Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, May 29, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 21

"Aku nampak kau dengan budak chill tu bukan main lagi... dah macam anjing dengan kucing dah.." Serius.

Dannial merenung serius wajah Aidil yang serius.. Cuba memahami kata-kata sepupunya.

"Patutlah Dil, masa kau temuduga maktab untuk kos BM dulu dorang tak terima kau...Perumpamaan yang di belajar masa tahun 2 pun kau dah fail..."

Rafiq menyampuk dari belakang.

"Macam belangkaslah.. apa pulak macam anjing dengan kucing.." Jelas Rafiq.

"Ooo.. ye ke.. Tapi betullah Nial.. Ko jangan memain benda ni.. Kau tu belum lagi kerja.. tapi aku nampak dah ada gaya-gaya nak pasang dua ni.."

Dannial menghirup air minuman dengan nikmatnya. Cuaca yang panas menambahkan lagi kepenatannya.

"Aku takde apa-apalah dengan Chill tu.. cuma kawan chatting je.. tak sangka pula jumpa dia kat sini.. tu je.." Nafi Dannial.

"Entah iya, entah tidak.. tulah susah pasangan yang duduk jauh-jauh ni.. Bukan makin rindu-rinduan.. makin curang-curangan pulak.."

RAfiq memandang Aidil serius.

"Dil, ko boleh tak jangan musnahkan bahasa kebangsaan kita..Perit telinga aku mendengar gila-gila bahasa kau ni tau tak..Tapi aku setuju dengan Aidil tu.. Kau agak-agaklah nak pasang dua depan mata aku ni Nial.., Nak Berair mata aku tengok kau berkepit dengan Chill tu.."

"Habis tu.. Aku jelah yang salah.. YAng Dahlia kat Sabah tu.. tak tahu apa yang dia buat dengan si Paied.. Tak salah?" Tak puas hati ni..

"Ek' eleh.. Kau dah berapa bulan tak calling-calling dengan Irah ni? sampai tak tahu berita sensasi yang tengah bergelora satu Angsana 2 tu.."

Dannial memandang Rafiq.. Dengan isyarat agar Rafiq bercerita dengan lebih lanjut..

"Hah! tu lah kau.. dah kelabu mata dengan budak Chill tu.. Aku yang takde kaitan pun dengar tau pasal berita sensasi tu.."

"Apa dia berita sensasi tu?!" Tanyanya bengang.

"KAu tak tahu?? Irah tak beritahu? atau kau tak telefon dia?" Soal Rafiq pula..

"Apa yang sensasi tu?? Cuba korang beritahu aku then baru tanya soalan lain.." Makin bengang.

"Aku betul2lah bengang dengan kau ni... Keadaan Irah sekarang pun kau tak amik tahu.. betul2lah.." Rafiq pula.. Aidil menggeleng kepala.. DAnnial tambah bengang..

"Apa dia???!!!" DAnnial mengetap bibir.

"Kau betul2 dah berpaling arah ke ni Nial?? Takkan baru dua bulan kenal dengan Chill tu kau dah tak ingat Irah? Call dia pun tak?!"

"Arrrggg..." Tak senang duduk di buatnya.. kalau macam ni baik aku tanya Lia je.. Tanya badut dua orang ni macam cakap dengan tembok besi.. "Korang nak bagitahu ke tak ni?!!!!"

"Irah dengan Paied...."

"Nial.......Penat I cari you.. You kat sini pula.." Chill muncul di dalam perbincangan mereka.

"Chill.. Nanti jap.. Fiq.. apasal? sambung balik.."

"Kau pergilah dengan Chill dulu.. Balik hostel nanti kita sambung balik.." Rasa tidak selesa pula bercerita dengan adanya Chill di situ..

"Hum... Okaylah..." Chill tersenyum gembira apabila Dannial mahu pergi bersamanya.

Rafiq dan Aidil berpandangan sesama sendiri melihat langkah Dannial dan Chill yang semakin menjauhi mereka...

"Aku rasa tak senang hatilah dengan gaya perempuan tu.."

"Aku pun mahu cakap benda yang sama..." Kemudian mereka berdua menjungkit bahu dan berjalan mengekori DAnnial dan Chill secara sembunyi-sembunyi.. seperti yang selalu mereka lakukan sepanjang dua bulan Dannial keluar bersama gadis itu..

Monday, May 24, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 20

Diakah itu????

“Chill?!.. Nama awak Chill?” Chill geram dengan lelaki yang menghalang jalannya itu dengan menggengam tangannya.. Sejak dia memperkenalkan diri di dalam kelas Prof.Hassan tadi, dia terasa ada mata yang merenung tajam ke arahnya.. Chill menghadapn ke belakang untuk melihat siapa yang berani menghalang jalannya. Putih, tinggi 180cm, bertubuh yang tidak terlalu kurus dan tidak terlalu sasa, tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit kedua-dua belah pipi dan glasses! ‘handsome juga mamat ni..’ bisik hati Chill

“Ya saya.. ada apa masalah?” Tanya Chill dengan nada suara yang sedaya upaya disopankan. Lelaki itu tersenyum kembali.

“Saya Dannial, Awak dari Angsana 1 kan?” Tanya Dannial kepada gadis di depannya itu. Dia berharap yang tanggapannya betul. Chill di Eternity chatroom dan Chill yang ada di depannya adalah orang yang sama.

“Ya.. saya ex.Angsana 1.. kenapa ya?” Cuba mempamerkan senyuman yang paling memikat. Kelihatan lagi kunci kereta yang tersangkut di seluar lelaki itu tertulis BMW.. Mana mungkin dia melepaskan tuah yang datang bergolek kepadanya,

“Saya rasa kita dah kenal, IMVU, emm.. Eternity Chatroom..saya Sly..” Tanpa ada mukhadimah yang sepatutnya. Dannial terus ke isi penting. Chill berfikir seketika. cuba mengingati di mana dia terjumpa perkara yang mengabungkan namanya, nama yang di sebutkan oleh lelaki itu dan Eternity!. Dia terus teringat peristiwa sewaktu dia mengunjungi bilik computer kolej Angsana beberapa hari sebelum dia berpindah. ‘So
dialah yang berchatting tu.. mesti dia salah anggap aku ni kawan dia chatting.Ah! pedulikanlah.. siapa nak lepaskan budak macam ni..’ bisik hati Chill lagi

“Sly.. jadi awak la orangnya..” Kata Chill kononnya teruja. Dannial mengangguk..“Ya saya.. emm.. apa kata kita minum dulu.. cerita2..” ajak Dannial.. seperti yang di ingini oleh Chill..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Aku ada baca email yang kau hantar pasal mamat Sly kau tu., Apa cerita dah sekarang? dah makan umpan ke?” Tanya Claudia di hujung talian. Chill tersenyum sambil meletakkan telefon bimbitnya di meja solek dan menekan punat loudspeaker.

