Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, April 28, 2011

Dana atau Adriana??, 21

Bab 21

“Semua ni pasal kau!! bawak malang!!”

Jerkah Mike apabila sampai sahaja di condominium miliknya. Dana terpana.. Dia pula yang dipersalahkan. Sedangkan dialah mangsa keadaan.

“Maaf..”

Hanya itu yang boleh di tuturkan oleh Dana. Dia masih berdiri di depan pintu rumah Mike. Rasa serba salah mahu melangkah masuk ke dalam.

“Maaf..maaf.. kau tahu tak yang kau tu bawa malang!! Apa kata kawan-kawan aku nanti bila tahu aku kahwin dengan orang kampung yang kolot macam kau ni hah!! Buat malu je.. mama aku pun satu..Suruh aku kahwin dengan perempuan talam dua muka macam kau ni!..”

Mike masih lagi membebel. Dana hanya menunduk wajahnya.

“Dah!! Mulai hari ni kau tidur di bilik hujung sana tu.. tugas kau ialah jadi orang gaji di rumah ni!! Jangan harap aku anggap kau jadi isteri aku!! Kau tak layak!!” Jerkah Mike lagi kemudian mengambil kunci keretanya dan meninggalkan Dana yang tergamam..Tapi dibiarkan saja pemergian Mike. Terteram sedikit hatinya apabila wajah lelaki itu tidak kelihatan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dana termenung jauh mengenang nasibnya. Entah kenapalah nasibnya sebegitu. Suaminya tidak menganggapnya sebagai isteri dan dia masih tidak mengingati siapa dirinya. Dana menukar-nukar rancangan television.. satu pun tidak menarik minatnya untuk ralit menonton skrin television itu. Akhirnya dia membiarkan television itu bercakap sendirian..

Tiba-tiba rancangan itu mengamit minatnya.. ‘Syarikat MegaHolding dan Adria Holding sdn bhd berkerjasama..’ keningnya berkerut.. cuba mengingati sesuatu. Bukan MegaHolding yang menjadi tumpuannya.. kerana dia tahu bahawa MegaHolding adalah milik majikan lamanya yang kini sudah menjadi ibu mertuanya..Datin Rafeah. Tetapi Adria Holding seakan mengamit memorinya..

Akhirnya dia berputus asa untuk mengingatinya. Dana bergerak ke dapur untuk menyediakan makan malam.. Dia sendiri tidak tahu suaminya akan pulang atau tidak.. terlalu jarang untuk melihat rupa suaminya itu,,Kalau pulang pun semestinya dirinya menjadi mangsa sumpah seranah yang seakan tidak berpenghujung itu. Dikebalkan juga telinganya untuk menghadapi kata-kata Mike. Tapi apalah nasib bila Mike sudah mula menggunakan kekerasan kepadanya untuk melepaskan marah. Dana mengeluh lagi.. entah untuk ke berapa kali…

~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hai Encik Mikail tak pulang lagi ke??” Ikhwan menegur Mike yang sedang melepak seperti dirinya juga. Tidak tahu apa yang patut di buatnya bila kembali ke rumah.Dia seperti seorang yang lemah, kerana tidak boleh berbuat apa-apa ketika ini.

“Saja.. malas nak pulang.. takde apa-apa yang menarik.” Mike menghadiahkan senyuman. Dia kenal dengan lelaki itu. Salah seorang pemegang syer terbesar di Syarikat Mutiara Holding. Mereka pernah berkerjasama dulu.

“Samalah dengan saya.. takde apa-apa yang menarik.. saya dengar MegaHolding berurusan dengan Adria Holding..” Munir cuba membuka topik.. Mungkin kerana dia juga orang bisnes, jadi dia tidak boleh lari dengan topik seperti itu. Mike mengangguk mengiakan kenyataan Munir itu.

“Yup.. Adria holding.. bercakap mengenai Adria Holding.. saya teringat mengenai wanita paling penting dalam Syarikat tu yang hilang beberapa bulan lalu..dah nak hamper setahun. siapa nama dia ya..” Berkerut kening Mike cuba mengingati nama wanita itu. Raut wajah Munir sedikit berubah .. Dia tahu siapa yang dimaksudkan dengan Mike itu.. Dia menarik nafas panjang..

“Nama dia Tengku Adriana Illyana..” Lancar saja Ikhwan menyebut nama wanita itu.. Mana mungkin dia melupakan gadis itu.. Namanya sentiasa segar di ingatan.. Puas mencari, tapi gadis itu tetap menghilangkan diri.

