‘Kencorong Untuk Ana’ dah ni…” Shazlin menepuk2 perutnya.. aku melihat jam ‘lorex’ di tangan.. actually jenama asal sepatutnya ‘rolex’lah.. tapi oleh kerana Jenis spicy dan bukan original..sebab tulah R jadi L.. Dah pukul dua,, memang patut pun perut Shazlin berkencorong ek?

“Bukan keroncong ke? “ Tanya ku blur sesangat..

“Abis dah Adam AF tu cakap kencorong.. aku join da club je..” Selamba je aku ni.. Kang si Adam tu mendengar.. sia2 di lukunya kepala aku ni.. takpa.. janji dia hensem.. Shazlin tersenyum sendiri semestinya memikirkan idolanya itu.. Aku mencebik.

“Dah2.. Adam…Adam.. dah angau ke? jom.. bas dah sampai.. nak tunggu kau habis berangan pasal artis pujaan kau ni.. tahun depan pun tak habis..” Aku menarik tangan Shazlin menaiki tangga bas.. Manis sungguh driver bas ini menyamput kedatangan kami ke dalam perut bas.. Teringat pula kempen kat sekolah aku.. kempen sebarkan salam maniskan senyuman.. Dah naik jem mulut aku asyik tersenyum sepanjang hari kat sekolah menengah dulu.. sampai dengan pokok bunga orkid yang pengetua tanam pun aku senyum juga..

‘Awak.. kita jumpa besok? kebetulan saya dah
ada kat Shah Alam.. Macam mana?’

Yuuhuu.. ada mesej dari dialah.tak sedar pulak mesej masuk.. Laa silent rupanya.. Offkan mood silent jap.. baru aku baca mesej kau ya pangeran.. Amboi, gatal juga mamat ni.. baru sehari bermesej nak jumpa.. tapi aku pun teringin juga..

‘Nanti saya fikir dulu.. Okaylah wak, kredit
dah menghabiskan dirinya..Nanti lepas saya
top up saya mesej awk lg ek?’

ngaum! Oo.. mak engkau! Shazlin dah menahan gelak di sebelah tempat duduk aku.. Ni siapa bermurah hati nak tukar2 nada dering telefon aku ni.. Buat malu kat orang je.. Nasib bukan harimau betul..

“Kau yang buat ni kan?” sambil mengangkat kening lagi tinggi dari Ziana Zain..Betul! aku tak tipu.. bohong sunat je..

“Eh! apasal pulak aku.. sentuh pun tidak terniat di hatiku yang tulus ini..” Bermadah sakan minah ni..

“’Borak’lah kau.. dari bulu tangan pun aku boleh tahu.. Kau tidak boleh di percayai..”

“Aik? sampai bulu tangan aku pun kau tengok ke? Dahlah.. bacalah sms orang tu.. Kang tak pasal2 mengaum lagi harimau kau tu..” Kata Shazlin malaun terkekeh2.. aku buat muka..

“Buat muka macam tu.. ingat cantik sangat ke?” Shazlin pura2 marah..

“Cantik..” Jawab aku dengan yakin.. Aku membaca masaj yang dihantar sebentar tadi.. Yuhuuu.. 16 angka? dia top upkan aku.. so sweet…hehe.. orang memberi kita dengan senang hati menerima…

“Eh! Dia top up kan aku rm30lah..” kata ku dengan girang sambil menunjukkan baki akaun prepaid aku kepada Shazlin.

“Yelah.. bagilah kat aku sikit..” KAta Shazlin sambil tersenyum2…

“Mana boleh.. kata mummy aku.. kita mesti menghargai pemberian orang tau..” CEh! dah mula lah sikap kedekut hasil daripada hasutan syaitan laknatullah ni..

“Kata mama aku pulak.. Dapat pahala kalau memanjangkan sedekah orang tau?” Balas Shazlin pula dengan hujah mamanya.
“Tapi.. nak sedekah dengan kau buat apa? takde maknanya..” Jawab ku sambil menjelir lidah kepada Shazlin.. sepantas itu juga tangannya mengetip lengan ku yang gebu dengan kukunya yang dipelihara panjang pulak..

“Sakitlah.. Daddy aku kata, tak baik simpan kuku panjang.. diibaratkan memelihara sekandang khinzir tau..” Shazlin memuncung mendengar hujahku atau lebih tepat perlian ku..

2 comments:

nursya said...

miss writer naper kata ganti diri tu sama jer...
ssh nk bezakan...ala2 pening2 lalat bc citer nie...
huhuhu..

MeGa_Lisa said...

Sorry nursya.. saya dah perbetulkan mana yang memeningkan.. inilah hasilnya bila wat en3 time pening2 lalat.. hehehhe.. so sorry..

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37