Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Sunday, May 29, 2011

Dana atau Adriana??, 24

Bab 24
“Kau dah berani sekarang ya?”

Dana yang sedang membasuh pinggan terkejut dengan teguran dari Mikhail itu. Mikhail belum pergi kerja?, hisy! Mana Marina pergi ni? Mesti sambung tidur balik. Time ni jugalah nak sambung tidur. Tunggulah sampai abang kesayangan dia ni pergi kerja. Bebel Dana di dalam hati. Tiada Marina, ertinya tiada pelindung. Mikhail sudah bercekak pinggang memandangnya. Tangan sudah menggigil apabila menerima renungan tajam dari Mikhail.

“Maaf.”

Mikhail makin mendekati. Kononnya tidak dengar dengan apa yang Dana katakan itu.

“Apa dia? Ayunya suara kau...”

“Ma..maaf.. saya tak sengaja nak melawan.”

“Oooo.. Tak sengaja? Em.. Jadi bila kau tak sengaja aku mesti maafkanlah..”

Dana menunduk. Gerun dengan pandangan Mikhail itu.

“Pandang aku!”

Masih lagi dengan nada perlahan. Khuatir Marina akan terdengar. Mikhail memaksa Dana memandang wajahnya.

“Semua perempuan sama je.. Dari muka pun boleh nampak. Semua pembohong! Kenapa? Kau dah bosan berlakon jadi baik?”

Dana menelan air liur. Kesat. Bibir digigit perlahan. Takut terlepas cakap seperti tadi. Biarlah dia berdiam diri. Sebenarnya dia cuba sedaya upaya mehana diri dari melontarkan kata-kata. Bimbang kemarahan Mikhail akan bertambah. Dia tidak mahulah Marina melihat abangnya mengamuk kerana memarahinya.

“Kenapa diam?? Hah! Perempuan penipu!. Kau jangan berlagak baiklah. Semua perempuan sama je!”

Dana menarik nafas panjang. Di dalam hati, berkali-kali dia memujuk dirinya agar tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun. Tapi bila terdengar ayat yang keluar dari mulut Mikhail membuatkannya panas hati. Semua perempuan sama? Habis? Marina dan ibunya bukan perempuan?!. Dana cuba bertahan.

“Habis Marina dengan mama tu bukan perempuan?”

Opps.. Dana menggigit bibir. Bodoh punya mulut! Apasal kau bercakap juga. Aku dah suruh jangan bercakap. Degil! Mikhail nampak begitu tegang! Suasana di dapur bisu seketika. Pap! Tamparan kuat hinggap di pipi Dana. Sehingga gadis itu tersungkur di atas lantai. Dana memegang pipinya yang ditampar sebentar tadi. Sakit!. Mikhail menarik rambut Dana.

“Jangan samakan Marina dan mak aku dengan perempuan murahan macam kau ni? Kau tak layak! Dan aku harap kau ingat tamparan tu sampai bila-bila. Jangan cuba melawan sepatah pun kata-kata aku!”

Mikhail meninggalkan Dana yang sedang sedaya upaya menahan airmatanya dari terjatuh. Dia mesti kuat. Tidak mahu menangis lagi. Namun airmata itu tetap juga jatuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Marina yang baru siap mandi berjalan ke arah dapur. Selepas membasahkan tekak dengan jus oren yang sudah tersedia di dalam peti sejuk, Marina mengerut dahi. Kenapa dapur begitu sunyi ditengah hari ni. Selalunya Dana sudah sibuk-sibuk menyiapkan makanan tengah hari dengan selonggok buku resepi di kaunter dapur. Marina ke ruang tamu mencari Dana. Sekali lagi Marina kehairanan. Dana sedang duduk membelakanginya di balkoni rumah. Marina berjalan mendekati Dana. Dari jarak yang tidak sampai beberapa inci, barulah Marina perasan yang Dana sebenarnya tengah mengelap airmata. Dana menangis? Dana? Atau ADRIANA menangis?? Marina terkebil-kebil. Tidak percaya dengan kejadian itu. Temannya itu jarang menangis.

“Rya.. Eh.. Dana..”

Dana berpaling menghadap Marina. Dahi berkerut sedikit bila mendengar Marina memanggilnya dengan nama Rya? Siapa Rya?. Tapi dia malas mengambil kisah. Mungkin Marina tersasul.

“Ah.. Yna.. Dah lapar ke? Dana belum masak. Kejap ya..”

Dana berdiri mengadap Marina. Mahu ke dapur. Marina terperasan sesuatu. Pipi Dana bengkak. Dana cepat-cepat menutup pipinya.

“Kenapa tu?”

Marina bertanya. Dana cuba tersenyum sambil menggeleng.

“Dana jat....”

“Jangan cakap jatuh.. Takkan bengkak kat pipi kalau jatuh pun. Tak logik.”

Kata Marina. Tegang.

“Abang yang buat?”

Dana cepat-cepat menggeleng.

“Habis tu? Takkan bangla-bangla kat stesen minyak depan rumah ni yang datang sini tampar Dana..”

Marah Marina.

“Dana nak masak.”

“Tak payah. Yna nak jumpa abang kat pejabat.”

