Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, January 22, 2011

Dana @ Adriana 13

Bab 13

“ Tak mungkin kak Rya ada kat sini..”
Illina yang duduk di tepi balkoni di renung Marina. Dia mengambil tempat di sebelah gadis itu.

“Sepatutnya kau cakap benda tu dari awal lagi..”
Illina menjuih bibir. Kota itu masih aktif walaupun jam sudah mencecah angka dua di waktu pagi.

“Aku ingat dia nak lari sangat dari Ikh, jadi mestilah dia lari kat sini.. Ingat tak dulu waktu dia bergaduh dengan Ikh.. Dia lari kat sinilah..”

“Dulu dorang bergaduh... sekarang ni putus..”

“Kau rasa betul ke dorang dah putus tunang ek?”

Marina menggeleng tanda tidak tahu.

“Kata Ikh tidak..”

“Kalau kau tanya kak Rya... putus tetap putus..”

”Kalau Ikh, tunang tetap tunang..”

“Aku terfikir macam mana dorang boleh bertahan sampai sekarang.. ”

Illina mengeluh, mungkin Ikhwan tersilap langkah.. Tapi melihat keazaman Ikhwan mencari Adriana membuatkan hati yang mulanya memarahi Ikhwan kerana menipu kakaknya menjadi sejuk.

“Aku rasa baik kita pulang.. tengok apa perkembangan kat Malaysia.. Mana tahu Rya sembunyi kat mana-mana.. Rumah aku ke..”

Dia tahu masa sekarang tidak sesuai untuk berjenaka sedemikian.. Tapi, apa salahnya menghibur hati yang gundah.

“Ahha..macamlah kakak aku tu tahu di mana rumah kau.. ”

“Manalah tau kan.. Kalau nasib-nasib dia terjumpa rumah aku.. Lepas tu dia bersembunyi kat sana sebab tak mau Ikh jumpa dia..”

“Kau memang terer ek kalau berimaginasi begitu..”

Illina tertawa melihat muka Marina yang tidak puas hati mendengar kata-katanya.

“Kau mesti hadiahkan pakej honeymoon masa aku kahwin nanti kalau Rya ada kat rumah aku..”

Illina tertawa lagi.. Yakin betul temannya itu... Kemudian dia merenung muka Marina dengan serius..

“Entah-entah kau berpakat dengan Kak Rya tak? Kau sembunyikan kak Rya kat rumah kau.. Am I right?”

“Ek’eleh minah ni..kalau betul Rya kat rumah aku buat apalah aku nak buang masa datang sini tolong kau cari Rya...”

“Bukan kau selalu buang masa ke? Habit kau kan..”

Marina bercekak pinggang apabila mendengar komen kawannya itu.

“Agak-agaklah pun nak mengutuk aku.. kau pun sama juga kan..”

Illina tersengih. Turut tersindir.

“So... macam mana? Nak pulang ke?”

Illina menjungkit bahu.. berfikir seketika.

“Kita lepak 2 minggu lagi.. then kalau tak nampak juga batang hidung Kak Rya.. kita blah..”

“Ek? Nak nampak batang hidung Rya ke atau batang hidung jejaka beberapa tahun yang lalu.....”

“Eh... dua dalam satulah.. sambil menyelam, minum air..”

“Angau tak sudah-sudah..”

1 comment:

nursya said...

ala pendeknyer...
aper2 pn tetap best...
nk lg..nk lg..

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37