Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, January 17, 2011

Dana @ Adriana 11

”Selalu doktor datang sini.., Tak sibuk sangat ke kat hospital tu?”

Tanya Dana yang sebenarnya kehilangan idea untuk memulakan bicara.Entah, mungkin dia baru berkenalan dengan doktor muda itu dan membuatkan dia kekok untuk berbual mesra.

”Emm.. sejak dapat escape dari ER tu, tugas saya sekarang ni takdelah sibuk sangat., Cuma bila on-call jelah sibuk sikit-sikit.. kenapa Dana tanya?”

”Saja.. Takde soalan lain yang terlintas di fikiran saya.”

Jujur.. Baru dia sedar yang dia adalah seorang yang berterus terang. Cuma dengan Mikhail saja mulutnya seperti di gam menggunakan gam gajah.. Langsung tidak boleh mengeluarkan pendapat sendiri.. Langsung tidak dapat melawan juga.

”Ooo.. Emm., Saya pun tak tahu nak tanya soalan apa sebenarnya..”

Macam mana kalau dia bertanya kepada gadis itu yang dia ingin tahu apakah Dana dan Ana gadis yang bertahta di hatinya adalah orang yang sama.. Tapi mungkin tidak patut dia memaksa gadis itu untuk mengingatinya..terlalu awal.. Biarlah dulu..

”Macam mana duduk kat villa ni? Okay tak?”

Tiada idea untuk berbual. Tapi dia mahu gadis itu terus berada di sisi.

”Okay.. Auntie Rafeah dan Mak Timah baik je layan Dana..”

”And Mikhail?”
”Em.. Biasalah.., Dia lelaki, Dana perempuan.. Taklah rapat sangat.. macam hubungan pekerja dengan majikan jelah.”

Terdiam seketika.
”Hari tu Dana janji nak keluar dengan saya.. Hari ni nak jalan tak?”

Dana menggaru kepala yang tidak gatal. Rasa serba salah sebenarnya kerana Mikhail masih lagi ada di villa itu..

”Saya boleh minta izin dengan Mikhail kalau Dana takut..”

Seperti memahami kegelisahan gadis itu, Helmi menawar diri untuk meminta izin dengan ’tuan muda’ itu.

”Boleh ke??”

Sesungguhnya dia tidak boleh berkomunikasi dengan tuan muda itu. Entah apa masalahnya membuatkan mereka tidak serasi bersama.

”Boleh.. Tapi dengan syarat....”

”Ada syarat juga ke?”
Cepat-cepat Dana menyampuk. Helmi tersenyum.

”Mestilah ada..”

”Apa syaratnya?”

”Dana tak boleh panggil saya doktor kalau kita bukan di hospital..”
”Ooooo.”

Dia sangkakan teruk sangatlah syarat yang ingin di beri 0leh doktor muda itu. Rupanya jejaka itu kekok bila dia memanggilnya sebagai Doktor bila di luar kawasan hospital.
”Ooo.. untuk setuju atau Ooo untuk tidak?”
Dana tertawa..

”Setujulah.. Takkan saya nak menolak syarat yang semudah itu..”
”Good girl.. Saya tanya Mikhail dulu ek?”

Helmi sudah mahu berdiri dari kerusi kemudian Dana menarik perlahan tangannya.. Risau kalau Helmi pula disembur dengan amarah Mikhail.

”Nanti awak kena marah?..”

Pertanyaan atau kenyataan. Dia juga keliru.

”Laaa.., takut kena marah ke? Takpelah.. Kalau Mikhail marah kita cepat-cepatlah cabut..”

Helmi cuba bergurau. Dana mengerut dahi.. Boleh ke cabut begitu saja? Macam mana kalau dia balik kembali selepas mengikut Helmi berjalan-jalan, pasti Mikhail menunggu di depan pintu dengan wajah yang penuh dengan kemarahan. Dan kalau mereka hidup di dalam dunia kartun, pasti dia berpeluang melihat asap berkepul-kepul keluar dari diri Mikhail yang sedang mengamuk itu.

”Tak naklah....”
Dia sudah berbelah bagi.. Takut juga kalau Helmi dimarahi oleh Mikhail.. Nanti Helmi tidak mahu menjejakkan kaki ke sini lagi kalau dilayan sebegitu oleh Mikhail.

”Nanti jelah kita jalan.. lepas sesi terapi..”

Helmi tersenyum. Takut benar Dana dengan Mikhail.
”Hari tu pun Dana cakap begitu.. Tapi apa jadi? Lepas je terapi tu Dana rushing nak balik rumah..”

Dana menundukkan kepalanya.

”Takpelah.. Mikhail tu nampak je garang.. Tapi dia okay apa..”
Dana mengangkat kening tinggi bak Ziana Zain.. Okay? Mikhail di katakan okay? Sungguh tidak akan dia percayai kenyataan itu.

”Dana tunggu sini.. Biar saya tannyakan dengan Mikhail..”

Beberapa minit menunggu Helmi di kerusi taman dengan perasaan serba tak kena membuahkan hasil. Helmi muncul kembali dengan senyuman.

”Mikhail okay je.. Dia izinkan Dana ikut saya.. Pergilah bersiap..”
”Betul ke?”

Seperti tidak percaya.

”Betul..”

”Helmi tak kena marah ke?”

Helmi tertawa mendengar soalan dari gadis itu.. Kemudian dia menggeleng untuk memuaskan hati gadis itu. Melihat gelengan Helmi membuatkan hatinya kembali tenang..

”Helmi tunggu kejap ya..”

Katanya girang..Sudah lama dia ingin keluar berjalan-jalan menikmati pemandangan Johor Bharu ini.. Selalunya jika di ajak oleh Datin Rafeah, dia hanya berpeluang ke pasar raya sahaja. Itu pun jika tiada Mikhail.. Entah kenapa dia terlalu takut melakukan kesalahan di depan Mikhail.. Mungkin kerana mulut Tuan Mudanya itu sungguh berbisa.. Atau...huh! tak mungkin!

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37