Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Saturday, July 30, 2011

Diari isteriku,cerita cintanya 7



Sebelum baca dalam ni ada watak2 dari cerita lain tiba2 interframe kat sini.. Macam Syirah, Aidil, and byk lagi.. Sebab saya suka buat kaitan antara cerita2 yg saya dah buat.. Tapi please ignore the timeline.. Tu kelemahan yang sungguh nyata dah saya janji akan merancang sebelum membuat apa2 cerita selepas ini. (insyaAllah...)

Clue :Mrs 2009, SC 2008 , Diari isteriku 2004 tapi tiba2 ada watak2 yang tersama sekolah.. dan kenangan bersama(kononnya..).. ignore ek.. hehe.. enjoy...


Bab 7

“Ala................................”

Dah agak dah. Mesti gambar yang dicari seharian oleh Elina, temannya itu sudah hancur atau rosak. Gambar yang sudah ‘bertahun-tahun’ tidak disimpan dengan baik. Baru kini mahu dicari hanya kerana Elina berjumpa dengan ‘old flame’nya. Melihat saja kepada keadaan kotak tempat penyimpan gambar-gambar dan harta kenangan sepanjang zaman menurut kata Elina itu. Sudah tiada bentuk kotak lagi. Lunyai sana sini.

“Kan aku dah cakap.. memang takde harapan dah benda tu.”

Kata Farina. Bukan mahu menyenangkan hati milik Elina yang sudah hancur remuk melihat album gambarnya yang sudah tiada harapan lagi. Elina mencebik.

“Boleh scan lagi ni kan?”

Tanya Elina sambil berpaling mengadap Dya yang sedang duduk termenung. Sejak kemalangan itu, Dya seakan turut menjadi korban. Cuma jasad yang tinggal. Hilang terus kenakalan dan senyuman lebar yang menghiasi wajah temannya itu.

“Teruk sangat ke rosaknya?”

Tanya Dya perlahan sambil berjalan mendekati teman-temannya. Farina yang sedang memerhati album gambar itu memberikan album kepada Dya.

“Boleh restore tak ni Dya?”

Tanya Elina pula. Dya cuma mengangguk.Tak teruk sangat ni. Bisik hatinya sambil dirinya terus menyelak sehelai demi sehelai gambar yang ada di dalam album itu. Gambar ketika perkhemahan sewaktu di kolej. Dia menarik nafas panjang.

“Iz.. em.. Dya.. sorry.. tak tahu pulak gambar ni ada kat sini..”

Dya cuba tersenyum. Bukan salah temannya. Dah bertahun. Sepatutnya dia sekarang boleh menerima kenyataan itu. Dya mengusap gambar kenangan itu. Dia dan Izhar. Saya rindukan senyuman awak. Farina menepuk perlahan bahu temannya. Dya berpaling mengadap Farina.

“Dia hensem betul masa ni..”

Kata Dya cuba melawak. Cuba menghilangkan seribu satu rasa yang tidak dapat diungkap dan dijelaskan. Tendang perlahan dari dalam perutnya membuatkannya tersenyum lebar. Buah hatinya.

“Fahmi kecil dah jeles bila mama dia puji boy lain..”

Farina dan Elina tersenyum mendengar komen Dya itu.

“Fahmi kecil? Comfirm baby boy ke?”

Dya tersenyum.

“Tak lama lagi Dya pula ikut jejak langkah Syirah.. Jadi ibu.. Kita ni tak tahu lagilah Elina kan..”

Farina cuba menceriakan suasan. Dya tertawa kecil. Elina mengangguk.

“Kau tu dah selamat jadi Mrs Sofian.. Aku ni.. hai.. tak taulah.. nak mandi bunga kot.”

Kata Elina sambil menarik teman-temannya keluar dari stor tempat dia mencari album gambarnya. Kesian temannya yang datang melawat dirinya dikerahkan menemaninya mencari album gambar itu. Ini semua kerana dia terjumpa Aidil kekasih lamanya sewaktu di kolej Angsana. Nak mengimbas kenangan lama kononnya.

“Kalau aku boleh restore semua gambar ni.. Kira jadilah ek kau dengan dia??”

Usik Dya lagi. Ah.. senyuman itu memang sudah menjadi treadmark Dya agaknya. Tersenyum dengan wajah sayu. Bilalah habis semua kesakitan yang kau rasakan tu Dya. Bisik hati Elina.

“Insya_Allah. Kalau memang jodoh aku dengan dia..”

Jawab Elina.

“Eh.. Kenapa kau break dengan dia dulu ek?”

Elina seperti berfikir panjang. Yelah.. Apasal dia putus dengan Aidil ek?..

“Oh.. Aku ingat..”

Farina dan Elina sama-sama memandang Dya. Bertanya dalam bisu.

“Remember Claudia?”

“OOOoo..”

“Now I remember.. Aku kalah dengan girl tu lah..”

Farina dan Elina sama-sama mengangguk. Siapa boleh lupa dengan keadaan Elina yang menangis beria bila dia sendiri mengisytiharkan kekalahnnya kepada Claudia.

“Time tu orang semua sibuk dengan conflict yang diciptakan budak Chill tu.. Then kau pula sibuk-sibuk menangis sebab cemburu.”

Elina tertawa mendengar kata-kata Farina.

“Ya Allah.. Silly nya aku ni.. Kalau ingat benda tu macam nak rendam muka aku ni kat dalam baldi yang penuh air tau..”