“ahha.. Illyana.. sayang sekali saya tak berkesempatan berurusan dengannya.. Ketika kami mahu mula berurusan bersama tiba-tiba mereka mengatakan yang dia menghilangkan diri... She very impressive.. walaupun saya tak pernah nampak muka dia tapi saya tetap saya bangga bila mendengar mengenai cerita-ceritanya.. menerajui Satu Syarikat besar dan 4 syarikat induk ketika berusia 17 tahun.. Wow!.. that very,, very impressive..”

Munir tersenyum mendengar pujian Mike.. dia juga terasa bangga bagi pihak Adriana. Sepanjang dia bersama gadis itu sudah banyak perkara baik yang dia dengar. Entah di mana silapnya. Adriana masih menghilang sampai sekarang. Padahal dia sudah mengupah ramai penyiasat untuk mencari wanita itu.

“Yup…she a legend..entah ke mana dia menghilang.” Ikhwan berkata dengan nada suara yang begitu mendatar.

“Saya dengar Mutiara Holding pernah beberapa tahun berurusan dengan Adria Holding? Mesti Encik Munir selalu berjumpa Adriana kan?” Tanya Mike.. Dia tidak sempat untuk bertemu dengan Adriana.. Apatah lagi mahu melihat muka Adriana..entah kenapa dia begitu tertarik mengenai Adriana.. Dari dulu lagi dia ingin sekali berjumpa dengan wanita itu.. hatinya selalu tertanya-tanya.. Cantikkah wanita itu? Macam mana perwatakannya? Baik atau sebaliknya? Dan tidak keterlaluan dia katakan yang dia seperti jatuh cinta dengan gadis yang belum pernah dia kenal. Pihak media pun tidak pernah menyiarkan gambar wanita itu..

“Ya.. pernah beberapa tahun.. memang selalu jumpa dia.. Dia jenis wanita yang easy to get along.. dan very open minded.. lakaran dan idea-ideanya juga sukar untuk ditolak..senang kata Adria Holding beruntung mempunyai dia.. Adrian Ilham juga apa kurangnya.. sekarang dia yang menerajui Adria Holding kan?” Ikhwan bertanya kepada Mike.. Sudah hampir setahun dia tidak mengambil tahu mengenai Adria Holding.. entah kenapa dia sendiri pun tidak dapat menjawabnya. Mungkin kerana masih bersedih dengan kehilangan gadisnya membuatkan dia tawar hati mahu ke Adria Holding.

“Ya.. Tengku Adrian pun apa kurangnya.. Idea-ideanya bernas.. saya rasa senang berurusan dengan dia.. lagipun dia seorang yang cekap.. Itu memudahkan lagi urusan kami..” Kata Mike kemudian dia cuba mengingati rupa paras Tengku Adrian Ilham itu.. putih, tinggi dan sentiasa memastikan dirinya kemas.. Adrian juga memiliki wajah pan asian.. yang membolehkan lelaki itu memikat gadis-gadis disekeliling lelaki itu.. Dia teringat ketika kali pertama memasuki pejabat lelaki itu.. kemas.. Tetapi tidak ada satu pun gambar keluarga di atas meja lelaki itu… Hampa seketika kerana tidak dapat melihat bagaimana wajah Adriana.

“Saya pernah berurusan dengan Adrian sekali.. dia seorang lelaki yang penuh dengan Idea yang membangun.. tidak rugi Syarikat MegaHolding berurusan dengan Adria Holding..” Kata Ikhwan.. tiba-tiba perbualan mereka terganggu dengan bunyi telefon Ikhwan.. Ikhwan mengeluh melihat nama pemanggil itu.. Dia meminta diri seketika untuk menjawab panggilan telefon itu.. Mikhail hanya mengangguk.. Ikhwan kecewa dengan apa yang di dengarnya.. sudah bersilih ganti dia mengupah penyiasat untuk mencari Adriana, Tapi jawapannya tetap menghampakan.

“Wife telefon??” Tanya Mike.. melihat kerutan di muka kenalannya itu membuatkan dirinya tersenyum.. teringat isterinya yang dikahwininya kerana satu salah faham.. terasa benci dengan wanita itu.. difikirannya wanita itu sama dengan teman-teman wanitanya yang lain yang hanya inginkan wang.. seperti bekas tunangnya dulu.. semenjak putus tunang dirinya begitu membenci wanita.. Dia hanya membuat wanita-wanita di sisinya hanya untuk teman tidur dan tidak lebih dari itu..

“Tak.. cuma pekerja saya telefon..Saya harap berita yang gembira, tapi tetap mengecewakan ..” Kata Munir selamba.. Mike tersenyum.. Mereka berbual-bual malam itu tanpa mengendahkan manusia lain.