“Belum masuk betul.., tapi aku akan pastikan dia tak terlepas. Kalau guna pancing tak dapat, aku boleh guna pukat tunda... banyak cara nak jerat orang ni..” Katanya dengan bangga. Rambut yang panjang dan lurus itu di sisir semula sehingga kemas. Bibir munggil dibaluti gincu merah bak delima. Bulu mata yang sudah lentik di lentikkannya lagi..

“Kalau dia tahu kau bukan Chill yang dia kenal?” Tanya Claudia lagi. Pergerakan Chill terhenti. Berfikir seketika. kemudian dia tersenyum.

“Takkan mungkin.. aku dah kata dengan dia yang aku tak guna lagi ruang bual maya tu.. And aku akan jadi Chill yang dia bayangkan.. sehingga dia makan umpan aku..” Sekali lagi dia merenung cermin di depannya. Cuba mencari cacat cela sebelum berjumpa dengan Dannial sekejap lagi.

“Interesting, kau jadi apa? ‘ustazah’?” Sindir Claudia. Chill tertawa.

“Tak seteruk itu.. Cuma tutup sikit je.. wear jeans only.. Alimlah konon mamat tu.. suddenly aku rasa aku macam nak jadi seperti…” Chill terfikir sambil berpusing2 di depan cermin. ‘seperti apa?’

“Dahlia,,” Jawab Claudia.

“Right!.. Dahlia.. perempuan tu!.. Tapi takpe.. ini semua untuk sementara waktu je.. sampailah dia jatuh ke dalam genggaman aku..” Minyak wangi berjenama Paris Hilton di ambil dari meja soleknya. Kemudian dia membelek lagi dirinya di cermin.. berfikir apa lagi yang kurang dengan penampilannya..

“Cakap pasal Dahlia ni.. Aku ada berita gembira untuk kau..” Kata Claudia excited! Dan dia pasti temannya juga teruja mahu mendengar berita itu.

“Apa dia?” Tanya Chill yang sudah duduk di sisi katilnya.. Teruja!

“ Dia dengan Paied aku nampak dah tak sehaluan dah.. Paied dah macam mengelakkan diri dari Dahlia. Dan ada khabar anginlah yang Paied marah sebab Dahlia ni pasang dua.” Chill terus tertawa mendengar berita itu.

“Oh my God! kenapalah aku tak terfikir nak buat khabar angin supaya dorang berdua berpisah. Kalau aku masih ada di sana kan bagus.. Aku nak tengok macam mana rupa Dahlia sekarang ni.. dulu berlagak betul depan aku..” Kata Chill lagi.. Sempat lagi dia melirik jam di dinding.. Masih ada masa lagi untuk dia berbual dengan Claudia..

“ Em.. Tak payah. kau bayangkan je rupa isteri yang baru kena cerai dengan suaminya tu.. begitulah rupa Dahlia sekarang.. Makin tak berseri..” Mereka berdua tertawa gembira di atas kedukaan orang lain.

“Padan muka dia.. persahabatan takkan terputuslah konon.. sampah je semua tu.. wei, Claudia.. aku nak keluar dengan mamat Sly tu.. kita sambung cerita nanti ek?” Kata Chill apabila melihat kereta Dannial sudah ada di depan rumahnya,

“Okay.. kalau kau nak aku gambar rupa musuh ketat kau tu pun boleh juga..” Kata Claudia, Chill tersenyum sinis.

“Hahaha.. boleh juga tu.. okay.. bubye,,” Katanya sambil menghampiri Dannial yang sedang berdiri di sebelah keretanya.

Sunday, May 23, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 19

Hah? She transfer to Angsana 1!

Ruang di sekelilingnya di rasakan sangat luas. Dia boleh bernafas dengan lega, dan dia juga boleh menari dan menyanyi seriangnya. Udara di persekitaran juga agak tenang. Tiada lagi bayang-bayang yang sentiasa mengekori dan mencari salah silapnya. Sekali lagi dia bernafas lega. selega-leganya!

“Sudah-sudahlah tu.. aku tahulah kau sedang merasai kebahagian yang teramat sangat.. “ Tegur Pony yang duduk berhadapan dengan Dahlia di ruang Siswa. Dahlia tersenyum.

“Mestilah.. baru hari ini aku terasa selamat duduk di Angsana 2 ni.. Udara hari ni pun rasa sungguh nyaman.” Jawab Dahlia. Paied yang mendengar hanya menggeleng kepala. Memang sedari tadi Dahlia tersenyum sehingga ke telinga melihat Chill memasukkan barang-barangnya di dalam kereta.

“Did you just say, you feel insecure when Chill around?” Tanya Runner dalam gurauan yang agak sinis. Dahlia termenung seketika kemudian menganggukkan kepalanya.

“Yalah.. aku rasa insecure sangat..”katanya mengiakan kata-kata Runner. “masa primary school dulu aku tak sempat ambil kelas karate..Chill tu nampak je macam Jelly fish.. Tapi sekali dia karate kerusi taman kat hostel tu.. macam retak menanti belah je kerusi tu.. Kalau muka aku dia buat begitu?? habis punah harapan nak demand harga hantaran yang tinggi..” jelasnya lagi..

“No, aku maksudkan pasal hubungan kau dengan Paied.. kau rasa insecure ke kalau Chill goda Paied?” Tanya Runner lagi. Piaed tunduk merenung buku.. malas melayan.

“ Mestilah.. Kalau Paied nak cari penganti aku pun carilah yang boleh mengatasi keperibadian aku.. Agak-agak lah pun nak suruh Jelly fish tu ganti aku..” Jawab Dahlia laju. Paied merenung wajah Dahlia di sebelahnya.

“I will not!” Sampuk Paied.. Dahlia merenung wajah Paied..

“Irah cakap ‘kalau’..” Balas Dahlia.. Paied mengangguk..

“But still.. I will not.find replacement,,” Tekan Paied lagi.. suasana sepi seketika..
Runner menggaru kepala.. salah topic ke aku ni? gumannya di dalam hati.

“Anyway, Chill pindah kat mana ek?” Fie memecah kesunyian. Dahlia dan Paied yang sedang berdiam diri dan kononnya membaca buku merenung Fie.

