Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, December 28, 2009

Biarkan ku bersandar..2

“Anisah, kau story2lah kat aku..” Isyrina yang baru keluar dari dapur dengan membawa secawan Nescafe duduk di sebelah ku. Aku memandangnya bingung.

“Kau ni mukadimah pun takde. tiba2 pulak minta aku cerita. Cerita apa?” Tanya ku sambil menukar siaran television. Bosan menonton rancangan reality yang berbagai2..

“Ala.. pasal kristal yang kat meja kau tulah.. kalau sentimental value kan mesti ada cerita menarik.. ceritalah..” Kata Isyrina sambil menghirup minumannya dengan hati2..panas.

“Oo.. itu.. Emm..” Aku berfikir seketika.. Mahu menceritakan hal sebenar atau tidak. Aku pandang muka Isyrina yang penuh dengan rasa ingin tahu..

“Emmm.. Emm apa?” Gesa Isyrina lagi. Aku berfikir lagi. Berdosa tahu kalau membuka pekung di dada sendiri.

“Sebenarnya kawan aku yang suruh jaga kristal tu baik2..” Kata ku.. Berbohong.

“Kenapa dia suruh jaga pula? Kristal kecil macam tu pun nak orang jaga kan ke?” Isyrina mengambil alat kawalan jauh tv dari tanganku. Menukar semula ke rancangan reality tv tadi.

“Dia kata, nak buang… sayang.. nak jaga.. menyakitkan.. jadi dia suruh aku yang jaga.. then bila dia dah bersedia baru dia ambil balik kristal tu semula.” Isyrina mengerut kening mendengar cerita ku..Langsung tidak mempercayai cerita ku.

“Kau ni ‘borak’lah.. cakap jelah ex-boyfriend kau yang bagi..” Aku tersenyum.

“Tak percaya sudah..” Putus ku sambil meneguk Nescafe Isyrina. Terpinga-pinga Isyrina melihat aku menghabiskan nescafenya.

“Wei! sampai habis.. nak minum buat sendirilah.. pemalas..” Marah-marah manja dari Isyrina.. Aku buat2 tidak dengar.

“Eh! kau dah tengok wayang ni tak? cerita dia bercinta dengan suami orang..” Tanya Isyrina padaku sambil menunjuk ke arah skrin television.

“Tukarlah.. aku tak nak tengok cerita ni..” aku ingin merampas kembali alat kawalan jauh dari tangan Isyrina tapi tidak berjaya.

“Alah.. tengok cerita ni jelah.. Aku bencilah tengok perempuan ni.. suami orang juga dia nak..” Kata Isyrina dengan penuh perasaan.

“Dah ketentuan dia macam tu.. bukan salah dia seratus peratus pun... wife lelaki tu pun bukan isteri mithali sangat.” Kata ku mula membela watak dalam television itu.

“Ek’eleh.. Alasanlah tu.. Isteri dia okaylah.. Cuma selalu busy je.. perempuan tu yang terlebih2 menggoda.. mana tak cair hati lelaki tu..” Isyrina sudah mula membuka gelanggang perdebatan dengan membela isteri lelaki yang digoda itu.

“Kan perempuan tu dah cuba nak tinggalkan lelaki tu.. tapi Lelaki tu yang mengatal.Dia innocentlah..Dan mungkin juga perempuan ni memerlukan kasih sayang.. kau apa tau?” Kini aku pula yang tidak senang duduk di atas sofa empuk itu. sedikit sebanyak aku terasa seperti si pesalah.

“Macam yang aku kata tadi.. Alasanlah Anisah.. Banyak lagi lelaki lain dalam dunia ni.. kenapa nak juga dengan suami orang.. lelaki yang dah berkeluarga. Sebelum jumpa perempuan tu, lelaki ni baik je dengan family dia.” Kami sudah tidak focus dengan rancangan yang di mainkan di television sebaliknya membuat rancangan perdebatan sendiri.

“Sekali lagi aku cakap, perempuan tu dah cuba tinggalkan lelaki tu.. dah penat mencuba. bukan sekali dua dia mencuba untuk melupakan.. Dan dia kenal lelaki tu sebelum lelaki tu berkahwin lagi.. dia yang selalu mendampingi lelaki tu.. Tapi kenapa ada wanita lain yang cuba merampas tempatnya di sisi lelaki tu..” Aku terberhenti berkata2.. Isyrina memandangku dengan pandangan yang pelik.. Aku tahu yang aku sudah tidak memfokuskan perdebatanku dengan wayang yang bertajuk ‘hujan malam’ yang di tayangkan di astro prima tersebut tapi sebenarnya cuba membela diri sendiri.. Tanpa kata aku terus meninggalkan Isyrina yang termangu-mangu untuk masuk ke bilik tidurku..

2 comments:

Aishah Hamzah said...

mesti dia pnh bercinta dgn laki org tuh....huhu sambung!~

nursya said...

ala naper pendek sgt...
blm smpt nk feeling lg nie...
huhu....

writter cpt sambung yek..

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37