Wednesday, April 27, 2011

Dana atau Adriana??, 20

Bab 20

“Hah... tu pun Dana...”

Marina yang sedang keenakan meneguk air tehnya tersedak kemudian terbatuk-batuk apabila merenung kakap iparnya itu. OMG!!!!!

“Apa kamu ni Marina.. Minum pun macam budak-budak..tersembur-sembur..”

Bebel Datin Rafeah. Marina tidak mengendahkan bebelan ibunya sebaliknya dia menggosok-gosok matanya. Mahu meyakinkan dirinya. Betulkah imej perempuan yang sampai ke otaknya ini. Rya??

“Ma... ni...”

Tak tercakap Marina bila dia menunjuk ke arah Dana. Dana mengerut dahi. Tidak faham dengan apa yang berlaku sekarang.

“huh... Sad kan?”

Kata Mikhail bertujuan menyindir isterinya yang tidak standing digandingkan dirinya itu. Bersimpati dengan dirinyalah kononnya. Marina mengurut dada. Sesak nafas tiba-tiba.

“Sii....apa nama??”

Tanya Marina mahu meminta kepastian. Dana mengerut dahi. Apa lagi salahnya sekarang ni. Adik dengan abang memang musuh sangat ke dengan dirinya.

“Dana Insyirah.”

Untuk kesekian kalinya, dia juga ragu-ragu dengan nama yang disebut tadi. Marina menelan air liur kelat.

“Matilah aku....”

Bisik Marina perlahan tapi masih boleh didengari oleh keluarganya.

“Apa yang mati?? Yna kenal dengan dia ni??”

Tanya Mikhail pula. Marina berfikir seketika. Direnung Dana yang masih serba salah berdiri disebelah ibunya itu. Berkerut juga dahinya memikir.

“Macam..........Macam pernah kenal. Tapi tak.. Yna tak kenal dia.. Cuma tadi terkejut bila tengok muka kakak ipar Yna yang cantik ni.. Ayu je.. tenang je tengok.”

Marina menggigit bibir sambil tersenyum. Kena puji lebih-lebih ni, kang kalau betul dia Adriana dan ingatan dia dah kembali macam biasa, mampus aku!.Mikhail mencebik bila mendengar pujian dari adiknya itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~

“Abang!...”

Marina menarik tangan abangnya ke taman rumah mereka. Mikhail hanya mengikut bila melihat muka serius adiknya. Mesti hal yang serius ni.. Bisik hati Mikhail.

“Abang tak boleh bawa Ry.. eh.. siapa nama tu.. Dana.. ah, Dana pindah rumah abang..”

Mikhail mengerut dahi. Tadi memuji sangat kakak ipar dia tu.. Sekarang ni dia pulak membantah mengalahkan abangnya yang terkahwin tanpa rela ni.

“Memanglah hajat di hati abang ni memang tak mahu langsung nak ajak dia balik rumah abang.. Tapi mama tu.. tau la mama macam mana..”

“Ala... cakap jelah perkahwinan abang dengan Dana tu tak sah..”

Mikhail mengerut dahi.

“Apa yang Yna merepek ni...”

Mula kebingungan. Marina mengaru kepala yang tidak gatal. Mencari alasan.

“Nama..”

Mikhail tambah bingung.

“Nama?”

Ulangnya lagi.

“Yelah... Abang sure ke tu nama dia sebenar.. Dia sebut nama dia pun macam sure and tak sure je..”

Mikhail mengerut dahi.

“So....”

“So., abang kena tanya ustaz-ustaz yang arif lagi bijaksana.. sah ke tidak kalau perempuan tu guna nama orang lain masa ijab dan Kabul.. Dan sekarang abang tak boleh sentuh Dana lagi..”

Marina agak kebanggaan dengan dirinya sekarang kerana dapat mencari alas an yang cukup munasabah. Abang dia tak boleh ber“?” dengan Dana. Macam mana kalau Dana tu Adriana.. dan yang lebih teruk lagi kalau Dana ingat semula.. Kecoh dunia wei... Allah jelah tau.. Bisik hati Marina. Mikhail tergaru-garu kepala memikirkannya. Ada betulnya juga kata adiknya tu.

“Tak boleh..tak boleh... Abang tak mahu cari masalah lagi dengan mama dalam masa terdekat ni.. Mama hari tu marah sangat tau.. sampai tak nak mengaku anak.. abang tak mahu ada masalah lagi.. Bawa je Dana tu balik rumah abang... Leh jadi orang gaji kat rumah abang.. Jimat duit..”

