Iklan

Monday, June 29, 2009

Sekolah_Cinta 29

“Wei!! Agak2 la pun berpeluk tu.. macam tak nak lepas aku tengok..” Marah Ken.. Ery tersenyum.. Melissa tertawa

“ala Ken.. bestla peluk2 Melissa ni.. gebu..” Ery Cuma memanaskan hati Ken..

“Gebu..gebu.. sekali aku bagi kau tumbukan sulung.. pipi kau tu yang menggebu2 kang..” Kata Ken sambil menarik tangan Melissa yang masih tertawa melihat gelagat Ken..

“Aik? Marah nampak.. peluk sikit2 pun tak boleh.. kedekut la kau ni Ken..” Kata Ery

“apa pulak kedekut? Nak pinjam, buatlah cara pinjam.. ni yang kau peluk macam tak mahu lepas apasal.. Ni lagi girlfriend kesayangan aku ni.. kesyokkan sangat kena peluk..” Bebel Ken..

“Ala.. bukan apa.. biar real sikit.. barulah Riz percaya bulat2 yang Ery ni kasanova..” Balas Melissa pulak..

“Yelah tu.. bulat2 juga mata aku ni terbeliak tengok kamu berpeluk.. langsung takde dalam perjanjian kita tau..” Marah Ken lagi.. ‘Bukan marah..cemburu, siapa tak sayang girlfriend ..’

“Hehehe.. kau ni Ken.. kuat cemburu juga rupanya..” Ery tertawa..

“Tulah.. kuat sangat cemburu dia.. “ Tambah Melissa lagi.. Ken turut tersenyum..

“Tapi rancangan ni dah menjadikan??” Tanya Ken. Ery menjungkit bahu..

“Terpulangla dengan Nieylla yang menjayakan rancangan..” Jawab Ery..

“Tak sangka otak Nieylla tu bergeliga.. pandai betul berlakon.. tambah2 lagi dengan air mata palsu dia tu.. mesti berjaya punyalah..” Kata Melissa..

“Well., kita wait and see la..” Kata Ery..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kuang asam betullah kau ni Nieylla.. Hidup2 kau tipu aku!!” Marah Riz dalam kelegaan.. Nieylla masih lagi tersenyum2.. Tapi matanya masih lagi pedih kerana kesan minyak cap kapak itu masih lagi terasa.

“Hidup2 lah aku tipu kau.. kalau kau dah mati mana aku boleh tipu kau..” Jawab Nieylla selamba.

“Menjawab..menjawab.. tak sah kalau tak jawab..” Marah Riz lagi..

“Tak kisahlah.. yang penting kau dah kata kau suka kat aku..” Masih lagi dengan nada yang agak selamba..Muka Riz sudah memerah menahan malu..

“Mana ada aku kata aku suka kat kau!” Nafi Riz.. Nieylla mengadap muka Riz..

“Tapi kau kata kau minat dengan aku!!” Nieylla Tak malu mengalah.

“Ah.. mana ada! Aku tak kata langsung yang…..” Belum sempat Riz menghabiskan ayatnya Nieylla sudah menekup mulutnya.. mata Nieylla tajam menikam mata Riz.

“ Jadi?? Kau nak couple aku ke tak nak ni??” Tanya Nieylla.. Terbeliak mata Riz akibat terkejut mendengar pertanyaan Nieylla.. ‘Beraninya minah ni.. Bukan aku ke sepatutnya cakap begitu..’ Riz kebingungan. Dia menarik tangan Nieylla yang menutup mulutnya dari bersuara.

“Tak nak!” jawab Riz selamba kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya.Kemudian menekan2 punat telefon itu. Tanpa kata Dia pergi jauh sedikit dari Nieylla agar Nieylla tidak mendengar perbualannya itu. Nieylla menarik muncung. Menahan air matanya dari jatuh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hello.. ye papa.. Ery ni..” Ery sempat melambai ke arah Ken dan Melissa yang berjalan mendahuluinya.

“Ery.. kata nak bercuti 2, 3 bulan je di Malaysia.. sekarang ni dah bulan ke4 dah.. tak nak balik dah ke? Atau dah dengan orang kat sana? “ Tanya Dato’ Murshid sambil bergurau.

“Eh! Takdelah papa.. cuti sekolah Ery kan masih ada lagi seminggu.. terasa rindu sangat kat Malaysia.. tu yang lama sangat Ery kat sini.. tapi papa jangan risau.. next week Ery balik..” Kata Ery..

“Okaylah Ery.,, papa tak kisah pun kalau Ery tak nak pulang sini.. lagipun Malaysia kan kampung halaman Ery.. sejauh2 bangau tu terbang,, last2 dia hingga juga balik ke belakang kerbau kan.. Pilihan di tangan Ery.. Papa tak kisah..” Kata Dato’ Murshid dengan sporting.

“Takpe lah papa.. takde apa2 buat Ery lagi kat sini..” Kata Ery.. sedar tak sedar nada suaranya seperti kecewa.

“Aik? Macam orang putus cinta je Ery..” Kata Dato’ Murshid sambil tergelak. ‘putus cinta?’

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Imbas kembali…

“Jadi kau balik sini sebab rancangan gila2 si Nieylla tu??” Tanya Im..

“Yelah..” jawab Ery..

“Kenapa kau setuju??” Tanya Ery lagi.. Ery tergelak.. gelak yang dibuat2..

“Apa maksud kau ni?? Dah Nieylla minta tolong.., mestilah aku tolong dia..”Jawab Ery lagi..

“Kau tahu apa maksud aku Ery.. Buat apa nak bunuh diri sendiri..” Kata Im sambil melihat bintang2 yang berkelipan di langit.

“Itu namanya penngorbanan kan?” Tanya Ery perlahan..

“Pengorbanan?? Kena mengalah sebelum bertanding?” Kata Im tak puas hati..

“Bukan mengalah sebelum bertanding.. Sememangnya aku tak layak ikut bertanding..” Jawab Ery

“”Kalau sebab kau tinggalkan dia dulu tu yang membuatkan kau tak layak bertanding aku fikir itu nonsense.. Hal tu dah lama berlalu..Kau patut cari kebahagiaan kau..” Nasihat Im lagi kepada Ery.. Ery tersenyum pahit.

“Kalau sebab itu.. aku boleh minta maaf dengan dia dan pikat hati dia semula.. Tapi kalau di hati dia tu dah takde ruang untuk aku.. aku nak buat macam mana?? “Tanya Ery kecewa.. Im mengeluh perlahan.

“Jadi kau nak mengalah??” Soalan Ery di balas dengan soalan.