“Aku dengar dia transfer kat Angsana 1..” Jawab Aniq yang dari tadi menjadi pendengar. Pen di tangan Dahlia tanpa sebab ber’thermal contact’ dengan permukaan meja. Padahal pen itu tidaklah susah sangat untuk di genggam. Paied memandang Dahlia. Dahlia mengawal riak wajahnya dengan senyuman.

“Siapalah jadi mangsa dia seterusnya..” Itu saja ayat yang keluar dari mulutnya sebelum dia mengkaji buku-buku yang ada di depannya dengan sepenuh perhatian..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Nah, kopi panas untuk pemaisuri hati..” Kata Paied selepas meletakkan segelas kopi di depan Dahlia.. Dahlia merasa kopi yang Paied bawa dari cafeteria Kolej Angsana yang bersebelahan dengan tempat mereka mengulangkaji pelajaran.

“Emm.. sedap..” Dahlia membuat muka ceria selepas meminum air kopi itu. Walaupun lidahnya tidak dapat merasa apa2 rasa buat masa sekarang.

“Sedap?.. Cuba rasa lagi..” Kata Paied pula.Dahlia meneguk air kopi di gelasnya. Tapi masih lidahnya tidak dapat merasa.

“Okay je.. kenapa?” tanya Dahlia. Paied menggeleng.

“Irah ada masalah ke?” Tanya Paied serius. Dahlia merenung bukunya. “Ada rahsiakan sesuatu dari Paied?” Dahlia menggeleng perlahan. Rasa seperti mahu menelan 10 biji ubat tidur supaya dia tertidur dan tidak mendengar pertanyaan Paied yang seterusnya. “Kenapa? Irah dah lain sekarang,, suddenly, peranan Paied sebagai rakan Irah dah terhenti selepas je Paied jadi kekasih Irah.. Kenapa? Kalau ada masalah Irah cari DK dan bukan Paied, macam dulu2..” Dahlia hanya merenung meja yang menjadi saksi bisu di antara mereka.. Kalau teman-teman mereka masih ada di sana semestinya soal begini tidak akan di ungkap dalam perbualan mereka. Paied menggeleng melihat Dahlia yang terus mendiam. “Paied terasa hati dengan sikap Irah ni..” Tanpa kata dia terus meninggalkan Dahlia yang masih membisu.

‘Paied tak tahu yang Irah cuba melindungi hati dan perasaan Paied.. seperti selalunya..Irah pun sedih, Irah tertekan.. tapi apa yang Irah boleh buat? Irah tak mampu nak ubah semua yang telah terjadi..’ Dahlia menguman di dalam hati sambil memerhati setiap langkah Paied.

Monday, May 17, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 18

Keep in Touch!

Dahlia meraup wajahnya. berpinar-pinar kepalanya melihat pancaran skrin komputernya di tambah lagi dengan buku-buku di depannya dan tidak ketinggalan puluhan nota-nota kecil di depannya. Sempat dilirik Paied yang tekun menyalin nota di sebelahnya. Sudah dua bulan Paied keluar dari hospital dan dia gembira melihat Paied sekarang, bertambah sihat. Suasana di kolej Angsana 2 agak suram kerana semua pelajar sedang sibuk menyelesaikan beberapa tugasan yang belum selesai dan ada juga yang mengambil kesempat untuk mengulangkaji. Peperiksaan akan tiba tidak lama lagi jadi Paied dan Dahlia bercadang untuk menghabiskan masa dengan mengulangkaji bersama.. Paied merenung Dahlia yang sudah mula termenung sambil mengurut-ngurut perlahan kepalanya..Dahlia yang menyedari pandangan Paied merenung Paied kembali dan memberi senyuman kepada Paied.

“I never saw you look so down before..” Kata Paied sambil menutup buku notanya. Dia mengalihkan tumpuannya kepada Dahlia.

“Just a little stress,” Kata Dahlia sambil merenung kembali laptopnya. Menekan-nekan papan kekunci tanpa memikir apa yang harus dan mahu di taip oleh jari-jemarinya. Paied tetap merenung Dahlia. Tidak puas hati dengan jawapan kekasihnya itu.

“Little stress?.. You look so pale.. whats wrong?” tanya Paied lagi.. Dahlia menggeleng. “Chill kacau Irah lagi ke?” Tanya Paied lagi. Dahlia menggigit bibir sambil merenung skrin laptopnya. “Irah., apahal?” Pujuk Paied lagi..

“Chill curi assignment yang Irah dah siapkan hari tu.. Dan lepas tu dia tuduh pulak Irah curi idea dia.. Copy assignment dia, yang lebih tragis tu Puan Madhihah percaya 100% kat dia.. Irah yang kena denda buat extra two assignment..” Dahlia menolak tepi laptopnya..

“Kenapa boleh jadi begitu? Chill ni dah teruk betul..”Marah Paied.. Patutlah dari minggu lalu Dahlia masih lagi tidak menyiapkan tugasannya, rupanya Chill lagi membuat onar.

“Biarkanlah, lagipun assignment Irah dah hampir siap dah, besok siap dah kot..” Kata Dahlia sambil tersenyum kea rah Paied.

“Irah bertahanlah ya,, Paied dengar2.. bulan depan atau dua bulan depan minah tu nak pindah dah..”Kata Paied. Dahlia menjungkit kening sebelah.

“amboi,, tau-tau je Paied ni.. ada apa-apa ke yang Irah tak tau ni?” Usik Dahlia., Paied tersenyum.

“Paied terdengarlah..Geng-geng Chill tu berbual kat depan bengkel Auto,. Jadi Paied pun tadah telinga jelah..” Kata Paied membela diri.

“Bestnya.. Tak sabar betul nak tunggu dia angkat kaki dari sini… Dah penat bergaduh dengan dia.. Irah baling tepung, dia humban batu, Irah bagi penampar, dia bagi penumbuk..Lama2 Irah ni kena masuk belajar ilmu mempertahankan diri..” Dahlia mengemas bukunya.

“Hahaha.. baguslah tu.. tak payah lagi Paied risau kalau Irah jalan sorang-sorang..” Paied tertawa.. Bunyi telefon dari telefon bimbit Dahlia mengganggu perbualan mereka. Dannial! nama yang tertera di skrin telefon itu. Dahlia merenung kea rah Paied.

“Paied, Irah sambut telefon dulu ya.., ibu call..” Bohongnya sambil berlalu ke tempat yang jauh dari Paied agar jejaka itu tidak mendengar perbualannya.

