Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, June 9, 2018

Sumpahan untuk Si Puteri bab 5

   Aku menjenguk ke luar apabila usunganku terberhenti. Seorang wanita yang bergitu cantik berdiri di hadapan rombonganku. Aku meminta usungan diletakkan ke bawah dan keluar mengadap wanita itu. Wanita itu tersenyum manis.
            “Sungguh tinggi daulat kerajaan  Melaka.”
            Aku sedikit hairan dengan bicaranya.
            “Adakah tuan hamba adalah Puteri yang tinggal di puncak gunung Ledang?”
            Dia tersenyum sambil mengangguk. Pertanyaanku tadi mengundang keriuhan dari hulubalang yang aku bawa untuk menemankan aku. Mereka berbisik sesama sendiri.
            “Atas tujuan apa Puteri bongsu Melaka ke sini?”
            Tanyanya pula.
            “Kita mencari kekasih hati yang hilang. Atau jasadnya.”
            Bisikku perlahan. Wanita itu berjalan mendekati diriku. Senyumannya seperti mahu memujuk hatiku yang sudah hancur itu.
            “Tiada setitik darah yang tertumpah di gunung Ledang ini. Pulanglah ke Melaka. Jangan dicari orang yang telah pergi. Mungkin ia bukan jodoh untuk bersama.”
            Airmataku mengalir laju.
            “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bukan sikap kita untuk mengalah sebelum mencuba.”
            Jawabku dengan sepenuh hati.
            Puteri Gunung Ledang itu mengangguk perlahan.
            “Terserah. Tapi kanda mohon izin untuk meminta diri. Ada urusan yang belum selesai. Silalah cepat kembali ke Istana. Ada sesuatu yang sedang menanti.”
            Aku dan kesemua hulubalang memberi laluan kepada wanita itu.
            “Maafkan hamba kalau cuba tanyakan sesuatu Tuan Puteri.”
            Umar, salah seorang hulubalang Melaka mendekatiku dengan wajah yang penuh dengan pertanyaan.
            “Apa dia Umar?”
            Tanyaku pula.
            “Adakah orang tua itulah yang dipinang oleh Melaka untuk Sultan?”
            Aku mengerut dahi. Orang tua? Namun aku hanya mendiamkan diri seketika. Tidak berani untuk membuat sebarang tanggapan.
            “Jangan memandang dari luaran Umar.. Sudahlah, mari kita cari Dahari. Di mana kali terakhir kamu berjumpa dengan dia?”
            Malam - bertukar siang dan siang menjadi malam, bila melihat semua hulubalang keletihan, akhirnya aku mengalah untuk meneruskan pencarian untuk hari ini. Aku membuat keputusan untuk pulang ke Istana Melaka dengan hati yang terkilan. Aku menangisi nasib diri di dalam kamar sebelum inang Raja Ahmad meluru masuk ke dalam bilik ku. Dia menceritakan apa yang terjadi sepanjang ketiadaan aku tadi. Rupanya Gusti Puteri telah datang ke istana untuk menolak pinangan Sultan Mahmud. Aku terkaku di hadapan kamar Raja Ahmad. Menanti apakah tindakan Kanda Sultan kepada anak buah kesayanganku itu. Setelah keris dimasukkan ke dalam sarungnya, barulah aku berjalan mendekati Sultan Mahmud. Tidak sangka yang Kanda Sultan sanggup memikirkan untuk membunuh anaknya sendiri.
            “ Kenapa berhenti? Jangan berlagak alim Kanda. Bunuh sahaja Raja Ahmad, seperti Kanda membunuh cinta hati dinda.”
            Kataku secara perlahan. Khuatir Raja Ahmad terbangun. Kebencianku semakin bercambah. Sultan Mahmud menarik tanganku untuk keluar dari kamar Raja Ahmad.
            “Kenapa dengan dinda ni? Bagai orang hilang kewarasan!”
            Aku terkejut dengan bicaranya. Dia yang mahu menikam anaknya sendiri dengan menggunakan keris pusaka, aku pula yang dikatakan hilang kewarasan? Hilang. Hilang semua rasa hormat yang ada di dalam diriku untuk Sultan Melaka.