“Bukan mengalah.. Tapi memberi laluan kepada Riz.. kalau Riz mensia2kan Nieylla.. aku tak teragak2 nak masuk bertanding..” Kata Ery sedikit bersemangat.

“Yelah tu..” Kata Im sambil tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Ery.. Ery.. kamu dah pengsan ke ni?!” Jeritan Dato’ Murshid dari hujung talian mengejutkan Ery dari lamunan..

“Opps.. sorry papa.. terkhayal kejap..” Jawab Ery agak sedikit kelam kabut.

“His! Kamu ni.. betul2 dah teruk dah.. agak2nya siapalah yang buat anak papa jadi teruk begini..Kalau mama kau tahu mesti di terus masuk meminang.” Kata Dato’ murshid.. Ery tersenyum.. Terbayang gaya papanya yang sedang menggeleng kepala melihat tingkahnya.

“Papa ni.. takde siapa2 la.. okayla papa.. jumpa next week..” Kata Ery..

“Okay.. ur mum kirim salam.”

“Wsalam..”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Aik? Panjangnya muncung tu.. “ tegur Riz..sengaja menyakat Nieylla.

“Telefon siapa tadi?!” Tanya Nieylla..

“Aik? Belum ada apa2 dah kena queen control?” Masih lagi mahu memainkan Nieylla.. suka dia melihat riak wajah Nieylla seperti kanak2 kehilangan gula2 itu..

“Takpe lah kalau taknak bagitahu..” Dengan suara sayu dan muka macam asam kecut Nieylla mula melangkah meninggalkan Riz.. Tapi lengannya dipengan kemas oleh Riz.

“Aku telefon Delorita tadi..” Jawab Riz selamba.. Kenyataan Riz itu membuatkan Nieylla merentap kasar pegangan Riz.. tapi oleh kerana Kudrat Riz sebagai seorg lelaki membuatkan tangannya masih menjadi ‘tawanan’ tangan Riz.

“Aku minta putus dengan dialah tadi..” Kata Riz sambil tersenyum.. Nieylla masih lagi memuncung.. ‘acctually tengah control muka ni..’omel Nieylla di dalam hati. “Kita couple nak??” Tanya Riz..

“Lepasla dulu tangan aku.. sakit tau..” Kata Nieylla. Riz melepaskan tangan Nieylla kerana kesian melihat kerutan kesakitan di wajah Nieylla.. Sebaik saja tangannya di lepaskan Nieylla terus berlari meninggalkan Riz..

“Kau cari cara yang lebih romantic lagi kalau nak bawa aku couple.. barulah aku terima..” Kata Nieylla setelah jarak anatara dia dan Riz agak sedikit jauh..

“Kalau nak romantic lagi.. aku terpaksa suruh parents aku bawa rombongan pergi rumah kau..” Balas Ery..

` “Huh! Tak percaya langsung kau berani buat..” Kata Nieylla agak sedikit berlagak.

“Mencabar nampak??” Kata Riz..

“Prove what u saying.. then barulah I trust u..” Kata Nieylla lagi

“Okay...kalau Riz bawa my parent datang rumah Nieylla.. Nieylla setuju tak terima Riz??” Tanya Riz..

“Ahha!” Jawab Nieylla dengan yakinnya.. Dia tahu yang Riz takkan berani punya nak bawa parent datang rumahnya.

“Okay.. Riz datang malam ni..” Jawab Riz dengan yakin.. Nieylla terkedu.. ‘alamak.. macam nekad je mamat ni.. matilah aku….’

Sunday, June 21, 2009

Sekolah_Cinta 28

“Jadi apa masalah kau ni Lulu?…” Tanya Nathalie.. Sungguh dia pening dengan tingkah kawannya yang seorang ini. Pelik?? Memang pelik pun.. Dia tak tahu kenapa remaja sekarang ego2 semuanya..(Ceh.. macam dia bukan remaja.) Lulu mencebik.. membuat muka seposennya.

“Kau sayang dia ke tak ni??” Tanya Amy. Lulu mengangguk lemah.. kalau bukan tingkah Ek yang mempamerkan muka masam macam asam kecut sepanjang minggu di hadapannya, tidak mungkin dia mengaku depan kawan2nya itu.. tapi di tebalkan juga muka untuk meminta nasihat dari teman2nya..

“Aku rasa baik kau tebalkan muka..” Tiba2 Syirah menyempat lagi menyampuk perbualan teman2nya walaupun sedang sibuk berkerja sekarang.. Dia berfikir seketika.. “Eh,, tak payah tebalkan muka.. make up kau pun hari2 dah tebal.hehehe..” Syirah cepat melarikan diri apabila melihat Lulu mahu bangun mengejar dirinya..

“Hisy! Korang ni nak tolong aku ke tak?? Kenakan aku pulak..” rungut Lulu.. Teman2nya sudah tersenyum menahan ketawa. Mungkin terasa lucu dengan sindiran Syirah.

“Relaxla Lulu.. aku tahu kau rindu dengan sindiran2 Ek tu.. tu yang Syirah nak leraikan kerinduan kau tu..” Nieylla sudah tertawa mendengar kata2nya sendiri. Muka Lulu sudah memerah.. muncungnya sudah memanjang.

“Nak tolong ke tak ni?..” Tanya Lulu lagi dengan nada2 mahu menangis..

“Pulak da.. emo ke?? Relaxla.. nanti kita buat perancangan nak maniskan balik muka Ek tu ya..” Pujuk Amy..

“Kau ada idea tak Nieylla??” Tanya Nathalie.. kesian pulak tengok muka Lulu.. tulah, dulu tak nak. Sekarang dah menangis2..

“Aku?? Idea?? Janganlah.. Idea aku tu bukan lagi gila.. tapi cukup ‘Gilak2’.. “ Kata Nieylla sambil tersenyum.. memang ideanya cukup gila sehingga seorang pun kawannya tidak perasan dengan ideanya. Nathalie menjungkit bahu.. tak mahu ambil tahu idea ‘Gilak2’ temannya itu. Kang menangis meraung pulak Lulu. Tiba2 perbualan mereka diganggu oleh Riz.. Tanpa kata Riz menarik tangan Nieylla.. Nieylla yang terkejut terus menjerit hingga menjadi perhatian pengunjung café itu..

“Tolong aku.. ada orang gila nak kidnap aku!!!” Jerit Nieylla.. Meja mereka jadi tumpuan pengunjung café itu.. Nathalie, Amy dan Lulu menutup muka dengan beg2 sekolah mereka.

“Aku tak kenal siapa menjerit tu..bukan kawan aku…” Selamba Nathalie berkata untuk menyelamatkan diri dari menanggung malu..

