Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, May 23, 2011

Dana atau Adriana??, 23

"Lambat bangun... kata nak ikut abang pergi pejabat hari ni."

Marina yang tengah mengosok mata dan berjalan dengan keadaan mamai ke meja makan terkebil-kebil seketika. Bila masa pulak dia berjanji dengan abangnya yang dia mahu ikut ke pejabat. Teringat kejadian beberapa malam lalu...

"Hai abang.."

Ingatkan siapalah yang mengetuk pintu ditengah malam buta. Rupanya adik dia. Mikhail mengeleng kepala. Apalah budak ni buat.. Dilihat pulak ada beg besar di sisi adiknya.

" Hai Yna.... mama dah halau kau keluar ke?"

" Em.. tak. Yna nak duduk sini."

Terkebil-kebil Mikhail mendengar alasan adiknya itu. Habislah kalau budak ni duduk kat rumah aku. Terpaksa buat baik depan dia lagi. Tak dapat nak buli perempuan penipu tu!Hisy! menganggu rancanganlah adik aku ni.

"Bagi abang 10 sebab kenapa abang mesti benarkan Yna tidur sini?"

Marina mengeluh. Sebab mama, sebab mama, sebab mama dan begitulah sehingga sepuluh kali. Marina melabuhkan punggung di sofa empuk milik abangnya. Membiarkan abangnya mengangkat beg pakaian yang dibawanya tadi.

"Yna nak berkerja, tolong-tolong abang di pejabat."

Mikhail menahan gelak. Macam terasa ada tangan je yang mengaru-garu hatinya sekarang. Adiknya mahu bekerja? Dia bermimpi ke apa ni??

"Kerja?? kau yakin kau tak bermimpi ni Marina."

Tanya Mikhail mahu kepastian. Marina tanpa teragak-agak mengangguk kepala. Itu jawapan yang disediakan oleh ibunya. Pandai-pandailah dia mahu melepaskan diri esok lusa..

"Marina.. tak duduk, makan?"

Teguran Dana membuatkan Marina tersedar. Dia menarik kerusi di depan abangnya. Sempat terlihat jelingan tajam abangnya untuk Dana. Uiks! abang ni, konon tak sukalah tu dengan Dana. Bisik hati Marina. Dia tahu yang Dana dan abangnya berlainan bilik. Lega sikit hatinya. Teringat perbualan dengan ibunya sebelum dia dihalau keluar dari Villa Damai untuk tinggal bersama abangnya.

"Eh, beg siapa ni mama? macam nak pindah rumah je.. Beg Dana ek?"

Mungkin semasa pindah beberapa hari lalu ke rumah abangnya, Dana belum membawa kesemua barangnya. Dana.. Adriana, bercuti dua tiga hari pun sudah penuh satu beg besar seperti itu. Apatah lagi pindah rumah.. mestilah banyak barang yang perlu dibawa. Sangka Marina.

"Beg dana apa pulak. Barang dia sikit je.. Barang kamu yang banyak sangat."

Marina mengerut dahi. Tidak faham dengan isi tersurat dan tersirat dari kata-kata ibunya itu.

"Apa pulak kena mengenanya dengan barang-barang saya pulak ma..."

Datin Rafeah mengerut kening. Sah anaknya itu tidak faham.

"Mama nak kamu tinggal di rumah abang kamu mulai hari ni."

"Hah! apa pulak nak tinggal tempat abang pulak?"

"Takkan nak biar abang kamu dengan Dana je berdua."

Marina mengerut dahi.

"Kan abang dan Dana dah kahwin.. Eh.. cakap pasal kahwin kan mama.."

"Em.."

"Perkahwinan abang dengan Dana tu sah ke tak mama.. sebab kita pun tahu Dana tu hilang ingatan.. Nama dia pun belum tentu betul, dan mama.. manalah tahu Dana tu isteri orang ke, tunang orang ke..Mana nak sah mama.."

Datin Rafeah menegakkan duduknya.

"Memang tak sah pun..."

Marina terkebil-kebil mendengar jawapan dari ibunya itu. Fuh! selamba badak mama aku ni berkata-kata.

"Apasal mama yakin pulak.."

"Yna.. susah tau nak jadi ibu kepada anak yang sungguh licik macam Mikhail tu.. dan kamu juga.. jadi, mama terpaksa menjadi lebih licik dari abang kamu tu untuk mengajar dia apa erti kehidupan yang sebenarnya."

"Maksud mama?"

"Mama bayar penjual air tebu kat kampung sebelah untuk jadi tuk kadi palsu."

Marina memegang jatungnya. macam nak tercabut dengan ayat yang masih selamba dari ibunya.

"Jadi??? Mama! kalau diorang berdua tu buat 'macam-macam'.. macam mana.. sia-sia dapat dosa free.."

"Huh! mananya nak buat macam-macam.. Macam mama tak kenal abang kamu tu.. Kucing bandar.. Ikan besar kat depan mata pun tak akan di ngap! ego dia lebih tinggi dari gunung kinabalu.. Penyiasat mama bagitahu yang diorang tinggal bilik asing-asing.. sebab itulah mama nak kamu tinggal sana.. Supaya tak berlaku masalah 'macam-macam' tu."

Marina mengurut dahi.

"Ma,.. mama tahu tak Dana tu siapa ma.."

"Hem... Apa pulak tak tahunya.. sebab itulah mama pilih Dana jadi isteri pura-pura abang kamu. Biar ego abang kamu tu runtuh macam runtuhnya bangunan PWTC di Amerika Syarikat tu."

Marina berfikir seketika. Logik juga ek? memang bertemu buku dengan ruaslah bila Dana dah ingat semula.

"Yna...."

Sekali lagi Marina tersedar dari khayalannya. Muka bengang abangnya direnung. Mesti abangnya sudah puas memanggilnya yang terkhayal seketika tadi.

"Yna masuk pejabat besok jelah bang.."

Pujuk Marina dengan muka memohon simpati. Mikhail mengeluh. Dah agak dah. Dana meletakkan sepinggan roti bakar di atas meja.

"Kau takde benda lain ke nak letak atas meja ni masa sarapan. roti bakar! roti bakar! roti bakar.. Cubalah masak mee goreng ke,nasi goreng ke."

Dana pulak dimarahnya. Marina mengerut dahi. Selalu, kalau Mak Timah masak Nasi goreng apa semua, abangnya bising.. nak makan roti bakar je.. nilain pulak faktanya.

"Tak bagus makan berat pagi-pagi.. Otak pun jadi malas."

Marina dan Mikhail merenung wajah Dana. Marina terkebil-kebil. Berani pula menjawab hari ni. Dana yang direnung terfikir seketika. Dia menjawab ke tadi?

"Maaf."

Belum sempat Mikhail berkata apa-apa, Dana sudah menyelamatkan diri masuk kembali ke dapur. Sambil memukul perlahan mulutnya. Apasal hari ni berani pula mulutnya melawan.. Aduh! habislah kalau Marina takde nanti.. mesti Mikhail mengambil kesempatan itu untuk memarahinya, Habislah! hisy! mulut ni.. tak pandai berkerjasama dengan tuannya.

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37