Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, December 3, 2010

Dana @ Adriana 8

Bab 8

“Emm.. Tak mungkinlah.. Abang setia ke? Selalunya perempuan lebih setia dari lelaki..”
“Itu orang lain.. abang lain.. Abang Cuma setia dengan ayang sorang je..”
“Ye ke ni?... Tak kisahlah apa-apa pun.. Yang penting I love you more than you love me..”
“Takdelah.. Abang sayang ayang lebih dari ayang sayang abanglah..”
“Mana ada...Ayang yang lebih banyak sayang abang..”
Tak puas hati..
“Okay.. But I love you first..”
“I love you last..”
Mikhail tertawa mendengaran balasan dari tunangnya.. Hidung gadis yang mancung itu di cuit perlahan..
“will you promise with me?”
Dia merenung gadis itu.. Mintalah apa-apa untuk dia janjikan.. Pasti dia akan tunaikan.
“Apa dia wahai permaisuri hatiku?”
“Janji dengan Ayang yang abang akan setia sampai bila pun.. Walaupun Ayang dah kerepot..”
Mikhail tertawa lagi... Cuba membayangkan wajah si kekasih hati bila mereka sudah tua nanti.. dia pasti yang kekasihnya itu tetap tampil anggun walau diselubungi usia tua.
“Tak payah ayang minta.. Abang memang setia..”
Gadis itu mencebik tidak puas hati.
“Kalau modal air liur orang lain pun boleh..”
“Betul... Abang janji.. Macam mana dengan ayang pula.. abang dah setia, ayang akan setia dengan abang ke?”
“Setialah....”
Deringan telefon yang berdesing-desing tanda minta diangkat mengejutkan lamunan Mikhail.. Gambar dirinya dengan seorang wanita yang tersenyum mesra ditenung lama. Telefon berbunyi dibiarkan bernyanyi riang.. Gambar di tangannya kemudian di koyakkan kepada dua bahagian. Gambar dirinya di letakkan di atas katil dan separuh dari gambar tadi di tenung lama.. Rasa geram muka menyelubungi hatinya.. Tanpa kata dia mengoyak gambar wanita itu menjadi cebisan-cebisan kecil dan diselerakkan di atas lantai biliknya..
“Perempuan tak guna!!!”
Jeritnya.. Kemudian dikeluarkan lagi koleksi albumnya dan album yang mengandungi gambar wanita itu dibuang ke tong sampah kecil yang tersedia di biliknya..
“Dana!!!! Naik sini kejap..”
Dana yang baru selesai menjemur kain terkejut mendengar jeritan Mikhail dari tingkat atas. Dia fikir Mikhail sudah lama pulang ke rumahnya kerana tidak memunculkan diri sedari tadi.. rupanya ‘tuan muda’ itu masih di Villa Damai.
“Ada apa Encik Mikhail?”
Tergagap-gagap.. Takut juga memikir apa yang dia akan dapat dari ‘Tuan Muda’ itu.. Sindirankah atau makiankah?.. Tapi yang pasti kakinya sudah berada 100 cm dari Mikhail.
“Kemas bilik ni.. dan bakar semua album tu..Kalau aku Nampak bilik ni masih bersepah atau album ni masih wujud.. Nahas kau!!”
Mikhail terus berlalu meninggalkan Dana yang kebingungan mengutip cebisan gambar yang berselerak dan album-album yang telah dibuang oleh Mikhail sebentar tadi. Entah penyakit apa yang dihidapi oleh anak majikannya itu,, Mahu mengamuk sentiasa.. Kena sampuk barangkali.. Dia sempat melihat gambar perempuan dalam album itu.. Tiba-tiba dia terimbas sesuatu...
“Illina ternampak Ikh......”
Gadis itu Nampak seperti berfikir panjang dan ragu-ragu mahu menyambung ayatnya..
“Ada apa illina? Kakak Nampak macam Illina nak cakap sesuatu lagi..”
Dalam ingatannya dia kenal dengan gadis itu.. Dan gadis itu adalah dirinya.. Dan kakak yang dipanggil oleh gadis bernama Illina juga serupa dirinya..
“Illina teringat satu potongan puisi pedang Dier.. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu”
Dan gadis itu terus berlalu tanpa penjelasan dan meninggalkan wanita yang juga serupa dengannya itu dalam kebingungan.Dana merasakan kepalamya terasa sakit apabila teringat peristiwa yang samar-samar di ingatannya itu. Dia cepat-cepat menyiapkan kerjanya agar dia dapat berehat dan cuba mengingati imbasannya tadi..

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37