Kata Elina sambil menutup mukanya. Umur belum matang. Macam begitulah. Putus cinta macam dunia berakhir.

“Nasib Aidil tak tau.”

“Ah!.... Stop... Memalukan tau tak..”

Dya dan Farina tertawa kecil melihat Elina menutup mukanya yang sudah merah. Malu!

~~~~~~~~~~~~~

28 Jun 2005

Okay.. Saya akui saya nakal. Tapi nakal sikit je kan.. Janganlah awak buat muka masam mencuka pulak.. Saya bukan buat jenayah pun. (Jenayah kecil-kecilan pun).. Izhar marah saya lah tadi.. Tapi nasib kejap je.. Saya kan pandai memujuk.. (^_^) (lebih kepada memohon simpati)

“Awak nampak cool-lah..”

Mendengar sahaja suara itu memasuki ruang bilik muzik, Dya cepat saja minimize window photoshop yang sedang disedang dibukanya sedari tadi. Senyuman lebar menutup jejak jenayah yang sedang dibuatnya.

“ Saya nampak cool? Kenapa ya?”

Tanya Dya sambil mengerdip matanya. Konon comellah. Izhar tersenyum. Macam ada benda yang sedang kekasihnya itu sembunyikan.

“Bila awak dapat restore gambar yang sudah rosak teruk. Cool tau..”

Dya tersenyum. Siapa tak kembang kempis hidung bila boyfriend kesayangan memuji diri walaupun untuk perkara yang kecil seperti itu.

“Nah.. Thanks to photoshop”

Jawab Dya. Riak juga bila mendengar Izhar memuji dirinya.

“Ceh.. muka dah nampak riak semacam je.”

Usik Izhar. Dya tertawa. Macam tahu-tahu je Izhar ni. Walaupun dia sudah sedaya upaya mengempiskan hidung yang sedikit mengembang kerana kebangaan dipuji oleh orang tersayang..

“Buat apa tu?”

“Ah.. emmm.. takde buat apa-apa.”

Cepat-cepat skrin laptop ditutup. Masih lagi dengan sengihan lebar. Namun bagi Izhar, sengihan itu menandakan perkara yang nakal dirancang oleh kekasihnya itu. Macam tak kenal dengan sengihan tu. Dah dua tiga kali tertangkap basah oleh Izhar akibat senyuman itu.

“What are you trying to do?”

Tanya Izhar dengan serius. Dya cepat-cepat menggeleng.

“Nothing.........”

Hah! Nothing ertinya Everything kalau Dya yang mengatakan perkataan itu.Izhar mengambil laptop Dya yang berada di atas meja.

“Ah.. janganlah...”

Izhar dah menarik nafas panjang. Tanda pertama yang mengatakan bahawa dia akan dimarahi.

“ Miss Gyrra dengan En.Daud?”

Dya memandang ke kiri sambil membuat muka selamba. Tanda tidak tahu menahu dengan gambar yang terpapar di skrin laptopnya.

“Dya.........................”

Tanda kedua tu kalau namanya dipanggil dengan nada begitu.

“Dya dapat gambar tu lah.. Dya tak edit apa-apa pun. Dya kan teruk kalau pasal photo manipulation ni.”

Opss.. Dah tercakap kata kunci terpenting. Tulah, sebab nak balas tutup mulut Miss Gyrra mereka yang cukup pedas dan asyik memburuk-burukkan Elina, terpaksalah dia dan temannya merancang sesuatu. Dia yakin Miss Gyrra tu ada hubungan dengan lelaki beristeri dua tu. Tapi tiada bukti. Terpaksalah dia memanipulasi gambar itu untuk mencipta bukti.

“Explanation?”

Dya mencebik.

“Miss Gyrra tu tak senang hati tau dengan group kitorang,Sebab kitorang berkawan dengan Elina, Taulah kan Miss Gyrra tu hampir dapat ayah Elina dulu lepas tu Elina bocorkan rahsia yang Miss Gyrra tu Cuma nak duit je,Then sampai sekarang dia nak condemn semua kerja Elina. Kami pun terkena tempias, Then, kami buatlah begini, Sebab dia janji nak gagalkan subject yang dia ajar semester ni.”

Izhar mengerut dahi. Tanpa noktah! Macam kereta sport yang kerosakan break bila mendengar Dya menerangkan sebab dia melakukan perkara itu.

“Dia janji tau..”

Kata Dya lagi.Izhar tahan senyum bila melihat muka Dya yang seperti kanak-kanak yang sedang membela diri.

“Habis tu?”

Tanya Izhar. Dya memuncung. Takut mahu meluahkan pendapatnya. Cuma mata yang memandang mata Izhar. Seperti minta difahami.

“Satu kali ni je.”

Jawab Izhar yang membuatkan Dya tersenyum kembali.

See... Izhar seorang boyfriend yang sangat memahami... hehe

7.30 pm,

(P/s: Jangan amalkan benda ni.. nak condemn lecturer ke, nak kenakan ke.. jangan ek.. tak berkat ilmu.. tapi saya buat juga (==’ ) )

Nadia Alisya.

Fahmi tersenyum membaca coretan isterinya itu. Tak sangka.. Perwatakan isterinya sekarang dan dulu berbeza sangat-sangat. Dia seperti membaca coretan seorang wanita yang tidak pernah dia kenali. Betul-betul berbeza. Dan dia seperti jatuh hati dengan Dya yang dulu....

1 comment:

MaY_LiN said...

bile dya n fahmi nak kamceng ni