Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Friday, April 2, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 14

“Wei.. Kat sini pulak bujang-bujang ni melepak..” Kata Dahlia sambil bercekak pinggang..

“Irah..ni group orang bujang.. kau tu dah masuk group lain.. pergi join Kak Midah dengan lain kat dapur..” Illya yang seumur dengan Dahlia mengusik. Selain Illya, Shazlina dan Rafiq juga seumur dengannya tetapi Shazlina sekarang berada di Mesir untuk menyambung pengajian dalam bidang medic sama dengan tawaran yang diterimanya.. Tapi dia dihalang pergi oleh kedua ibubapanya. Dahlia mengambil Hazriq adik bongsu Illya dari dukungan sepupunya itu..

“Suka hati.. Aku ni neutral, boleh masuk kat mana-mana group je.. Hazriq…. Gemuknya.. baru empat bulan kan? tulang dia pun dah kuat dah..” Katanya sambil mengacah2 Hazriq.

“Mana taknya., orang makan pun dia nak.. kalau tak suap sikit mula memberontak.. Menangis macam kena dera..” Jawab Adik Illya, Insyirah yang kini sedang menuntut di tingkatan lima.

“Amboi.. Dah pandai makan dah.. geramnya…” Dahlia mencium pipi tembam hazriq bertubi-tubi.. Meliaht Hazriq terkekeh-kekeh kegelian membuatkan Dahlia semakin geram melihatnya.. “Dia ketawa lagi.. mesra alam betul adik korang ni..” Kata Dahlia. Kelihatan Rafiq Azmir berjalan kea rah mereka dengan senyuman manisnya..

“Aku datang sini sebab nampak ada orang mendera budak2.. Miss Dahlia, anda di tangkap kerana kesyaki melakukan pencabulan terhadap …” Betul sempat dia menghabiskan ayatnya..

“Kelapa otak kau!” Dahlia mendudukkan Hazriq di pahanya dan tangannya memeluk tubuh bayi itu agar tidak jatuh.. sambil tangan kirinya mengambil selipar dan memukul sepupunya itu.. “Bukan Miss lah.. Mrs..” Kata Dahlia sambil membetulkan panggilan dirinya.. Sepupu-sepupunya yang berada disana tertawa. Mulanya mereka beranggapan Dahlia memarahi Rafiq kerana lawak tak jadinya itu, rupanya mengenai panggilan dirinya,. Angin lembut meniup perlahan tempat mereka bersembang.

“Huh!.. ni yang best kat kampung.. Aman, tenang boleh dengar suara burung bersahut-sahutan..” Kata Azirah dengan nada jiwang karat! Azirah juga menuntut di tingkatan lima sama dengan Insyirah dan Killa.

“Dan tiada lagi suara-suara yang asyik bercakap mengenai potassium cynide, Impulsive Force, Alfa, Beta, Delta dan sudut 3D..” Killa lagi menyambung..

“Dan tiada lagi orang me’mention’kan mengenai perkara ‘itu’..” Insyirah pula berkata sambil menarik nafas panjang seolah-seolah menarik nafas untuk kali terakhir je gayanya,

“Huih.. melankolik betul.. Agaknya nilah sindrom budak tingkatan 5..” Kata Illya pula. Rafiq menggeleng.. Dia juga pernah merasai benda yang sama.

“ Adik-adikku semua, Kakak Irah ni baik sebenarnya, bukan kejam,. Tak pernah terniat pun untuk menjadi kejam,, Kakak Irah nak yang terbaik untuk semua orang yang Kakak Irah sayang ni! tak berniat pun nak jadi kejam!” Kata Dahlia serius. semua memandang Dahlia terkelip2 mata.. Hairan..

“Siapa cakap kau kejam ni?tukar topik betul” Kata Illya menyampuk..

“Tak, kau dengar dulu Illya,. Aku dah sakit telinga dengar dari mulut orang ni.. Sakit betul telinga ni dengar orang bercakap..” Serius..

“Apa kak Irah.. kami ada buat salah ke? tersalah cakap ke?” Tanya Azirah pula..

“Ye,, ni kak Irah nak bagi tahu ni.. bukan nak kejam dengan kamu.. yang SPM tinggal 3 bulan je lagi..” Dahlia tertawa..

“Cis!! aku sangkakan bila balik kampung tiada lagi dengar suara2 sumbang yang mengingatkan aku pasal big event tu!..” Kata Killa dengan wajah bengang tahap hypernya.. Azirah sudah menunjukkan muka pelajar terlebih tekanan.,. Insyirah sudah meraup muka berkali2.. stress! Hazriq melihat muka kakak dan kakak sepupunya tertawa dengan sendiri.. Rafiq no komen..

“Hahaha.. ambil kau.. haa! tulah., orang sibuk nak exam korang sempat lagi nak berjiwang karat, dating tak kira masa, Handphone tu tak berhenti berbunyi.. sekarang ni semua tunjuk muka bengang..” Kata Illya pula menyakat.

“Tak baik kau Illya sindir-sindir aku.. yang berlalu tu biarkanlah berlalu..” Rafiq tak pasal-pasal tayang muka emosional. Dahlia dan Illya bingung..

“Kau pesal?” Tanya Dahlia.

“Tak, aku Cuma suarakan isi hati kau.. kan ke kau dulu sebelum spm macam diorang bertiga juga.. Handphone tak lepas dari tangan..” Selamba je Rafiq mengkritik sepupunya Dahlia.. Sekali lagi Rafiq terkena libasan selipar jepun Dahlia..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dannial duduk di ruang tamu sambil mendengar perbualan kaum bapa. Bosan! Dahlia pula entah ke mana..