“How could you!! Aku mengadu kat abang aku..” Masih kedengaran suara Nieylla walaupun Riz sudah menariknya ke luar café..

“Nieylla.. cuba kau diam cket.. malu aku tau!” kata Riz sambil menghentikan langkahnya. Tetapi tangan putih Nieylla masih belum dilepaskan..

“Tau pun malu.. pegang tangan anak dara orang tak malu pulak.. kalau kau nak bawa aku kawin lari pun bukan hari ni.. hari ni tuk kadi busy.. pejabat JAKIM pun tutup..” Selamba Nieylla melalut.. Riz yang mendengar mengerut keningnya..

“Bila masa aku cakap nak bawa kau kawin lari.. hisy! Kalut betullah minah ni.. aku nak bawa kau tengok sandiwara boyfriend kesayangan kau tu! biar terbuka sikit mata kau tu.. naïf!” Kata Riz selamba sambil mengeratkan pegangan tangannya.. Nieylla masih lagi meronta2 mahu melepaskan tangannya.

“Hisy.. Ery bukan pelakonlah nak bersandiwara2 ni.. kau tu yang patut pakai cermin mata..” Masih menafikan kata2 Riz.. Riz mengetap bibir geram.. Dia menarik Nieylla ke tempat dia ternampak sepasang kekasih dua sejoli itu, Riz memegang kepala Nieylla dan memaksa Nieylla menghala padangannya ke hadapan.

“ Kau pandang depan tu.. jangan pandang kiri kanan.. kau strait je pandang depan.. lepas tu bagitahu aku siapa yang patut pakai cermin mata?!” Kata Riz menahan geram. Riz menyedari gadis di sebelahnya itu tersentak hebat apabila menyedari tiada lagi rontaan dari gadis itu. Dipandangnya wajah gadis itu.. tiba2 hatinya sayu melihat air mata yang berjuraian itu.. Di lepaskan tangan Nieylla.. Nieylla yang terkejut melihat Ery di hadapan mereka terus berlari tanpa arah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Tak habis menangis lagi?” Tanya Riz perlahan.. Selama satu jam membiarkan Nieylla melayan perasaan baru dia mendekati Nieylla yang sedang teresak2.. Gadis itu duduk diam di atas kerusi di taman itu.. tidak menjawab soalan Riz.,

“ Kenapa kau datang sini?? Mesti kau nak ketawa kan aku kan?? Ketawalah.. “ Kata Nieylla melepaskan perasaan pada Riz.. Riz mengeluh lemah..

“ Apa yang buat kau ingat aku akan ketawa melihat kehancuran kawan sendiri??” Tanya Riz perlahan.. hatinya sedikit terguris mendengar tuduhan Nieylla.. Niatnya hanya untuk memberitahu Nieylla yang Ery tu bukan sebaik yang di sangka. Dia tidak senang melihat perwatakan Ery.. Dia teringat perbualannya dengan Ken beberapa hari lalu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kenapa kau selalu nak cari salah Ery ya??” Tanya Ken. Dia mengambil tempat duduk berhadapan Riz.

“Entah.. aku rasa dia tak jujur dengan si Nieylla tu.. “ Jawab Riz selamba..

“Kenapa?? Tak senang hati?? Ke kau jeles tengok dorang berdua??” Ken serkap jarang..

“Heh? Jeles? Di mana kau dapat idea mengarut ni.. just curious okay.. bukan ada apa2..” Riz menafikan apa yang Ken katakana. Sedar tak sedar dia juga turut menafikan perasaannya yang kian berbunga2.. (Ceh! Sejak akhir2 ni.. dah pandai da aku ber ayat jiwang ni..)

“Tipulah aku Riz.. aku nak tengok sampai bila kau nak tipu orang di sekeliling kau..” Kata Ken.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suara Ken kian menghilang.. yang ada sekarang ialah esakan Nieylla yang seperti di peksa2..

“Jahat sangat ke aku ni?? Even Ery pun tak minat dengan aku. And mungkin takde pun minat dengan aku...” Tanya Nieylla dalam nada sayu.. dalam hati.. ‘Aduh.. pedihnya..’

“Janganlah cakap macam tu.. kau cantik, baik.. siapa kata takde orang tak minat kau??” Pujuk Riz lagi..

“Siapa lagi yang minat dengan aku ni.. “Kata Nieylla. Mukanya dah macam asam kecut da..Mata pun dah macam keturunan panda/

“Aku..” Jawab Riz antara yakin tak yakin.. Nieylla merenung tajam mata Riz.. ‘Adush! Renung aku macam tu apasal.. cari aku beb…’

“Kau?? hah?? Kucing dah bertanduk ke?? HAhaha” Nieylla tergelak sambil menekan2 perutnya.. Riz kepelikan.. Dah GILAK ke gadis di depannya itu.. Seperti lucu dengan pengakuannya itu..atau????

Sunday, June 14, 2009

Sekolah_Cinta 27

“Nathalie.. mummy dan daddy nak bercakap dengan Nathalie kejap…” Kata Datin Mila perlahan.Nathalie mendengus kasar.

“Nak cakap apa?” Kata Nathalie dengan nada mahu tidak mahu je dia bercakap.. geram kerana di ganggu ketika sedang membuat kerja rumah yang bertimbun.. ‘thanks to Nieylla.. naik juling aku tengok kerja rumah ni..’

“Kejap je Nathalie.. kita cakap kat ruang tamu ye.. mummy tunggu Nathalie kat bawah..” Datin Mila menutup kembali pintu bilik anaknya itu.. Nathalie mengeluh panjang.. Dengan berat hati Nathalie menganggak kakinya berjalan menuju ke ruang tamu villa itu..

“Ada apa Mummy?? Daddy?? “ Nathalie memandang wajah ibubapanya. Dato Kamal melipat kembali akhbar yang di bacanya.. Datin Mila menyuruh anaknya duduk di sisinya. Nathalie hanya mengikut.

“Dua hari Nathalie tidur di rumah orang.. rumah siapa?” Dato Kamal Memulakan mukadimmahnya.. Awalnya memang dirinya begitu marah apabila mengetahui yang anak gadisnya menjalinkan hubungan seorang jejaka. Tapi kata2 yang keluar dari mulut anak muda itu membuatkan dia sedar yang dia seorang ayah yang begitu tidak bertanggungjawab.. Dia mengeluh panjang.. Nathalie tersenyum sinis mendengar pertanyaan Daddynya.

“Tak sangka.. sedar juga mummy dan daddy yang Nathalie tidur di rumah orang..” Jawab Nathalie sinis.. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.. tidak mahu menengok muka mummy dan Daddynya.. tanda protes..