“Assalammualaikum… lambatnya angkat phone?” Kata Dannial memberi mukhadimah.

“Waalaikumsalam,, sorry, tak perasaan pulak telefon bernyanyi riang tadi..” Bohongnya.. Bohong sunat!

“Takkan tak perasaan.. Busy sangat ke?” Dannial kononnya tak puas hati.

“A’aa.. tengah main mata dengan abang-abang senior kat sini tadi..” Sejak balik dari bercuti hari tu, mereka lagi terbuka untuk bergurau dan berbual. Dannial tertawa mendengar jawapan isterinya.

“Oo.,. yeke? jangan lupa pulak sampaikan salam Nial buat semua gadis-gadis cantik kat Angsana 2 tu..”

“Dah Lia sampaikan.. dengan Mak cik café ni pun Lia ada beritahu..” Dahlia tidak mahu kalah.

“Hahaa.. Mak cik Café? sampai hati Lia.. Lia apa khabar? baik?” Akhirnya Dannial sampai ke point penting..

“Baik.., Nial? sihat?” Dahlia pula bertanya sambil matanya menjeling-jeling Paied yang sedang merenung tajam ke arahnya.

“Kalau Nial sakit pun kenapa? bukan ada pun orang sudi menangis untuk Nial,, Jaga Nial kat sini ke,,” Dannial memaksudkan peristiwa malam terakhir mereka bercuti. Dahlia menarik nafas panjang.

“Kenapa? Nial marah ke? kata sporting..”Dahlia menutup rasa bersalah dengan gurauan.

“ takdelah.. Nial gurau je.. Okaylah Lia.. Nial nak siapkan assignment ni..” Dannial cuba menceriakan suaranya.

“Okay.. Nial.. Sorry..” Dannial tersenyum di hujung talian.

“Never mind., Lia.. Please jangan lupa Nial.. Keep in touch ek?” Kata Dannial..

“Okay Nial.. Assalammualaikum..” Dahlia berjalan ke arah Paied selepas menamatkan talian telefon tadi. Paied seperti mahu bertanya sesuatu.. Tapi tidak terluah olehnya.. Dahlia pula sedang memikirkan ayat yang sesuai agar Paied tidak bertanya mengenai panggilan itu.. Akhirnya sampai ke bangunan asrama mereka tidak berani mentuturkan sebarang ayat..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Saya nak berpindah..” Dahlia menutur dan menaipkan ayat itu dalam masa yang sama di laman bual maya yang selalu di lawatinya. Dia menggunakan komputer di bilik komputer kolej kerana broadband untuk laptopnya tidak begitu berfungsi untuk hari ini.. Selepas lima minit menunggu, kelihatan Sly muncul sambil membuat riak muka ingin tahu..

“Pindah ke mana?” Sly bertanya setelah mendekati avatar Dahlia iaitu Chill. Saya nak berpindah dari buruk ke baik.. jawab Dahlia di dalam hati..sedangkan avatarnya membuat riak wajah yang berahsia..

“Rahsia..” Jawab Dahlia.. Sly tersenyum.

“Apa khabar?” Tanya Sly sambil duduk di kerusi taman yang ada di Eternity room . Chill turut duduk di sebelah Sly..

“Baik.. Sangat baik.. awak?” tanya Chill pula.

“Lebih baik dari biasa selepas melihat awak kat sini..” Kata Sly. Chill membuat muka runsing.. “Kenapa?” Tanya Sly lagi..

“Saya seperti burung dalam sangkar, diberi makan, diberi minum, juga dimanjakan..Saya juga di biarkan terbang ke udara. Tapi tidak pula saya bebas..Kaki saya tetap terikat di daratan” Kata Chill dengan sayu.

“Kenapa begitu? benci terkurung? atau awak mahu bebas sebebas burung?” Sly menongkat dagu memandang Chill..

“Tak juga.. saya Cuma tidak suka terikat..” Jawabnya lagi.

“Kalau saya tuan, dan awak burungnya, saya tidak akan biarkan awak lepas..” Jawab Sly yakin. Chill memandang Sly.. ingin tahu apa alasan lelaki itu.

“Kenapa?” Tanyanya setelah lama menunggu penjelasan Sly.

“Sebab saya khuatir dengan hidup awak selepas saya lepaskan awak.. Awak bebas terbang ke mana saja.. Tapi macam mana awak mahu mencari makanan kerana sudah lama saya manjakan? masih ingatkan awak macam mana mencari makan sendiri.. Dan Siapa akan berteman dengan awak? Di mana awak akan berteduh kalau hujan membasahi bumi ini?” Chill tersenyum mendengar jawapan Sly.. ya, macam mana kalau Nial ceraikan aku? masih ada ke tempat berteduh? ibu ayah masih mahu menjaga aku ke? Dan Paied?.. Dahlia menggeleng, tidak mahu perkara itu terjadi..

“Saya tiba-tiba takut dengan kebebasan.. Saya harap saya sentiasa terikat..” Kata Chill.. Sly tersenyum lagi..

“Saya harap ‘dia’ juga berfikiran sama dengan awak.. sebab saya masih belum sedia untuk melepaskan ikatan..” Kata Sly sambil merenung awan..

“Siapa dia?” Tanya Chill..

“Rahsia.. “Sly tertawa.. Chill buat muka bengang.. Dia pula yang terkena.. Dahlia melirik jam di tangan.. Sudah sampai masa untuk ke kelas Prof. Chong..

“Sly.. gotta go.. ada kelas.. bye.. -0ut-“ Tak sempat2 menunggu balasan Sly, Dahlia terus meninggalkan computer tanpa sempat log out dari laman bual maya itu. Dan computer di bilik itu pula memang dibiarkan berpasang untuk kegunaan pelajar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Wei., korang kita pergi bilik computer dulu.. Nak check FB akulah.. guna broadband macam berjanggut aku tunggu dia loading..” Kata Chill kepada teman-teman yang seangkatan dengannya..

“Oo ya.. aku pun nak check juga..” Kata Teman Chill pula. Chill dan teman-temannya berjalan kea rah makmal computer kemudian terserempak dengan Dahlia.. Jelingan tajam dihadiahkan buat Dahlia.. Dahlia hanya menggeleng melihat geng Jelly fish itu.. Ponteng kelas Prof.Chong lagi lah tu..Bisik hati Dahlia.

“Hisy.. Pagi-pagi dah terjumpa muka dia..spoil mood aku je..” Kata Chill.