Marina menelan air liur. Adriana? Jadi orang gaji?? Em... memang padanlah sangat. Abang aku ni dah tak sangat rumah dia gamaknya.. Nak sangat tengok rumah dia meletup gara-gara isteri sendiri kot.. Adriana kalau disuruh kerja pejabat pandailah dia.. Tapi kalau kerja rumah... em.. lambat sikitlah jawabnya..

“Eh....eh.. abang...”

Marina menarik tangan abangnya bila Mikhail sudah mahu masuk kedalam rumah kembali.

“Apa dia lagi minah oi...”

Marina mencebik sikit.. Sampai hati abang aku panggil aku minah.. Cantik-cantik nama Marina dah jadi minah..

“Boleh bawak Dana pulang rumah abang.. Tapi kena fikir-fikirkan juga apa yang Yna cakap tadi.. Bilik asing-asinglah buat sementara waktu..”

Adriana tu masih hilang ingatan abangku oi.. Dia masih dalam keadaan tidak waras lagi untuk berfikir.. Kalau Dana dah jadi Adriana.. huh! Memang masak kita bang.... omel Marina didalam hati.

“Em.. yelah...”

Balas Mikhail pendek.

Tuesday, April 12, 2011

MasterpieceKu yang terakhir

MasterpieceKu yang terakhir

“Evone adalah seorang pelukis yang sangat fanatik dengan lukisan dan meluahkan perasaannyanya di sebalik lukisan. Jadi saya yakin tak lama lagi tentu kita akan dapat melihat juga karyanya yang terbaru dan....”

Television yang mengganggu konsentrasinya sebentar tadi terus di tutup. Perasaannya terus berkecamuk. Karya terbaru? Bisik hati Evone. Canvas putih yang masih kosong direnungnya lama. Evone kemudian mengambil berus lukisan dengan tangan yang menggeletar. Dia cuba melukis sesuatu di atas canvas putih itu. Cuba sedaya upaya meluahkan perasaannya ke dalam lukisan.

“Ah..”

Berus yang tadinya dipegang erat sudah terjatuh di atas lantai. Evone menggigit bibir.

“Kau tak boleh paksa diri kau.. Doktor kan dah cakap yang kau mesti rehatkan tangan kau tu..”

Sherry di muka pintu direnung. Evone mengurut pergelangan tangannya yang sudah mulai sakit kembali.

“Its been a year. Seorang pelukis dah tak berguna lagi kalau tangan mereka dah tak boleh melukis..”

Jawab Evone. Sherry menggeleng perlahan. Dia mengambil berus lukisan yang terjatuh di atas lantai sebentar tadi. Evone merenung lukisannya. Buruk! Macam lukisan budak tadika.

“Baru setahun.. bukan bertahun-tahun.. Bagi sedikit masa lagi.. Tangan kau akan baik macam dulu.”

Evone mengeluh.

“Macam mana kalau aku tak boleh melukis lagi Sherry? Apa aku nak buat selain melukis? Hidup aku jadi kosong..”

Evone cuba menahan air mata yang mahu membasahi pipinya. Dia kecewa dengan dirinya.

“The pain will go away.. but,. I lost my confident.. aku tak tahu kalau aku boleh melukis lagi.. Tengok tu.. buruk!”

“Then try harder.. Ingat tak lukisan pertama kau? Dikritik berkali-kali.. tapi kau tak pernah hilang keyakinan.. Kau makin berusaha menghasilkan karya yang terbaik..”

“Just try...lepas tangan kau dah baik”

Pujuk Sherry lagi.

“No..”

Evone menukarkan canvas yang dicontengnya tadi dengan yang baru.

