Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, October 12, 2013

update Bukan Aku, Kau & Dia

BAKD 21

BAKD 22

BAKD 23

BAKD 24

BAKD 25

Promosi Lagi! hehe (MISS&MRS)


-Sedutan sikit... nak lagi? Dapatkan Miss & MRS di pasaran.. and boleh juga beli dari saya.. saya bagi free bookmark yg comel macam kat gambar tu.. (comel bg pandangan mata sayalah.. haha. dah takde yg nak puji.. saya puji sendirila..)

****
“Dah masak.. tapi dia masih mogok lapar kot.. pulang je tadi terus menghadap komputer. Dahlah jalan dengan baju tidur dari pagi tadi.. ”

            Dannial tiba-tiba tertawa. Dia terasa gadis bernama Chiell itu seperti memerli dirinya pula. Baru dia tersedar yang dia berjalan tadi dengan memakai baju tidur. Dahlia melirik sebentar ke arah Dannial. Suka benar suaminya itu. Entah apa yang sedang suaminya itu lakukan.

            “Agaknya si dia ada masakkan apa-apa untuk saya tak? Saya lapar... penat mogok lapar.”

            Sly membuat muka sedih sambil memegang perutnya.Chill tertawa dengan gelagat Sly. Jejaka itu pun sedang mogok lapar rupanya.

            “Pergilah check kat dapur tu.. Mesti ada makanan..”

            Jawab Chiell.

            “Kalau takde?”

            “Dia takkan biarkan awak kelaparanlah... mesti ada tu..”

            “Okaylah... saya nak pergi periksa dulu.. kalau ada alhamdullilah..Kalau takde.. huhuhu.. alamatnya makan meggilah saya hari ni..”

            Chiell tertawa.

            “Okay.. selamat menjamu selera..”

            “Tata Chill.. harap-harap dia ada masak asam pedas.”


            Dahlia sekali lagi geli hati.. macam tahu-tahu je Sly ni yang dia ada masak asam pedas sebentar tadi. Sly sudah logout. Dannial tiba-tiba bangun dari kerusi meja komputer itu dan terus turun ke tingkat bawah. Dahlia menjungkit kening. Mungkin Dannial juga mahu memeriksa tudung saji sama seperti Sly. Lebih baik dia menghidangkan makanan buat Dannial. Nanti bertambah merajuk pula.

*****

Friday, September 13, 2013

Iklan Miss & Mrs

Salam, siapa yg berminat nak tahu kisah Danial dan Dahlia selanjutnya.. bolehlah buat tempahan novel Miss & Mrs kat Kaki Novel.  Click for details 

Wednesday, August 28, 2013

Bukan Aku, kau & Dia.. tapi tentang KITA..

Assalammualaikum.. dah bersawang dah blog aku ni, hehe..Kalau ada yang kebetulan melawat, bolehlah singgah baca cerita baru . Kalau rajin komen2 lah.. Terima Kasih. :)
Bukan Aku, Kau & Dia, tapi tentang KITA 1

Kalau nak baca yang dah siap, boleh baca dekat wattpad

Bukan Aku, kau & Dia.. tapi tentang KITA

Wednesday, January 9, 2013

Dana @ Adriana?? 35

Dana @ Adriana?? 35

Sorry...... Lama dah update.. Sampai dah boring  menunggu criter2 ni kena update. Niat di hati nak siapkan semua criter (Yelah sgt) masa cuti sem.. Tapi bila dah ralit  tgk How I Met Your Mother satu apa pun tak boleh ditulis. hehe.. Sesiapa yang ada jumpa criter saya kat Wattpad..Comment2 la.. And Vote also. Dana @ Adriana?? Something fun is going to happen <-- grammar="grammar" i="i">aku ni betul ke juga ni.. hehe.. (Try2  nak speaking sebab nak amik MUET next month.)  DAA.. Selamat berkenalan dengan Adriana. muahahahahahaha <--- i="i">evil laugh macam Barney buat kat HIMYM.

Dana @ Adriana ?? 34



*Author note : Sory.. lama hilang dari radar (Actually tak hilang pun.. ) cuma blog je yg tak pernah update.. And.. saya tak ingat chapter ni dah post atau pun tidak.. Sebab bab 34 ni dah lama dijeruk dalam PC ni.. Pendek je. sorry..