“Tu lah.. Aku pun geram tengok dia..” Balas temannya. Mereka memasuki bilik computer itu dan memilih computer masing-masing.. Dan kebetulan pula Chill mendapat computer yang di tinggalkan oleh Dahlia sebentar tadi..

“Eh, apa pulak kartun-kartun ni..Chat ke? Siap guna nama aku lagi tu.. tolonglah.. perasaan nak jadi akulah tu..” Kata Chill bangga diri.. Tiba-tiba Sly menghantar mesej.

“Okay.. take care.. miss you..” Chill membaca semula mesej Sly itu.. Siapalah yang bodoh masih main chatting2 ni semua.. Komen Chill dalam hati sambil menutup window lama bual maya itu..

Actually..It Mrs now..not Ms, 17

Mata Dahlia masih lagi bengkak disebabkan menangis sepanjang perjalanan dari Perak sehinggalah ke Kuala Lumpur dan terus ke KLIA. Apatah lagi apabila mendengar berita yang Paied mengalami komlikasi jantung beberapa jam lalu.. Bertambahlah sebak di dada.. Dannial memegang erat tangan Dahlia, begitu juga Dahlia, ingin berkongsi kekuatan dan ketabahan bersama.

“Mama, Papa,.. Irah pergi dulu..” Kata Dahlia sambil menyalami tangan kedua-dua mentuanya.. Puan Safiah memeluk menantunya.. Ingin memberi kekuatan..

“Irah jangan risau.. kawan Irah akan selamat itu..” Dannial hanya mendengar kata-kata ibubapanya.. Ibubapanya dan ibu mertuanya tidak tahu tentang hubungan isterinya dengan Paied.. Mereka hanya beranggapan yang Dahlia takut kehilang sahabat baik apatah lagi Puan Dahnia menceritakan yang Dahlia dan Paied berkawan sedari kecil lagi.

“Nial.., Lia balik dulu..” Dahlia bersalam dengan Dannial.. tanpa kata Dannial menarik Dahlia dalam pelukannya..

“Lia sabar ya..” Mendengar saja kata-kata dari bibir Dannial menbuat sendunya datang kembali.. Dahlia melepaskan tangisan dalam pelukannya seketika.. Dannial melepaskan pelukannya apabila mendengar panggilan terakhir kepada penumpang pesawat menuju ke Sabah.. Dannial sempat menghadiahkan ciuman selamat tinggal di dahi isterinya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Paied..” Dahlia memanggil perlahan.Sudah dua hari dia berganti-ganti dengan ibu Paied untuk menjaga jejaka itu..Namun masih tidak ada tanda2 mahu sedar.. Dahlia menggenggam tangan Paied.. tanpa dijangka jari-jemari Paied bergerak-gerak dalam gengaman Dahlia.. Tanpa berfikir panjang Dahlia terus memanggil doctor..

“Alhamdullilah, Paied dah sedar dan dah boleh bernafas sendiri..” Kata Doktor itu dengan senyuman.. “Cuma saya dah bagi ubat tidur kepada Paied.. Biar dia berehat sekejap sebab dia masih lemah..cik Dahlia bolehlah menghubungi keluarganya..” Dahlia mengangguk.. Sekarang dia boleh bernafas lega..

“Auntie, Paied..” belum sempat dia menghabiskan ayatnya talian sudah dimatikan..Dahlia menggeleng kepala dan tersenyum.. Sampai saja di perkarangan hospital Puan Fadhilah terus saja meluru ke wad anaknya di tempatkan.. Dia melihat muka temannya yang muram..

“Paied….Paied jangan tinggalkan mama Paied.. Paied je satu-satunya anak lelaki mama dan ayah..” Dahlia yang terkejut dengan kedatangan Ibu Paied, semakin terkejut melihat Puan Fadhilah meraung-raung..

“Err..Auntie” Kata Dahlia mencuit bahu Puan Fadhilah..

“Paied…Sampai hati Paied buat mama macam ni..” Tidak mengendahkan Dahlia.. terus sahaj meratap.. ‘aku ni ada bagi kesalahan maklumat ke?Kata Dahlia didalam hati.. Bingung!

“Auntie…” Panggilnya lagi..

“Paied jangan buat begini Paied.. Kamu tak kesian dengan mama, Dengan kakak-kakak semua? dengan Papa? Kamu tak kesian dengan Dahlia.. Dia tunggu Paied sedar setiap hari.. Tapi Paied buat di macam ni..” Masih lagi meraung..Dahlia mengurut kepala.. ‘apa yang auntie Dhilah merepek ni?’Paied yang sudah terjaga dari tidur bingung melihat ibunya meraung-raung.. Dahlia yang buat muka bingung.. aku dah mati ke? rasanya tidak.. kata Paied yang baru bangun dari tidur..

“Mama, ma doa kan Piaed mati ke?” Tanya Paied yang bingung melihat mamanya yang meraung-raung.. Puan Fadhilah berhenti meraung..

“Paied..?” Puan Fadhilah memandang Dahlia.

“Tulah Auntie.. orang baru nak cakap di telefon tadi dah Auntie racing kereta pergi Hospital ni..” Kata Dahlia sambil tersenyum.

“Hisy! budak ni.. Auntie risaulah dengar suara kamu yang panic tu..” Katanya sambil memukul perlahan Dahlia menggunakan beg tangannya.. Paied dan Dahlia tertawa.

“Sorry Auntie.. perut tengah lapar, jadi tak boleh nak bezakan suara Panic dengan gembira..” Kata Dahlia yang sudah berdiri di sebelah Paied.. Puan Fadhilah tersenyum sambil menggeleng..

“Selamat bangun dari lena yang panjang Paied..” Kata Dahlia sambil merenung kea rah Paied.. Paied tersenyum mendengarnya.. Kesal juga melihat orang2 kesayangannya menitiskan airmata kerananya..

“Ohya.. lupa pulak nak bagitahu papa dan kakak2 kamu..” kata Puan Fadhilah menepuk dahi.. Dahlia tersenyum.. Sesiapa pun yang berada di tempat Puan Fadhilah semestinya begitu…Anak adalah anugerah yang terindah.. sudah semestinya di jaga dengan penuh kasih sayang..

Friday, May 14, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 16

Paied Accident!