“Nathalie.. mummy tahu yang mummy agak sibuk kebelakangan ni..” Datin Mila memegang tangan anaknya..

“Kebelakangan ni?? Sejak dulu lagi Mummy.. sampai Nathalie boleh lupa macam mana rupa mummy Nathalie.. setiap hari Nathalie menumpang kasih sayang ibu orang lain.. setiap hari Nathalie makan masakan orang lain.. Dan setiap kali H.A.C Nathalie di wakilkan ibu orang lain.. Dan daddy… setiap hari Natahlie tak sempat pun nampak muka daddy.. apatah lagi nak salam tangan Daddy.. Nathalie cemburu tengok kawan2 yang lain.. keluarga dorang lengkap sangat...sedangkan Nathalie??” Datin Mila dan Dato Kamal terdiam mendengar luahan hati anak mereka.. Nathalie sudah menangis teresak2.. (H.A.C= hari anugerah cemerlang la..hehe)

“Nathalie.. maafkan mummy.. Mummy tak sedar selama ni..” Sedih hati seorang ibu melihat anaknya teresak2 kerana kesilapannya..

“Sejak kak Nadine pergi.. kita dah renggang.. Daddy pun salah.. tak pernah fikirkan perasaan Nathalie.. Daddy janji takkan ulang lagi…” Dato Kamal sudah mengalirkan air mata..Dia memeluk erat anaknya itu.. sungguh dia terasa begitu rindu dengan anaknya… kedua2 anaknya.. memang dia tak dapat membelai anak sulungnya lagi kerana Nadine sudah pergi untuk selama2nya.. Tapi dia masih ada Nathalie.. Mereka berdua masih ada Nathalie yang memerlukan kasih sayang mereka..

“jangan janji Daddy..please.. Nathalie nak Daddy dan mummy je.. jangan berjanji dengan Nathalie..please..” Bisik Nathalie dalam tangisan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hello Kelas 5 Platinum!!! I’m back!!” Nathalie menjerit ceria.

“Yeah… Nathalie.. miss you so much!!” Nieylla turut menjerit gembira.. Syirah dan Amy tersenyum..

“Mana kau menghilang Nathalie??” Tanya Syirah dalam nada melawak.. sempat lagi dia mengalihkan pandangan seketika ke arah Lulu yang sedang duduk dengan mulut yang terkumat kamit.. entah apa yang di bebelkan temannya itu.

“Eh? Korang tak tau ke?? Aku kan baru balik dari HOneyMoon…” Nathalie berlawak..

“Lah… apasal tak bagi kat jemputan kawin kau kat aku… kahwin tak bagitahu kawan. “ Kata Amy menambah..

“Hisy! Kau ni Amy.. aku nak jimat baget.. kawin kat jakim je…hahaha” Nathalie masih lagi berlelucon..

“Cakap je lah kedekut.. “ Kata Nieylla.. mereka semua tertawa.,

“Eh?? Kenapa kawan korang yang sorang tu?? mulut terkumat kamit… entah sedar entah tidak aku menjerit tadi..” Bisik Nathalie sambil merenung Lulu yang sedang menghempas2 bukunya tanda geram sambil mulutnya seperti menutur perkataan tanpa suara.

“Lahh.. dia dah memang psyco dari dulu tu.. kau je baru sedar.. “ kata Nieylla selamba.. Amy tersenyum kemudian berjalan kea rah Lulu.. dia mengejutkan Lulu dari khayalannya.. ‘takut kena hysteria lak budak ni..’

“Wei Lulu.. kau kenapa ni??” Kata Amy..

“Kau dah makan ubat ke tadi??” Tanya Nathalie pula.. Lulu menggeleng..

“Aku tak puas hati ni!” tiba2 Lulu meninggikan suara..

“kau pehal??” Tanya Nieylla pelik,,

“budak Ek tu lah.. merajuk macam budak2.. senang lagi pujuk budak2..dari dia yang tua bangka tu..” Bebel Lulu.

“Kenapa lak?? Dia merajuk dengan kau ke??” Tanya Amy..

“Ahha.. Dia merajuk dekat aku… Dah beberapa jam aku sampai kat sekolah ni.. tapi takde pun dia kacau aku…” Lulu mencebik. Mereka ber4 tersenyum..

“Alahai.. selalu dia kacau kau.. kau naik angin.. ni dia tak kacau pun kau naik angin..” Perli Nathalie..

“Kan aku dah kata.. Dia ni memang Psyco cket..” Nieylla melawak..Muka Lulu makin berkerut.. ‘bukan nak tolong aku.. diperli gak aku ni..’

“Wei..,korang ni kawan aku ke? Tolonglah cket tenangkan hati aku ni… bukan tolong pijak2.. kecil hati aku..” Kata Lulu dengan nada sayu yang di buat2..

“Yelah tu.. nak kitaorang tolong apa?? Kau yang cari pasal… Berjanggut mamat tu tunggu kau kat Café tau..” Kata Syirah pula..

“Oh ye ke?? Masa dia datang rumah aku.. tak nampak pun janggut dia..” Selamba Lulu berkata sambil tersengih..

“Laahh.. dia dah shave la tu.. “ Kata Syirah mengikut rentak Lulu yang agak gila2..

“Mungkinlah..” Kata Lulu sambil menggosok2 dagunya seperti orang yang tengah berfikir.Nieylla menggeleng kepala.. Amy tersenyum.. Nathalie… ‘Dua2 sengal’ bisik hati Nathalie..

“Dah2.. Kita cakap pasal ni nantilah lepas sekolah.. Ciku Rose dah sampai tu..” Kata Nathalie sambil berjalan ke tempat duduknya..

“sidang mesyuarat bersurai..” Kata Amy.. Mereka tersenyum.,. Kembali kepada watak seorang pelajar.. semua tekun mendengar Cikgu Rose… Walaupun semua tak faham apa point penting yang diperkatakan oleh Cikgu Rose.. ‘Hentam saja lah…’

Tuesday, June 9, 2009

sekolah_cinta 26

“Nieylla.. percaya lah.. mata aku masih belum rabun lagi lah.. celik lagi mata aku… kau tu yang buta.. percaya sangat dengan lelaki tu..” Kata Riz..

“Aku? Buta? Ke kau?... Ery holiday dengan family dia kelmarin lah..” Kata Nieylla dengan riak tak percaya dengan kata2 Riz.

“Hey Nieylla.. aku Cuma nak tolong kau je.. aku tak nak kau terluka nanti..”
“Hah?? Tak nak aku terluka?? Sejak bila?” Tanya Nieylla sinis..