Bab 34
            “Assalamualaikum..”

            Illina bergegas ke arah pintu. Mujur pecahan pasu bunga yang bersepah di hadapan pintu sudah dibersihkan oleh salah seorang pembantu rumah Villa Adria yang diculik Marina untuk seketika. Mujur Adrian tidak banyak bertanya. Dan mujur juga Illina tidak tahu mengenai itu.

            “Waalaikumsalam!..Masuklah..”

            Marina mempelawa masuk beberapa orang wanita dan pemuda yang masih berpakaian pejabat. Muka semuanya nampak penat. Mungkin belum sempat pulang ke rumah. Tapi sanggup juga mereka meluangkan masa apabila Marina meminta pertolongan, kononnya untuk Cik Adriana. Tu namanya pekerja yang setia. Tak merungut bila meminta bantuan. Bisik hati Marina.

            “Eh... Kejap.. ingat perjanjian kita.. Jangan buat muka terkejut.. dan jangan tanya soalan kuiz satu Malaysia pulak.. buat macam biasa.”

            Mereka semua mengerut dahi. Hairan.

            “Siapa tu Yna?”

            Semua membuat reaksi terkejut.

            “Kan dah cakap jangan terkejut..”

            Bisik Illina perlahan.

            “Sorry cik Yna.. Reflect action. Muka dia seiras dengan muka Cik Illina.”

            Laily ikut berbisik sama.

             “Macam cik Adrianalah..”

            Tambah Roslan, salah satu orang pekerje yang amat dipercayai oleh Adriana. Pekerja yang lain turut mengangguk.

            “Kan dah cakap.. jangan tanya soalan jenis drama ni..Dah.. masuk..”

            Dana masih kebingungan dihadapan pintu rumah walaupun mereka yang lain sudah selamat merehatkan diri di ruang tamu. Ni nak siapkan proposal ke, nak buat party? Bisik hati Dana.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

            “Misi kita berkumpul di sini adalah untuk membantu cik Dana, untuk menyiapkan proposal dalam masa dua hari.”

            Nazmi, ketua arkitek di Adria holding mula mengerut dahi. Laily sudah mula picit kepala. Roslan dan Marissa pula buat muka bingung.Marina sudah mengagak akan melihat reaksi seperti ini dari pekerja kepercayaan Adriana ini. Dana masih lagi dengan muka tanpa sebarang perasaan risaunya.

            “Proposal untuk?”

            Tanya Marissa. Marina tersenyum lebar dengan soalan dari Marissa itu.

            “Adria Holding!.”

            Kata Marina dengan terujanya.

            “Hah??”

            Semua buat muka terkejut. Kemudian merenung wajah Dana.

            “Proposal untuk tender Resort Damai? Kan abang cik Marina punya company yang dapat apasal kami pekerja Adria Holding pula yang kena tolong buat proposal tu. Lebih baik Adria Holding sendiri yang handle project tu kalau macam tu.”

            Kata Roslan tidak puas hati. Marina tersenyum.

            “Masalahnya sekarang...”

            Marina terberhenti bercakap apabila Dana laju saja menerangkan semuanya.

           “Saya tak sengaja ter.. TERkritik proposal yang sudah dibuat oleh Mutiara Holding. Dan, encik Mikhail cabar saya untuk buat proposal tu dalam masa dua hari.Tapi saya manalah tahu pasal semua benda tu.”

            Dana membuat muka 50 sen. Meminta pertolongan
.
            “Kita kena selesaikan benda tu dalam masa dua hari?”

            Nazmi menarik nafas panjang  dan merenggangkan badan.

            “Jom kerja!.”

            Dana tersenyum. Takdelah dia menerima senyuman sinis Mikhail kalau mereka sempat menyiapkan kertas cadangan itu.

            “Laily.. keluarkan semua dokumen pasal project tu.”

            Semua memandang kea rah Dana. Baru je tadi kelihatan seperti gadis ayu yang Cuma duduk diam mendengar mereka yang lain berbicang. Tapi sekarang sudah mula terasa aura-aura tegas Adriana Illyana.

            “Double personalty?”

            Bisik Marissa.

            “No.. Dia tengah diambang Dana dan Adriana.”

            Balas Marina perlahan.

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37