Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Sunday, June 13, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 22

Aidil terngendap-ngendap di celah pohon bunga kertas yang kembang mekar di depan pintu masuk rumahnya. Kelihatan kereta viva yang selalu di pandu oleh Chill sudah mula mendekati rumah Daniel. Entah palah yang dimahukan gadis itu sehingga tidak sedar yang kehadirannya akan mengganggu tuan rumah di siang-siang hari minggu ini.Dia pun sebenarnya mahu bercadang mengganggu Dannial yang mungkin masih tidur di tingkat atas.. Tapi dia kan sepupu Dannial.. Wajarlah dia mengganggu pagi-pagi buta itu.. Atas alasan mengeratkan silaturahim.. Tapi Chill buat apa? mahu mengisi Kouta Dannial yang masih mempunyai tiga kekosongan kah?

"Eh! Aidil? buat apa kat celah pokok tu??"

Aidil pusing keliling apabila terdengar suara perempuan menegurnya. YA, Dia yakin suara perempuan..Tapi di mana?? kiri tiada, kanan pun tiada.. Bawah? takkan kot.. kecik sangat ke perempuan tu sampai dia mesti menengok ke bawah.. TAkkan kerdil kot..

"Kat Atas la.."

Aidil memandang ke arah balkoni bilik tidur Dannial.. Ooo.. Dahlia ada balik.. Hah!!! Dia kembali merenung kereta viva silver yang semakin mendekat itu..

"Dannial mana??"

Tanya Aidil.. Buat apa dia yang risau... Danniallah yang sepatutnya risau kerana kekasih gelapnya tinggal beberapa CM untuk sampai ke rumahnya.

"Ada tu.. Baru lepas mandi.. Kenapa tak masuk?"

"Panggilkan Dannial kejap.."

Dahlia kehairanan tapi dipanggil juga Dannial yang baru keluar dari bilik air itu.. KAdang-kadang sepupu Dannial itu ada sedikit peliknya. Dannial keluar ke balkoni dengan hanya memakai jubah mandi merenung Aidil memberi bahasa isyarat yang dia sendiri tidak memahaminya.

"Kau boleh cakap guna mulut ke? atau dah bisu??

Sarkastik Dannial bertanya dari balkoni biliknya. Tangan kanannya selamba saja memeluk pinggang milik isterinya.. Dahlia mula berasa mukanya sudah merah seluruhnya.. Agak2lah kalau nak ambil kesempatan pun.. Dia ingat depan Aidil aku tak berani tolak tangan dia ni ke? Tapi.. Takpelah.. tak luak mana pun..

"Mak minah datang Dari seberang, Kalau nak selamat kau turun sekarang,,"

Ewah.. Sempat lagi dia memikirkan pantun untuk di dengari oleh Dahlia dan Dannial..
Dahlia memandang ke arah Dannial.. Dannial menjungkit bahu. TAnda tidak faham apa sebenarnya yang sedang terjadi.

"Nial turun dululah.. sebelum Aidil bertambah... em.. let say kurang sihat dari segi mental.."

Dahlia tertawa mendengar bicara suaminya.. Tanpa banyak soal dia masuk kembali ke dalam bilik.. Biarlah Dannial menyelesaikan masalahnya sendiri..

"Lia.., "

Dahlia merenung ke arah Dannial.. kemudian menyambut tuala yang dibaling Dannial ke arahnya,,

"Pergilah Mandi.. Busuk,,"

Dahlia mencebik..

"Mentang-mentang dia dah mandi.."

"Tulah.., Nial ajak sekali taknak.."

"Hisy.. jangan jadi gatallah Nial.. kalau mama,papa dengar buat malu je.."

"Nial tak malu..

Dannial mendekatkan bibirnya ke telinga Dahlia..

"Nial memang.. tak tahu malu.."

Balas Dahlia dalam malu-malu sambil menolak perlahan muka Dannial agar jauh darinya.
Namun Dannial masih keras di sisinya..

"pergilah turun bawah.. Aidil tunggu tu.."

"Rasa macam berat hati pulak nak tinggalkan Lia.."

Kena sampuk ke suaminya itu.. Pagi-pagi hari pun boleh kena sampuk ke? Dahlia menjauhi Dannial yang sudah lain macam itu.. Namun Dannial makin mendekat.. Dahlia masih mencuba menjauhkan diri sehinggalah ke hujung katil.. Dannial tersenyum..

"Dannial!!!!!"

"Siapa tu???"

Cepat Dahlia bertanya.. Suara seorang gadis.. Dan dia rasa seperti mengenali suara itu.. Dannial sudah kalut.. Dia kenal suara itu.. Oh tidak..

