Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, March 5, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 11

“ Hai Ibu, Mama mana?” Tanya Dahlia kepada ibunya yang sedang sibuk menolong pembantu rumah Puan Safiah iaitu Laila memasak.

“Dia pergi solat kejap.. Dah solat?” Tanya Puan Dahnia kepada anaknya.. Dahlia mengangguk. Kedengaran suara Aidil dan Dannial tertawa di ruang tamu. Aidil memang selalu bertandang ke rumah sepupunya itu. Mungkin kerana bosan duduk di rumah tiada teman bercerita.. Abang dan kakaknya sudah ada keluarga sendiri dan jarang berjumpa. Dannial lah tempat dia bertelaga selalu.

“Nak Irah tolong apa-apa ke?” Dahlia mengambil tempat duduk di sebelah ibunya di meja dapur. Puan Dahnia memberi seikat sayur kepada anaknya..

“Irah tolong potong sayur ni.. Nak buat tumis je..Dengan bawang beberapa ulas ya..” Dahlia mengangguk.

“Ya Allah Nia.. orang suruh duduk diam kat ruang tamu.. dia pulak mencemar duli masak kat dapur ni..” Puan Safiah yang baru selesai sembahyang muncul di depan pintu dapur. “Tapi takpe, aku memang suka kalau kau masak ni..” Gurau Puan Safiah.

“Aku tahu itu yang kau nak cakap pun.. Lagipun kita tumis sayur dengan masak kari ikan je.. simple.. Laila pun dah masak sup ayam.. jadilah buat makan..” Kata Puan Dahnia sambil memasukkan bahan-bahan yang di hiris tadi ke dalam kuali.

“Kari ikan.. dah lama tak makan kari ikan kau ni.. Irah pandai masak kari ikan?” Tanya Puan Safiah kepada menantunya pula. Dahlia tersenyum..

“Hem.. Dia tu bolehlah.. semua pakai rempah instant.. Harap masak telur jelah yang expert..” Puan Dahnia wakilkan Dahlia untuk menjawab.

“Ibu ni.. always drop my water face.. Irah tak yakin jelah nak masak untuk orang… Tak tahu citarasa orang…” Kata Dahlia ala-ala orang merajuk.. Puan Safiah tertawa..

“Takpe Irah.. anak mama tu senang je jaga.. bagi makan nasi berlaukkan ikan goreng pun dah okay..”Dahlia tersenyum.. sesenang itu ke?bisik hatinya.

“Hisy, takkanlah begitu pulak.. kesian Dannial tu makan benda tu je hari2.. Dahlia ni nak kena hantar pergi kursus memasak..” Puan Dahnia menyampuk sambil perlahan2 memasukkan potongan ikan dalam kuali.

“Memang betul Nia,, Ikut perangai Abang Harris lah tu.. Ikut mood, kalau time dia lapar sangat barulah suruh laila ni masak macam2.Ala.. Orang muda2 ni cepat belajar… Hantar je ke kelas sebulan lebih dah expert memasak..” Puan Safiah mengelap pingang yang telah di bilas oleh Laila..

“Dahlia., tolong hantar pinggan ni kat meja makan.. Dah nak dekat pukul 9, kita belum lagi makan..masak je sayur terus je serve kat meja..Dah berbunyi-bunyi perut ni..” Dahlia mengambil pinggan yang di hulur ibu mertuanya dan mengaturnya di meja makan.. Sempat lagi dia melirik kea rah Dannial dan Aidil yang sibuk permain playstation di ruang tamu.. Bola juga.. takde ke main game yang adventure sikit.. Omelnya di dalam hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Lia.. tolong ambilkan Kari ikan tu..” Pinta Dannial kali pertama..

“Lia, tolong hulur sayur tumis tu..” Okay, kali kedua Dahlia masih melayan pinta suaminya.

