Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, November 18, 2010

Dana @ Adriana 6

Bab 6
“Dana.. Tolong ambilkan daun pandan kat belakang tu.. Nak buat nasi lemak..”

“Baik Mak Timah”

Dana dengan yakinnya melangkah ke kebun mini milik Datin Rafeah. Kemudian dia menggaru kepala.. Diperhatikan tumbuhan sekeliling.. Mencari daun pandan yang diminta. Dia tersenyum apabila melihat daun pandan didalam pasu coklat yang diletakkan bersama bunga-bunga kertas yang tumbuh mekar. Daun pandan tanam dalam pasu?Kan dah batut pembesaran daun pandan ni.. Kenapa tidak tanam saja di dalam tanam tanpa menggunakan pasu.. Kan senang daun pandan itu membesar. Dia menggunting beberapa helai kemudian memberinya kepada Mak Timah. Mak Timah memandangnya hairan. Dia tersenyum.. Entah apalagi masalahnya.. Mungkin daun yang dia ambilkan terlampau banyak atau sedikit.. Dia mana pandai mengagak bahan untuk dimasak..

“Mak Timah.., buatkan saya kopi..”

Laaa... ‘Tuan Muda’ rupanya ada pulang.. Dana sungguh tidak selesa berada di Villa itu jika Mikhail menunjukkan kehadirannya di sana.. Dana merasakan saluran pernafasannya tersekat dikerongkong dan membuatkan dia mengalami kesukaran bernafas.

“Mak Timah nak buat nasi lemak ke?”

Dana makin tidak senang... Mikhail berjalan melalui belakangnya.. Tapi tetap memberi kesan di jantungnya.. Berdegup ketakutan.. Takut di maki seperti selalu jikalau ada yang tidak kena di mata Mikhail. Mikhail memegang daun pandan yang baru Mak Timah letakkan di atas sinki itu..

“Laa... Daun ni nak buat masak apa Mak Timah?”

Mak Timah yang dari tadi menahan senyum menampakkan senyuman lebar di kala mendengar pertanyaan Mikhail itu. Dana mengerut dahi mendengar pertanyaan Mikhail itu.. Dah tahu nak buat nasi lemak.. lagi mahu Tanya ka?

“Siapa ambil daun ni Mak Timah?”

Dana sudah mengagak didalam hati.. Pasti dia lagi yang kena.. Apalagi kesalahan yang dia lakukan kali ini.. Mak Timah merenung ke arahnya dengan senyuman. Kemudian Mikhail pula bercekak pinggang sambil menari-narikan daun yang dikenalinya sebagai pandan itu di depan wajahnya.

“Wei! Kau kenal tak daun pandan ni atau tak? Nampak tak daun ni lebih pendek dari biasa.”

“Encik, Daun tu kena tanam dalam pasu kecil..tu yang dia terbantut nak membesar panjang-panjang macam daun pandan yang kena jual kat pasar tu..”
Mak Timah tersembur ketawa mendengar jawapannya. Dia melihat ada senyuman kecil di wajah Mikhail. Ah sudah! Apa lagi salahnya kali ini..

“Hidung kau tu dah tak berfungsi?! Cuba hidu bau daun ni,..”
Mikhail mendekatkan daun itu di hidungnya.

“Takde bau..”

“ Sebab ini daun bunga... Yang kau pergi gunting separuh dari daun bunga tu dengan penuh yakin apa hal? Mungkin dah botak bunga tu kau buat..”

“Hah?”

Bingung. Dia yakin daun tu daun pandan. Dia pernah melihat Mak Timah mencuci daun pandan serupa ini juga.. jejaka ini mahu membohonginya ke?

“Gaya macam kekampungan betul.. Daun pandan dengan daun bunga pun tak boleh beza?”
Nafas ditarik panjang. Mikhail meletakkan daun bunga itu di atas sinki dan keluar melalui pintu belakang. Kemudian selepas beberapa minit Mikhail memunculkan diri dengan membawa daun pandan yang sebenar.

“Ini baru namanya daun pandan..”
Dana mencebik selepas saja Mikhail keluar dari dapur dan bersantai di ruang tamu. Dana merenung Mak Timah.

“Dana mana kenal sangat daun pandan tu.. Rupa dia dah sama..”
Membela diri ni..

“Takpe..Boleh lama-lama Dana jadi mahirlah nanti..Dah, tolong Mak Timah cuci beras ni.. Basuh tiga kali..”

Dana mengambil periuk nasi yang di berikan Mak Timah dan berhati-hati melakukan kerjanya.. Entah apalah kerjanya dulu sehinggakan daun pandan pun tidak kenal.. Dia mengeluh...

1 comment:

eija said...

cian kt dana... cpt sbg ek xsbr nk bca n3 strusnya..

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37