Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, May 20, 2011

Biarkanku bersandar.., 14

Bab 14

“Sorry semua, saya terlambat.”

Kata Annisah selepas saja masuk ke bilik mesyuarat itu. Sepatutnya dia berbincang dengan dua orang wakil dari Media Corp. Annisah tersentak apabila memandang wajah yang cukup dia kenali.

“Is....Rindunya kat awak!.”

Annisah melambai-lambai ke arah webcamnya. Iskandar tersenyum dihujung talian. Sekarang semuanya mudah. Tak perlu berjumpa di tengan bandar atau di coffee shop hanya untuk bersua muka, Cuma video call dari YM, Skype atau mana-mana ruang sosial saja diperlukan. Annisah mengusap-ngusap skrin komputernya. Melepaskan kerinduan.

“Rindu kat awak juga”

Jawab Iskandar. Annisah tersenyum. Annisah membuka software yang membolehkan dia mengambil imej Iskandar yang ada di skrin komputer ribanya sekarang ini. Baru dia perasan yang selama bertahun berkenalan dengan Iskandar, mereka tidak pernah mengambil gambar bersama.

"Ada berita yang menarik ke kat sana?”

Tanya Annisah.

“Saya baru je beli tiket”

Annisah menjungkit kening. Bertanya tanpa suara.

“Untuk ke Malaysia.”

“Is nak datang sini?”

Tanya Annisah seperti menginginkan kepastian.

“Is dah beli tiket.”

Annisah tersenyum. Susah untuk dia percaya kali ini. Mungkin sudah genap setahun mereka tidak berjumpa secara berdepan. Kali terakhir adalah bila Iskandar berkata yang dia akan berpindah. Itu kali terakhir. Dan mereka Cuma berhubung melalui telefon dan video call. Kali pertama mereka merancang untuk berjumpa, Iskandar memberitahunya yang dia sudah berkahwin. Kali kedua, Annisah Cuma menerima pesanan sms saja yang memberitahu dirinya bahawa Iskandar sedang berada di sini. Dan kali ketiga dia terlalu sibuk. Ini kali keempat.

“Is betul-betyl akan datang kan?”

Tanya Annisah lagi. Dia mahu sangat untuk berjumpa dengan Iskandar. At least, untuk kali terakhir sebelum dia membuat keputusan untuk meninggalkan Iskandar. Dia takut.. Dia takut Iskandar yang akan meninggalkannya. Dia tidak boleh menipu hatinya. Dia cintakan Iskandar. Dan sanggup untuk melupakan fakta bahawa Iskandar sudah berkahwin. Dia Cuma mahu berjumpa Iskandar untuk kali terakhir. Tapi semakin lama, dia rasakan semakin mustahil untuk terus berada di sisi Iskandar. Ditambah lagi dengan kehadiran Puteri Alina. Anak Iskandar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Cik Annisah.. awak okay?”

Annisah tersedar dari khayalannya. Lelaki di depannya itu masih tersenyum manis.

“Ya, saya okay..patutlah tadi saya terpaksa pusing dua kali untuk cari parking. Rupanya ada kereta yang jalan macam biawak rebut tempat letak kereta saya.”

Lelaki itu tersenyum.

“Well, kita patut habiskan cepat mesyuarat ni, lepas tu ,barulah kita cakap mengenai kereta siapa yang salah.”

Annisah tersenyum.

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37