Dana tidak sempat menghalang apabila Marina dengan cepat masuk ke biliknya untuk bersiap. Beberapa minit selepas itu Marina terus menghilang di sebalik pintu rumah. Dana mengeluh perlahan. Mesti Mikhail ingat di mengadu dengan Marina. Dana meraup wajah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Mimi, saya nak jumpa dengan Mike.”

Kata Marina kepada setiausaha Mikhail. Mimi yang sibuk menyelesaikan tugasnya mendongak memandang wajah Marina yang kelihatan tegang. Dia cepat-cepat memaklumkan Mikhail tentang kedatangan Marina.

“Yna.. ada apa? Kata nak masuk besok?”

Marina menarik nafas panjang. Tidak menjawab soalan abangnya.

“Kenapa abang tampar Dana?”

Mikhail merenung wajah adiknya. Dia tersenyum sinis.

“Oo.. so, dia mengadu dengan adiklah ni?”

Marina menggeleng.

“Tak payah dia mengadu, Dari jauh pun boleh nampak lebam di pipi dia. Kalau nak cakap dia jadi, itu sesuatu yang mustahil kan?”

Mikhail membetulkan duduknya.

“Mungkin betul dia jatuh.”

Kata Mikhail selamba.

“Kenapa abang buat Dana begitu? Abang buat Dana macam dia yang hancurkan hati abang. Abang buat Dana macam tempat lepaskan dendam abang tu.”

Mikhail masih selamba di atas kerusinya. Dia membiarkan adiknya bercakap meluahkan rasa geram.

“Dah habis?”

Sindir Mikhail perlahan. Tambah mengelegak geramnya mendengar Mikhail bertanya sebegitu.Dia terasa yang dia membazir air liur je sedari tadi memberi ceramah dengan abangnya.

“Abang tak patut buat Dana begitu! Selama Marina kenal dengan Dana, satu orang pun tak pernah buat dia begitu! Tak pernah buat dia menangis. Bila dia bersama dengan abang, Dia ditampar! Dia menangis! Dan walaupun begitu dia tetap cuba sembunyikan perbuatan abang. Abang tak layak untuk dia”

Mikhail tertawa. Adiknya berkata seperti sudah kenal lama dengan Dana. Macam dah bertahun kenal. Aku tak layak untuk perempuan tu?! Perempuan tu yang tak layak untuk aku! Perempuan penipu. Sampai adiknya pun turut tertipu dengan lakonan super innocent Dana itu.

“Selama Yna kenal? Berapa lama? Seminggu yang lepas maksud Yna? Dan Yna dah percaya sangat dengan perempuan tu? Entah-entah boyfriend dia datang rumah dan tampar dia.. Yna tu yang tak sedar kot.”

Marina mengurut dada. Abangnya itu memang boleh membuatkan orang kena darah tinggi! Boyfriend Dana datang rumah. Ikhwan maksudnya? Ikhwan pijak semut pun tak mati kalau dengan Rya. Inikan pulak nak tampar Rya sampai macam begitu sekali.

“Hisy! Nasiblah abang tak betul-betul kahwin dengan Dana tu!”

Mikhail tersentak.

“Bukan betul? Maksud?”

Marina menutup mulutnya. Terlepas cakaplah. Apa boleh buat. Dah terlepas cakap, terus jelah cerita yang sebenarnya.

“A’aa... Dana tu bukan isteri abang yang sah. Jadi, lepaskanlah Dana tu.Yna cadang nak bagitahu Dana mengenai hal ni lepas tu hantar Dana tu ke balai polis. Mana tahu kaum kerabatnya sudah pening kepala mencari Dana. Dia bukan isteri abang juga.”

Mikhail mula tak senang hati. Mana boleh Dana senang-senang je terlepas dari dia. Tak boleh jadi ni. Marina tersenyum senang melihat kegusaran yang terlukis di wajah abangnya.

“Jangan. Dana takkan senang-senang terlepas dari abang. Dia tu penipu, lepas dia tak dapat tipu abang, mungkin dia akan tipu orang lain lagi. Abang nak beri dia pengajaran sikit.”

Marina mengecilkan matanya. Suka hati dia je nak cakap kawan aku penipu.

“Pengajaran? Dengan mendera dia?”

Sindir Marina.

“Okay-okay.. Silap abang sebab tampar dia. Sorry.”

Mikhail mengalah. Adiknya kalau mula mengugut. Memang tak boleh nak ambil mudah.

“Laa... apasal minta maaf dengan Yna pulak.. Minta maaf dengan Dana.. Kalau tidak..”
Kata Marina sambil memberi senyuman mengugut buat abangnya. Mikhail mengeluh kasar.

“Ya. Lepas pulang kerja nanti.”

“Abang akan berbaik dengan Dana?”

“Ya..”

Jawab Mikhail malas!

“Takkan cakap ya je..”

“Ya.. Mulai hari ni abang berbaik-baik dengan Dana”

Siaplah kau Dana.. Bila Marina takde, kau tengoklah nasib kau nanti.. Bisik hati Mikhail yang seperti sedang merancang sesuatu.

“Dan takkan sentuh-sentuh Dana.”

Mikhail mengerut dahi. Hairan dengan sambungan ayat yang diberi adiknya itu.

“Apasal pulak?”

“Dia bukan isteri abang!”

“Yelah...”

Jawab Mikhail mengalah. Tunggulah Dana... Macam mana nak jauhkan budak Marina ni ya.. Mikhail mula mereka-reka rancangan.

No comments: