Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, January 21, 2010

Biarkan ku bersandar 7

Sedar tak sedar dah setahun dia mengenali iskandar, dan sudah sebulan dia tidak melihat wajah tampan itu. Dia teringat janji Iskandar sebelun iskandar berpindah ke UK.. ……

“Selamat pagi Encik Iskandar..” Annisah berlagak seperti biasa. Formal ketika di kolej. Iskandar merenung wajah manis yang berada di hadapan pintu bilik pejabatnya.

“Takde orang kat sini.. tak payahlah nak formal2..” Gurau Iskandar.. Annisah tersenyum. tanpa kata dia mengambil tempat duduk di sofa yang ada di dalam pejabat itu. Iskandar berjalan kea rah Annisah kemudian duduk berhadapan gadis itu. Mata Annisah menjelajah ke sekeliling pejabat Iskandar dengan kehairanan.

“Kenapa ada kotak2 ni? nak pindah office ke?” Tanya Annisah.. Iskandar mengangguk..

“ Naik pangkat ke atau kena buang?” soal Annisah lagi dalam gurauan.. Iskandar tersenyum.

“Tak kena buang.. tak juga naik pangkat.. Is kena pindah ke UK untuk urusankan family bisnes..” Terang Iskandar.. Annisah terlopong. ‘hey! inilah gimik cerita and novel melayu.. kalau nak pindah mesti jauh2.. cubalah pindah kat Ulu Kelang ke, Alor Star (AS) ke..’ Annisah mengomel di dalam hati..

“ Oo.. jadi jaranglah jumpa Is lagi..” Bisik Annisah perlahan tapi tetap sampai ke pendengaran iskandar. Iskandar beralih tempat duduk ke sisi Annisah.. Menggenggam
tangan Annisah..

“Is akan balik as often as I can..jangan risau..” Iskandar memujuk.. Annisah melihat ke dalam mata Iskandar.

“Tapi UK tu jauhlah Is.. kalau Ulu Kelang bolehlah ulang alik, ulang alik macam perokok isap rokok.. ini naik flight pun berjam2..” Annisah sudah membebel.. Iskandar tersenyum.

“Kalau naik kapal lambat, Is pakai roket lah..” Annisah menampar perlahan lengan sasa milik si jejaka.Iskandar tertawa melihat wajah Annisah yang berkerut.

“Main2 pulak dia.. orang cakap betul2lah.. hah! Naiklah roket tu! kalau meletup roket tu tak ke kempunan Ann tengok muka is yang hensem tu.. sampai je Malaysia dah jadi hitam legam…” Iskandar tidak dapat menahan ketawa mendengar leteran Annisah.. siap dengan ekspresi muka lagi..

“Ala.. Is tiga tahun je kat sana.. pejam celik.. pejam celik dah 3 tahun.. sekejap jet u.. lepas tu bolehlah pinang anak dara orang ni..” Iskandar merenung wajah Annisah dengan senyuman.. Annisah masih lagi membuat wajah cemberutnya.

“Pejam celik… macam jadi sangat laku sangat pepatah tu untuk keadaan sekarang.. Dah pejam dah celik tau2 dia lari ikut minah salleh..”Annisah mengutuk iskandar perlahan.. Iskandar mengangkat keningnya 30 darjah..

“Is janji okay.. lagipun buat apa nak lari2.. Ann bukan tau pun is dating dengan minah salleh kat sana.. “ serentak dengan itu tangannya jadi habuan cubitan ketam dari Annisah..

“hisy! geram betul cakap dengan Is ni.. “ Annisah menunjukkan rajuknya dengan menjauhi Iskandar.

“Okay… sorry.. sebulan sekali Is balik sini ek? bolehlah kita jumpa.. “ Iskandar mendekati Annisah..

“Boleh ke?” Bercahaya matanya mendengar kata2 Iskandar..

“Insya_allah.. tapi….” Iskandar sengaja tidak menyambung ayatnya.

“Tapi apa??” pintas Annisah..

“Ann kenalah jaga diri baik2.. jangan selalu main mata dengan orang..”

“mana ada Ann main mata dengan orang lain..” Annisah merenung wajah Iskandar.

“Ye ke, Is dengar Ann selalu bergaduh dengan ada sorang boy tu.. siapa nama dia? Eddy? Edil?” Iskandar cuba mengingati nama jejaka yang berjaya menimbulkan kemarahan gadisnya itu.

“Ceh!! jangan disebut nama itu lagi.. ia boleh menimbulkan kemarahan beta tahap gigaB..” Annisah berbicara ala2 tun teja.

Annisah tersenyum2 sendirian di dalam kereta mengingati perbualannya dengan Iskandar sebelum jejaka itu berlepas ke UK. kerusi pemandu itu di turunkan ke belakang.. Annisah bersandar dengan selesa dalam keretanya sambil kakinya di silangkan.. seperti orang putih berjemur di pantai lagaknya…dan…

“Woi!!!!! bagi isyarat nak keluar kereta dari tadi.. tapi tak berambus2 lagi.. aku nak masuk panking la!!” Sampai terkeluar anak tegaknya menjerit sambil bercekak pinggang di hadapan cermin kereta Annisah. Annisah berpaling ke kanannya.. ‘hisy! mamat ni lagi.. asal aku di tempat letak kereta je dia ada.. asal dia ada je mesti di tempat letak kereta..’ Annisah mengomel sendirian.

“Ko apasal? datang bulan?? kalau dah emergency nak masuk parking sangat pergilah cari parking tempat lain.., ni yang kau meroyan nakkan tempat parking ini buat apa?..” Annisah mencuba mengawal suaranya dengan geram.. malas mahu menjatuhkan maruah sendiri di tempat letak kereta itu.

“Wei! kalau ada tempat kosong.. memang aku dah blah da dari tempat ni tau? kau ingat aku suka sangat ke mengadap muka kau ni? menyebalkan!” Balas Edil Hakeem pula.. pertelingkahan yang berlangsung selama hampir setengah jam akhirnya berakhir apabila Annisah mengundurkan keretanya dengan selamba dan nyaris memusnahkan kereta Edil Hakeem. Edil hanya tercengang melihat keretanya teraniaya sekali lagi...

1 comment:

Anonymous said...

hahhaah...mesti die ngan edil nti kan??x mooooo...nk ngan is...i love is!jtuh cinton u...spe lak la mr zaka??? tuh...mesti antara 2 org tuh kan???hurmmmmm...

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37