“Ini yang terakhir..”

~~~~~~~~~~~~~~~~

“Dan...akhirnya, detik yang tuan-tuan dan puan-puan nantikan.. MasterpieceKu yang terakhir dari Evone. Bidaan bermula dari RM1.5 juta”

“2 juta..2.5 juta anyone?”

“2.5 juta? Wei.., dah mengalah ke?”

Kata Hairul perlahan di telinga Tengku Syafiq.

“Sabarlah... Biar diorang berlawan-lawan harga dulu.. aku sebagai penutup majlis.”

Jawab Tengku Syafiq. Hairul cuma menjungkit bahu. Mana dia tahu permainan orang kaya ni.

“2.8 juta! Ada yang yang ingin membida?”

“Fuiyo.. 2.8 juta untuk satu lukisan? Lawak ke apa? Lepas tu lekat kat dinding.. Pencuri pun pandang sebelah mata je..”

Rungut Hairul perlahan. Syafiq menjungkit kening.

“Kau tahu tak lukisan yang sedang dibida sekarang ni ada lukisan yang sangat berharga.. Ini karya Evone yang terakhir tau.. Lepas ni dah takde dah.. Kalau setakat nak beli copy dia je nak buat apa.. tak berharga langsung.”

“Alah.. kau pun beli copy lukisan Evone tu je selama ni.. tak pernah pun beli yang original. Bukan orang tau pun.”

Jawab Hairul lagi. Sungguh dia kebosanan di dalam dewan yang penuh dengan orang-orang berduit ni.. Pelik.. dah tak tahu nak habiskan duit kat mana kot.. tu yang beli lukisan harga yang berjuta-juta.

“2.8 Juta satu.. dua... and..”

“6 Juta!”

Hairul ternga-nga bila mendengar harga yang disebut dengan lantang itu. Kawannya disebelah direnung seperti mahu terbeliak biji matanya. 6 Juta!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ 6 Juta? Dua kali ganda dari harga asal!..”

Kata Yasmine dengan penuh terkejut. Wanita di sebelahnya juga terkejut sama.

“ Itulah namanya orang menghargai lukisan.. Tak macam seseorang tu..”

Sindir gadis di sebelahnya.

“Seseorang tu terpaksa tidak menghargai lukisan atas sebab-sebab tertentu..”

Gadis itu mahu berangkat pergi. Selepas terjualnya karya terakhir dari Evone, ertinya acara bidaan itu pun telah berakhir. Yasmine mengikut dari belakang. Sempat lagi dia mencuri pandang ke arah pembeli lukisan terakhir itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Awak?”

“Maaf?”

Yasmine tersenyum.

“Maafkan saya.. awak yang beli lukisan hari tu.. sampai 6 juta..”

Tengku Syafiq tertawa. Dia ingat gadis itu. Sebelum masuk ke dewan bidaan, dia sempat terlanggar dengan gadis itu. Dan kali ini juga begitu. Agaknya dia dan gadis itu di takdirkan berlanggar bila berjumpa.

“6 juta tu sangat sikit bila membeli sesuatu yang sangat berharga.”

Yasmine tersenyum.

“Saya tak tahu tentang lukisan. Jadi saya tak tahu betapa berharganya satu tu lukisan bagi awak.”

“Em.. Apa kata kita duduk dan minum-minum dulu sambil saya brainwash awak mengenai lukisan.”

“Apa kata kita masuk je gallery yang sedang terbuka luas di depan ni dan awak boleh ceritakan serba sedikit tentang lukisan-lukisan kat dalam ni..”

Tengku Syafiq tersenyum. Macam mana dia terlupa yang mereka sedang berdiri di depan pintu gallery lukisan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Lukisan ni.. cantik.”

Kata Yasmin yang sedang berdiri di depan sebuah lukisan yang dipamerkan di dalam galeri itu. Tengku Syafiq menjuih bibir. Tidak setuju dengan pendapat Yasmin tadi.

“What? Cantik apa?”

Kata Yasmin lagi apabila melihat riak tidak setuju di wajah Tengku Syafiq.

“Kacau bilau..”

Komen Tengku Syafiq. Yasmin membuat muka tidak percaya.

“Komen daripada orang yang membeli satu lukisan dengan harga dua kali ganda dari harga sebenar.”

Balas Yasmin dengan nada sarkastiknya. Tengku Syafiq tersenyum. Sedar dirinya diperli oleh Yasmin. Dia cuma sukakan karya dari Evone.

“So, apa pandangan awak pula tentang lukisan ni?”

Tanya Tengku Syafiq pula.

“Pandangan saya?.. em.. Lukisan ni melambangkan hidup seorang manusia. Putaran ni bermaksud perjalanan hidup.. Berliku-liku dan kita tidak selalunya di atas. Tongkat usang ni nak beritahu kita yang seorang manusia tu tidak boleh hidup dengan sendirinya..Mesti ada kawan.. atau keluarga yang sentiasa di sisi. Dan.. overall lukisan ni mengisahkan tentang keperluan hidup kita.”

