Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Sunday, January 16, 2011

Dana atau Adriana??, 10

Bab 10
”Okay...nanti aku siasat siapa doktor tu..”
Katanya sambil mata terus memandang gadis yang sedang menyiram pokok bunga di halaman villa Damai itu. Dia yakin gadis adalah orang yang dicarinya. Tapi dia masih duduk tenang di dalam kereta sambil mengintip pergerakan gadis tersebut. Sudah tiga hari dia dapat maklumat mengenai lokasi gadis itu sebenarnya. Tapi dia tahu yang gadis itu mahu menenangkan dirinya. Sebab itu dia masih belum beritahu kepada Ikhwan mahu pun Adrian bahawa dia sudah menjumpai orang yang di cari.

Mikhail dapat melihat dengan jelas mulut gadis itu sedang terkuma-kamit. Semestinya mengumpat dirinya. Memang dia sengaja mencabar kesabaran gadis itu.. Dia mahu tahu sampai bila gadis bertahan dengan berlakon kononnya gadis itu hilang ingatan. Dia melihat kearah jalan raya yang masih hingar-bingar dengan bunyi kenderaan yang lalu lalang itu.. Hairan melihat sebuah kereta yang berhenti betul-betul berhadapan dengan Villa Damai.

”Kereta siapa tu?”

Dana mengalihkan pandangannya ke muka Mikhail kemudian merenung kereta yang dimaksudkan Mikhail itu. Dia pun tidak tahu siapa pemilik kereta itu. Sudah tiga hari berada di sana. Rosak ke? Kalau rosak, takkan tiga hari di biarkan tersadai di tepi jalan itu.

”Entah.. Dah tiga hari kat depan tu..”

”Dah tiga hari? Kenapa tak cakap? Kawan kau ke?”

Dana mula geram.. Curiga Mikhail tidak sudah-sudah..

Tak.. Jawabnya dalam hati. tapi bila difikir semula, pertanyaan Mikhail itu agak bodoh juga ya.. Dia kan hilang ingatan.. manalah dia tahu siapa pemilik kereta tu..

"Agaknya kau ni dah lama tak korek telinga kan??"

Dana mengerut dahi kemudian memandang Mikhail. tidak puas hati dengan tuduhan itu.

"aku tanya.. itu kawan kau ke? manalah tau kau dah rancang nak bawa bala di rumah ni.."

Sindir Mikhail lagi.Dana mencebik.makan hati jelah dengan omongan Mikhail itu.

"Takkan."

Sepatah saja dijawabnya. Reego yang tahu bahawa kehadirannya disedari mula menghidupkan enjin kereta dan kemudiannya pergi dari Villa Damai itu. Mikhail merenung saja pemergian kereta itu.

”Nasib dia chow dulu..”

Dana mencebik dalam diam mendengar kata-kata Mikhail.. Rasanya sudah bosan menghadap muka bosnya itu 24 jam.. Ada saja salahnya di mata Mikhail.

”Dah siap siram bunga tu.. Kau masuk dalam rumah.. sapu rumah bersih-bersih.. Kalau boleh mop sekali.. Biar berkilat-kilat..”

Terasa dirinya seperti orang yang cukup pelik dalam erti kata lain ’gila’ bila menyiram bunga di waktu tengah hari yang bercuaca panas terik itu. Mikhail menyuruhnya lagi menyapu rumah yang sudah berkali-kali di sapunya pagi tadi.. Ya’Allah, hantarkanlah sesiapa untuk selamatkan dirinya dari jejaka yang bernama Mikhail itu.

”Assalammualaikum..,”

Dia kenal suara itu.. Dia akur dengan renungan penuh makna dari si pemberi salam., Dia akur dengan kata-kata romantik yang seperti mengharapkan balasan darinya itu daripada mendengaran ayat-ayat Mikhail yang seperti belati tajam yang boleh menghiris-hiris jantungnya.

”Em.. Waalaikumsalam..”

Mikhail seperti tidak puas hati dengan kehadiran Doktor muda itu.. Baginya kedatangan doktor muda itu mengandungi makna.. Mana pernah doktor muda itu melawat villa Damai sekerap ini sebelum kehadiran Dana.. Dana pula dilihatnya begitu gembira dengan kedatangan doktor muda itu.. Membuatkan hatinya.... Hatinya.. entah.. Dia menafikannya.

2 comments:

Emaharuka said...

Akhirnye keluar jg cite ne, lama ternanti nanti...
Cepat post lagi kak,he

nursya said...

naper mikhail???
sakit ati ker ader org minat kat dana...
hahaha....
dlm ati ader taman...
lalalala...

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37