Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, July 19, 2011

Dana atau Adriana??, 30

Bab 30

Mungkin tidak!.

Dana keluar dari bilik Mikhail dengan muka bingung. Kenapa dia boleh berada di dalam bilik Mikhail?.. Semalam..semalam. Tiba-tiba dia mengangkat kepalanya. Takkanlah.. Dia dah ‘bersama’ Mikhail? Tapi.. Dahinya sudah berlapis-lapis memikir segala macam kemungkinan. Lamunannya di depan pintu hanya sementara apabila dia melihat Mikhail sedang merenung marah padanya sambil bercekak pinggang. Marina pula buat muka 100% curious..

“Macam mana saya boleh ada dalam bilik en..ab.abang?”

Tanyanya dalam keadaan masih lagi kebingungan. Mikhail menggigit bibir geram. Masih teringat kejadian pagi tadi. Selamba badak je dia nak halau aku dari rumah aku sendiri? Rumah aku! Marina mendekati Dana. Mengelilingi Dana sebenarnya. Mahu memastikan sesuatu.

“Macam mana kau kata?? Kau dah masuk bilik aku tanpa kebenaran dan kau tanya aku sekarang macam mana kau boleh ada dalam bilik aku? Kurang ajar betul kau ya? Siap nak halau aku dari rumah aku sendiri lagi. Tinggi betul mandat kau.”

Dana terkebil-kebil. Aku buat macam tu ke? Aku buat? Ya Allah! Beraninya kau Dana.. Aku dah cakap.. kawal mulut tu sikit!. Kau memang nak makan penampar selalu ya?.. Marah Dana pada dirinya sendiri. Sementara Marina masih lagi mempamerkan rasa curiga.

“Dana..”

Panggil Marina perlahan. Dana mengerut dahi tapi tetap menjawab panggilan Marina itu dengan nada yang sama.

“Ya..”

Marina mengangguk kepala. Betullah Dana. Entah-entah dia masih dalam keadaan mamai kot tadi tu. Tapi kenapa macam Adriana. Sebijik ni.

“Dah..Dah..Dah.! jauh-jauh dari pintu bilik aku! Kalau kau berani lagi jejak kaki ke bilik aku.. Siaplah kau!”

Amarah tegas dari Mikhail membuatkan Marina tak puas hati. Amboi! Sedap hati je ugut anak orang. Kalau Dana dah ingat semula, siaplah abang. Memang Masak rendang pakai perencah karilah nasib abang nanti. Tadi pagi tu baru sikit penangannya.

“Saya minta maaf.. Saya tak sedar.”

Kata Dana menunduk. Dan dia takkan mencari bala masuk ke dalam bilik Mikhail. Dia bukan jenis orang yang suka gali kubur sendiri.. Amit-amit gue!.

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37