Tengku Syafiq merenung Yasmin dengan rasa bangga. Yasmin menjungkit kening.

“Not bad bagi seseorang yang mengatakan dia buta seni.”

Komen Tengku Syafiq.

“Belajar dari kawan. So, mana satu lukisan yang menarik minat awak untuk ke sini?.”

Tengku Syafiq menunjuk ke arah lukisan yang menarik minat ramai di sudut kiri galeri itu.

“Evone’s painting..”

Tengku Syafiq mengangguk tanda mengiakannya. Lukisan ini yang menarik minatnya untuk ke galleri itu.

“Lukisan ni menyampaikan sesuatu.. Pelukis mahukan kebebasan yang tiada batasnya.”

“Pelukis? Bukan perempuan yang dalam lukisan ni?..”

Tengku Syafiq tersenyum.

“Evone menyampaikan rasa hati melalui lukisannya.”

“Kaki perempuan ni terikat dengan tali yang rapuh.. dan tangannya pula tidak terikat. Tiada apa yang menghalangnya dari lepas bebas.”

Yasmin memberi pendapatnya pula.

“Ya.. Dia menunggu seseorang untuk menyelamatkannya.”

Jawab Tengku Syafiq pula. Yasmin tertawa sinis.

“Perempuan ni lemah. Tidak boleh berdiri di kaki sendiri.”

Komen Yasmin lagi.

“Kadang-kadang, hidup tak semudah yang kita sangka. Air yang tenang tak semestinya tiada buaya.”

“Rasanya masih semua orang mentafsirkan lukisan Evone dari sudut yang sama..”

Yasmin beralih ke lukisan lain pula. Tengku Syafiq mengikut dari belakang.

“Sebenarnya lukisan itu adalah mengenai cinta terlarang..”

Kata-kata Tengku Syafiq membuatkan Yasmin menghentikan langkah dan memusingkan badannya menghadap Tengku Syafiq yang sedang tersenyum.

“Lemah.. Selain lemah, sikap seorang perempuan ada menghormati perasaan kaumnya sendiri.. Perempuan dalam lukisan tu memakai baju kurung.. Ertinya dia seorang wanita melayu yang masih berpegang kepada adat. Tali tu rapuh. Melambangkan ikatan perkahwinan lelaki yang dicintainya.. Sangat rapuh.. Kalau dia mahu, dia boleh terus membuka ikatan tali yang melilit kakinya, ertinya menghancurkan perkahwinan lelaki tu. Pemandangan di hadapan wanita itu nampak jauh, seperti wanita itu berpandangan jauh ke hadapan. Tapi sebaliknya wanita tu cuma mahu memandang dari jauh..”

Yasmin mempamerkan wajah bangga mendengar penjelasan Tengku Syafiq.Tengku Syafiq menjungkit bahu.

“Itu hanya pendapat saya.”

“Saya kagum..”

Kata Yasmin lagi. Tengku Syafiq tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~

“Dah berbulan-bulan saya kenal awak, and saya masih keliru..”

Yasmin sedang mengangkat gelas teh di depannya dengan menggunakan tangan kirinya apabila Tengku Syafiq bercakap.

“”Keliru sebab apa?”

“Awak ni right-handed ke atau left-handed?”

“Right-handed.”

Jawab Yasmin ringkas.

“But you grab the cup using you left hand walaupun gelas tu diletakkan di sebelah kanan awak.”

Yasmin tersenyum.

“Saya jarang tengok awak menggunakan tangan kanan awak.”

“Dan awak cakap awak right-handed.. Pelik..”

Yasmin tertawa kecil.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Awak kerja apa?”

“Kerja apa yang awak nak?”

Tengku Syafiq menggeleng kepala sambil tersenyum. Dia pula ditanya balik. Gadis di depannya itu begitu berahsia. Kadang-kadang dia rasakan Yasmin adalah hantu yang ada di mana-mana saja. Dia pergi shopping complex, nampak Yasmin tengah membeli-belah, Dia pergi padang golf, yasmin tengah menilik kayu golf. Gadis ni takde benda lain yang lebih penting ke yang dia nak buat..Bisik hati Tengku Syafiq.

“Kerja awak la.. yelah, kalau saya jalan ke gallery, awak ada.. Kalau saya pergi coffee shop, awak tengah minum kopi sambil goyang kaki.. awak takde kerja ke?”

Yasmin tersenyum.

“Saya belum jumpa kerja yang sesuai lagi..”

Tengku Syafiq membetulkan duduknya.

“Awak lulusan apa? Kebetulan company saya tengah mencari pekerja..”

“Kerja apa?”

Tanya Yasmin dengan terujanya.

“Tea lady untuk saya..”

Kata Tengku Syafiq dengan wajah seriusnya. Yasmin sudah menunjukkan mukanya yang penuh dengan kerutan.