Dahlia mengurut Lehernya sambil menyandarkan tubuhnya di kerusi meja solek di bilik mereka. Dannial yang baru masuk ke bilik merenung Dahlia yang kelesuan. Pasti penat! Bisik hatinya. Dia mendekati gadis itu dan mengurut perlahan leher milik isterinya itu. Dahlia yang tergamam tapi senang dengan perlakuan Dannial. Melihat reaksi Dahlia, Dahlia mula berani mencium kedua-dua pipi isterinya itu.

Dahlia tetap membiarkan..

Di Dahi, Dahlia tetap berdiam.

Sekali lagi pipi kanan., Dahlia tetap tidak menghalang.

Pipi Kiri dan

Bibir Dannial mula mendekati bibir Dahlia.. Dahlia tidak menghalang apatah lagi melenting..Pertama kali bibir Dannial menyentuh bibir mungil isterinya itu. lama. dan berhenti. Dannial merenung dalam ke mata Dahlia.. seperti berkata-kata dalam bisu, Dannial mengangkat isterinya ke katil tempat mereka beradu. Pipi isterinya sekali lagi menjadi sasarannya sebelum bibir merah jambu itu menjadi tawanannya..

Telefon bimbit Dahlia berbunyi sekali.. Dan berhenti..

Kedua kali.. mereka tetap membiarkan telefon itu bernyanyi riang..

Tiga kali.. Dannial menghentikan perbuatannya.. Mereka merenung satu sama lain sedangkan telefon itu masih berbunyi..

“Angkatlah dulu telefon tu..” Kata Dannial sambil melepaskan Dahlia dari pelukannya.. “Lepas tu bagi silent..” sambung Dannial lagi… Dahlia tersenyum.

“Hello, Dk telefon…” Kata-kata Dahlia terhenti apabila mendengar suara teresak-esak dari hujung talian.

“Irah.. Paied accident.. banyak darah..” Dk di hujung Talian menangis teresak-esak..

“Dk, jangan bergurau malam-malam ni..” Dahlia sudah tidak keruan.. Dia cuba menenangkan hatinya..walaupun dia tahu yang temannya itu takkan bergurau dan menangis pada masa yang sama..

“Irah.. Piaed accident., Kami— dia— langgar kereta..Balik cepat Irah..” Dk menangis lagi..ayatnya sudah tunggang langgan.. Dk saja sudah tidak keruan sebegitu, apatah lagi Dahlia.. telefon bimbit di tangan sudah jatuh ke lantai.. Dannial merenung isterinya.. Melihat Dahlia sudah tidak seimbang dannial terus memegang isterinya..

“Lia., kenapa ni..” Tanya Dannial panic melihat isterinya menangis seperti kehilangan suami.. Meraung dan menangis,,

“Kenapa Lia,, Lia buat Nial takut..” Dannial memeluk kuat isterinya untuk memberi semangat.. Dia mengambil telefon isterinya.. Talian sudah diputuskan.. entah apa berita buruk yang disampaikan kepada Dahlia. Dannial tidak tahu mahu buat apa lagi.., Ibubapanya tidak ada di rumah.. masih berada di rumah Usu.. Tangannya laju mendail nombor Rafiq.

“Rafiq.. datang rumah Mak Uteh cepat..” Kata Dannial tanpa memberi salam. Dia takut melihat keadaan Isterinya yang masih menangis sedih itu.

“Okay2.. tunggu jap..” Tanpa bertanya apa-apa.. Kerana dia sudah mendengar tangisan kuat Dahlia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mendengar saja ketukan di pintu bilik Dannial terus meluru membuka pintu.. Rafiq terkejut melihat Dahlia yang terduduk di tepi katil sambil menutup mukanya dan teresak-esak..

“Aku tak tahu kenapa, lepas je orang call dia terus meraung macam ni..” Jelas Dannial.. Dia memberi telefon Dahlia kepada Rafiq, DK! bisik hati Rafiq.. Dia terus menghubungi semula gadis yang menghubungi sepupunya itu.

“Dk, apahal? sampai Irah menangis macam dunia nak kiamat ni?” Tanya Rafiq.. Mendengar saja tangisan Dk menbuatkan Rafiq tak senang hati..

“Paied…Accident.. Dia dalam ICU sekarang.. Kata doctor dah stabil.. tapi.. Dia bergantung dengan bantuan pernafasan..” Kata Dk perlahan-lahan menerangkan kepada Rafiq tapi masih teresak-esak.

“Dia dah sedar?” Tanya Rafiq walaupun sudah mendengar yang Paied masih bergantung kepada bantuan pernafasan.

“Belum..” Kesian pula Paied mendengar suara Dk yang teresak-esak..

“Kau pun jangan sedih sangat.. korang pun dah macam orang takde semangat macam mana nak bagi semangat dengan Piaed supaya dia sedar.. tenang okay,” setelah selesai bercakap dengan Dk Rafiq terus memutuskan talian telefon. Dannial merenungnya..

“Kawan kitaorang, Paied.. Accident..” Jelas Rafiq..

“Boyfriend Lia,” Rafiq terkejut.. Dia tidak tahu yang Dannial sudah tahu mengenai Paied.. “Lia dah beritahu..” Dannial membisikkan sesuatu ke telinga Dahlia,. Dahlia memandang Dannial..

“Lia nak pulang., nak tengok dia..” Kata Dahlia menangis di dada suaminya. Dannial memeluk erat isterinya.,

“Dah malam Lia., kita pulang besok ya.. malam ni juga Nial tempah tiket untuk Lia.. Besok ya.,” Pujuk Dannial.. Rafiq mendekati pasangan itu,

“Paied tak apa-apa, Dia dah stabil sekarang, kau jangan risau..” Pujuk Rafiq pula.. Dahlia merenung wajah Rafiq mencari kebenaran..

“Lia tidur dulu., Nanti Nial cakap dengan Ibu,ayah dan mama..” Dahlia mengangguk.. Dannial mengangkat Dahlia ke atas katil.

“aku keluar dulu..” Kata Rafiq meminta diri.

“Tunggu kat luar.. aku ada nak tanya kau..” Kata Dannial perlahan. Rafiq mengangguk.. Dannial menyelimutkan Dahlia.. Mereka berdua hanya berdiam diri sehingga Dahlia terlena.. Dannial keluar dari biliknya dan mendapatkan Rafiq yang sedang menukar-nukar siaran television. namun semuanya tidak menarik minat Rafiq untuk menonton.. Dia juga bimbang dengan keselamatan temannya..

“Macam mana kau kenal Paied?” Tanya Dannial sambil memberikan minuman tin kepada Rafiq.. Rafiq mengambil dan membukanya.. Dannial duduk di sebelah Rafiq.