“Nieylla.. aku nampak Ery berpeluk lagi dengan perempuan lain.. takkan aku nak reka cerita pulak..” Riz masih mencuba meraih kepercayaan Nieylla.

“ Look Riz.. kau tuduhlah Ery apa2 pun.. aku takkan percaya.. maaf..” Nieylla berjalan meninggalkan Riz.. kemudian dia menghentikan langkah… berpaling menghadap Riz…

“And lagi satu.. aku tak perlu sesiapa untuk bagitahu aku siapa Ery.. aku
kenal dia..” Sambil tersenyum sinis Nieylla berjalan meninggalkan Riz yang tergamam..

“Adus! Bulat2 ayat kau dia bagi balik..” Ken keluar dari tempat persembunyiannya..

“Sibuklah kau..” Kata Riz bengang..

“Aik? Marah aku pulak.. tu lah.. sekarang ni Allah S.W.T bayar tunai tau.. “ Usik Ken lagi..

“Diam boleh tak..” Dengan seriusnya.

“Uik?.. takkan serius..” Ken tersenyum sinis.

“Kenapa ni.. serius je kawan kita sorang ni..?” Im datang tiba2 menyampuk.

“Jeles dengan Ery.. tulah.. Ego..” Jawab Ken.. Riz menghadiahkan renungan tajam.

“Dah2.. kang korang pulak yang bergaduh.. jom kita lepak kat Café Cyberlove..” Ajak Im..

“Ada apa2 ke kat Cyberlove tu?” Tanya Ken sinis..

“Untuk aku ada.. untuk korang takdelah..” Kata Im sambil tersenyum..Ken menggeleng kepala.. ‘ni lagi sorang.. ego..!’

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hai.. nak order apa?” Ceria Syirah mengambil order.. Im tersenyum.. (dalam hati)

“Aku nak nasi goreng pataya.. dengan juice oren ya..” Kata Ken.. Syirah mengangguk kemudian mencatatkan dalam kertas yang dibawanya.

“Im nak Mee goreng ayam jelah.. pedas sikit ya.. dengan coca cola ya..” Order Im pulak.. Syirah tekun mencatat.

“Riz pulak?..” Tanya Syirah..

“Bagi nasi goreng patah hati kurang pedas satu.. kalau boleh letak limau sikit.. biar ada rasa masam sikit.. biasalah.. hidup ni bukan selalunya manis..” Kata Riz dengan nada orang putus cinta dan muka yang takde perasaan langsung.. Syirah tercengang mendengar permintaan Riz.. Ken ternganga.. Im mengerut kening..

“Nasi goreng patah hati??” Tanya Syirah inginkan kepastian..

“ya.. dengan air dua hati terpisah kurang manis satu..” Bernada seperti orang mamai..

“Buat je Syirah..” Bisik Im apabila melihat Syirah ingin membuka mulut membantah..

“aku akan sedaya upaya buat tempahan kau tu..” Kata Syirah yang sedikit kebingungan sambil menilik2 menu harian café mereka.. ‘ada ke menu tu? macam mana nak buat ni..’

“Hai guys..” Sapa Ery dan Nieylla serentak..

“Hai..” Jawap Ken Dan Im.. ‘bad timing..’ bisik hati Im dan Ken..

“Aku nak pulang dulu.. nak bagi makan kucing kat rumah.. “kata Riz.

“Wei Riz.. kejaplah..awalnya nak pulang..” Larang Im.. tetapi Riz terus berlalu meninggalkan mereka.

“Bagi makan kucing?? Sejak bila dia okay dengan kucing??” Ken bermonolog..

“Kenapa tu??” Tanya Ery.. Im menjungkit bahu..

“Biarlah dia Ery..” Kata Nieylla selamba..

sekolah_cinta 25

“Nathalie.. ni ibu nak cakap ni.. bukan nak menghalau.. tapi kesian mummy dan daddy kamu mencari nanti.. dorang tak tahu Nathalie kat rumah ibu.. lagipun tak elok dipandang orang.. rumah ibu ni ada anak teruna..” Dengan perlahan hajah fatimah berkata agar tidak menguris hati anak gadis di depannya itu.. sungguhnya dia kesian dengan gadis itu.. ada duit yang banyak.. rumah besar tapi tetap miskin dengan kasih sayang.

“Nathalie tahu tu Ibu.. maaflah menyusahkan ibu beberapa hari ni.. terima kasih sangat sebab ibu sudi tumpangkan Nathalie kat sini.. Nathalie tak tahu mana lagi nak pergi.. Nathalie macam dah tak boleh duduk rumah tu..” Entah air matanya senang saja berlinangan bila berhadapan dengan wanita yang di gelar ibu itu..beban yang dipikulnya terasa ringan sekali.

“Dahlah Nathalie… nanti2 dorang sedar juga tu… Nathalie kalau perlukan teman bercerita.. Nathalie datang je tempat ibu.. ibu sentiasa ada untuk Nathalie…” Hajah Fatimah mengusap2 rambut Nathalie..

“Terima kasih atas semuanya ibu..Nathalie sayang ibu..” Nathalie memeluk wanita dihadapannya itu.. Hilang sedikit rasa kerinduaan terhadap belaian seorang ibu.Iskandar tersenyum tawar apabila melihat dua orang wanita kesayangannya mengalirkan air mata.

“Besok Is hantar Nathalie balik ya..” Nathalie hanya mengangguk..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Lulu.. aku nak jumpa kau kat Café CyBErLoVe tempat Syirah kerja tu..boleh?” Ek menunggu balasan dari suara di hujung talian..

“Buat apa??” Dingin suara itu..

“Please lah Lulu.. kali ni je.. “ Ek memujuk.

“Tengoklah kalau aku tak busy..” Jawab Lulu tanpa perasaan.

“Aku tunggu kau..” belum sempat Ek menghabiskan ayatnya Lulu sudah menamatkan panggilan itu. Ek mengeluh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Ek.. café nak tutup dah ni.. kau tunggu siapa sebenarnya?” Syirah yang baru selesai menghantar pesanan kepada pelanggan terakhir mereka menyapa Ek yang seperti orang putus cinta riak wajahnya. Ek mengeluh panjang..

“Entahlah Syirah.. “ Jawap Ek pendek..

“Mesti tunggu awek ni kan.. sampai bawak bunga rose 3 kuntum lagi.. Untuk Lulu ke?” Syirah meneka.

“Kau nak ke? Kalau nak ambillah.. aku dah fed-up menunggu kucing tu bertanduk..” Dengan suara yang hampa.. ‘kesian pulak aku tengok muka 10 sen dia tu..’ Syirah mengambil kertas dan mencoretkan sesuatu di atas kertas itu.