“Takpela.. thank you, terima kasih, arigatou gonzaimas lah jawabnya..”

Jawab Yasmin dengan wajah bengang.

“Ada lagi jawatan kosong..”

Pancing Tengku Syafiq lagi.. Yasmin hanya menjungkit kening. Bertanya dalam bisu.

“Jadi Tea lady untuk saya dan anak-anak saya..”

Kata Tengku Syafiq sambil meletakkan satu kotak kecil di atas meja dan kemudiannya menyorong kotak itu kepada Yasmin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baju pengatin putih yang tersarung ditubuhnya sudah tidak menimbulkan rasa gembira dihatinya. Jam di atas meja sudah balik-balik direnungnya. Telefon pun sudah berkali-kali di dail. Sherry masuk ke bilik dengan muka muram.

“Kenapa dia tak angkat telefon ni Sherry.. Rombongan pengantin lelaki belum sampai-sampai lagi.. Aku risaulah..”

“Evone...”

Sherry mengambil perlahan telefon bimbit di tangan kawannya. Dia cuba mengambil kekuatan untuk memberitahu berita itu.

“Rombongan lelaki tidak akan datang..”

Temannya itu terus berdiri mendengar berita yang sungguh mengejutkan itu.

“Kenapa?”

Air mata sudah mula membasahi pipi. Sherry menyerahkan majalah yang di terimanya dari Hairul sebentar tadi. Majalah seni yang mempamerkan wajahnya di muka depan.

“Dia dah tahu..”

Tak perlu Sherry menjelaskan panjang lebar. Yasmin sudah tahu. Semestinya Tengku Syafiq rasa tertipu.Tanpa kata, Yasmin mengambil Art pack yang sudah tersedia di atas katilnya kemudian meninggalkan Sherry yang terkulat-kulat. Tidak tahu mana arah tuju sahabatnya itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Baguslah awak dah tahu yang awak tertipu..”

Yasmin berjalan mendekati Tengku Syafiq yang masih dengan baju melayunya dan dia masih dengan baju kurung pengantinnya. Dia tahu yang Tengku Syafiq pasti berada di sini. Tengku Syafiq memalingkan wajahnya. Marah dengan Yasmin.

“Tapi awak tak tau yang awak dah tertipu sebanyak 2 kali..”

Walaupun tiada balasan dari Tengku Syafiq, Yasmin terus mendekati lelaki yang mendiami hatinya itu.

“Selain daripada kenyataan yang awak tu Evone? Apa yang lebih teruk?”

Sindir Tengku Syafiq.

“Awak membazirkan duit sebanyak 6 juta untuk membeli karya palsu saya yang terakhir kononnya.”

Tengku Syafiq mengalihkan pandangannya kepada Yasmin.

“Pertama kali saya berbual dengan awak, saya tak sangka ada orang yang boleh mentafsir lukisan yang menyampaikan isi hati saya dengan tepat.”

Yasmin membuka Art Pack yang dibawanya tadi. Isi hati yang dia cuba terjemahankan dalam bentuk lukisan buat Tengku Syafiq.

“Kalau lukisan je yang boleh menyampaikan isi hati saya pada awak.. Jadi walau sesusah mana pun saya akan cuma melakar di atas canvas, supaya awak boleh baca isi hati saya melalui lukisan-lukisan saya..”

Yasmin menyerahkan lukisan yang cukup tidak kemas itu.

“Saya pernah menghasilkan banyak karya.. Dan mungkin ini yang terakhir. Tapi saya tak rasa sedih dan terkilan.. Sebab saya dah berjumpa dengan seseorang yang boleh menterjemahkan perasaan saya di dalam lukisan ini.”

Yasmin terus berlalu meninggalkan Tengku Syafiq yang masih meneliti lukisannya. Ya Allah, Aku sudah temukan beberapa lelaki yang ditakdirkan berada di sisiku untuk sementara waktu.. tapi biarlah dia,... Biarlah dia yang terakhir..

“Tengku Evani Yasmin..”

Yasmin memberhentikan langkahnya. Tapi masih tidak berpaling mengadap Tengku Syafiq di belakangnya.

“Jadilah cinta terakhir saya untuk selamanya..”

Tuesday, April 5, 2011

Diari isteriku,cerita cintanya 4


Bab 4

5 Februari 04

Hari ni baru saya tahu yang dia adalah senior saya.. tapi saya jarang jumpa dia.. masa orentasi pun saya tak jumpa dengan dia.. Rupanya....

“Eh... Izhar tu ambil kos apa ek?? Tak pernah pun terserempak dia kat mana-mana kelas..”

Tanya Elina selepas saja mereka mendapat tempat duduk di dalam cafe Kolej Angsana itu. Dya mengangkat wajahnya yang sedari tadi merenung buku apabila nama jejaka pujaan hatinya disebut. Dia juga tertanya-tanya seperti Elina. Tidak pernah pun mereka terserempak di mana-mana kelas.