“Aku pernah tinggal di Sabah dulu.. satu sekolah dengan Dahlia dari darjah 1.. and ofcouse sama sekolah dengan Paied.” Jelas Rafiq.. Dia merenung Dannial di sebelahnya.. Ingin melihat reaksi temannya itu. Ternyata dia melihat reaksi yang diharapkannya. “Aku tak hairan pun kalau kau cemburu, sesporting-sporting mana pun seorang suami tu tetap juga dia rasa cemburu bila tengok isteri dia menangis bagai nak rak disebabkan lelaki lain..” Dannial meneguk minuman di tangannya.. masih meneliti kaca Tv walaupun rancangan itu tidak menarik minatnya.

“Dorang berdua couple dari kecil ke?” Tanya Dannial.. Tanpa nada.. Rafiq menggeleng..

“Tak, lepas habis SPM .. sebenarnya dorang berdua tu keliru dengan makna cinta dan sayang.. Kau cintakan Dahlia?” Tanya Rafiq. Dannial memandang Rafiq..

“Tak tahu.. aku Cuma rasa sedih sikit bila nampak dia menangis macam tu..” Kata Dannial., sebenarnya dia tidak tahu apa perasaan yang dia rasa sebentar tadi sebelum kedatangan Paied bila Dahlia bertegas mahu pulang untuk berjumpa lelaki lain.. Di kampung ini mereka bertambah rapat dan dia seperti tidak mahu percutian ini berakhir.

“Sebenarnya dari kecil lagi semua orang ingat yang Paied sentiasa melindungi Irah.. Tapi sebenarnya doarng salah,Irah yang selalu melindungi Paied. Jangan risau,, bagi mereka peluang untuk sedar.. Kalau betul jodoh kau dengan Dahlia.. Dahlia takkan lari ke mana...” Kata Rafiq memberi semangat..

“Apa maksud kau?” Tanya Dannial.

“Tengoklah macam sekarang.. Irah masih belum beritahu Paied mengenai perkahwinan korang.. Irah tu jenis perempuan yang terlalu confident dan jujur sangat.. Apa yang dalam fikiran dia, itu jugalah yang keluar di mulut dia.. Tapi sekarang ini langsung dia tak beritahu apa-apa dengan Paied.. Sebab dia tak mahu Paied terluka..Dia yang melindungi Paied..bukan Paied melindungi dia..” Ulang Rafiq semula sambil memberi penjelasan.
“Aku dah mula sayangkan gadis alam maya aku tu.,” Kata Dannial selepas lama mereka terdiam..

“Chill? kenapa boleh macam tu?” Tanya Rafiq. Dannial menjungkit bahu.

“Entah.., Dia seperti orang yang aku kenal..” Rafiq mengangguk.. Dia tahu siapa yang Dannial maksudkan.. Tapi yang dia tidak tahu adakah Dannial tahu siapa yang dia sendiri maksudkan? .. “Siapa gadis dalam gambar yang selalu kau tengok tu?” Tanya Dannial lagi.. Rafiq tersenyum lebar..

“Dk.. Ex-girlfriend aku.. kawan baik Irah..” Jawab Rafiq tidak mahu berselindung lagi.

“Dk? Korang berpisah sebab kau pindah sini ke?” Dannial meneguk minumannya lagi., Matanya sekali lagi singgah ke pintu biliknya dengan Dahlia. Takut Dahlia terjaga tanpa dia di sisi.. entah kenapa dia rasa Dahlia begitu memerlukan dia saat ini.. dia seperti mahu melindungi Dahlia setiap masa.

“Tak.. aku pun tak tahu kenapa kami berpisah.. Pelik..” Rafiq mengerut dahi.. Dia pun tidak tahu apa alasannya mereka berpisah.. Adakah salah dia atau salah Dk atau salah mereka bersama.. Rafiq menggeleng lagi..

Actually..It Mrs now..not Ms, 15

Kenapa kita terikat?


“Lia…laa tak siap lagi?” Tanya Dannial yang baru masuk ke dalam bilik mereka.. Dahlia memandang Dannial pelik.

“Siap nak pergi mana? “ Tanya Dahlia yang sedang menyapu bedak di mukanya.

“Nial nak bawa Lia makan kat tepi sungai malam ni.. di Bagan Dato’.. Rafiq kata suasana kat sana best waktu malam.. Nak pergi? Lagipun Rumah Mak usu belum lagi sibuk betul.. Nial dah tanya Ibu tadi..” Dannial duduk di katil sambil memerhatikan Dahlia..

“Emm, pukul berapa nak jalan.. Sekarang ni ke?” Dahlia masih lagi memandang cermin sambil menyikat rambutnya.. Dannial berdiri di belakang Dahlia dan jari2nya berjalan di setiap urai rambut ieterinya..

“pukul 7.30 lah kita gerak, ada masa 30 minit lagi untuk Nial nak manja2..” Gerakkan Dahlia terhenti melihat muka Dannial yang penuh kenakalan itu..

“Yelah tu.. gatal!..” Dahlia menyelir lidah kepada suaminya dan melarikan diri ke dapur tempat kaum ibu menyiapkan makan malam.. Dannial menarik nafas panjang.. melepas lagi..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dannial dan Dahlia mengambil tempat di tepi sungai, Bintang-bintang malam seperti menyambut kedatangan pasangan itu, ditambah lagi dengan angin yang bertiup lembut seperti muzik bisu yang menyenangkan hati. Dannial memandang Dahlia lama..

“Kita nak bual pasal apa?” Tanya Dannial. Dahlia yang memandang gelagat pengunjung di sekeliling memandang Dannial..

“Mungkin tentang kita..” Mungkin malam ini mereka harus bincangkan mengenai ‘kita’.

“Kenapa dengan kita?” Tanya Dannial. Mereka masih lagi belum menempah apa-apa makanan.. Cuma air sahaja untuk mengalas perut sementara waktu..Perbincangan mereka lebih penting dari perut yang sedang mendendangkan lagu keroncong.

“Kenapa kita terikat?” Dahlia tidak sanggup memandang Dannial yang mernungnya tajam.

“Kenapa? tak suka terikat? “ Dannial pula bertanya.. Mereka berbalas soalan tanpa memberi jawapan.

“Bukan tak suka.. Cuma curious..Nial tak rasa?” Dahlia membasahkan tekaknya dengan air laici yang dipesannya..

“Memang Parent kita dah rancang pernikahan kita dari kita kecil lagi.., buat apa nak curious?” Dannial berteleku memandang Dahlia..