“Lia, sudukan sikit sup ayam tu..” Kali ketiga dia mula bengang kerana sup ayam itu terlalu dekat dengan Dannial.

“Lia.. Nial nak…” Renungan tajam dari Dahlia membuatkan dia tersengih.

“nak pisau??” Tanya Dahlia sinis..

“Tak.. nak garfu..” Balas Dannial..

“Nial.. orang nak makan di usiknya.. nak mengusik pun tunggulah lepas habis makan..” Tegur Puan Safiah yang sedari tadi melihat tingkah anaknya.. Tambah lebar senyum Dannial..Dahlia mencebik. Yang lain hanya tersenyum melihat tingkah pasangan itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Lia..” Dannial menegur Dahlia yang sedang membaca novel di meja belajar. Dia memandang kea rah suaminya,

“Busy ke?” Tanyanya lagi. Dahlia menggeleng..

“Boleh tolong packing baju Dannial.. belum packing lagi ni..” Dahlia memandang Dannial hairan..

“Packing baju? Nial nak pergi mana?” Tanya Dahlia pula.

“Dannial nak ikut pulang kampung Lia lah.. nak rasa suasana kampung..” Dahlia buat riak terkejut..Bahaya ni..

“Kata ada assignment nak buat? kenapa ikut pula?” Tanyanya lagi.

“Kenapa? tak selesa ya kalau Nial ikut?”

“Bukan begitu…” Novel di tangan sudah di baringkan di atas meja.. Dannial berjalan ke arah Dahlia dan perlahan menarik Dahlia perlahan-lahan duduk di hujung katil..

“I know you not ready.. Dannial takkan paksa.. janganlah stress sangat.. just take it easy.. anggap Dannial ni abang Lia..anggap kita ni adik beradik.. Kita boleh jadi kawan dulu.. Kenal hati budi masing2 sedalam-dalamnya.. macam mana?” Tanya Dannial merenung tepat ke mata Dahlia.. Dahlia mengangguk.. Dannial tersenyum dan mencium pipi isterinya.. kata macam adik-beradik..Tapi nak juga kiss-kiss orang.. Dahlia mengomel di dalam hati..

“Dannial ni lelaki normal.. setakat kiss-kiss takpe kan?” Kata Dannial seperti membaca fikiran Dahlia. Sempat lagi dia mengenyit mata sebelum menenggelamkan diri ke dalam bilik air. Mahu tak mahu Dahlia tetap tersenyum..

9 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

danial macam sweet..
hurrmm..smbung2..

Anonymous said...

best2....

MaY_LiN said...

alahai..
lia ni kan..

sinichies_girl88 said...

sambung...sambung...
makin best..
nmpak cam nial dah boleh terima dahlia hehehe
nak lagi..
:)

wada said...

SALAM...NAK JADI KAYA???
mari sertai saya di catcheyes jom.. yg bestnya..PERCUMA!

http://www.catcheye.com.my/?r=76267
Cara nak register.
1.klik http://www.catcheye.com.my/?r=76267
2.klik join catcheye now
3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar
berdasarkan ini selepas cukup RM50)
4.Isi jawapan: soalan 1 jawapan A, soalan 2 jawapan B,soalan 3
jawapan A.
5.klik agree and proceed..Ok siap

kemudian apa perlu buat?
1.klik http://www.catcheye.com.my/?r=76267 dan sign in
2.lepas sign in klik reward panel
3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.
4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.
5.postkan risalah saya ni ni buletin myspace & emailkan kepada
kawan2.
6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level
1.percayalah!sebab benda ni 100% percuma

alreinsy said...

sweet... x sbr nk tau kisah seterusnya...

et said...

errr.menenggelamkan diri ke dalam bilik air? uhuhuhuhuu.pelik je dgr.tapi xpe,overall, cer menarek.suke2.hik3.

ntahsapeni said...

samb n3 lg yea..besh..!

Anonymous said...

"always drop my water face"?? seriously??

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37