“Nah.. ni alamat rumah Lulu.. pergilah bagi bunga ni dengan dia..” Syirah menghulurkan kertas itu.

“Tak payahlah.. bunga ni pun dah layu..” Ek putus asa.

“Pergilah.. nanti kau rasa tak puas hati lagi.. lepas tu besok kat sekolah semua orang kau bagi demerit..” Selamba Syirah berkata sambil tangannya mula mengemas meja Ek.

“Yelah2.. cakap jelah nak halau aku..” Kata Ek sambil ingin berlalu tanpa mengambil bunga dan alamat Lulu di atas meja itu.

“Ek.., Nah.. bagi dia..” Syirah menyerahkan bunga dan alamat itu kepada Ek.. Ek mengeluh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Assalammualaikum mak cik.. boleh saya jumpa Lulu?” Kata Ek sambil berdiri memegang bunga yang seperti ‘hidup segan mati tak mau tu..’

“Waalaikumsalam.. kejap ye.. makcik panggil dia kejap.. masuklah dulu..” Ajak Puan Rohaya ramah..

“Takpelah makcik.. kat luar jelah..” kata Ek..

“Okaylah.kejap ye.. duduklah dulu..” Ek mengangguk.. dia berjalan ke kerusi taman itu.. duduk dengan tenang walaupun hatinya sudah bergelora menahan berbagai2 perasaan.Lulu yang di dipanggil oleh ibunya berjalan dengan malas menghampiri Ek..

“Apa kau nak?” Tanya Lulu dingin.

“Lama aku tunggu kau kat café tadi..” Jawap Ek perlahan..

“Well.. who ask u to do so.. aku takde janji dengan kau pun..menganggu je..” Selamba Lulu berkata.

“Okaylah.. sorry kalau aku mengganggu kau.. aku nak hantar bunga layu ni je.. lepas ni aku takkan ganggu kau lagi..takkan sekali2..Aku pulang dulu..” Ek terus meninggalkan Lulu yang sedikit tergamam..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Ery dengan Nieylla memang rapat ke dulu Dani?” Amy bertanya dengan jejaka di sebelahnya itu.. lama Amy menunggu jawapan dari Dani.. Amy mengerut kening.. ‘apasal takde respond ni??’ Amy melihat jejaka di sebelahnya itu.. ‘astaghfirullah al-azim..boleh2 di tidur time dating… tak romantic betullah Dani ni..’

“Dani!!!” Amy melontarkan vokalnya ke telinga Dani.. Dani yang sedang tidur duduk di kerusi taman terus tersedar..

“aduh… kalau ye pun bangunkan lah lembut2.. sakit telinga Dani tau..” Sambil mengosok2 telinganya..

“Siapa suruh Dani tidur.. Amy dah korbankan masa membaca novel untuk date dengan Dani tau.. ni Dani tidur pulak..” Panjang muncung Amy..

“Sorry.. mengantuk semalam tengok bola..pukul 4 baru tidur..” Terang Dani sambil mengosok matanya.. ‘kot2 ada tahi mata ke.. spoil ketampanan aku depan awek..’

“Siapa suruh.. Dani tak rasa ke permainan tu agak sedikit kurang pandai…”Amy meluahkan pendapatnya.

“Kenapa pulak?” Tanya Dani..

“Yelah.. dah penat2 kejar bola tu.. nak rampas bola tu dari pihak lawan.. tapi lepas dah dapat selamba je tendang balik.. tu okay lagi.. lepas dah tendang bola tu.. kejar lagi balik.. tak ke kurang pandai namanya tu..” Amy memandang Dani yang sedang berfikir..

“Alah.. dah peraturan dia macam tu.. apa boleh buat..” Selamba Dani berkata.. malas sebenarnya nak berfikir.

“Amy nak tanya ni.. memang Nieylla dan Ery tu rapat ke dulu??” Tanya Amy lagi..

“Emm.. ya.. rapat sangat.. tapi sampai darjah 6 je... lepas tu Ery pindah ke London.. dekat seminggu jugaklah Nieylla menangis sebab Ery pindah..sebab di anggap Ery tu abang dia.. dulu Nieylla panggil Ery abang tau...” Terang Dani..

“So dorang lost contact la?”

Totally lost contact..lepas tu barulah Nieylla rapat dengan Dani.. Dani Cuma takut Ety tinggalkan Nieylla macam dulu2 lagi.. “ Luah Dani..

“Janganlah risau sangat.. kalau Ery tinggalkan Nieylla pun takpe..”Dani mengerut kening mendengar kat2 Amy.. “Sebab dia masih ada kawan2 dan abang yang baik macam Dani..” Dani tersenyum..

“Ya.. dia still ada Dani..”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Riz.. tahu tak.. butik kat hujung sana tu ada buat sale tau.. nanti kita singgah kejap ye.. ah lepas tu Rita nak beli mascara.. sebab dah habis.. lepas tu..bla bla bla..”Riz mengeluh kebosanan..Riz mengalihkan pandangannya ke luar café.. melihat ragam2 manusia… Pandanganya terhenti apabila melihat sepasang kekasih yang sedang bergelak tawa.. di gosok matanya berkali2.. takut pandangannya salah.. tetapi tetap juga imej sepasang kekasih itu berada di padangan matanya..

“Eh itu kan Dorang Ery..” Kata Delorita apabila turut sama memandang ke arah pandangan Riz. Riz mengeluh lagi..

Monday, June 8, 2009

Sekolah_Cinta 24



“Daniel! Daniella! Cepat bangun..” Puan Maria menjerit dari tingkat bawah.. Engku Raziq hanya tersenyum mendengar vokal mantap dari isterinya. Daniel dan Daniella yang baru terbangun dengan mula mamai turun ke tingkat bawah..


”apa ni mama.. awal lagi ni.. subuh pun belum masuk lagi.. abang mengantukla..” kata Dani sambil mengosok matanya. Daniella sudah landing semula di pangkuan papanya.


”Mama kamu nak buat suprise party..” Jawab Engku Raziq sambil mengusap-usap rambut anak perempuannya.


”Suprise party apa subuh2 buta ni mama.. adik mengantuklah..” Dengan suara serak2 basah seperti rockers Daniella berkata2.


”Besok jelah mama.. ngantuk ni..” dengan mamainya.. Engku Raziq tersenyum mendengar bantahan dari anak2nya.


”Hari ni kan hari jadi kamu berdua.. malam ni mama dan papa ada kerja.., subuh ni jelah ada masa..” jawab Puan Maria.