“Memanglah.. Dia kan senior kita..”

Jawab Farina sambil membuka balutan burgernya. Perut yang kosong merayu-rayu sedari tadi minta di isi.

“Ah?? Senior? Tak pernah tahu pun..Hari tu masa minggu suai kenal tak nampak pun muka dia..”

“Sebab dia tak berapa suka sangat bersosial ni.. Hidup dia tu di dalam bilik muzik je..”

Jawab Farina lagi.. Info yang diberikan oleh Farina begitu menarik minat Dya.

“Muzik??”

Ulang Dya tapi matanya masih merenung buku. Seperti tidak begitu mengambil kisah tentang perbualan teman-temannya itu.

“A’aa..”

Farina mengia kannya.

“Kau banyak tahu tentang Izhar.. ada apa-apa ke?”

Sakat Elina.

“Hello!... Adakah anda sudah lupa fakta penting yang Farina Ingrid Abdul Razak adalah kekasih Sofian. Sofiankan roomate Izhar..Jadi aku korek-koreklah cerita untuk kawan kita yang sedang memasang telinga tapi berpura-pura baca buku C sharp yang tebal tu...”

Dya mengangkat wajah bila dirinya disindir. Dya menghadiahkan senyuman lebar buat temannya. Tidak sangka Farina sedar akan hal itu. Mungkin kerana dia sentiasa ditangkap basah oleh Farina bila saj mencuri pandang ke arah Izhar.

“Tiba-tiba aku teringatlah... Dya, kau kan suka main piano..”

Kata Elina sambil menjungkit kening sebelah kanan ala-ala Ziana Zain.

“Tak macam pelik ke?”

Tanya Dya pula dengan muka ragu-ragu. Elina dan Farina kehairanan.

“Apa yang pelik?..”

“Aku yang kejar dia..”

Elina dan Farina berpandangan sebentar bila mendengar bisikan Dya.

“Dya... Mungkin otak kau dah jam baca buku programming..Kau dengar baik-baik ya..Aku suruh kau ikut kelab muzik.. bukan suruh kau main kejar-kejar dengan Izhar..”

Kata Elina sambil turut berbisik.Seperti ada pelajar yang teringin mencuri dengar perbualan mereka.

“Elina.. maksud aku.. Perigi cari timba..”

Berbisik lagi.. Farina mengerut dahi melihat telatah teman-temannya.

“Yang korang berbisik ni apahal?”

Tanya Farina dengan nada bisik juga. Mereka berpandangan sesama sendiri. Kemudian memerhati keadaan cafe yang lengang itu. Mereka tersengih sesama sendiri.

“ Senang cerita.. Kita semua masuk kelab Muzik..”

Elina membuat keputusan.

“Kita??”

“Please Ina...”

Pujuk Dya. Mana berani dia mahu menjadi ahli kelab muzik itu seorang diri. Entah apa yang direpekkan nanti bila berjumpa dengan Izhar.

Rupanya awak seperti saya.. Muzik ialah dunianya.. Oh God.. Saya tiba-tiba tertarik dengan idea gila-gila Elina.. tak pernah terfikir nak jadi nak pecah rekod yang dah berapa kali pecah ni.. perigi cari timba? Tapi demi awak..saya sanggup.. Semua salah awak.. kenapa awak mencuri semua tumpuan saya.. Bagi tinggallah cket.. Tak cukup dengan tu.. Hati saya pun awak nak cuba curi... Jadi sekarang saya terpaksa amik hati awak pula..

9.10 mlm

Nadia Alisya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Sofian?? Sofian Idris ke?”

Berkerut dahi Fahmi memikirkan tentang itu. Kerja-kerja yang memerlukan perhatiannya terbengkalai saja di atas meja kerjanya. Diari isterinya sedari tadi tidak lepas dari tangannya. Seperti membaca novel pula. Ketukan di pintu pejabatnya membuatkan Fahmi tersentak.

“Wah.. hardworking nampak.. sampai lunch hour pun masih terpaku di kerusi ni..”

Seperti mendengar namanya disebut, laju saja Sofian muncul di depan pintu pejabatnya. Diari isterinya ditutup. Sofian mengerut dahi melihat buku tebal dalam pegangan temannya itu.

“Tu...”

“Jom makan.. lapar..”

Fahmi cepat mengubah tajuk sambil menyembunyikan diari Dya di dalam laci mejanya. Dia terus meninggalkan Sofian yang masih terpinga-pinga di depan mejanya. Fahmi sudah mula tertanya-tanya.. ada apa dengan diari isterinya itu sampaikan semua orang tahu mengenainya. Sofian pun macam tahu tentang Diari Dya itu.


Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37