“Nial, pergilah kat tempat Irah dengan sepupu2 dia tu.. tu ada Azmir baru sampai.. boleh juga berbual..” Kata Puan Dahnia kerana kesian melihat menantunya terkebil2 mendengar cerita yang dia sendiri tak faham. Dannial tersenyum..

“Tak tahu Lia kat mana..” Jawab Dannial..buat muka kesian. seperti di tinggalkan bini.. tapi memang pun..

“Ada kat laman tu hah! cuba cari kat sana..” Jawab Mak Uteh.. Dannial pergi kea rah yang di maksudkan mak Uteh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Eh? apasal mamat ni ada sini? tagih hutang ke? eh! aku ada hutang ke dengan dia?” Kata Rafiq sambil merenung kea rah Dannial yang semakin menghampiri mereka.. Kemudian dia terfikir semula, muka Dahlia dipandang berselang seli dengan wajah Dannial..

“Cinabeng kau! kawin tak bagitahu. Dengan Cousin aku lagi tu!” Kata Rafiq girang ke arah Dannial.. Dannial bingung! Diimbas muka yang menyapanya itu berkali2..

“Astaghfirullah al-azim.. Kau Fiq.. Macam mana kau boleh terlepas kat sini?” Tanya Dannial pelik, Hairan kenapa roomatenya di Angsana boleh sampai ke kampung isterinya.. Kemudian mereka berjalan ke arah Dahlia..

“Kau tu yang macam mana terlepas kat sini.. Aku sepupu Dahlia ni.. Rupanya kaulah yang ambil Dahlia dari Pa…” Sekali lagi kata2nya dihalang dengan cubitan ketam berkuasa tinggi dari Dahlia.. “Pa….hitnya hempedu ni.. masam!” Cover line..Dannial dan yang lain selain Dahlia berkerut dahi..

“Apa yang kau merepek ni?” Tanya Dannial Blur..

“Takde, aku nak cakap tadi rupanya kaulah yang rampas Dahlia dari aku.. tiba2 tertelan hempedu pulak..” Kata Rafiq sambil menggosok2 tangannya yang menjadi sasaran Dahlia.

“yelah tu.. perempuan pujaan yang selalu kau tengok gambar dia tiap2 malam tu siapa? tak aku nampak pun iras dia dengan Dahlia sama..siapa ni?”Dannial duduk di sebelah Dahlia sambil mencubit-cubit perlahan pipi Hazriq.. tangan sekecil itu sedaya upaya menahan tangan Dannial dari mencubitnya..

“Hazriq..Korang berapa lama kat sini?” Tanya Rafiq..

“Seminggu je ni.. Ni dan ini dan ini pernah nampak., yang ni siapa pulak.” Tanya Dannial memaksudkan adik Rafiq, Azirah

“Adik Rafiqlah, Azirah.. Anak Pak Anjang yang sakit hari tu..”jawab Dahlia. Dannial mengangguk..

“Ooo.. dah baik da?” Tanya Dannial lagi..

“Dah.. dah boleh marathon dah..” Jawab Azirah dalam nada bergurau..

“Habis tu dah sihat, apasal pulak muka monyok je tiga orang ni?” Hazriq masih lagi tidak melepaskan tangan Dannial yang mencubit pipinya.. Dan menyebabkan Dannial duduk begitu hampir dengan Dahlia..

“Hem.. demam SPM sedang melanda.. tu yang monyok semacam je.. Macam diorang yang nak kena jumpa tuk mudim sabtu ni..” Jawab Illya bagi pihak mereka bertiga..

“Entah Kak Irah ni.. sengaja je nak ingatkan kami perkara tu..jahat betul..kejam!” Marah marah merajuk dari Killa. Dahlia tersengih mendengar komen adik sepupunya.


“Kak kamu ni memang kejam., setiap kali dia balik rumah abang, abang terpaksa tidur kat sofa..” Gurau Dannial..Terbahak-bahak Rafiq ketawa mendengar pengaduan dari Dannial.. Dahlia sudah membuat muka cemberutnya..

“memang padan dengan muka kau..Anyway, welcome to our family..” Kata Rafiq kepada Dannial..Dannial tersenyum lebar.

10 comments:

fzm2 said...

heheheh..
best2 smb0nk2..
hhuhuh

ainaS said...

truskan menulis......next n3.....

keSENGALan teserlah.. said...

best2..
but,tak bpe nk paham la..
dahlia n danial nieh umo dorang brape sebenarnyee??

MeGa_Lisa said...

actually memang pada awal cerita umur dorg 17 thn.. tapi lepas antar citer ni untuk di nilai dorg cadangkan supaya anjak cket umur Dahlia & Dannial supaya masuk akal cket.. huuhu..

Anonymous said...

aku pun x faham...ari tu sekolah lagi...pastu kata dpt tawaran medic kat mesir...tiba2 jd kakak sepupu kpd bdak form 5...owhh kompius aku...

Anonymous said...

oowwwhhh...begitu..ok2 faham...

nursya said...

hahaha...
ape la rafiq xtau yg si dahlia tu kawen ngn dannial..
ish ish ish...

mega lisa anto citer nie kat saper???
nk di bukukan ker??

MeGa_Lisa said...

Kat PTS one ari tu.. tapi lum konfom nak bukukan.. cuma mencuba nasib.. hehehe

Anonymous said...

so, kiranya umo dorang skang bape?

Anonymous said...

pergh! sangat confius cita neh! kalau nak ubah umo pun buat lah cerita neh dah jadi beberapa tahun lepas kawen. xpun bagi tau dulu pembaca. sangat x masuk akal la dahlia tu bkn kah bdk civil engeneering? mcm mn leh dpt tawaran medic p mesir plak neh? adoi. bdk engeen leh betukar medic! hahaha klakar gila. btw jln cerita dah okay. tp b4 nk bercerita pk dahulu.