”Oo.. Birthday kitaorang ke?? Kita tukar hari esok je lah.. ” Selamba Daniella menjawab.


”Amboi.. memandai nak tukar2.. masa kamu lahir tak pulak kamu nak tukar2 tarikh..” Kata Puan Maria.


”Yang tu salahkan abang.. abang yang keluar dulu.. bukan adik..” Daniella membela diri.


”Dah2..pergi cuci muka tu.. mama masak mee kari.. kalau kamu nak tidur., tidurlah.. biar papa je makan sorang..banyak cket bahagian..” Kelam kabut sikembar mencuci muka apabila mendengar perkataan mee kari..


”Hisy... kalau pasal makan.. terus tak jadi tidur..” Bebel Puan Maria.


”Dahlah tu.. siapkan meja makan.. lapar pulak subuh2 ni..” Kata Engku Raziq sambil mengusap2 perutnya.


”Abang tolong lah sekali..” kata Puan Maria..


”Abang tolongla ni..”Jawab Engku Raziq..


”Tolong apa??”

”Tolong makan...hehehehe..” Dengan selamba Puan Maria menghadiahkan cubitan manja..sambil menjeling..


”Auch...janganlah mengoda abang subuh2 ni.. baru je mandi tadi..” Kata Engku Raziq nakal..


”Ehem2.. hormat2lah anak2 pun..” Selamba Daniella dan Daniel serentak.. Puan Maria dan Engku Raziq tersengih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebaik saja Dani dan Nieylla melangkah ke kelas.. kedengaran suara Ery bernyanyi di hadapan kelas sambil bermain gitar..


Apa saja untukmu
Tak ku hiraukan waktu
Katakan saja kan ku laksana
Permaisuri kau bertakhta dujiwa
Apa saja untukmu
Ke dasar lautan biru
Bertaruh nyawa andai kau kau damba
Mutiara... di hari lahirmu


“Eh..stop,stop,stop..” Tiba2 Dani mengacau detik2 jiwang itu..


“apa ni Dani.. aku nak feeling pun tak jadi..” Kata Ery..


“ kau nyanyi lagu untuk aku ke tu.. terima kasih.. macam tahu2 je hari ni hari jadi aku..” Dengan muka tak tahu malunya Dani berkata..


“Kepala otak kau.. tepi cket.. aku nyanyikan lagu ni untuk Nieylla…” Sambil merenung Nieylla.


“ala.. memain je lah.. pressure betullah..” Kata Dani sambil berlalu ke tempat duduknya.


“Sambungla balik nyanyi tu Ery..” Kata Lulu.. Nieylla tersenyum. Riz stress.


Kita menuju gemilang asmara
Tiada cinta setanding kita
Ku rela sehingga ke akhirnya
Tunai segala mimpimu
Uhh... ratuku

Untukmu kasih
Ku cuba meraih
Bintang di angkasa
Walau tak terdaya kan ku ikhtiar
Untukmu kasih
Gembira bersedih
Selagi ku bernyawa
Untukmu kasih, ku korban apa saja

Apa saja untukmu
Kan ku ubah caraku
Jikalah itu yang kau mahu
Apa saja demi kebahgiaanmu

Bukan ku pinta yang luar biasa
Cuma secebis janji setia
Inilah... Lagu cinta kita
Hanya terbaik untukmu
Selama-lamanya


“Hari ni juga.. saya nak melamar Nieylla to be my girl.. and harap dia setuju lah..” Kata Ery.. belum sempat Nieylla membuka mulut Dani sudah menyampuk..


“Saya tak setuju!” Dengan muka seriusnya.


“Ko pehal Dani.. cuba kau jangan menyampuk dulu..” Kata Im..


“Wei.. yang dia bawak couple tu adik aku.. kau ni Ery.. sebelum pikat adik.. mesti pikat abang dia dulu.. cubalah kau belanja aku makan dulu ke.. top up kan aku selama sebulan ke....” Dani merepek.


“Ni sebenarnya aku nak couple dengan adik kau ke atau dengan kau??” Tanya Ery confuse..


“Dengan adik aku la.. tak nak aku dengan orang sejenis.. takde nafsu..” Jawab Dani selamba.


“Dah tu.. cuba senyap cket.. aku nak mengurat adik kau ni..” Kata Ery sambil berjalan ke arah Nieylla.. Ery memegang tangan Nieylla.. “Nieylla setuju ke??” sekali lagi belum sempat Nieylla menjawab…


“Wei.. couple boleh.. yang pegang2 tangan tu bila masa kau dapat lesen?” Kata Dani.. tetapi mulutnya tertutup rapat apabila Im menghumban pemadam getah tepat ka dahinya.. “Yelah2.. aku diam lah ni..”


“Kacau betullah Dani ni… so??” Ery mengalihkan perhatian semula kepada Nieylla..


“So??.. emm.. “ Nieylla berfikir..


“Yes or No??” Ery bertanya..


“Emm…” Nieylla mengigit bibir.. masih lagi berfikir..


“Say yes lah Nieylla… “ Suara2 sumbang mendesak Nieylla..


“Emmm… Yes..” Ery tersenyum lebar.. rakan2 yang lain semua bertepuk tangan.. ‘huh! Susahnya..nak cakap yes..’ Entah kenapa terasa berat hati Riz mendengar jawapan dari Nieylla.. Riz mengeluh panjang…..

Thursday, June 4, 2009

sekolah_cinta 23

Mukriz melangkah masuk ke kelas sambil tersenyum nakal. Di perhatinya meja Nieylla yang kosong.. kemudian dia tersenyum lagi melangkah ke tempat kawan2nya.

“Yang kau senyum ala2 evil tu apasal?” Ken kehairanan.

“Takde apa2..” Jawab Riz selamba sambil meletakkan begnya di kerusi perlahan2.. ‘takut penyek pulak makhluk hijau tu..’

“Macam ada muslihat je…” Dani memandang Riz yang happy semacam je..

“Takdela.. tu hah.. cikgu Rose panggil kita sekelas berkumpul kat medan perhimpunan kejap..”

“Buat apa nak berkumpul kat sana? Haru biru betullah Cikgu ni..” Im membebel. Tetapi dikerahkan juga kakinya untuk berdiri.

“Jomlah.. kang panjang lagi leteran Mak Cik kau tu..” Dani mengajak Riz..

“Korang pergilah dulu.. aku nak kemas jap buku aku ni..” Sambil kononnya mengemas2 bukunya.

