Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, February 15, 2011

Dana atau Adriana?? 14 (i)

“Split personality?”

Doktor Dewi menegakkan duduknya.Berfikir seketika kemudian dia menggeleng..

“Hampir kepada Split personality.. Mungkin personality Dana sekarang bukan personality dia yang sebenar.. Contohnya macam yang doktor Helmi cakap tulah.. Marah bila kehendaknya dihalang.. Salah satu dari personality sebenarnya.”

Helmi termenung seketika.

“Tapi Doktor Dewi..Dana yang saya kenal tak macam tu.. lemah lembut je
orangnya..Saya rasa hilang ingatan bukan mengakibatkan personality change kan..”

“Tapi dia berada di situasi yang berbezakan.. Mungkin keadaan yang membuatkan dia berubah laku..”

Helmi menarik nafas panjang.

“Tapi dia boleh sembuhkan.. maksud saya, ingat semula..”

“Ofcouse, Seperti yang kita tahu.. keadaan Dana tidaklah begitu serius..”

“Baiklah Doktor Dewi.. Saya pulang dulu..”

Helmi memandu kereta dengan penuh berhemat walaupun fikirannya sudah penuh dengan kecelaruan. Sesekali terdengar keluhan dari jejaka itu. Kemudian dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Terdapat gerai buah-buahan berdekatan dengan tempatnya memberhentikan kenderaan. Dia teringat yang ‘Ana’ gadis yang dikenalinya beberapa tahun lalu begitu meminati buah epal. Kemudian dia membuat keputusan untuk membelikan Dana buah epal itu. Mungkin boleh mengingatkan Dana tentang sesuatu. Selepas menghulurkan duit kepada peniaga itu, Helmi terus memandu ke Villa Damai.

“Eh.. Helmi?”
Dana yang sedang menyiram bunga hairan dengan kehadiran Helmi. Setahunya hari ini dia tidak ada temujanji dengan Doktor Dewi.

”Saya datang nak bagi buah Epal ni.. Kebetulan masa nak balik tadi ada gerai buah-buahan..”

Dana mengambil bakul plastik yang Helmi hulurkan.

“Maaflah.. Saya tak berani nak ajak awak masuk.. Sebab Datin Rafeah dan Mak Timah takde kat sini.. Rasa lain pulak kan.. Sebab bukan rumah saya..”

Helmi tersenyum. Dia faham apa yang dimaksudkan gadis di depannya itu.

“Saya faham.. Saya pun tak boleh lama-lama kat sini.. Kejap lagi nak masuk kerja..”

“Em.. terima kasih untuk epal ni..”

“Welcome..”

Setelah Helmi berlalu, barulah Dana membawa masuk bakul plastik berisi epal itu. Epal disusun dalam mangkuk buah-buahan yang sudah tersedia di atas meja makan. Dia merenung epal merah itu..seperti ada yang begitu menarik perhatiannya........

2 comments:

Emaharuka said...

Ho ho rindu sangat dgn dana n mike
cepat smbung kak;)

nursya said...

allllaaaaaaaaaa.........
pendek nyer...
x puas nk lepas kan windu pn...
nk lg...

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37