“Tapi kenapa cepat sangat?” Dahlia bermain dengan straw di dalam minumannya.

“Diorang takut kita terjumpa dengan jodoh yang lain mungkin.. tu yang kahwinkan kita cepat-cepat.. Mama risau tengok Nial selalu tukar-tukar girlfriend..” Kata Dannial selamba. Tapi bukan niatnya untuk berganti teman wanita, Cuma belum ada yang terkesan di hatinya., Dahlia tertawa.. “apa yang lucu?” Tanya Dannial masih lagi memerhati Dahlia..

“Ibu ingat Lia ada hubungan dengan orang yang tua 10 tahun dari Lia..Ibu ingatt Lia dah jadi liar..” Katanya dalam tertawa.. Kemudian menjadi serius semula..

“Wah! kes Lia lagi teruk..Kenapa pulak ibu fikir begitu?” Dannial mula berminat dengan cerita Dahlia.

“Lia selalu pulang malam, Lia tak lekat kat rumah dan yang paling teruk ibu nampak Lia naik kereta orang tu..” Dannial memandang Dahlia..

“Lia memang betul2 ada hubungan dengan orang tu ke?” Tanya Dannial serius..

“Tentulah tidak..” Kata Dahlia sayu.. Dannial terkesan riak wajah Dahlia..

“Lia ada simpan sesuatu ke? kenapa sayu je? Lia boleh cerita kat Nial.. dan Nial akan simpan rahsia..” Pujuk Dannial.. Dahlia berteleku di atas meja dan merenung Dannial..

“Dulu Lia pernah jatuh sakit.. waktu tu ibu dan ayah outstation.Waktu tu Lia sangkakan Lia dah terkena penyakit Leukimia..Sebab doctor kata kiraan darah merah Lia kurang..Lia terfikir, macam mana kalau betul Lia ada leukemia, sedangkan Lia belum sempat mencapai semula cita-cita Lia.. dan hidup Lia akan terus bergantung dengan ubat dan perubatan di hospital.. atau Lia akan meninggal begitu saja..” Dahlia menarik nafas panjang. “Then, doctor kata Lia cuba anemia.. tak begitu bahaya.. Masa tulah Lia mula minat Medic.. Lia nak cipta ubat yang boleh menyembuhkan penyakit seperti leukemia, Huntington dan lain-lain lagi..Dan Lia minta doctor tu jadi tutor Lia.. Tapi Ibu salah sangka pulak..” Jawabnya sambil tersenyum.

“Teruk?” Tanyanya pendek.Dannial memaksudkan penyakit Dahlia itu.. Dahlia menggeleng..

“tak teruk sangat..” Jawapnya selamba. Macam dah biasa hidup dalam keadaan itu.

“Kenapa tak bagitahu ibu? atau ayah?” Dahlia menggeleng.

“Keadaan kita berbeza, Nial ada kakak dan abang walaupun sekarang ni tinggal berjauhan..Nial membesar dalam keluarga yang besar.Nial boleh mengadu dengan kakak atau abang kalau ada masalah.. Dan mama dan papa boleh lebih memahami anak2 mereka sebab berhadapan dengan perangai anak2 yang berbeza2..Lain dengan Lia,” Dannial mengalihkan kerusinya dan duduk di sebelah Dahlia.. Memegang kuat tangan itu.. memberi semangat.

“Apa yang lain.. Ibu baik, ayah pun baik..” Kata Dannial perlahan.

“Tapi dorang masih tak faham hati Lia.. ayah dan ibu ingat Lia memberontak, tapi sebenarnya Lia takut..” Dannial mengelap air mata yang membasahi pipi Dahlia.

“Lia takut apa?” Tanya Dannial..

“Lia sentiasa dibayangi rasa takut yang satu hari nanti ibu dan ayah pergi dulu sebelum Lia boleh berdiri sendiri.. Sebab tu bila dah masuk tingkatan satu Lia cuba selesaikan semuanya sendiri..buat keputusan sendiri.. Sebab itu Lia tak bagitahu apa-apa tentang sakit Lia..” Dahlia memandang Dannial.. “Nial jangan bagitahu sesiapa ek? lagipun Lia dah sihat.. Tak perlu mention pasal tu lagi..” Dannial mengangguk..

“Macam mana dengan Boyfriend? dah ada?” Kata Dannial dengan nakal.. Saja mahu merubah suasana serius tadi kepada mood santai. Dahlia tersenyum.

“Paied.Fadhiel Hazri. Mula couple masa form 5 dan masih lagi sampai sekarang.. Tapi kalau suami Lia suruh ceraikan Paied…em… Mungkin Lia patut merayu dengan suami Lia tu supaya jangan tegas sangat …” Dahlia memandang Dannial yang sedang tersenyum lebar.. Dannial menepuk perlahan tangan Dahlia yang ada dalam genggamannya.. “What about you?”

“Tak ada yang special lagi.. Unless you want to heard about Nana, Rini, Lili, Lina, and maybe the latest Chill.” Dahlia tergelak mendengar nama Chill.

“Chill? hati-hati dengan orang yang bernama Chill..” Katanya tanpa mengesyaki apa-apa.

“Kenapa pulak? Nial rasa dia baik..” Jawap Dannial pula.

“Dia ular lidah bercabang.. Dia rasa dia boleh dapat semua yang dia mahu.. dan dia mesti dapat walaupun terpaksa meyakitkan hati semua orang..” Kata Dahlia lagi merenung jauh ke lagit.

“Nial rasa dia seorang gadis yang baik, Dia mencuba untuk membahagiakan semua orang di sekelilingnya.. Dia pendengar yang baik.. dan dia juga seorang yang berjiwa kekeluargaan.. sentiasa utamakan keluarga..” Dahlia memandang sekali lagi suaminya di sisi.

“Kita berbicara mengenai orang yang sama ke?” Tanya Dahlia.. Dannial menggeleng..

“Mungkin tidak..” Jawab Dannial..

“Lia pun harap begitu.. Nial..”Panggilnya manja..

“emm..kenapa?”

“Lia lapar..” Dannial tertawa sambil melirik ke jam tangannya.. dekat jam 10..

“Kita order sekarang..” Kata Dannial.. perutnya juga berkeroncong.. Hari ni., mereka bercerita mengenai diri mereka, bercerita mengenai masalah mereka, Mereka berkongsi pandangan dan pendapat.. Hari esok, Tak siapa yang tahu apa akan jadi kepada mereka, hubungan mereka..

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37