“Okay.., jom Ery..” Mereka ber5 meninggalkan Riz keseorangan di kelas.. setelah teman2nya berlalu, Riz memulakan Rancangan nakalnya,.Riz mengeluarkan kotak kecil di dalam begnya yang mempunyai 2 ekor makhluk hijau. Dengan senyuman nakalnya Riz meletakkan 2 ekor makhluk hijau yang sihat2 belaka itu ke dalam laci meja Nieylla..

“Hehehe..so sorry Nieylla.. lama tak gaduh dengan kau.. rasa rindu lak.. heheh” Riz berjalan ke tempat kawan2nya dengan senyum lebar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Nieylla., mana buku latihan Chemistry kau? Boleh pinjam kejap tak?” Lulu kelam kabut apabila menyedari kerja rumah yang diberi oleh Cikgu Trisya belum disiapkan.. ‘well, actually memang aku tak pernah siapkan pun kerja rumah chemistry..’

“Jap ya..” tanpa melihat apa di dalam lacinya. Nieylla terus memasukkan tangannya dibawah laci mejanya. Gerakan tangannya terberhenti apabila tersentuh dengan benda yang melekit2 dan licin.. ‘apa benda dalam laci aku ni? Ya Allah.., janganlah benda tu..janganla benda tu…’ Nieylla perlahan2 menarik tangannya kemudian di tundukkan kepalanya untuk melihat benda apa yang dipegang olehnya sebentar tadi.. Kelihatan 2 ekor makhluk hijau sedang bersenang lenang dalam laci mejanya.

“WaRRRRGG!!!!! KATAK!!!” Semua pelajar di dalam kelas itu terkejut mendengar vocal Nieylla yang cukup mantap itu.Riz menahan senyum. Nieylla mengalihkan pandangan ke arah Riz. Kemudian dia berjalan ke arah Riz sambil mengepal2 penumbuk sulungnya.

“Riz!!” Jerit Nieylla apabila sampai saja di hadapan Riz.. Riz membuat muka bodohnya.

“Apa ni? Kau boleh tak jangan buat kecoh pada pagi yang sungguh harmoni ni..” Kata Riz selamba.Nieylla menghentak kuat meja Riz.. ‘huh! Runtuh semangat aku.. marah betul minah ni..’

“Baik kau ambil binatang perliharaan kau di laci aku tu!! Cepat!!!!” Merah muka Nieylla menahan marah..Riz bangun dari duduknya.

“Wei! Apa ni?! Kau ada bukti ke aku yang letak?!” Dengan Riak terlalu innocentnya.

“Siapa lagi yang bodoh nak letak benda tu kalau bukan kau!! kau je yang suka dengan benda tu!kan satu species 2 dengan kau…” serang Nieylla.

“Hei! Cakap tu biar berlapis!! Kau tu yang padan dengan makhluk tu!! entah2 kau yang letak benda tu.. nak tarik perhatianlah katakan..” bela Riz pula.

“Wei!!! Kau ingat aku ada masa ke nak buat kerja2 bodoh tu?!! ala, kalau kau nak tarik perhatian aku cakap je lah..” Masih tak mahu mengalah.

“Hah!! Tarik perhatian kau?? simpang malaikat 44lah.. baik aku tarik perhatian Rita..” Jawab Riz

“A aah.. memang padan lah korang berdua tu!! tukang putar belit nombor satu!! Aku tak kira., baik kau ambil benda tu sekarang!!” Teman yang lain hanya mampu terkebil2..

“Jangan harap!!!” Riz dengan selambanya keluar dari kelas itu meninggal Nieylla..

“Nieylla… dahlah tu.. “ Ery menenangkan Nieylla..

“Nieylla geli dengan benda tu..benci betul dengan Riz tu.. menyakitkan hati..” Nieylla mengadu..

“Dah lah adik.. abang dah masukkan katak2 tu dalam plastic.. “ Dani menunjukkan plastic yang mengandungi benda hijau tu..Tiba2 ada rancangan jahat menjengah di kepala Nieylla..

“meh sini benda alah tu.. “ Nieylla mengambil plastic itu dari tangan Dani.. Dani mengerut dahi.

“Nieylla nak buat apa tu??” Tanya Ery.

“Adalah..” Sambil tersenyum nakal. ‘Jangan marah aku kalau benda tu aku buang tempat si‘sotong’ kau tu.bukan salah aku gak.. ni revenge untuk peristiwa di Mcdonald tu..hheehehe’

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Rita..” Panggil Nieylla. Delorita mengalihkan pandangannya ke arah Nieylla.

“Wah! Tak sangka kau masih tak malu nak jumpa aku..apa hal kau nak jumpa aku di taman ni?? Tak puas kena maki??”berkata dengan gediknya.

“Aku ada hadiah untuk kau..” Nieylla membuka ikatan plastic itu kemudian menumpahkan isinya ke atas Delorita.

“Ahhh!! Katak!!” Nieylla tersenyum manis melihat Delorita terjerit2 apabila seekor katak itu termasuk di dalam bajunya.

“Bye Rita..” selamba Nieylla meninggalkan Delorita terjerit2 sendirian di taman sekolah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Wah.. puas hati aku..” dengan tenang Nieylla duduk di kerusinya..

“Apa yang kau dah buat??” Tanya Syirah.. faham sangat dengan telatah sepupu angkatnya itu.

“Adalah..” jawab Nieylla.. Syirah mengeleng kepala.

“Eh! Dah lambat sangat dah ni.. Nathalie tak datang sekolah ke??” kata Amy.. baru perasan yang mereka kekurangan ahli.

“Aku call dia tadi tak dapat.. dia off handphone.. tak hadir lah tu kot..” jawab Lulu.

“Apasal ya??” Nieylla hairan..

“Mungkin ada masalah dengan mummy and daddy dia lagi kot..” Teka Syirah..

“Oo.. takpelah.. nanti aku cuba call dia..” Kata Nieylla…

“Teruk ke kau kenakan Rita tadi..” Tanya Lulu sambil mencalitkan lip gloss ke bibirnya.

“Tak lah juga.. agak2 macam kena hysteria juga minah tu menjerit..” Selamba Nieylla berkata.. tba2 perbualan mereka terganggu dengan hentakkan kuat di meja Nieylla. Riz merenung tajam mata Nieylla.

“Satu je aku nak Tanya.. macam mana kau tolong keluarkan katak yang termasuk dalam baju Rita tu??” dengan nada nakal Nieylla bertanya.. tanpa rasa gerun dengan renungan tajam Riz. Nieylla berdiri sambil tersenyum nakal.


“Itulah namanya revenge.”Kata Nieylla Kemudian berlalu meninggalkan Riz yang menahan marah..

Bila Kau dan Dia