"Aidillah.. buat-buat suara perempuan.."

jawabnya pantas.. Dahlia merenungnya tajam..

"Aidil..."

Tegas DAnnial,,

"Dahlah.. Nial turun kejap.. tengok apa Aidil tu mahu.."

Sudah sampai ke pintu dia merenung pintu balkoni yang luas terbentang.. Mesti Dahlia boleh melihat segala-galanya dari sana.. Cepat dia ke arah Balkoni dan menutup pintu itu.. Mujur juga pintu itu sukar dibuka oleh Dahlia kerana kerosakan di pintu itu memerlukan kudrat yang kuat untuk membukanya..

"Sejuk angin pagi ni.. Tak baik untuk Lia.."

Alsannya sungguh tidak munasabah.. Dahlia terus berdiam..

"Taknak kunci pintu bilik ini sekali ke??"

Sindir Dahlia sebelum mengurungkan diri didalam bilik air.. Dannial menggaru kepala..



Chill merenung Aidil dengan geram.. Kenapa dia tidak boleh masuk ke rumah Dannial.. Apa hak Aidil untuk menghalang.. Dia mula tersenyum apabila melihat susuk tubuh Dannial yang berjalan ke arah dia dan Aidil,,

"Chill buat apa pagi-pagi datang rumah I??"

Tanya Dannial dengan lembut.. Kerana jeritan gadis itulah tadi hajatnya terbengkalai lagi tadi,

"I nak jumpa You lah..Nak kenal-kenal dengan mama and papa you kalau dorang ada.."

Aidil membeliakkan mata.. extreme betul gadis di depannya itu..

"Mama dan papa I dah jalan awal pagi tadi..."

Padahal mama dan papanya sedang enak menjamu selera.. Tadi pun sewaktu dia turun mama sudah bertanya siapa yang menjerit di depan halaman rumah mereka itu.. dia terpaksa menjual nama Aidil..

"Ooo.. you buat apa hari ni.. tak ajak I masuk ke???"

Sekali lagi Aidil merenung Chill.. antara jelik dan bangga dengan keberanian gadis itu..

"Ah.. rasanya tak maniskan kalau I ajak you masuk kat dalam rumah.. Takde siapa-siapa kat dalam.. Tak manislah kalau kita berdua je kat dalam.."

"Aidilkan ada??"

"Emmm..."

"emm.. Aku nak balik.. Mak aku dah menjerit dari tadi.."

"Takpelah.. kita duduk-duduk jelah kat luar.."

Dannial menggaru kepala.. Sedikit geram dengan tingkah laku gadis itu.. Di waktu itu, dia bersyukur sangat mendapat isteri seperti Dahlia dan bukan Chill..

"Beginilah Chill.. You balik dulu.. petang karang I pergi rumah you.. Kita jalan-jalan and tengok wayang.."

Gadis itu seperti berfikir.. Dannial memberi isyarat kepada Aidil supaya menolongnya.. Aidil menjungkit bahu..

"Okaylah.. you janji ya.."

"Ya.. I janji.."

Sesudah Chill pergi Aidil dan Dannial masuk ke dalam rumah dengan wajah lega.. Dahlia yang sudah selesai mandi menampakkan diri di meja makan.. Merenung Dannial..

"Aidil bergadu dengan girlfriend dia.. Nial tolong leraikan la.."

Bisiknya di telinga Dahlia.. Sekali lagi dia menjual nama Aidil..

"Emmm.. Jangan lupa malam ni ajak Aidil sekali."

"Hah? ajak Aidil pergi mana?"

"Laaa... kan Lia kata nak buat barbeque...."

"A'auu..."

Macam mana dia terlupa yang dia dah berjanji dengan Dahlia.. Habislah.. Mesti sekali lagi Chill menyerang rumahnya kalau dia mungkiri janji dengan gadis itu.. Tapi Dahlia?? Sudahlah dia jarang berjumpa dengan gadis itu.. takkan dia mahu mungkiri janjinya dengan Dahlia pula..Ah! Chill ni masalahla,,

5 comments:

epy elina said...

hhohoohho...
geram la ngn dannial ni....
kan best bila lia thu danniel curang...
chill pun gedik...

MaY_LiN said...

pe masalah 'chill' ni..

alreinsy said...

geram kt chill yg gediks... bila la nial nk tau yg "chill" online tu lia... huhuhu...

Miss Kira said...

arghhh!!
chill ni menyemak ja la..
huhuhu
danial pun jahat seh...

Anonymous said...

huh benci gila chill tu . emm cepat contnue ! best gilaaaa , i laikkk . haha