            “Kanda mencuba untuk menbunuh Raja Ahmad kerana seorang Puteri yang sudah nyata-nyata menolak pinangan Kanda! Kanda seorang yang kejam. Pembunuh!”
            Aku mula meninggikan suara bila kami sudah jauh dari kamar Raja Ahmad.
            “Huh! Kanda tidak suka mengotorkan tangan kanda dengan darah tanpa ada keperluan yang penting.”
            Aku tersenyum sinis.
            “Tangan kanda memang tiada sebarang kekotoran, tetapi hati kanda sudah penuh dengan kejahilan! Satu nyawa sudah terkorban kerana kanda. Mungkin Puteh juga sudah menjadi mangsa.”
            Sultan Melaka kelihatan berang bila mendengar pertuduhan aku itu.
            “Bercakap biar ada bukti dinda! Jangan derhaka dengan Kanda. Dinda sendiri yang tidak mengenal yang mana mutiara atau berlian. Dinda terlalu naif! Masih mahu mempertahankan jantan pengecut itu.”
Lagi-lagi soal darjat yang dibangkitkan oleh Kanda Sultan.
“Cuma enam ..membuatkan dia lari... cukup tanah.”
            Kanda Sultan menyambung bicaranya dengan nada yang sangat perlahan.. Enam? Tapi aku tidak mengendahkan bicara Kanda Sultan yang agak memeningkan itu.
            “Kenapa dinda harus patuh dgn sultan seperti kanda! Sultan yang pentingkan nafsu dari rakyat jelata. Dinda malu menjadi seorang saudara Sultan Mahmud”
Tamparan kuat hinggap di pipiku. Aku dan Kanda Sultan bertentang mata.
“kalau begitu, nama dinda akan terhapus sepenuhnya dari salasilah keturunan kita! hulubalang! heret perempuan ni ke bahagian utara. Jangan biar dia keluar dari situ. Biar merengkot di dalam penjara itu. Sehingga dia mengaku kesalahannya dan meminta maaf kepada Beta!”
Aku tersenyum sinis.
“Dinda takkan tunduk dgn kanda. Selama-lamanya!”
 Aku merentap tanganku dari pegangan hulubalang istana dan berlari selaju mungkin. Lari dan lari sehingga aku tersedar yang aku sudah berdiri d hadapan perigi yg menakutkan itu. Suasana suram menyambut kedatanganku. Angin bertiup lembut ke tubuh. Tempat itu kelihatan tenang. Terlalu tenang.  
"Sumpahan apakah ini!"
 Aku menjerit bertanyakan soalan kepada alam yang bisu di sekelilingku. Cuma angin yang berderu bagai cuba menjawab soalan yang aku ajukan tadi. Air mata terus mengalir di pipi. Aku berjalan mendekati perigi itu. Memanjat tembok perigi perlahan-lahan dan ragu-ragu. Aku melihat ke dalam perigi yang dalam itu. Kemudian aku memerhati di sekelilingku. Aku mencari dia. Selangkah yang bakal aku ambil akan mengakibatkan aku terjatuh ke dalam perigi itu. Aku menelan air liur. Kesat. Semuanya perkara yang terjadi bagai merasuk aku untuk mengangkat kaki dan melangkah ke depan. Nekad. Biar aku jatuh ke dalam perigi itu. Biar aku mencari Dahari di alam sana. Namun tiupan angin yang begitu kuat membuatkan aku terpelanting jauh dari mulut perigi itu. Aku terjatuh di atas tanah. Tangisanku semakin kuat. Malah maut cuba memisahkan aku dan Dahari.
"Jika aku tak boleh mati, maka sumpahlah aku. Biar aku hidup beribu tahun untuk mencari kembali cinta hatiku"
Itu permintaan kedua yang aku pinta kepada perigi yang bisu ini. Marah,benci,kecewa dan sedih  semuanya bercampur menjadi satu. Selepas beberapa saat, angin bertiup dengan kencang sekali. Seperti kali pertama aku membuat permintaan di perigi itu. Kemudian aku terasa seperti ada sesuatu yg aneh yang terjadi di dalam diriku. Jantung terasa seperti terhenti. Aku seperti melintas alam kematian untuk beberapa saat dan kemudian tanpa aku sedari, itulah permulaan hidupku yang tiada akhirnya.

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37